Para peminat muzik rock tempatan akan dapat menikmati persembahan rock yang dinamik dari Search dan Ella tahun ini di Konsert Rentaq Serantau, dibawa khas oleh DiGi Telecommunications Sdn Bhd (“DiGiâ€). Konsert Rentaq Serantau akan diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam pada hari Sabtu, 3 Februari 2007 dari 8.00 malam hingga 11.30 malam. Para pelanggan DiGi serta para peminat boleh membeli tiket untuk konsert ini di beberapa kaunter tiket khas DiGi di Pasar Seni, Kuala Lumpur; Shaw Centrepoint, Klang; Plaza Alam Sentral, Shah Alam; Plaza Metro Kajang, Kajang; Coolshades, KLCC; dan stesyen-stesyen LRT di Masjid Jamek, Bandaraya dan Plaza Rakyat.

Turut hadir untuk memeriahkan lagi persembahan bersama Search dan Ella adalah ratu dangdut, Inul Daratista, dan kumpulan rock terkemuka Radja, kedua-duanya dari Indonesia. Search dikenali dengan lagu-lagu rock klasik mereka seperti Isabela, Fenomena, dan Bintang Bulan Madu manakala koleksi lagu-lagu popular Ella termasuk Standing in the Eyes of the World, Pergilah Sayang dan Layar Impian. Hit terbaru Radja adalah Angin dan Aku Ada Kerana Kau Ada. “Kami teruja mengenai Konsert Rentaq Serantau, konsert dengan gabungan menarik yang akan melanda Lembah Kelang bulan depan. Kami berbangga dan gembira kerana dapat membawa bintang rock tempatan yang terkemuka, Search serta Ella untuk menghiburkan para peminat muzik rock di Malaysia. Konsert Rentaq Serantau menjanjikan para peminat persembahan yang bertenaga dari artis tempatan dan antarabangsa,†kata Puan Yohani Yusof, Ketua Pemasaran Segmen DiGi.Sebanyak 1,500 tiket percuma akan diberikan kepada para pelanggan DiGI yang terpilih dan mereka akan dimaklumkan melalui SMS. TIket konsert boleh didapati dari Pusat DiGi Klang dan Berjaya Times Square dengan menunjukkan SMS tersebut.Para pelanggan DiGi juga akan menikmati diskaun sebanyak 20 peratus untuk pembelian tiket. Mereka hanya perlu menunjukkan logo DiGi pada telefon bimbit mereka di kaunter-kaunter tiket Khas DiGi. Tambahan lagi, para pendengar radio akan juga diberi peluang memenangi tiket-tiket percuma melalui rancangan radio stesen seperti Petang di eRa, Ngetop@eRa, Hot.fm dan THR. Mereka hanya perlu mendengar rancangan radio tersebut dan menjawab beberapa soalan mudah. Tiket dibahagi kepada dua kategori: RM28 dan RM38. Pelanggan DiGi layak menerima diskaun 20 peratus dan hanya perlu membayar RM22.40 dan RM30.40 masing-masing.
Tiket akan dijual dari 17 Januari hingga 2 Februari di kaunter tiket khas DiGi di Pasar Seni, Kuala Lumpur; Shaw Centrepoint, Klang; dan Plaza Alam Sentral, Shah Alam; Coolshades, KLCC; dan stesen-stesen LRT di Masjid Jamek, Bandaraya dan Plaza Rakyat. Para pelanggan juga boleh membeli tiket di Stadium Malawati pada hari konsert. (image source: Minaq-Jinggo)














at 11:24 pm
Gempaq x konsert rentaq ni?