Setelah 25 tahun menduda, pelakon veteran Aziz Satar, 81 tahun akhirnya akan melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya, Hashimah Delan berusia 48 tahun pada 16 Disember 2006 jam 8 malam bertempat di Restoran Puteri, Lot 3074, Jalan Datuk Sulaiman, Sg Penchala di Taman Tun Dr Ismail. Sebelum itu, pada paginya, Pak Aziz akan melangsungkan pernikahannya di Masjid Negeri Shah Alam pada 16 Disember, jam 11 pagi. Adinda Sultan Selangor, Tengku Panglima Di Raja Sulaiman Shah telah berkenan menjadi saksi untuk pernikahan Pak Aziz itu nanti sementara kedua pengapit yang akan mengiringi pasangan pengantin itu ialah Radhi Khalid dan Betty Banafe. Ganas betul Pak Aziz kita nie.. hehe…amacam Datuk K, boleh lawan tenaga insani Pak Aziz? Majlis perkahwinan beliau telah mendapat tajaan Persatuan Karyawan. Ini bagi membalas jasa dan sumbangan beliau kepada Persatuan itu..Dalam satu temuramah dengan akhbar tempatan, beliau melahirkan perasaan terharu sehingga mengalirkan air mata dengan penghargaan dan penghormatan yang diberikan oleh ahli-ahli Persatuan Karyawan. Pak Aziz telah menyatakan niatnya untuk berkahwin setelah 25 tahun menduda, kepada artis veteran Datuk Sarimah Ahmad dan Yusni Jaafar, pada bulan puasa yang lepas, ketika mengikuti rombongan KARYAWAN membuat lawatan ke Rumah Anak-anak Yatim di Sungai Buaya, Banting, Selangor. Â
Di antara mereka yang turut menyumbang dari segi persiapan adalah pelakon, penyanyi dan penerbit filem Hajjah Ruhani Abdul Rahman, Habsah Hassan, Rubiah Suparman, Syanie Datuk Hisham, Jalaluddin Hassan, Rosyam Nor, Ziela Jalil, Deja Moss, Rahimah Rahim, Noniswara, Nash Lefthanded, A.Wahid Nasir, Helmi Gimmick, Zaibo, Azmi Make-Up Artis, Radhi Khalid, Kamal Aziz, Imuda, Salwa Abdul Rahman, Yusni Jaafar, Prof Fitri, Tim’s Catering dan ramai lagi.

Pasangan Bahagia Aziz Satar dan Bakal Isterinya..













at 12:40 am
TAHNIAH PAK AZIZ…..
SAPO X SAYANG BINI OOOIII…..
at 1:37 pm
Senyummmm kepada semua … Semoga Pak Aziz n isteri brbahagia ke akhir hayat .. insyaAllah ..
at 11:12 am
ERMM TAHNIAH?? APE KES HR TU GADOH2 SAMPAI MASOK MELODI SEGALA???