Kompang sering dimainkan di upacara perkahwinan, majlis rasmi dan juga majlis menyambut tetamu asing. Permintaan tinggi masyarakat di Malaysia terhadap perkhidmatan kompang ini amat menggalakkan menyebabkan kebanyakan mereka sudah semakin progresif dan mempunyai laman web sendiri. Antara pasukan kompang yang menpunyai pengaruh dan tempahan yang meluas adalah KUMPULAN KOMPANG EZHAR. Kumpulan ini berasal dari sebuah kampung yang bernama BANTIN di Wilayah Jawa Barat. Pada waktu itu seorang yang bernama MUNAJI telah mendidik anak-anak bangsanya belajar ilmu persilatan dan kesenian kompang di daerahnya di zaman pemerintahan Belanda.Munaji membawa kesenian tersebut ke Singapura di dalam suasana peperangan Jepun.  Di Singapura beliau melatihkan kesenian ini kepada seorang bernama JASMAN di sebuah kampung bernama Radin Mas dalam Daerah Tangong Pagar, Singapura. Jasman mula mengajar kesenian ini kepada beberapa orang muridnya termasuklah RAMLI HJ DAWAM (Pak Guru) dan seterusnya Ramli Hj Dawam membawa kesenian ini terus ke Malaysia. Di Malaysia seni ini telah bercambah ke hampir ke seluruh negeri di Malaysia. Kumpulan Kompang Ezhar mempunyai sistem permohonan ahli dan juga latihan yang teratur. Mereka juga mempunyai pakaian seragam kompang mereka sendiri. Mereka membuat proses pendaftaran ahli dari masa ke semasa. Anda juga boleh memohon jika berminat.

Dengan kemajuan ini tidak hairanlah mereka sering diundang untuk menghadiri majlis-majlis melebihi majlis perkahwinan yang biasa seperti majlis menyambut pasukan Manchester United ke Malaysia. Usaha gigih ini dipimpin oleh Ketua Pasukan Kompang Ezhar cawangan Kuala Lumpur, Encik Jalal (017-339 9979). Bayaran yang dikenakan adalah amat berpatutan iaitu RM200-RM300 bagi 10-15 orang ahli berkompang. Untuk senarai penuh profile Pasukan Kompang Ezhar Encik Jalal, anda boleh mendownload maklumat itu di sini:
Download Maklumat Pasukan Kompang Ezhar
Kumpulan Kompang ini menggunakan lambang Ezhar yang nyata sudah terkenal di sana sini, termasuk di Singapura dan Indonesia.
 
Cikgu Jalal yang segak dan berkarisma, memimpin Pasukan Kompang Ezhar Zon Kuala Lumpur.

Nak test power gema pukulan kompang sampai stim? Download klip lagu Kompang Kahwin anda di sini. Hanya dari Syokkahwin.com - Laman Yang Membuatkan Anda Terus Nak Kahwin! hehe..















at 7:59 pm
Assalammualaikum..
Saya sedang mencari kumpulan marhaban dan berzanji untuk kenduri mencukurjambul anak saya yang akan diadakan pada 7/7/2007..Adakah anda menyediakan perkhidmatan marhaban dan berzanji..Jika ada bagaimana bayarannya..
at 12:19 am
That sounds great however another great place to buy Wedding Party Favors is over at Discount Wedding Favors. I got a great deal!
at 11:20 am
saya adalh ahli kompang ezhar yg bersemangat waja
at 3:44 am
nk cari kump marhaban untuk majlis kesyukuran dan potong jambul pada 28 disember 2008 dikajang…sgt diperlukan..bayaran macam mana…?plz let me know as soon as possible…
at 3:00 pm
Saya ingin menubuhkan pasukan kompang ezhar di tempat kerja saya..macam mana caranya dan berapakah kos yang perlu di keluarkan.. harap dapat bantu
at 10:03 am
salam saudara…
saya ingin menubuhkan pasukan kompang di kolej so saya perlukan nasihat dan panduan bagaimana untuk menubuhkan, budget utk alatan dan latihan dsd…
harap dapat bantu..TQ
at 11:19 pm
salam saudara…
setelah berpindah ke nilai 15 tahun dari bandar tun razak cheras.jadi semenjak itu tidak bermain kompang ezhar. saya pernah menjadi ahli ezhar di cheras dan pernah beberapa bulan ke kampung pandan dalam untuk menambah ilmu.kalau x silap saya gurunya bernama en. rashid.jadi minat datang kembali untuk menubuh kumpulan ezhar di tempat saya dengan sokongan jkkk dan k bestari.minatnya pada warisan ini dapat saya ingat setiap pukulan walaupun liriknya sudah lupa.berharap dapatlah pihak tuan memberi panduan dan tunjuk ajar serta salinan lirik lagu2. harap maklum.
at 10:33 am
A’kum Cikgu Jalal…..
Saya Berasal Dr Kluang Johor Di Kg Hj Manan….
Sekitar Tahun 90 Dulu Ezhar Pernah DiTubuhkn Di sana,tetapi skrg nie ramai ahli2 dn khalifah tidak mnetap lg di kg trsebut.Kini saya bertugas di yayasan warisan johor…dn impian saya ingin mnubuhkn smula kumpulan EZHAR di tempat saya.saya masih lg mnyimpan sebiji kompang yg masih lg berlambang kn lambang EZHAR K.M.S.H.dan senaskah buku lagu2 dan pukulan EZHAR…Bole saya dpt kn maklumat untuk mnghubungi sape2 yg berkenaan bg saya dpt kn khidmat jurulatih kumpulan EZHAR….