1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!
2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA
Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.
3. HUBUNGAN SECARA SULIT
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!
4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami “kerugian” kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!
5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!
6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak “test market” saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.
7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN
Ingat ! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!
8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI
Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai “Action that speak louder than words” (pandai cakap tapi buatnya tidak!)
9. BERWASPADALAH DENGAN “BOOMERANG KESALAHAN”
Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !
10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA
Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!
Renung-renungkanlah sejauh mana kebenaran di sebalik apa yang cuba disampaikan. Moga boleh dijadikan panduan pada kita semua… .khususnya wanita. (source: Cari.com.my Forum)














at 12:23 am
to all,
byk btol citer kat cn. yg menyokong & membantah, yg bercerita & berkongsi. sy paling anti poligami sehingga diri sendiri terjerat dlm cinta suami org. hampir setahun perkenalan terkantoi bila check hp dia ada no yg kerap dihubungi tp tanpa nama. at last, wife dia call sdiri. sy bagai xpercy. rs mcm life dah xde. dlm keriuhan kami bergaduh n dia gaduh dgn wife dia. wife dia ceritakan sgala keburukannya. yg btol & yg tidak. sgaja mengadakan cerita agar kami putus, sy xslhkan wife dia. wife dia pertahankan hak beliau. namun, sy x mdgar sebelah pihak shj. bf sy xmo buka pekung isteri, jd sy diamkan shj. surat cerai n mhkamh panggil tiba d tgn my bf. sy hairan. wife dia dulu jumpa sy suruh sy tinggalkan husband dia…n bila sy tinggalkan, dia juga tinggalkan husband dia. rupanya hanya lakonan dunia. kedua2 pihak mmg puny org ketika. her husband with me n she with other men. salah siapa kah? anak pun xjg, sdgkan hak pd dia. sakit, pening budak tu, akhirnya sy mengalah n become her step mom. drastik kan? sekarang, i’m happy.sy disahkan mempunyai mslh kesuburan n my step daughter are happy with me.
at 10:01 am
saya juga telah dan sedang berhadapan dengan situasi bercinta dengan suami orang…pada awalnya dia hanyalah salah seorang lecturer yang mengajar.tapi ntah macammane kami saling terjatuh hati.beza umo yang hampir 20thn tidak menghalang kami menjalinkan hubungan sulit sepanjang kunjungannya ke tempat ku.aku masih terlalu muda untuk dia tp aku memang suke lelaki matured.walaupun aku menghormatinya sbg seorang yg educated tp dlm msa yang sama ku menyayanginya lebih dr seorang lecturer.dia bg sedikit pengharapan, cuma utk keseronokan kot.aku xkisah sume tu.memang btl laki org pandai menyusun kata dan menggunakan msa yg singkat utk memujuk insan spt aku.sdkt sebyk aku mengetahui khdpnnye xla bgtu bhgia.dia memerlukan aku.
at 10:33 am
Gosh.. Sometimes I just couldn’t believe that we will still fall for that reasons.. For God sake, the guys will always use that reasons…
“My marriage life is unhappy.. It’s not what it seems it is..” “My wife is these.. that.. bla.. bla.. bla..”
That’s sooo lame…
at 2:46 pm
wahai cik putri
perjalanan hidup kamu masih panjang
banyak lagi yg kamu belom tau tentang manusia dan dunia ini…
sila jaga maruah kamu sebagai seorg wanita…dia adalah suami org…
cuba kamu bayangkan kamu di tempat isterinya….atau ayah kamu buat begitu kepada ibu kamu..
jangan mudah terpedaya….lelaki memang sifatnya begitu, pantang ada yang melayan…
kamu memang bole elakkan…perkara ini tidaak mungkin berlaku…jika kamu tidak melayan…jauhkan diri…sayangi diri sendiri dan malula pada diri sendiri..
at 2:54 pm
Aslm-mkum..
