Drama ‘Sembilu Kasih’ dan ‘Janji Diana’ seolah-olah telah membuka lembaran baru dalam hidup gadis cantik bernama Diana Danielle Danny Beeson. Usianya baru menjangkau 15 tahun, namun kematangannya cukup terserlah apabila berbicara tentang kehidupan dan juga masa depannya.
Sebelum wataknya diperhebatkan, dia yang lebih mesra dengan panggilan Danielle ini hanya memegang watak picisan dalam drama tersebut. Sungguh pun begitu, peluang mempamerkan bakat dalam bidang lakonan yang diberikan oleh pengarah berkaliber, Datuk Yusof Haslam dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Jadi, tidak mustahil tidak lama lagi gadis berdarah kacukan Melayu-Inggeris ini akan muncul sebagai antara pelakon drama televisyen terlaris!
Sejak berusia sembilan bulan lagi Danielle sudah didedahkan oleh ibunya yang tercinta dengan dunia periklanan. Iklan lampin kanak-kanak adalah iklan pertamanya. Sejak dari situ, rezekinya tidak pernah putus. Sudah berpuluh buah iklan yang dibintanginya. Antaranya ‘Telekom’, ‘Johnson & Johnson’ dan ‘Canon’. Selain iklan televisyen, dia juga terlibat dengan iklan ‘billboard’.
“Mama Danielle adalah tunggak segala-galanya. Malahan, sejak kecil lagi dia sudah dapat membaca segala minat dan juga kemahuan Danielle. Ketika berumur sembilan tahun, mama berikan Danielle peluang untuk mencuba bakat dalam bidang lakonan. Dalam filem ‘Idola’, Danielle menjadi anak kepada pelakon Norman Hakim. Bermula dari situlah Danielle mula menerima banyak tawaran berlakon. Tetapi, mama mahu Danielle tumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran terlebih dahulu. Demi masa depan, Danielle akur,†ujarnya memulakan perbualan.
“Sungguh pun begitu, minat untuk menceburi bidang lakonan ini tidak pernah terkubur. Keinginan tersebut masih ada dan begitu kuat sekali. Kebetulan, sewaktu Uncle Yusof Haslam membuat penggambaran drama ‘Janji Diana’ di rumah Danielle, dia cuba ‘approach’ Danielle. Mana lah tau kot-kot Danielle ni minat berlakon. Masa tu Danielle tak tau nak cakap apa, sebab malu walaupun dalam hati hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa gembiranya Danielle. Setelah berbincang dan mendapat persetujuan dari mama, barulah Danielle berani memberikan kata putus. Maklumlah Danielle ni masih lagi belajar,†tambah Danielle panjang lebar. (sumber Majalah Remaja)
Danielle kini dikatakan sedang keluar bersama anak Dato’ Yusof Haslam.

Internet Empire of Malaysia’s College Kids!













at 8:24 pm
orang tak cakap kalau pokok tak goyanggg….orang tak kata mengata kalo empunya diri pandai jaga keperibadian….lumarah artis..jadi tontonan ramai..kalo ta mo jadi artis..ya suda…..tak jadi hal….bukan nak jaga tepi kain orang..kalo depan mata…..buat sesuati yg tak patut buat..tak kan ta ble di tegur…manusia bukan buta mata……sebagai umat ISLAM..kita di wajibkan beri ansehat..kalo tak suka…..ya suda…….lantakkkkk
at 8:45 pm
bukanya xbaik menasihati adikk oi..mmg da responbility..tapi..lebih baik diam dan jangan mengata sesuka..neraka jahanam menanti di ambang keinsafan..faham2 saja lah..lagipon..baik nasihat diri sendiri drpd menasihati org yerr..
at 10:07 pm
ni mcm sker na main2 neraka jahanam..:))..mcm ala ala sker sumpa2 punya kes:))..yer laaa……..boleh la tuh…..hikhikhik…..
at 10:08 pm
ye ke macam tu….mmmm..biasalah manusia kan xlari dari kesilapan..mmg macam tu weitt!!!….mm..papon..baik jaga diri dari jaga diri org..teruk nanti kan susah….byessss
at 1:58 am
yg di namakan MANUSIA..begitu lahhhhh….
at 11:35 pm
Saya ada e-mail diana danielle. – dianadanielle91@yahoo.com
sesape nak tanya sesuatu tentang agama @ benda lain hantar je di muhammadzulkiflee@yahoo.com
at 4:48 pm
asalammualaikum,kak diana,kak diana apa khbar,sihat ke..?kak diana shahira add myspace kak diana kenapa tak boleh..ok lh kak diana,semoga kak diana bahagia di samping keluara tersayang..bye asalammualaikum..
at 4:49 pm
[quote comment="108737"]asalammualaikum,kak diana,kak diana apa khbar,sihat ke..?kak diana shahira add myspace kak diana kenapa tak boleh..ok lh kak diana,semoga kak diana bahagia di samping keluarga tersayang..bye asalammualaikum..[/quote]
at 5:14 pm
shahirahh..minat betul awak ke diaa??smuge berminat slalu..hehe…
smuge dian success slallu..
at 12:49 pm
hye,kak diana ape khbar,sht ke..?lme shahira x msj kak diana,shahira harap kak diana selalu ceria dan bahagia di samping keluarga tersayang..kak diana shahira nk tanya ni npe kak diana sekarang x berlakon lagi..?ok lah kak diana shahira selalu doa kan kak diana bahagia di samping keluarga tersayang dan ceria selalu…bye
at 1:58 pm
amiin ya rabbal alaminn…
at 10:58 am
goood
at 7:13 pm
u sambung blajala..
at 2:59 pm
hai diana…..i’m wanted 2 request 4 ur facebook but couldn’t find ur wall…neway, thanks 4 being such a kind person at MM25….u r such a nice person…..thanks babe…