Photobucket - Video and Image Hosting Mulai hari ini, SyokKahwin.com melancarkan “Tips TentuSyok” yang akan menyingkap segala rahsia disebalik perancangan perkahwinan dari segi cara-cara menjimatkan kos, cara-cara memilih mak andam, jurugambar, merekabentuk gubahan hantaran, hidup harmoni suasana perkahwinan, teknik-teknik malam pertama dan juga bagi mereka yang masih single, trang tang tang…teknik memikat wanita..dan mencari jodoh…sebagai artikel ulung, di sini saya ingin menceritakan mengenai cara-cara menjimatkan kos kahwin.

RANCANG PERKAHWINAN ANDA DENGAN AWAL

Jika anda merancang dengan awal, lebih banyak peluang untuk anda meninjau perkhidmatan-perkhidmatan perkahwinan dan jenis perkhidmatan yang mereka tawarkan. Juga senang bagi anda menempah hotel atau dewan untuk majlis resepsi perkahwinan. Tahukah anda semakin dekat dengan tarikh perkahwinanan semakin mahal harga bookingnya? Juga mengenai jurugambar, sudah banyak jurugambar yang mengadakan tawaran hebat untuk majlis perkahwinan yang akan berlangsung pada tahun 2007. Contohnya Eddie Photography, Adan dan juga Ariff Thani (Nantikan tawaran hebat ini). Eddie – 25% discount, Adan sehingga RM800 discount, Ariff Thani…jeng..jeng nanti kami akan umumkan khusus untuk ahli kelab eksklusif SyokKahwin.com..So apa tunggu lagi, rancanglah perkahwinan anda dengan sebaiknya..Jika tidak anda akan terlepas tawaran-tawaran hebat ini!

Blog Widget by LinkWithin