Saya bukanlah org baik2. Saya beristeri dua. Isteri yang ke dua janda anak 1. Isteri yg 1 mmg tak tahu. Tak payahle nak cerita sebab kenapa atau memburukkan sesiapa tetapi apa yang nak saya bagaitau di sini kalau rasakan layak dan ada sebab kenapa dan selalu ingatkan Allah atas segalanya insya Allah semuanya akan lancar.
Kalau yang tak berminat itu hak dia orang dan kalau ada yang berminat itu sudah ketentuan..Tak ada hinanya berkahwin dengan suami org asalkan kita selalu ingat kepada Yang Maha Segalanya iaitu Allah.
at 4:20 pm
setuju betul dengan yang nomo 10 tuh…..
jgn dh trlalu lewat baru menyedari semuanya….
rugi koknya….
saya ada pengalaman gak….
bercinta dgn suami org tanpa tahu statusnya…
sebaik saja mengetahui yang dia suami orang saya pun menarik diri secara terhormat….
walau tak dinafikan dia adalah lelaki yang sangat saya senangi dan boleh dikatakan my ‘true love’ tapi….saya x izin diri sendiri bermain api…
sakit….perit…teramtlah sangat…
tapi…ia lebih elok dr berkongsi prasan dgn perempuan yg sah isterinya….
w pun keputusan sy tidak disetujuinya…lambat laun dia akan mengalah juga…
doa saya…semoga dia menghargai ape yg dia ada…dan saya akan terus mghormati dia sbg org yg pernah singgah dan membahagiakan hati saya….
at 8:14 pm
pengenalam kepada si E amat bermakna dan indah.. ak tahu die telah berkhwin dan mempunyai 2 org anak.. tp aku terus mncintainya dan menyayanginya seperti seawal pngenalan ku, kerana si E telah memberi tahu ak, yang isterinya terlh mengetahi hubungan kami.. dan membenarkan kami berhubung.. tapi selepas berbulan lamanya kami bercinta.. akhirnya ak dikejutkan dgn pangilan isterinya..yg menyuruh untuk aku tngalkan suaminya, ak terkedu.. sedangkan si E memberi tahu ak.. yang istrinya telh tahu tentg hubungan kami… aku mencari si E, kenpa sangup tipu ak… die mengaku kerana die menipu ak, tapi xsemua dia menipu ak katanya, die buat semua ini kerana die tidak mahu kehilanganku.. ak hanya terdiam.. dan terkedu, kerana setelah aku meminta dia tinggalkan aku, die menangis kekesalan.. merayu supaya hubungan kami seperti dahulu…. aku mngaku aku syg kan si E, tapi apa aku mampu buat sekarang, sedangkan ak xmampu kehilangannya.. aku seorang wanita bepelajaran, dan mempunyai paras rupa yang di kurniakan tuhan, setiap kali ak bejalan bnyak mata memandangku..kerana paras rupa ku, tapi kenapa aku tidak bolh ade perasaan cinta pada lelaki bujang.. kenapa cinta aku semakin kuat kepada si E…. Tolong lah ak..
at 3:34 am
I really like the colors here on your blog. did you design this yourself or did you outsource it to a professional?
at 3:09 am
Perfect just what I was looking for this web site ! .
at 6:31 am
Wonderful read! Is this copywritten or can I post it on my blog? payday loan
at 10:52 am
Do you people have a facebook fan page? I looked for one on twitter but could not discover one, I would really like to become a fan!
