Nora Danish & Rizal Bercerai?

Pelakon komedi bersiri popular ’Puteri’, Nora Danish Hanif menafikan sekeras-kerasnya mengenai desas-desus keretakan rumahtangganya bersama Tok Muda Rizal Ashram Tan Sri Ramli Ngah Taib.

Salah sebuah akhbar tempatan baru-baru ini sudah pun memaparkan kisah keretakan rumahtangga mereka yang dibina sejak bulan Julai 2006.

“Semuanya tidak benar. Saya dan suami saya masih bersama,” tegas pelakon yang berusia 25 tahun itu ketika ditemui baru-baru ini.

Kehadiran suami tersayang di sisi Nora ketika diwawancara turut memperkukuhkan kenyataan yang dikeluarkan olehnya.

“Saya terbaca artikel yang mendakwa kami mengalami masalah rumahtangga. Malah, beberapa saudara-mara kami turut memaklumkan kepada saya mengenai artikel tersebut.

“Kemungkinan besar ramai yang sering melihat saya berjalan seorang mahu pun bersama teman saya yang lain tanpa Rizal.

“Ini mungkin mencetuskan khabar angin yang menyatakan kami tidak lagi bersama. Namun pada hakikatnya, Rizal sibuk dengan perniagaannya dan saya tidak mahu mengganggunya ketika dia berkerja,” tegas Nora lagi yang berharap agar salah faham ini akan berakhir.

Malah, terdapat juga desas-desus yang mengatakan bahawa salah satu punca penceraian mereka adalah kegagalan Nora melaksanakan tugasnya sebagai seorang isteri.

“Ini adalah tidak benar. Nora bersusah payah belajar memasak demi saya. Malah, saya bergembira kerana dia mempunyai inisiatif untuk menjadi seorang isteri yang baik,” ujar Rizal yang memberi penjelasan di sebalik khabar angin yang tersebar.

Bagi ahli perniagaan yang berusia 30 tahun itu, dia berharap agar desas-desus penceraian mereka dapat dihentikan segera.

“Tidak perlulah sebarkan cerita-cerita yang tidak elok mengenai kami. Rumahtangga kami tidak retak dan kami bahagia,” tegas anak sulung kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat yang juga bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib lagi.

nora danish bercerai

Komen Editor: Jangan sibuk-sibuk hal orang! Rumah tangga kita sendiri pun pernah berkocak. Fokus kearah kejayaan hidup demi dapat meningkatkan diri sendiri dan bangsa. Tunaikan tanggungjawab kita dahulu sebelum ambil kisah pasal orang lain. Saya doakan rumahtangga Nora Danish dan Rizal Ashram berkekalan. (Berita dan gambar dari mstar.com.my)

SaifulSham




You like this post? Perhaps you would like to subscribe to Syokkahwin.com's daily news direct to your mailbox! Subscribe Here.

60 Responses to “Nora Danish & Rizal Bercerai?”


  1. 1 aku daa May 21st, 2007 at 3:14 am Quote

    first aku nak cakapnyer..

    Wartawan nih kekadang membawa kepada kebaikan…tapi kalau dah ter’over’ sangat pasti membawa kepada keburukan…

    Yang korang nih wahai wartawan, ngape cepat sangat nak sebarkan berita…pastikan benda tu betul2 sahih dulu,barulah boleh sebarkan..ini tak, dengar jer khabar angin sikit..mulalah nak sebar..kamu nak jadi kawan Iblis ke? yang mana kijernyer iblis nih..sebarkan angin2 yang tak betul(bisikan syaitan)..itulah kije dia,dia suka sangat2 MANUSIA nih berpecah belah..nak jadi macam dia ker?

  2. 2 mini May 22nd, 2007 at 12:41 am Quote

    hmmm…. jadang2 gara2 mulut wartawan lah punca semua nih. kalau di cungkil cerita sampai ke liang kubur. tapi tak semua wartawan mcm tuh. ada yang bagus… tapi satu je aku tak suka bab press ni…
    bila memuji artis sampai melambung tinggi, mengalahkan memuji tuhan. lagi2 bab cerita pasal ct. naik tonggek buntut ct dgr pujian wartawan2 yang dah naik rabun. bila ct buat semua betul…. padahal byk memalukan kaum wanita… dah nyata..buat apa nak selindung. bila artis lain silap sikit, mak aiii… di soal mcm tak ada maruah….. bila nak bukak mata …….

