PELAMIN INDAH NAS GREAT IDEA - KLIK SINI


Nash berkahwin dengan CEO Nouvelle Visage : Syokkahwin.com

Nash berkahwin dengan CEO Nouvelle Visage

Posted on November 26, 2006
Filed Under [G] Hollywood, [G] Malaywood

Duda yang pernah mendapat gelaran “penyanyi contoh” dan “bapa mithali” Nash Lefthanded akhirnya akur pada ketentuan jodoh dan memilih ahli perniagaan berjaya bernama Susilawati sebagai pasangan hidupnya.

Majlis pernikahan telah diadakan di rumah pengantin perempuan di Kampung Seri Menanti, Batu Pahat pada hari Khamis 16 November baru-baru ini dan turut dihadiri oleh kaum keluarga kedua belah pihak.

“Majlis pernikahan cukup sederhana kerana menunaikan permintaan ibu mertua saya yang inginkan majlis pernikahan diadakan sebelum dia berangkat ke Mekah. Saya akur kerana keluarga isteri saya amat menyayangi saya lebih-lebih lagi ibu mertua saya,” ujar Nash yang menduda selama 11 tahun.

Pintu hatinya terbuka untuk menyunting isterinya, seorang pengusaha perniagaan kecantikan Nouvelle Visage yang juga seorang janda jelita berusia 40an beranak enam pada bulan Ramadhan baru-baru ini.

“Isteri saya telefon saya dari Mekah pada bulan Ramadhan baru-baru ini dan kami berbual macam biasa. Selepas itu, hati saya terus berdetik dan berkata alangkah baiknya kalau saya menjadikan dia suri rumah saya,” jelas penyanyi yang cukup terkenal dengan hemah yang tinggi itu.

Jelasnya lagi, “Entah mana hati saya terbuka untuk berkahwin lagi. Inilah dikatakan kebesaran illahi. Jodoh pertemuan sememang telah ditetapkan dan kita tidak boleh lari darinya.”

Menurut Nash, dia menerima jodoh yang ditetapkan “sebagai yang terbaik untuk saya dan anak-anak” dan berasa lega kerana semua urusan pernikahan selamat dijalankan tanpa sebarang masalah.  Tahniah Nash..Semuanya sudah selamat sekarang..Tiada tohmahan dan fitnah.. Bagus juga dapat orang Batu Pahat..Haha saya juga berasal dari Batu Pahat..Perkahwinan mereka sederhana tetapi meriah..begitulah sebaiknya..

Other Hot Posts


SHARETHIS


FREE-ADVERTISEMENT

All comments are the 100% responsibilities of the commenters. In case of any doubt, kindly refer to DISCLAIMER.



Baca sahaja? Luahkan pendapat anda supaya mereka dengar!!

6 Responses to “Nash berkahwin dengan CEO Nouvelle Visage”

  1. pinky on April 14th, 2007 11:17 am

    sepadan jerkk… ok per… well congrats…

  2. mi_zal on June 12th, 2008 4:35 pm

    alamak….bertahan 10 bln je…dah takdir kan….

  3. WADA::ROOM1122 on June 12th, 2008 4:46 pm

    lebeh baek sepuloh bulan dari tak serumah selama nya…….masa ni….da selamat mereka seperated..muga uncle nagr2 desas desus keretakan ni pong pasai duit..harap uncle nash tak terlibat……

  4. nenekebayan on August 12th, 2008 4:59 pm

    padan ke??muke janda dia nmpk garang la…

  5. lissa_arina on December 3rd, 2008 5:34 pm

    ye ke nenek?

  6. suhana on December 3rd, 2008 5:46 pm

    alahai…benda dh lama la…

Leave a Reply




  • Be Our Fans!

    FACEBOOK-LOGO YOUTUBE-LOGO
  • Celeb Poses

    DIANA-DANIELLE-GALLERY DRSHEIKH LISA-SURIHANI-BANNER
  • Regional Gossipz

  • Panas!!!

  • Pasti Meletop!!


  • Jumlah Tengah Syok!!

  • Syok Mengomen!