Tempahan Pakej Perkahwinan & Tips Perkahwinan - Jurugambar, Kursus & Suasana (WEDDING DIRECTORY MALAYSIA)
Posted on January 28, 2007
Filed Under [SKW] Khidmat Perkahwinan, [SKW] Tips Tentu Syok, [SKW] Weddings Industry
Agak lama juga saya tidak menulis mengenai perkahwinan di laman ini. Tergerak di hati ini untuk menulisnya di sini pada malam ini. Baru sebentar tadi saya baru pulang dari majlis perkahwinan di Dewan Perdana Felda. Ini bukan kali pertama saya ke sini, oleh itu saya bersyukur kerana dapat saya bandingkan upacara perkahwinan dari satu majlis ke majlis untuk manfaat kita semua. Makanan dihidangkan oleh Felda D’Saji agak so-so kecuali masakan daging toknya. Nyata sekali ini bukan menjadi tarikan utama saya di sini. Tetapi pandangan saya adalah pada susun atur mejanya, kepakaran jurugambarnya dan juga cara pengendalian majlisnya. Dewan Perdana Felda mempunyai susun atur meja yang ok, tetapi keadaannya lantainya yang bertingkat agak menyukarkan pandangan para hadirin untuk melihat persandingan dan juga persembahan yang berada di pentas. Ada juga yang terlindung di belakang tangga. Paling mengecewakan saya lagi ialah kerja yang tidak professional jurugambarnya yang saya rasakan amat amatur. Percaya tak jika saya katakan semasa kedua mempelai berarak masuk ke dewan, tiada kamera yang menanti di dalam dewan untuk mengambil gambar dari arah depan. Tahu apa yang diambil oleh kamera dari belakang? Punggung pengantin perempuan..Mengucap saya pada masa ini. Betul, saya tak tipu, bukan badan belakang pengantin, tetapi betul - betul difokus pada punggung pengantin perempuan. Lagi satu setelah di dalam dewan, pancaran pada slide telah terpadam. Hadirin pula berbual sesama sendiri kebingungan. Lagi satu sewaktu ucapan dilakukan, kamera melilau mencari podium ucapan dan ini semua nampak jelas di dua skrin besar yang diletakkan di hadapan. Apa salahnya jika ditutup dulu kamera sebelum dihalakan ke podium? Lagi satu tidak tahu ke cameraman tersebut tentang aturcara majlis? Patut dari awal-awal lagi kamera telah difokuskan kepada podium. Terrible. Inilah amat pentingnya untuk mengambil jurugambar kahwin yang terlatih dan berpengalaman. Banyak pakej jurugambar professional yang menawarkan perkhidmatan ini. Antaranya ialah, KidChan Studio, Adan Photography, Manggis.tv, Digital Syndicate, Dave Lab Motion dan juga tidak ketinggalan pakej yang berpatutan dari Eddie Photovideo.
[MALAYSIA AND SINGAPORE WEDDING DIRECTORY]
[DIREKTORI PERKAHWINAN MALAYSIA & SINGAPURA SYOKKAHWIN.COM - TEMPAH PAKEJ PERKAHWINAN ANDA DI SINI]
Pujian tinggi bagaimanapun harus diberikan kepada Tuan Rumah pada malam tersebut yang pandai menyusun kata-kata hikrmat yang amat mendalam. This was the only big plus for the majlis.Oh ya terlupa pula saya. KURSUS PERKAHWINAN. Kebanyakan kursus perkahwinan adalah standard. Bayarannya juga adalah standard iaitu sebanyak RM80 untuk sebuah buku panduan nikah kahwin, hukum-hukum, kaset dan juga makan tengahari dan petang. Cuma yang membezakannya adalah adakah Ustaz yang memberi ceramah itu agak kelakar bagi mengelakkan anda terlelap. Kursus perkahwinan di Zura’s Akademik, Bangsar dan juga Pertama Kompleks agak terkenal dengan suasana cerianya. Cuma di Zura’s Akademik lebih glamernya sedikit. Jika anda pernah datang ke sana, anda akan “star-struck” sekejap kerana di dindingnya penuh dengan gambar-gambar pasangan selebriti yang pernah berkursus di situ.
[MALAYSIA AND SINGAPORE WEDDING & BRIDAL DIRECTORY]
Cuba sekali sekala anda cuba minta Ustaz di situ tampal gambar anda di dinding di situ untuk kelainan? ahaha..memang syok sendirilah jawabnya..haha..anyway sesapa yang akan berkahwin pada masa akan datang saya mengucapkan selamat berkahwin. Anda boleh mendapatkan maklumat senarai pengendali kursus perkahwinan di kebanyakan negeri di DIREKTORI KURSUS PERKAHWINAN kami.
[MALAYSIA AND SINGAPORE WEDDING DIRECTORY]
Other Hot Posts
All comments are the 100% responsibilities of the commenters. In case of any doubt, kindly refer to DISCLAIMER.
Baca sahaja? Luahkan pendapat anda supaya mereka dengar!!
15 Responses to “Tempahan Pakej Perkahwinan & Tips Perkahwinan - Jurugambar, Kursus & Suasana (WEDDING DIRECTORY MALAYSIA)”
Leave a Reply






































kahwin..tips untuk mereka yang ingin kahwin
Hello! Good Site! Thanks you! grnjrhawsltqn
zkkiu
assalamualaikum,
saya ingin mhadiri kursus kahwin pd 7-8 june ini bersama pasangan saya.