  3. 3 pinky May 27th, 2007 at 1:56 am Quote

    wartawan pun manusia bese… ada sbbkan dorg nehh naikkan nama2 sesetgh artis dgn citer baik2… pulangan beb pulangan…. bullshit seme

  4. 4 Cik Puan Muda May 31st, 2007 at 1:46 pm Quote

    Huh! Ye le. Betol sesgt. Wartawan ni lebih suka gosip2 liar. Arena seni muzik tanahair gah dgn cerita artis rampas laki org, artis ada sugar daddy, artis besarkan itu ini, inject itu ini, bakat hampeh!
    Menyenangkan keje2 wartawan. Nak kerja senang. Dulu cerita CT nk kawin naik muak. Org lain kawin org kaya, tak kecoh. Ntah2 sensasi, dibayar….
    Artis berbakat suara & lakonan, yg baru nak naik takde cerita. Tak popular. Ni kes wartawan pilih kasih….Camner nak maju. Pikir!

  5. 5 Bro Wan Jun 19th, 2007 at 11:21 am Quote

    Assalamualaikum,
    Saya saudara terdekat Rizal Ramli. Saya hairan macam mana cerita Rizal dgn isterinya Nora boleh keluar dalam akhbar mengenai penceraian mereka. Sikit punya banyaklah cerita boleh di buat mengenai mereka, tapi kisah yang tak tahu mana asal usulnya pula yang terkeluar. Peliklah media ini. Bila dah sah bercerai di mahkamah baru nak keluar cerita tak apa juga.Memang media tersebut ada kemungkinan di bayar oleh pihak tertentu yang dengki dengan pasangan ini. mungkin si ex-xxxxxxxxx . alamak, banyak lagilah lelaki atau perempuan di dunia ini.

  6. 6 shirzza Oct 9th, 2007 at 2:47 pm Quote

    ye…ke…siapa yang sebarkan khabar angin niiiii?

  7. 7 honey Jan 17th, 2008 at 8:50 pm Quote

    apa la.. bra x sesuai dgn baju..
    huhu.. (lari dari tajuk)

  8. 8 Sazreena Jul 1st, 2008 at 11:17 am Quote

    Patutnya dia pakai t-shirt bra yg takde lace..hehehe..aku pun melarikan tajuk..

    Tapi yg latestnye news @ gossip..Nora dikatakan soheh bercerai.. wallahua’lam..

  9. 9 WADA::ROOM1122 Jul 1st, 2008 at 11:35 am Quote

    yang mana satu betul ni…….da cerai ker belok..dah tuh kata si nora ni hamil plak..ish..ish……poning den….

  10. 10 Sazreena Jul 1st, 2008 at 11:57 am Quote

    Tu lah dia..takkan nak diceraikan kalau Nora hamil..lainlah kalau suami dia hati kering..

  11. 11 labuchee87 Jul 1st, 2008 at 11:58 am Quote

    adoiiyaii…hamil lak….
    cerai2 ni x elok arr…mesti keje si betina tukan….(amboii,mulut ko chee….)

  12. 12 CLEAN N CLEAR Jul 1st, 2008 at 12:00 pm Quote

    msti comel anak nora nti..

  13. 13 labuchee87 Jul 1st, 2008 at 12:11 pm Quote

    yela…mak die pon comel bapak….

  14. 14 Sazreena Jul 1st, 2008 at 12:12 pm Quote

    Sibbaik ko pandai censored mulut ko sendiri Chee..kalau tak ada yg kena Cheeli..hihihi..

  15. 15 CLEAN N CLEAR Jul 3rd, 2008 at 5:46 pm Quote

    LABUCHEE tu dah lama ada ‘lesen’, tu yg dia bringat utk brenti stiap kali smpai kt ‘trffic lght’ .. kng x pasal2 kna ’saman’ kang .. heee ..

  16. 16 putrezz Jul 4th, 2008 at 11:26 pm Quote

    wei!!xbaik wat khabar angin..
    i know my own cousin…they are still together and very happy..
    pls dont make fake stories about them..its not good at all…
    they still love each other alot…
    i hope you all understand that..dont break other peoples relationship…thats all…thnx..