at 10:45 am
sy mude ag, umo bru 19 tp dah pnah melalui pengalaman bcinta dgn suami owg 2x..btol lah kat sowang 2, yg x melalui pengalaman nie, mmng xkan phm..semua nie soal hati n perasaan.ibarat kata owg dlu2x ditelan pahit, dibuang syg.sy dah lepaskan llki pertama(suami owg) kpd wf dy kembali.coz masa 2 sy mmng kesian sngt kt wf dy yg mcg sy n mintak sy leave hsbnd dy.bkn niat sy nk meruntuhkan masjid dieowg, n sy cb meletakkan dri sy d tempat wf dy .so, dgn rela hati sy mintk mf n jnji kt dy sy xkn kontek ag ngn suami dy. then, sy g kL n sambung blaja. sy knl ngn sowang ag llki yg mengaku bujang pd mula nya. 2 taon kami bercinte, dy lngsong x cite pape kt sy. tehn until 1 day, sy bawak dy jumpa akak sy.after that, akak sy pon tnye sy samada llki 2 dah kawen or x coz akk sy ckp, from his face, she know he alraedy married. dr saat 2 muncul naliri ingin tahu ttng dy, sy attack mind dy n secara halus. then, baru lah dy gtaw yg dy mmng dah kawen.n what the worse thing is dy ad anak luar nikah sowang.ada wife sowang n anak sah(mebi) 2 owg..sy tekejot, tp wat muka slumber cz sy mmng dah readykan zahir n batin sy utk mendengar semua 2. until now, sy ttp menjalinkn hbngan dgn dy, tp sy taw smue nie akan berakhir 1 day nti…ntah bler..sy ikhlas sygkan dy, tp sy xtaw dy plak cane…sy buntu..sy sygkn dy..
at 1:11 pm
saya pn bercinta ngan suami orang…dah agak lame nak masuk 4 tahun…saya sanggup watpe je tuk dier..saya nak putus tapi hati saya terlalu sayang kan dier macam mana ekkk
at 2:33 pm
saya bercinta hampir 4 tahun…sepanjang hubungan kami sentiasa bertengkar….n paling tak paling teruknye dier suami orang yang aku rapat iaitu suami mak cik aku…jarak kami 20 tahun lebih..
macam mana terjebak bersama aku pn tak tau…perkenalan kami,kami berjumpa di umak mak cik saya lagi satu…dier bleh dikatakan kerap datang umah mak cik saya lg satu tu mula2 kita orang rapat n kita owg bertukar no.fon..masa tu saya baru berusia 19 nak masuk 20 tahun dan masih study di disebuah kolej…mula2 agak jarang kita org bersama…dier berkerja sebagai teksi di aport kadang2 tak balik menyebabkan kita owg selalu call tak kira siang malam n sampai la satu tahap kita owg terlanjur..dier mengajar aku banyak benda…makin lame makin nampak kita owg tak serasi kita owg kerap gaduh…hubungan kita org pelik aku kuat cemburu tp aku selalu jumpa dier kat umah wak ngan isterinye iaitu makcik aku,aku nampak dier terlalu sayangkan family dier…dalam hubungan aku dan dier,dier selalu bermasalah dari dulu sampai sekarang aku dan dier asyik putus balik putus balik sebab ape x pts2 sebab aku tak mampu kehilangan dier dier tak rase papepn aku tau aku bodoh…aku banyak berkorban tuk dier terlalu banyak dari segi wit pn aku akan bagi sampai nak jump pn guna wit aku..aku nak putus tapi hati aku tak leh lepaskan dier walau sesaat pn…aku agak tak penyabar..mlm td dier minta aku wit tp aku agak ragu sebab aku pn agk perlukan wit tu tp dier pn agak terdesak…tp aku nak bg jumpa la kat umah wak mgkin aku agak penat menyebabkan kitaowg tak byk bercakap..n wit tu x berpeluang nak bg…lau ikutkan byk sgt wit dier dapat dari aku…aku nampak dier tak sayang aku…cnth hari jadi aku tak pernah hgga la tahun lps wish pn cam tak nak je tp wish tuk isterinye wow….terlalu romantik…psl wit td pg nie aku msj byk kali last bini dier baca tp bukan lah ayat yang mencurigakan bahasa wa ngan lu ek tp bg tau aku tak leh tolong dier…maaf psl mlm td..terus isterinye call..tanye sapa aku..call agak byk kali tp aku off kan fon..pastu aku on blik byk kali dier call rupanye aku call dier tak angkat tak mgkin dier dah buat citer kat bini dier skrg nie aku tak tau pe jadi…..mgkin dier bengan aku wat hal….2 masalah aku wat psl wit…ngan bini dier syah dier…so tgk lah esok pe citer….aku pn tak sedap ati nieee…
tak tau bila nak ptssss…..aku yang tak leh bukan dier…bdh gler kan…tp dier cukup penyabar…agak smart n hencem gak
at 3:54 pm
hati nie buta
at 3:47 pm
Ramainye wanita skrg yg pernah bercinta dgn suami org ye.. Yg plg x best tu ada yg masih x sedar lg. Hmm.. terpulang pd kalian la.. Semoga kalian yg tgh hangat bercinta ni bahagia bersama dgn suami org yg kalian sayangi tu. Igtlah, jgn salahkan suami anda klu dia pn curang bila dah berkahwin nnti.. Masa tu la anda akan faham mcm mana perasaan seorg isteri yg dipermainkan kayu tiga. Lihatlah sekeliling anda.. masih ramai lelaki bujang yg baik diluar sana.
