Setelah beberapa tahun menyembunyikan status perkahwinannya, pelakon cerita SEMBILU dan juga bekas anggota kumpulan ELITE, Azza, 29 hari akhirnya telah mengaku bahawa beliau telah bercerai dengan Mohd Ehsan Tun Ahmad Zaidi Adruce, 42. Ini adalah penceraian buat kali kedua bagi Ehsan yang sebelum ini pernah berumahtangga dengan penyanyi Camelia. Kedua-dua perkahwinan Ehsan tidak dikurniakan cahaya mata. 

“Ehsan telah melafazkan cerai kepada saya dua tahun lalu, tetapi hanya melaporkannya ke Mahkamah Syariah di Kuching.” Dikatakan punca penceraian mereka adalah disebabkan oleh tiada persefahaman dan bukan kerana orang ketiga.

Azzan & Ehsan Sudah Bercerai

Pasangan tersebut bernikah pada 14 Februari 2001, di Masjid Jamek, Kg Baru, Kuala Lumpur. Ini adalah pengumuman penceraian pertama dari seorang artis dalam tahun 2007 ini. Adakah tahun ini juga akan diwarnai dengan jumlah berita penceraian yang sama pada tahun 2006 yang menyaksikan Yusry & Erra, Awie & Arni Nazira, Noraniza Idris, Natasha Hudson semuanya berpisah?

 


Blog Widget by LinkWithin