  17. 17 CLEAN N CLEAR Jul 4th, 2008 at 11:55 pm Quote

    PUTREZZ tul ke Nora is ur cousin? Still khabar angin, x ribut lagi .. so x worry ek? Is it true that she’s 2 months pregnant? X sabar nk tgok anak Nora .. msti comel n putih gebu mcm mama dia. Apa2 pun juz hope Nora sabar n tabah mghadapi dugaan hidup yg scara x lgsung akn mematankn lgi diri kita ( iringan lagu SEJUJUR MANA KATA2- Spring.. #Pengalaman.. telah mndewasakn.. mematangkn fikiran ..Pahit getir yg pnah dlalui, guruku sejati ..)

  18. 18 JanganJadiBodo Jul 8th, 2008 at 3:43 pm Quote

    jangan kawen kalu tak cukup ’sifat’.. fasha kan mmg celaka.. tengok je la.. dr cerita yusri & erra?? farid kamil & irma?? nora & rizal… syamsul & diana?? kalu sebab artis pmp suara ‘kepit’ tuh! patut dihabiskan je pmp gila ‘kepit’ tuh! :) )

  19. 19 CLEAN N CLEAR Jul 8th, 2008 at 4:40 pm Quote

    JANGANJADIBODO .. sabar .. ni btul2 fllow crita FS ke ni? X ke Symsul n Diana ok je? Jom pakat2 doa smoga Mlysia ni aman damai .. n sntiasa dberkati Allah swt, insyaAllah .. X pyh amik berat isu remeh cmni .. x de bgi untung pun kn? Sabar ekkk .. Senyummm .. ha kn ok bla snyum cmtu ..

  20. 20 renn_96 Jul 8th, 2008 at 4:50 pm Quote

    Jgn ler wat crita kalau tak betol…bikin panas btol ler…
    buat ler crita yang btol2 punyerrr…
    pederrrrrrr..

  21. 21 Sazreena Jul 8th, 2008 at 5:39 pm Quote

    Sape plak yg wat ceta..kitorang mendiskaskan jer isu2 berbangkit. Dah e2 cetanye yg kuar kat paper..kitorang baca jer lah..besides, takde pun follow up to clear the matter..tu yg jadi spekulasi. Nora Danish..wat say u girl?

  22. 22 CLEAN N CLEAR Jul 8th, 2008 at 9:05 pm Quote

    jatuh talak ke klau isteri tgh pregnant?

  23. 23 WADA::ROOM1122 Jul 8th, 2008 at 10:28 pm Quote

    mana ble ceraikan bini..kalo waktu isteri HAMIL…kena tunggu anak tuh lahir dulu lerrrrr…..baru ble jatokan TALAK…….mcm mcm DUNIA punyer citer………

  24. 24 CLEAN N CLEAR Jul 8th, 2008 at 10:50 pm Quote

    so klau cmtu .. nora x la ‘brpisah’ lgi dgn rizal, hope dlm tmpoh nora mngandung ni (8 months 2 go!), depa dpt settle kn msalah depa tu .. sayang lee .. sama2 lh blaja dr ksilapan msing2 sbb alam umah tgga ni x nk duk brsama 2-10 tahun je .. sdangkn lidah lgi trgigit kn? Lainlh klau dh smpai x leh brnafas sbb ‘trcekik’! Allah swt x haramkn pnceraian tpi Allah swt ‘x suka’ ..

  25. 25 cobaan Jul 8th, 2008 at 11:19 pm Quote

    Quote Paling Syok

    jangan kawen kalu tak cukup ’sifat’.. fasha kan mmg celaka.. tengok je la.. dr cerita yusri & erra?? farid kamil & irma?? nora & rizal… syamsul & diana?? kalu sebab artis pmp suara ‘kepit’ tuh! patut dihabiskan je pmp gila ‘kepit’ tuh! :) )

    “KALAU” betul Fasha begitu orangnya, dont just blame her alone. Lainlah kalau Fasha ugut those men at knife point. Lelaki jenis MBA ramai diluar sana.

    Wanita memang pandai menggoda dan lelaki memang senang tergoda. Jadi wanita2 diluar sana, godalah suami2 anda. Goda jangan tak goda (suami aje tau).