at 3:59 pm
Well, nature rules.. What goes around, comes around.

So ladies, whatever that u do now, will eventually comes back to u later.
I’ve seen so many.. U bercinta dgn suami org sekarang.. Lepas u kahwin, perempuan lain pulak bercinta dgn husband u..
U tak rasa skg, but when this happen later, u akan kenang balik apa yg u buat skg..
Take my word for it..
Sorry, ladies.. I’ve never against poligami. Tapi, pada I, kalau betul u sayangkan dia, or dia sayangkan u.. Buat cara betul.. Allah tu Maha Adil & Maha Penyanyang.. Sebab tu la adanya poligami dalam Islam… Sebab utk elakkan benda2 mcm ni la.. What I meant is, biasanya dlm this kind of relation u tend to terlanjur kind of things kan…
If he refuse to marry u, obviously u r just a toygirl kind of thing to him.. & u think that he actually love u??? For God sake ladies, diorg anggap this kind of girls no more than perempuan murahan..
So ladies… Fikir la baik2 k???
I’m telling this out of rasa prihatin.. Tak nak lebih ramai kaum sejenis I terjebak..
I tau, cinta terlarang ni susah nak elak.. In fact, makin dielak..makin dia dtg…
Tak semua laki org ni tak baik.. Ada gak yg betul2 ikhlas.. But ladies.. U’ll be ur own judge.. Nilai betul2.. Jangan tersilap hitung ok?
at 3:32 pm
hello…lepas stahun xmenjenguk blog nie.. tiba2 hari nie terdetik hati nak bukak. selepas 4 thun saya bercinta dgan husband org, akhirnya hari ni. berakhir lah smua episod sedih nie.. insyaallah sayaakn mlalui hari2 mendatang dengan tabah dan kuat. amin. doakan saya yea?
at 11:08 am
saya ingin melupakan kekasih saya kerana dia suami orang…apakah cara yg terbaik untuk sy melakukannya…tolonglah saya
at 11:10 am
saya merasakan seperti perempuan bodoh, perempuan murahan dan terdesak…
saya tak sanggup untuk teruskan perhubungan ini, saya dah tak percaya pada cinta..
at 12:46 pm
salam semua…pd yg terlanjur bercinta, sayang gila, sudah terserah maruah diri pd suami org bawa2lah bertaubat, insaf dgn dosa zina yg telah anda lakukan…lembutkan hati bayangkan jika ibu yg melahirkan anda dicurangi ayah anda..jika terkena pd adik beradik anda atau suatu hari nanti terkena pada anak dara anda sendiri…bagaimanakah perasaan anda? jgn ikut kata hati nanti binasa diri…jika benar suami org ikhlas memperisterikan anda dia tdk akan merosakkan anda seblm sah..dia akn melindungi anda dr perkara2 keji tetapi jgn keliru dengan cinta berlandaskan nafsu semata..yg haram memang lebih enak kerana syaitan ikut serta..suami org berpengalaman mengambil mencuri hati gadis2..pandai berkata2, memujuk rayu, melayan anda di ranjang seperti seorg puteri…apa yg dibuat pd anda itulah yg pernah dan masih dibuat pd isterinya…suami org akn memberikan pelbagai alasan, cerita dongengan tentang kelemahan keburukkan isterinya demi mendapatkan tubuh dara kamu untuk santapan nafsunya…malah sanggup juga menipu dia dipaksa berkahwin dgn pilihan keluarganya padahal yg sebenar mereka bercinta sakan dimasa muda sejak dibangku sekolah lg…kalau benar dia mencintai kamu menginginkan kamu megapa dia masih bersama isterinya..disaat isterinya menghidu hubungan haram kamu dimanakah dia yg sepatutnya membela nasib kamu..? bukankah kamu ditinggalkan menangis sendirian kesunyian keseorangan di mlm hari? sedang dia enak2 tidur memeluk isterinya yg setia itu…dimanakah kamu saat itu? fikir2kanlah ya…semoga hidup lebih diberkati ALLAH. Amin.
