Agak lama juga saya tidak menulis mengenai perkahwinan di laman ini. Tergerak di hati ini untuk menulisnya di sini pada malam ini. Baru sebentar tadi saya baru pulang dari majlis perkahwinan di Dewan Perdana Felda. Ini bukan kali pertama saya ke sini, oleh itu saya bersyukur kerana dapat saya bandingkan upacara perkahwinan dari satu majlis ke majlis untuk manfaat kita semua. Makanan dihidangkan oleh Felda D’Saji agak so-so kecuali masakan daging toknya. Nyata sekali ini bukan menjadi tarikan utama saya di sini. Tetapi pandangan saya adalah pada susun atur mejanya, kepakaran jurugambarnya dan juga cara pengendalian majlisnya. Dewan Perdana Felda mempunyai susun atur meja yang ok, tetapi keadaannya lantainya yang bertingkat agak menyukarkan pandangan para hadirin untuk melihat persandingan dan juga persembahan yang berada di pentas. Ada juga yang terlindung di belakang tangga. Paling mengecewakan saya lagi ialah kerja yang tidak professional jurugambarnya yang saya rasakan amat amatur. Percaya tak jika saya katakan semasa kedua mempelai berarak masuk ke dewan, tiada kamera yang menanti di dalam dewan untuk mengambil gambar dari arah depan. Tahu apa yang diambil oleh kamera dari belakang? Punggung pengantin perempuan..Mengucap saya pada masa ini. Betul, saya tak tipu, bukan badan belakang pengantin, tetapi betul – betul difokus pada punggung pengantin perempuan. Lagi satu setelah di dalam dewan, pancaran pada slide telah terpadam. Hadirin pula berbual sesama sendiri kebingungan. Lagi satu sewaktu ucapan dilakukan, kamera melilau mencari podium ucapan dan ini semua nampak jelas di dua skrin besar yang diletakkan di hadapan. Apa salahnya jika ditutup dulu kamera sebelum dihalakan ke podium? Lagi satu tidak tahu ke cameraman tersebut tentang aturcara majlis? Patut dari awal-awal lagi kamera telah difokuskan kepada podium. Terrible. Inilah amat pentingnya untuk mengambil jurugambar kahwin yang terlatih dan berpengalaman. Banyak pakej jurugambar professional yang menawarkan perkhidmatan ini. Antaranya ialah, KidChan Studio, Adan Photography, Manggis.tv, Digital Syndicate, Dave Lab Motion dan juga tidak ketinggalan pakej yang berpatutan dari Eddie Photovideo.

[MALAYSIA AND SINGAPORE WEDDING DIRECTORY]

[DIREKTORI PERKAHWINAN MALAYSIA & SINGAPURA SYOKKAHWIN.COM - TEMPAH PAKEJ PERKAHWINAN ANDA DI SINI]

Pujian tinggi bagaimanapun harus diberikan kepada Tuan Rumah pada malam tersebut yang pandai menyusun kata-kata hikrmat yang amat mendalam. This was the only big plus for the majlis.Oh ya terlupa pula saya. KURSUS PERKAHWINAN. Kebanyakan kursus perkahwinan adalah standard. Bayarannya juga adalah standard iaitu sebanyak RM80 untuk sebuah buku panduan nikah kahwin, hukum-hukum, kaset dan juga makan tengahari dan petang. Cuma yang membezakannya adalah adakah Ustaz yang memberi ceramah itu agak kelakar bagi mengelakkan anda terlelap. Kursus perkahwinan di Zura’s Akademik, Bangsar dan juga Pertama Kompleks agak terkenal dengan suasana cerianya. Cuma di Zura’s Akademik lebih glamernya sedikit. Jika anda pernah datang ke sana, anda akan “star-struck” sekejap kerana di dindingnya penuh dengan gambar-gambar pasangan selebriti yang pernah berkursus di situ.

[MALAYSIA AND SINGAPORE WEDDING & BRIDAL DIRECTORY]

Cuba sekali sekala anda cuba minta Ustaz di situ tampal gambar anda di dinding di situ untuk kelainan? ahaha..memang syok sendirilah jawabnya..haha..anyway sesapa yang akan berkahwin pada masa akan datang saya mengucapkan selamat berkahwin. Anda boleh mendapatkan maklumat senarai pengendali kursus perkahwinan di kebanyakan negeri di DIREKTORI KURSUS PERKAHWINAN kami.

[MALAYSIA AND SINGAPORE WEDDING DIRECTORY]


Blog Widget by LinkWithin