  26. 26 JanganJadiBodo Jul 11th, 2008 at 10:19 am Quote

    alah, guys, u know what the true story rite? fasha mabuk cium leher rizal? i know that time babe! haha! fasha n adik beradik sama je.. muka baik x semeestinya dalam baik! yg ‘lain’ baikla..!! gelik geleman gan aku artis suara kepit/../ eeiyyaakk!! u know guys… koreklaa the true story.. i know everything abt her family!

  27. 27 luisa Jul 11th, 2008 at 10:28 am Quote

    Time citer ni kuar diorang x cerai lg kan? Bulan feb baru cerai talak 1, then rujuk balik. Jun ceraikan lagi tapi dah pregnant pulakkkkk….. tapi tgk dia ni cam relex je.. agaknye malas nak kecoh2, tgh mabuk2 pregnant lak tu….
    Hope she’ll be fine with her hubby…. dah ramai dah artis2 ni cerai lepas dapat anak…. jgnle jd camtu…. sian mak & anak tuhhh

  28. 28 Sazreena Jul 11th, 2008 at 10:56 am Quote

    Fasha tu memang drama queen..dlm real life pun nak berlakon..agak - agak la..menyampah tul aku tngk muka seposen dia masa Nas terjah pasal kes Nora Danish..takyah lah nak berpurak2 Fasha oiiii..org dah tau ur true colors..yang si Rizal ni agaknya dia ingat talak tu cam gelpren boipren break kot..rasa nak lafaz talak..lafaz..kalau sayang, rujuk balik..eh apa daaa…

  29. 29 aku best Jul 11th, 2008 at 11:04 am Quote

    mdlm masa tempoh pregnangt nie harap2 nora ngan rizal dpt berbaik semula…sian bb nnt kehilangan kasih seorg bapa……..

  30. 30 CLEAN N CLEAR Jul 11th, 2008 at 11:14 am Quote

    SAZ, FS jdi drama queen .. jom kita jdi dncing queen (iringn lgi Dncing Queen- Abba). Zaman lani… hmm.. lafaz talak dh jdi lafaz plg mudah dsebut lani brbnding dgn lafaz kalimah syahadah! Spatutnya .. brbincang dulu sblum lafaz cerai, tpi lani .. lafaz cerai dulu .. baru nk brbincang. Biar org kata nsai dh jdi bubur .. x lupa .. bubur pun leh makan lagi esp bla demam .. cuma x makan nasi @ bubur basi dah le .. itu yg jdi ’sakit’!!

  31. 31 WTF Jul 11th, 2008 at 11:27 am Quote

    Doakan yang terbaik buat mereka. Tapi itu laki huh, kena jaga huh, gaya macam ada gatal juga. Put him on a leash Nora Danish. Kasi dia makan banyak-banyak biar perut dia gendut, gerenti FS atau mana-mana pompuan pun tak minat tengok dia tuh.

    Itu pompan FS aisey menyampah betul. Dekni nak buat record ke brapa banyak relationship dia dapat breakup kan.

  32. 32 labuchee87 Jul 11th, 2008 at 12:16 pm Quote

    fasha tu kan mmg BATAK!!!!!sUme jantan die nak….amik kau…geram plak aku….

  33. 33 Sazreena Jul 11th, 2008 at 12:17 pm Quote

    Wah C&C..biar betul nak berdancing queen di hari Jumaat nih..hehe.. kang kena petir..gelap jer..memang lah jodoh dah takde antara dorang tapi kalau tak diprovoke..takkan cerai..ye tak..nak kata bini tak lawa, lawa comey lote lagi..nak kata takde anak..tuh si Nora mengandung 3 bulan..ntahlah..mcam2 ragam manusia skarang..

  34. 34 labuchee87 Jul 11th, 2008 at 12:34 pm Quote

    btul tu kak shaz…bukannye bini die buruk,cantik lak tu..ape yg die nak kat betina laen pon x tau…si pompuan tuuutt….tu lau x mengacau laki org, umah tangge org x n=bahagie la gamaknye hidup die tu kan…macam2 skang nie…kawin cerai da macam perkara biase…cam break jer….x reti berfikir bek bg kat kambing ke…lg bagus…kawin wat grand2 membazir nak malatopp je pastu 2 3 bulan x sampai bape taun, da ceraii….masalh….