at 6:04 pm
lelaki yang mencurangi isterinya dengan kita tak mustahil akan mencurangi diri kita dengan perempuan lain..pk2la…idup ni dah mcm roda…
at 9:56 am
kpada NEA manusia nie x pernah rasa cukup tu yg pasti..lg satu jgn menghalang ketentuan ILLAHI..
at 10:00 am
kpada siti..snang je nk lupakan suami orang..g jer larh cari laki lain..nnt lupa larh tu kat dia..g satu sblum nk cinta siasat dulu latar blakang laki tu..jgn nk cinta jer thu…
at 11:30 am
sepatut nyer para wanita perlu redha dlm apa jua keadaan..siapa kah kita mahu menghalang ketentuan ILLAHI..sekiranyr lelaki itu layak dari semua aspek dia dbenarkan kawin lg..yg menghalang nyer sekiranyer lelaki itu fasik..
at 11:56 pm
wow, saya suka post ini, yang benar-benar lucu!
video converter reviews
at 3:26 pm
salam ,
sy nak kongsi cerita saya smbil2 mntak pndapat pembaca semua .
1st knl pasangan sy 29.1.2002 . time tu kami di alam sekolah , sy ting 2 dn dia ting 3. kira 1st love kami bersama .spnjang perhubungan kami brjalan lancar smpai skrang.yg jadi masalah , fmly dia xrestu akan hbugan ini.selama 9tahun hbugan ni diteruskn jua , apa rintangan kami sama2 tempuh , mgkin sbb cinta kami jadi kuat . semakin mereka cba pisahkan , kami semakin sama2 xleh khilangan . smpai satu tahap , fmly dia suh pilih samada sy atau fmly dia . dia buntu . diluah mati mak , ditelan mati bapak . masalah ditambah lagi dgn kehadiran seorang perempuan , pilihan ibunya . pasangan sy dipaksa oleh ibunya utk menerima perempuan itu . akhirnya menikah la mereka pada 1.9.2011 . 3 hari selepas nikah , dia stg cri sy kembali kerana mmg dia dah merancang smua ni . prkahwinan itu adalah kerana ibunya , bkn kerana cinta dan syg . isterinya ditinggalkn di kampung brsama ibunya dn dia kembali ke bnadar , brsama sy . kami brcinta mcm biasa . pernah sy trfikir , sy ni mcm pompuan simpanan , sy ni perosak rumahtangga , sy ni melukakan hti kaum sejenis sy , tp smua tu hanya smentara . kami sma2 xleh kehilangan , kami sama2 cinta , kami sama2 syg , tp knp kami xleh bersatu ?
