Gambar Pertunangan Sarah Raisudin dan Muhammad Faris Fuad 

Penyanyi Siti Sarah Raisuddin, 23, hari ini menamatkan spekulasi hubungan cintanya dengan Mohamad Haris Fuad Robinson, 24, yang pernah disebarkan menerusi internet apabila menamatkan zaman bujangnya dengan bertunang dengan jejaka berasal dari New Zealand itu. Sarah yang popular dengan lagu berjudul Mimpi Bersama selamat ditunangkan dengan Mohamad Haris Fuad yang merupakan pelumba motosikal pasukan KTM Racing, pada pukul 3.40 petang di Hotel Armada, Petaling Jaya di sini hari ini. Menurut Sarah, dia mengambil keputusan bertunang bukan kerana tertekan dengan gosip tersebut, tetapi menganggapnya sebagai sudah sampai jodoh.

 Tips Hartanah

“Gosip dan gambar saya bersama Fuad yang tersebar di internet tidak ada kena mengena langsung dengan pertunangan kami. Saya sendiri tidak menyangka gambar-gambar itu akan tersebar di internet. Bagaimanapun, saya tidak mahu ambil peduli dengan semua perkara itu kerana saya tidak mahu rasa tertekan. Saya anggap perkara itu macam angin yang berlalu,” kata anak kedua daripada tiga beradik ini ketika ditemui selepas majlis pertunangannya itu.”

Sarah Raisudin & James serta keluarga di Majlis Pertunangan

Pada majlis yang sederhana dan mengikut adat Melayu itu, pihak keluarga Mohamad Haris Fuad (nama asalnya ialah James Robinson) dihadiri oleh bapanya, Bob Robinson, 55, ibunya, Gail Robinson, 55, dan kakaknya, Rebecca Robinson, 25, meminta tempoh pertunangan selama dua tahun. Rombongan pengantin lelaki membawa tujuh dulang hantaran dan dibalas dengan sembilan dulang hantaran oleh pengantin perempuan selain menetapkan wang hantaran RM40,000 serba satu. Sebahagian dari hantaran lelaki ditaja oleh Oakley, yang juga penaja sukan lumba motor Muhammad Haris Fuad. Beliau pula ketika ditanya tentang penerimaan keluarga Sarah terhadapnya tidak menafikan bapa bakal isterinya, penyanyi tahun 1980-an, Raisuddin Hamzah, 50, banyak membantunya mempelajari selok belok agama Islam dan adat resam Melayu. Ditanya mengapa Fuad atau James menyukai Sarah dan keluarganya, dia menjawab, “Saya dan keluarga Sarah mudah untuk bersama terutama ibunya, Noraini Mohd. kerana banyak persamaan antara saya dan mereka. Saya suka personaliti Sarah. Dia mengambil berat mengenai diri saya,’’ katanya.  Sarah dan James akan bertunang selama dua tahun. Editor’s Comments: Harap bertahan, selamat menempuh alam rumahtangga Sarah & Fuad. (source: Utusan Malaysia). Untuk posting terdahulu mengenai mereka berdua sila ke Siti Sarah berpakwekan Mat Salleh?

Blog Widget by LinkWithin