Sama ada anda sedar atau tidak, semalam adalah harijadi Siti Nurhaliza (11 Januari 2007-Aquarius). Kini sudah genap umur Siti keduapuluh lapan. Siti menganggap ulang tahunnya kali ini cukup istimewa apabila kali pertama diraikan bersama suami. Malah, ia lebih bermakna bagi Siti apabila suami meraikan hari istimewanya itu di sebuah restoran makanan Barat eksklusif di Chulan Square. Sepatutnya ia menjadi majlis kejutan untuk Siti tetapi penyanyi yang popular dengan lagu Biarlah Rahsia itu mengetahui segala persiapan yang diatur suami.

Kata Siti, tiada orang boleh buat kejutan untuknya kerana dia akan tahu juga. Ia dihadiri keluarga, teman-teman dan rakan artis serta wakil media. Ibunya, Siti Salmah Bachik tiba kira-kira jam 10.20 malam dari Kuala Lipis, Pahang ditemani Siti Nursaerah, Siti Nursaida dan Rozie Abdul Razak.

Turut hadir ibu Khalid, Siti Zainab Hanafi, kakak dan adiknya, Zaiton dan Zaini. Bagaimanapun bapa Siti, Tarudin Ismail dan abang Siti, Saiful Bahri atau Ayie tidak dapat datang.

Tetamu kenamaan yang hadir ialah Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob; Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Datuk Manja Ismail dan Ketua Pengarang Berita Publishing Sdn Bhd, Datuk A Kadir Jasin.

Siti dicium Pak Misai

Gambar Hari Jadi Siti ke-28

Tambah memeriahkan majlis rakan artis seperti Juliza Adlizan, Ning Baizura, Nora, Nurul, Syafinaz, Ezlynn, Linda Rafar, Dayang Nurfaizah, Sharifah Norhaslinda, Sharifah Shahirah, Fara Fauzana, Aznil Nawawi dan Kat.

Mereka dihiburkan pasangan suami isteri, Syed Sobrie dan Azie dengan lagu Aku Makin Cinta, Nyanyian Asmara, L.O.V.E, I Finally Found Someone dan Mencintaimu.

Penyanyi yang hadir turut menghadiahkan lagu seperti Nora, Nurul, Ezlynn dan Juliza.

Majlis memotong kek diadakan sebelum jam 12 tengah malam dan lebih awal daripada dirancang untuk mengelakkan majlis selesai agak lewat. Dengan ditemani suami, ibu, mentua, adik dan kakak, Siti meniup lilin dan memotong kek hari jadinya.

Mengenai hadiah suami untuknya, Siti berkata, biarlah hanya dia yang tahu, tetapi apa yang lebih penting baginya ialah kasih sayang dan kebahagiaan yang dilalui bersama suami.

Katanya, apa yang diharapkan kini ialah kehidupannya menjadi lebih baik dan terus bahagia bersama suami serta dikurniakan cahaya mata.

“Bagaimanapun buat masa ini belum ada rezeki lagi. Jangan bimbang, saya akan beritahu nanti,” katanya.

Bagaimanapun, kehadiran kereta Mercedes hitam dengan nombor pendaftaran angka 11 mengundang teka-teki sama ada ia hadiah istimewa suami untuk Siti.

Apabila ditanya dengan Khalid, katanya, kereta itu untuk kemudahan isterinya pergi kerja memenuhi undangan menyanyi.

Khalid juga menafikan isterinya sudah ‘berisi’ sebaliknya mengatakan mereka berserah kepada Tuhan sama ada memberi rezeki itu cepat atau lambat.

Pada majlis dihoskan Dee itu, Siti turut menghiburkan tetamu dengan lagu Dealova, kemudian berduet dengan Syafinaz menerusi Can’t Take My Eyes Of You.

Siti dan Syafinaz juga berkongsi hari jadi kerana Syafinaz menyambut ulang tahun ke-34 pada hari sama. (Source Hmetro)

Blog Widget by LinkWithin