  35. 35 Sazreena Jul 11th, 2008 at 12:48 pm Quote

    Labuchee..jgn ko panggil aku kak Shaz..tinga ni elergic sket..hehe. Aku pun memang menyampah ngan minah Fucking Slut tu..oppsss..sowi.. mulut takde insurans..kejap kata bercinta dgn VIP ni, kejap dgn kerabat tu.. bila press kuar story..g memarah reporter pasal buat ceta gosip..well..kalau tak nak kena gosip..akhlak tu jagalah sket..pahape ntah.

  36. 36 CLEAN N CLEAR Jul 11th, 2008 at 1:00 pm Quote

    woo SAZ.. x nk kna panah petir woo .. ya ampun ..taubatttt! Esok kita dancing poco2 je lah, leh bakar lemak sana sini sinun..hik!

    SAZ N LABUCHEE .. llaki duk kata x faham pompuan pdhal depa tu lagi teruk .. kita buat baik pun depa kata salah .. kita buat salah .. depa kata kita ni brmasalah! Asyik kita je nak ikut cakap depa! Asal brduit je trus ‘mampu’ nak kawin cerai @ kawin extra. CnC pnah n masih jumpa org yg duk kalut nak tmbah bini-esp yg brumur 40thun ke ats.. bila tnya knapa .. jwpn .. ‘SAYA MAMPU!’ n ‘INIKN SUNNAH NABI’. CnC bkn kata poligami tu x leh tpi depa ni x faham apa mksud ‘mampu’ sbnarnya .. asal ada duit je .. ‘mampu’! Tang kawin nak ikut sunnah nabi, tpi tang amalan .. prlakuan.. ibadah .. ada ke depa ikut cara Nabi?

  37. 37 Sazreena Jul 11th, 2008 at 1:17 pm Quote

    C&C..Saz mana reti dancing poco2..freestyle boleh lah..hihi..

    Well..kalau dah namanya manusia..keinginan tu tak penah cukup..tak penah puas..tapi itulah yg buat kita terbabas. Kalau stakat reti menambah bini dgn anak jer tapi pengisian takde..tak guna gak.. Anak berlambak, tapi ilmu & agama rabak. Bersepah bawak masalah. Lainlah kalau dididik dengan baik.

  38. 38 bukan muallimah Jul 11th, 2008 at 1:45 pm Quote

    Berpisah jua akhirnya,…

  39. 39 CLEAN N CLEAR Jul 11th, 2008 at 2:02 pm Quote

    poco2 pun freestyle gak SAZ.. Klau org tgok kita nari pelik .. kita kata lh ’style baru’ poco2!

    Mcm2 hal dunia lani. CnC rela kawin ..eh .. nikah dgn duda dr jadi bini no 2 wlpn poligami itu sah n dtawarkan plbagai kesenangan hdup. Byk cerita yg pedih dr yg ria dlm himpunan kisah hdup brmadu ni. Yg ok tu .. alhamdulillah. Yg ’suku2 way’ tu yg perit! Slalunya yg 2nd / 3rd/ 4th ni .. “Sya nk kna jaga hati byk pihak.” .. Juz wondering .. hbis .. yg ’saya’ tu de hati ke yg nk djaga? CnC nk ketenangan hdup n ksenangan hdup tu bab ke 2. Apa2 pun, Allah swt yg maha mgetahui stp kjadian di antara langit dn bumi. CnC mnta djauhi je bnda2 camni.. insyaAllah ..

  40. 40 aku best Jul 11th, 2008 at 2:07 pm Quote

    Quote Paling Syok

    poco2 pun freestyle gak SAZ.. Klau org tgok kita nari pelik .. kita kata lh ’style baru’ poco2!