at 6:28 pm
saya nak berkongsi pengalaman dan minx pendapat.. saya berumur 22 thn.. dan bf sy berumur 24 thn.. dia adalah suami org dan ade anak berusia 3 thn dan lg sorg masih dlm perut isteri die.. da 6 bln da isteri die mengandung.. sy kenal dgn die sbb kami 1 kg.. pd mulenye, sy mmg tak blh terima die.. sbb die adalah suami org.. tp lame2 pintu ati sy terbuka utk die lepas dgr cerita kwn2 die n mak die sndiri cte psl bini bf sy.. x perlula sy cte perangai bini die, sbb akn mengaibkn die nnt.. diorg kawin pn bkn kerana ske same ske tp kerana terpaksa sbb bini die perangkap die sndiri..smpai jd kes mahkamah.. n die x bahagia dlm perkahwinan die.. jd die tak blh caikn isteri die sbb kn kes tu.. awal thn aritu br setel kes..kemudian br la die berkenankn sy.. keluarga die berkenankn sy juga..tp keluarga sy tak restu.. tp akhirnya keluarga sy restu juga setelah dipujuk..die bersumpah dpn kwn2 die yg andaikata ape2 terjadi nnt, die akn ttp pilih sy wlw apepn terjd.. mase sy br kwn dgn die, tbe2 sy dpt tau yg isteri die ngandung anak yg ke 2… sy minx putus sbb sy tau die mesti akn tinggalkn sy.. tp die tak nak.. tp die bersumpah yg wlw ape pn terjd, die x kn tinggalkn sy.. dan andai kata sy taknak tggu die, die ttp nk jd bujang sbb kehidupan die selama dgn isteri die pn die mmg bujang.. isteri die x nk uruskn die.. jd sy pn meneruskn lg hubungn kami.. setelah kami berkwn 2 bln, kami kantoi dgn isteri die.. isteri die campak hp die sampai rosak dan akhirnya kami tak berhubung selama 3 minggu.. setelah 3 minggu, kami berjumpe semula.. dan meneruskn hubungan kami.. lepas sebulan, kami kantoi lg utk kali ke 2.. die berusaha utk berhubung dgn sy, sbb die taknak kami lost contact lg.. kami ttp berhubung mcm biase wlwpn da kantoi.. lepas sebln lg, kami kantoi lg kali ke 3… kami selalu kantoi melalui msg.. sbb isteri die selalu akn check hp bf sy wlw dgn ape care pn.. wlw pn bf sy da buang sume msg2 sy, tp isteri die ttp tau.. dan isteri die mengugut sy yg die akn buat cara halus utk pisahkan kami.. bln 10 aritu, sy jd seorg yg pemarah n sering minx putus wlwpn bf sy tak buat slh.. akhirnye sy dekatkn diri dgn allah, dan alhamdullillah, sy ok.. awal bln 11 plak, bf sy tbe2 berubah.. die seorg yg periang dan penyayang.. tbe2 die plak jd dingin dgn sy dan jarang berhubung dgn sy.. sy buntu… akhirnya kami kantoi dgn isteri die utk kali yg keempat.. isteri die merampas hp bf sy.. bf sy tak buat ape2 .. die cume diam je dgn tindakan isteri die.. sy buntu.. 2 minggu lepas, bf sy bgtau dkt kwn die yg bf sy lepaskn sy.. bf sy langsung x nk jumpe sy.. die seolah2 terlampau bencikn sy.. die taknak berhubung dgn sy langsung.. sy sedih ble jd mcm ni.. ape patut sy buat..? sy terima die dulu atas niat nk beri die kebahagiaan yg die tak dpt dgn isteri die.. skrg tbe2 je jd mcm ni.. sy sgt sygkn die dan sy tau die mmg terlalu sygkn sy.. mcm2 yg die da berkorban utk sy… wlwpn die da lepaskn sy, sy tak pnh lepaskn die.. kwn2 die ade berhubung dgn sy n bgtau yg bf sy tu slalu badmood n da tak ske bergurau mcm dulu2.. sy tak tau ape patut sy buat skrg.. da hmpir sebulan sy tak berhubung dgn die,… tlg sy kwn2…
at 4:14 pm
for all…and especially zilly…
setiap pertemuan atas rencana ALLAH…. Jangan menyesal atas apa yang berlaku. Pasti ada pengajaran yang dapat adik ambil dari apa yang berlaku. lebih baik mengambil jalan tengah dengan melepaskan dia…. sedih sekejap saja adikku sayang. ada ramai lagi yang menanti Insyaallah….