Dimana saya boleh menghadirinya di shah alam dan bagaimana?
Terima kasih
Sila check di direktori kahwin kami. Di Shah Alam? 7-8 June? Agak terlambat nak buat booking too. Di Shah Alam, buat masa ini tiada dalam database kami. Mungkin saudara boleh menghubungi JAIS.
teruk nya penulis nak condemn kan dewan perdana felda. penulis ni bodoh mana ada tangga yg menghalang pemandangan di dalam dewan perdana felda. kalau nak caci pasal camera man, salahkan pihak tuan rumah kerana camera man di pilih olih tuan rumah sendiri.tanya diri sendiri dah makan free banyak mencaci pulak.itu dinamakan manusia jenis anjing.
untuk kemajuan dan menyelami erti kemerdekaan ke-50 Malaysia kita harus sanggup menerima teguran untuk memastikan dewan perdana felda terus menjadi pilihan..jika tidak tetapi sebaliknya mencaci dengan memanggil saya dengan nama binantang itu saya berserah kepada Allah yang maha Esa..
Saya amat berterima kasih kepada tuan rumah kerana sudi mengundang saya untuk makan free.. tapi makanan free yang bukan ditaja oleh D’saji tetapi oleh tuan rumah..saudara tak boleh mengungkit dalam hal ini..
teguran dari mana-mana pihak pun perlu la sesuai supaya tidak menimbulkan kecil hati dari mana-mana pihak. Setiap teguran perlu lah diterima dengan hati yang terbuka supaya minda lebih terbuka.Wallahualam.
Assalamualaikum
Saya plan nak ikuti kursus kahwin bersama pasangan dalam waktu terdekat sebelum menjelang bulan Disember ini di sekitar Kuala Lumpur. Tapi tak ada nombor telefon yang boleh saya hubungi. Dalam web ini tidak disertakan alamat dan nombor telefon susah nak bukak dalam direktori. Tolong usahakan sesuatu.
Satu lagi, orang cakap kursus tu membosankan kerana penceramah yang tidak pandai membuat sesuatu yang boleh menghulangkan bosan peserta.
That sounds great however another great place to buy Wedding Party Favors is over at Discount Wedding Favors. I got a great deal!
Assalamualaikum wbh.. Hmm..saya nak share sket tentang hal majlis perkahwinan..saya ada sedikit pengalaman dlm hal ni dimana saya menguruskan majlis perkahwinan adik saya pada bulan februari 2008 tempohari.Hmm..setinggi-tinggi penghargaan buat AL HUDA KATERING SDN BHD,tak silap saya pejabat mereka di Tmn Keramat, KL.Majlis perkahwinan saya mendapat pujian daripada tetamu dari segi persiapan khemah kerusi,meja,kualiti makanan dan layanan atau senangkata servis para pekerjanya.Saya amat berpuashati,parents saya pun tersenyum tak berenti melihat majlisnya berjalan dengan lancar.Ada orang kata,bila buat majlis perkahwinan ni,ada ‘bahagian’ masing-masing.Alhamdulillah..’bahagian’ saya memang saya bersyukur amat,tidak ada yang menjelekkan..tipulah kalau saya kata 100% perfect,ada jugalah masalah kecil yang timbul tp cepat disettlekan oleh para kakitangan katering al huda ni.Itu pun sebenarnya bukan timbul daripada dorang,problem ni timbul sebab campurtangan ahli keluarga terdekat saya di saat akhir.So, saya mengambil peluang ni untuk promote katering AL HUDA ni. Selain layanan yang bagus,harga pakej kahwin dorang pun berpatutan,taklah mahal sangat bagi saya yang berpendapatan sederhana ni,pendek kata memang berbaloi ambil dorang sebagai katerer majlis kita.Ada juga saya borak dengan pegawai pemasaran dorang sewaktu bayar balance,katanya..alhuda ni tetap ambil tempahan untuk seramai 50 orang bukan setakat ratus-ratus & ribu-ribu jer..
Memang bagus dan senang hati ambil dorang sebagai katerer majlis kita.Itu pandangan dan pengalaman saya bersama dorang lah..skang ni kalau ada kawan2 yg tnya,saya ckp buat masa ni saya memang ambil this caterer..
minggu lepas wada ke satu majlis perkahwinan ..teman di damansara…haikkk..sedeh toll!!! daging beriyani nya sudah bauuu..menusuk idung dan hati ku!! ish.ish..TUAN RUMAH MENANGIS…para jemputan berbisik sesama sendirik!!!..sambil totop idung!! harap harap hati hati lah yer kalau nak tempah tukang masak ni!!!mcm ni kalau wada nak kawen nanti….nak suwo nenek masak lah..tatot ahhh!!!
Don’t forget your local merchants in your area for great favors also.
Nice web and appearance. Kalau nak tempah bisneskad, sila layari http://www.bisneskad.com.my.
Thank u
Wow! Nilai 3 pasti di sukai orang ramai. Di sini ada infor yg amat berguna tentang sesiapa yg ingin ke Nilai 3 pasar borong. Ia adalah tempat shopping yg famous di Malaysia terutamanya barangan perkahwinan…
Nilai 3
Semua kedai di Nilai 3
Kedai di Textile walk shops Nilai 3
Map ke Nilai 3 dr Nilai tol gate
Map ke Nilai 3 dr Mahkota tol gate
Nilai 3 Pasar borong
Enjoy~