    Mcm2 hal dunia lani. CnC rela kawin ..eh .. nikah dgn duda dr jadi bini no 2 wlpn poligami itu sah n dtawarkan plbagai kesenangan hdup. Byk cerita yg pedih dr yg ria dlm himpunan kisah hdup brmadu ni. Yg ok tu .. alhamdulillah. Yg ’suku2 way’ tu yg perit! Slalunya yg 2nd / 3rd/ 4th ni .. “Sya nk kna jaga hati byk pihak.” .. Juz wondering .. hbis .. yg ’saya’ tu de hati ke yg nk djaga? CnC nk ketenangan hdup n ksenangan hdup tu bab ke 2. Apa2 pun, Allah swt yg maha mgetahui stp kjadian di antara langit dn bumi. CnC mnta djauhi je bnda2 camni.. insyaAllah ..

    minta dijauhkan jugak…

  41. 41 labuchee87 Jul 11th, 2008 at 2:10 pm Quote

    skarang ni macam2 cite artis la cite org biase la,kena rogol kena bunuh erm…seram……di akhir2 zaman ni rasenye macam x nak tgk dunia luar…xnak tambah dose….
    dunia da makin tua…cume manusia yg kat dunia ni je yg x sedar2 diri tu da tua….

  42. 42 Sazreena Jul 11th, 2008 at 2:13 pm Quote

    Hmm…kekadang nk cakap lelebih pun susah gak C&C. Walaupun kita dah dikurniakan akal tapi tak suma orang leh handle dgn baik. Bak kata org, tak kena boleh lah cakaaapp..ye mmg betul pasal kita berada di luar tapi kita tak perlu berada di dalam semata-mata utk merasai dan mengalami sendiri. Tak yah g jauh lah..baca ceta DCKK Panca Indera tu jer pun dah bagi kita byk pengajaran. Sekurang2nya kita tahu apa yg berlaku. Takdelah keras kaku dan terpaku bila benda dah berlaku..

  43. 43 aku best Jul 11th, 2008 at 2:14 pm Quote

    wei…ngantuk la plak…

  44. 44 labuchee87 Jul 11th, 2008 at 2:19 pm Quote

    a…ah shaz…kite pon ske bace ruangan tu…leh jadikan iktibar…erm……
    aku best,tidok dulu…ngehnghe………

  45. 45 rinoa Jul 11th, 2008 at 2:27 pm Quote

    nyampuk sket… kat paper rini bg tau si rizal kate dah tawar hati.. yg pelik nye feb dah lafaz cerai pon menjadi gak baby dlm perut tu… haha.. tak bleh la nak slh kn si fs tu sorang jek!! rase2 mmg ade gak kkrgn pd si nora tu.. same gak kite nmpk dia dr luaran cntk cam fasha tu.. tp dlmn hanya dia dan rizal jek yg tau… biase nyer kalo lelaki yg ckp tawar hati susah la kot… kalo aku jd nora tu x pyhla trma blk laki cenggitu.. suka2 nak suke2 buang… huhhhh!! rasa diri x di hargai langsung….

  46. 46 (_) Jul 11th, 2008 at 2:32 pm Quote

    ELO WADA

  47. 47 labuchee87 Jul 11th, 2008 at 2:36 pm Quote

    btul tu rinoa…suke2 je…macam lampin pakai buang plak ye….da tawar hati tp dalam perut???wahhh……ape2hal pon hanye mereka jer yg tau sume ni..doakan je la agar mereka jumpe jalan yg terbaik dan penyelesaian untuk masalah mereka ni…….
    wada ane eh arini???sunyik jerkk…………..ngah wat sambal belacan la tuh…hehe

  48. 48 CLEAN N CLEAR Jul 11th, 2008 at 2:38 pm Quote

    SAZ .. kita pegang handle basikal je lah .. tu pun kdg2 eksiden dak!

    RINOA .. sblum kawin (tgh brcinta).. smua rasa sedap, enak, manis.. yg pahit pun pksa diri utk telan .. i lap u, u lap me. Bils dh x suka.. mcm2 rasa lh kuar .. gula pun leh kata pahit! time ni .. u slap i.. i slap u lik le..

    Apa2 pun .. kita sbgai ‘pnonton’ amik iktibar lh kisah2 yg trhidang .. blajar dr ksilapn diri mhupun org lain n prbaiki diri slagi boleh.. insyaAllah .. Allah swt akn bantu hamba2-Nya yg mmohon kbaikan drp-Nya

  49. 49 (_) Jul 11th, 2008 at 2:39 pm Quote

    LABUCHEE,

    AWAK TAHU TIDAK EMAIL WADA?

  50. 50 labuchee87 Jul 11th, 2008 at 2:43 pm Quote

    xtau la wak….siyes ni…nampak x kening kite yg siyes neh………..