Sayang yang membuatkan adik menderita adalah perkara yang tidak mendatangkan kebaikan. Buka hati untuk melepaskan dia dan Insy segalanya akan berjalan lancar. Saya bercerita atas pengalaman dan merasakan ia adalah yang terbaik. Lebih baik mengejar sesuatu yang jelas kelihatan jawapannya dari sesuatu yang kamu sendiri tidak pasti. Mudah-mudahan hari esok adik akan lebih bahagia dr hari ini. amin…
wssalam…
at 11:54 pm
Salam ,
Sy nk bkongsi cerita saya smbil2 mntak pndapat pembaca semua.
Sy dgn bf saya sudah bcouple sthn lebih..sy tidak pandang dia dr segi rupa atau harta..sy terima dia seadanye..pada pemulaan perkenalan kami dia ada myatakan hasrat ingin serius menjadikan sy isteri nye..sepanjang perkenalan kami, sy tidak syak yg ape2 ttntang dia..kdang2 kami berjumpa, kdang2 tidak,bergantung pada kewangan kami..dikala dia kesusahan dr segi keuwangan sy membantu,pendek kata sy da byk berkorban tuk dia..malah bukan itu saja,kami jugak sudah pun terlanjur..sy tidak fikirkan dosa yg sy buat..skrg bru lar sy insaf..
Bru2 nih dia ada bercerita pd sy, yg rahsia sy xtahu..yg dia takut akan kehilangan sy..rupa2 nye dia sudahpun beristeri dan mpunyai anak..pd ketika itu sy rse mcm hidup ini sudah tidak ada mkna..ditipu hidup2 slama ini..sy menangis smahu2nyer..siape sangka org yg selama ini kita sayang rupa2 nye sudah berkhawin..sidia tetap dgn hasratnye ingin menjadikan sy isteri ke-2 nye..isteri,anak2 dan family sidia sudah pun bersetuju cuma family saya sahaja masih tidak tahu menahu akan hal ini..
Perasaan sy pd dia skrg berbelah bg,samaada mahu terima dia atau pun tidak..solat istikarah sudah pun sy buat, tp sy masih belum dapat petunjuk..malah pikiran sy masih teringat2 pd sidia..sy buntu..nk ditelan pahit nk dibuang sayang..
at 10:17 am
wahai PEREMPUAN2 di luar sana….nie cerita benar dari sahabat sy sendiri.
si A ni seorang perempuan yang alim, bertudung labuh, bersolat, jauh sekali mengumpat dengan rakan2 lain, wajahnya masyaAllah jika pandang luaran, memang naif & ayu gitu.
namun dia terjebak dalam cinta dengan suami orang bernama N. malangya N telah mempunyai keluarga yang bahagia ( isteri cantik + 2 orang putera serta seorang puteri ). si gadis A selalu makan hati kerana si N ada tanggungjawab, & selalu meluangkan masa bersama isterinya. FYI, si A sanggup melakukan perkara terkutuk dengan si N kerana sayangkan suami orang ini. namun tiada tanda2 si N akan menjalinkan hubungan SAH yang HALAL dengan si gadis A. pada pendapat anda , siapa yang UNTUNG & siapa yang RUGI di sini ?? si N selalu menaburkan janji2 manis asalkan dapat meratah tubuh si A ini.
sampailah suatu hari kantoilah SMS & BBM berbaur lucah dalam telefon mereka berdua…
disini, sy ingin menyatakan daripada hubungan biasa hinggalah ke ranjang, jika isteri si N tahu, alangkah hancurnya hati dia, sanggupkah si N menceraikan isterinya, sanggupakah si N meninggalkan ke 3 cahaya matanya demi si A ?? tidak sama sekali. akhirnya akan terjadi seperti pepatah “yang di kejar tak dapat, di kendong berciciran”. kerana percayalah kebanyakan CINTA DGN SUAMI/ISTERI ORANG hanya berlandaskan NAFSU & mainan PERASAAN semata. bagi perempuan single yang terbabit di luar sana, masih BELUM TERLAMBAT untuk anda mengubah hidup anda sebelum hancur berkecai juga berhenti dari terus melakukan ZINA.