Nikah Kahwin Pada kali ini saya ingin menyentuh mengenai persoalan nikah kahwin. Saya berasa amat bertuah kerana selama berkecimpung dalam industri perkahwinan ini dapat berkenalan dengan masyarakat dari pelbagai lapisan masyarakat. Banyak juga persoalan dan pertanyaan yang diajukan kepada saya mengenai perkahwinan. Ada yang terlalu banyak pilihan sehingga tidah tahu mana nak pilih. Ikut rasa ke? Ikut ukuran badan ke? atau ukuran buah dadanya? haha..ini sudah menjadi kebiasaan kepada para jejakawan..kekadang buat rambang mata buatnya..tetapi syukurlah jika anda sudah bersedia untuk berkahwin. Sebenarnya petunjuk Nabi kita dalam pemilihan jodoh adalah yang pertama sekali adalah agamanya. Sabda Nabi Muhammad S.A.W. “Dikahwini wanita itu  adalah kerana empat faktor iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka ambil beratlah dengan agamanya, jika tidak rugilah engkau” (Riwayat Bukhari).. Oleh itu perlukah kita mencari ustaz atau ustazah? hehe..oohh tidak begitu..yang paling penting adalah mereka yang taat kepada perintah Allah dan Rasul-Nya, dan tetap imannya..lihatlah kepada sekitar kita, adakah orang sekarang mementingkan agama lagi? Fikir-fikirkanlah..Ini semua diambil dari buku Remeh Temeh Nikah Kahwin oleh Ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir . Beliau adalah lulusan sarjana muda dari Universiti al-Azhar, Mesir dan ijazah sarjana dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Antara persoalan lain yang dijawab di dalam bukunya adalah:

  • Bolehkah seorang lelaki menjadi wali nikah anaknya yang lahir daripada zina?
  • Saya sudah pujuk ayah saya supaya menjadi wali pernikahan saya, tetapi dia tetap enggan, apa perlu saya buat?
  • Bagaimana jika suami berpendapatan lebik kecil dari isteri mengenai nafkah?
  • Jika suami tidak beri nafkah, boleh curi duit dia ke?
  • Hukum menonton cerita lucah bersama suami/isteri..

Banyak juga perkara2 yang memeningkan kita tetapi dijawab dengan mudah oleh Pak Ustaz yang menyampaikan mesejnya dengan secara serious dan lawak..Seperti kata Sh. Aleeya, secara “selamba serious”. Untuk mendapatkan buku ini secara online, sila ke ruangan tempahan kami di AdikBijak.