Klon mawi sharifuddin af5

KEMUNCULAN penyanyi lelaki sensasi tanah air ‘Mawi’ pada hari pertama uji bakat Akademi Fantasia musim kelima (AF5) di Pusat Penyiaran Astro, Bukit Jalil, Kuala Lumpur Sabtu lalu mengejutkan ramai pihak yang hadir.

‘Mawi’ yang tampil dengan gaya bertopi seawal pukul 8.00 pagi dengan ditemani keluarganya berjaya menarik ramai termasuk para peserta uji bakat untuk mengambil gambar bersamanya.

Kata ‘Mawi’, dia mempertaruhkan lagu Kian pada uji bakat tersebut yang turut dihadiri 650 peserta lain pada hari itu.

Namun ‘Mawi’ yang muncul bukanlah juara AF3, Asmawi Ani, 26. Jejaka tersebut ialah Shaiful Ruddin Mohd. Idzham, 21. Bersifat ceria dan peramah, Shaiful Ruddin memberitahu dia bekerja sambilan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Kembar Mawi - World

Apa yang menarik, perwatakan anak muda itu memang saling tidak tumpah seperti Mawi. Gaya berjalan dan berpakaian malah bertopi pun menyamai imej Mawi.

Namun menurut Shaiful Rudin, kekeliruan rupa dan gayanya dengan penyanyi popular itu sudah menjadi perkara biasa kepada dirinya sejak tercetusnya fenomena Mawi.

“Kemana sahaja saya pergi orang ingat saya ialah Mawi. Ada yang hendak bergambar. Ada yang minta autograf. Tetapi apabila sedar saya bukan Mawi, baru mereka minta maaf dan beredar,” jelas jejaka dari Cheras, Kuala Lumpur itu yang mendakwa memang begitulah caranya sebelum nama Mawi menjadi popular.

Ceritanya, AF5 merupakan uji bakat pertama yang disertainya meskipun program realiti popular terbitan Astro itu sudah masuk musim kelima.

“Saya memang berhajat nak sertai tahun lalu. Tapi sibuk dengan kerja hingga terlepas tarikh uji bakat,” katanya.

Difahamkan Shaiful Ruddin berjaya melepasi tiga peringkat uji bakat itu untuk melayakkannya menduduki senarai pendek pelajar AF5. (source hmetro)

Editor’s comments: Tak macam mawi pun, kalau ni standardnya, semua orang yang botak pun dah boleh jadi mawi..hehe..

 


Blog Widget by LinkWithin