  51. 51 rinoa Jul 11th, 2008 at 2:46 pm Quote

    lampin pki buang tu pon sekali pki terus buang.. tp ni x tak tau la kategori mane.. kalo sebuah ikatan perkahwinan yg suci tu hanyalah sekadar hiasan tuk dorg pyhla… sekadar nak merasa jek.. yg haram tu kan sedap, bile dah halal mule la tawar sane sini.. hehe.. betul ke? orang wet byk ade pgkt dan darjat pe heran… nak yg lawa yg cntk ape sume ade.. kat dunia ni bole la beli ngan hrta.. ting tong!!

  52. 52 CLEAN N CLEAR Jul 11th, 2008 at 2:51 pm Quote

    LABUCHEE .. pnjam kening kak ZZ ke?

    RINOA .. naik lrt smpai mana dah tu? ‘Ting tong.. stesen berikutnya .. KLCC.’ … tinong! tinong! .. err .ni bateri ultraman dh weak!

  53. 53 labuchee87 Jul 11th, 2008 at 2:54 pm Quote

    bukan la cnc pinjam kening the roch..hehehehehehee…..
    wada ni btulla ngah tumbuk cili neh….

  54. 54 Sazreena Jul 11th, 2008 at 2:55 pm Quote

    Tul tu C&C, masa bercinta..kentut pun wangi..kalau jln tersepak batu, batu tu yg disalahkan pasal ‘buta’ tak nampak org.

    Aku best, ko makan tak hengat tu yg jadi ngantuk..hehe..Aku kalau ngantuk kat opis, aku tdo jer. Tdo kejap takpe lagipun baik utk kesihatan. Jgn plak tdo sejam dua..tu nk mintak dibuang keja namanya.

  55. 55 labuchee87 Jul 11th, 2008 at 2:55 pm Quote

    the roch plak…the rock gituu…terlebey sudaaa…

  56. 56 rinoa Jul 11th, 2008 at 3:00 pm Quote

    boring tahap cipan dah ni… huhhh

  57. 57 CLEAN N CLEAR Jul 14th, 2008 at 4:47 am Quote

    haa.. tu lah LABUCHEE .. duk angkat kening lagi .. kng dh salah taip! hati2 duk angkat kening tu, kang susah nk trunkn lik! Sape susah? Kami kat sinilah gak yg syusah sbb LABUCHEE asyik slah taip je! Heee…

    SAZ.. lani depa x kata kentut wangi dah ek .. Klau awek/bf kentut, muka ttp brkerut tahan nafas tpi bila gf/bf sonyap jo (sbb x nk malu) .. dpa kata lah org lain yg kntut, ntah2 anak kucing yg baru lalu tu pun depa leh salahkn! Hik!

  58. 58 Sazreena Aug 11th, 2008 at 8:31 pm Quote

    Boleh gitu..

  59. 59 eimhays Oct 9th, 2008 at 3:48 pm Quote

    memang patut d’orang bercerai seperti apa ye entah ah lu pikir lah sendiri?

  60. 60 mirzaqisya Oct 9th, 2008 at 3:57 pm Quote

    sayang la kan….nora tu cute sangat2……lembut ja kan????? qisya suka sangat8 tgok die……..1000% qisya minat kat die…..lpas ni nora kena la pikul tanggungjawap sebagai ibu skaligus merangkap papa pada beby yang akn lahir ke dunia ini….qisya turut simpati atas apa yang berlaku pada nora………..byak2 la tawakal dan berdoa supaya anak yang di lahirkan nnti shat tbuh bdan dan cerdik akal fikiran nya……..amin………

Leave a Reply

Quote selected text




Can You Handle This?

PERCUMA

Langgani Syokkahwin.com melalui email anda:

 

Delivered by FeedBurner

 

Jumlah Mereka Yang Sudah Syok!

 

 Add to Technorati Favorites

 

Don't forget to bookmark this site (Press CTRL+D)

Fantastic Offers!

ford-models-fashion-news1


 

Wedding-Diary-Logo

Amazingly Syok!


Hot Videos On Syok Now!


Wondergirls - So Hot

Nubhan - Ada Untukmu

About Me

Climbing my way to the top! A blog about passion, excitement, fun and quirks.

Contact Me

Latest Post

RSS

Category