BINTANG Akademi Fantasia musim empat (AF4), Nur Salima Habibi, 19, lega isu gambarnya tanpa tudung dalam program Fail Sulit terbitan Astro Ria, sudah pun berakhir. Menurut gadis manis itu, selepas berita keluhannya itu dipaparkan dalam RAP Harian Metro, Rabu lalu, Pengurus Astro Ria, Khairul Mizan Shagul, menghubunginya memohon maaf atas kesilapan itu. “Khairul berjanji untuk menyelesaikan perkara itu dengan memberitahu kepada umum gambar yang tersiar itu tanpa kebenaran saya. Dia juga akui itu kesalahan penerbit dan mereka berjanji tidak akan mengeluarkan gambar itu lagi.“Saya tidak mempertikaikan niat baik mereka tetapi terkilan mereka menggunakan gambar saya tidak bertudung. Saya pun tidak mahu perkara ini berpanjangan.“Khairul juga memberitahu dia akan mencari ruang untuk menyiarkan temu bual saya dalam Fail Sulit. Saya berharap Khairul akan mengotakan katanya itu dan dapat melakukannya dengan segera,†katanya ketika dihubungi, semalam. Salima yang kini sibuk mengikuti kelas vokal di studio Linda Jasmine berharap, selepas ini penerbit Fail Sulit perlu memberitahu dulu artis terbabit bentuk cerita yang akan dipaparkan mengenai mereka supaya tidak timbul salah faham lagi.“Bukan pula saya maksudkan semua perkara tetapi sesuatu yang bersifat peribadi dan sulit artis itu,†katanya.Program itu disiarkan setiap Isnin dan Selasa, jam 9 malam di saluran berkenaan.Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Maestro Talent and Management Sdn Bhd (Maestro), Freddie Fernandez menyambut baik sekiranya benar penerbit Fail Sulit mahu mewawancara Salima bagi menjelaskan kepada penonton perkara sebenar.Katanya, Salima perlu menjelaskan perasaan terkilannya itu kepada penonton untuk mengelakkan salah faham. “Saya setuju jika penerbit program itu menyelitkan satu segmen khusus untuk Salima. Sebenarnya dalam hal ini baik Salima mahupun Maestro tidak menyalahkan sesiapa kerana ia cuma masalah komunikasi.

Click the thumbnail below to make it bigger
[CARI JODOH ORANG VIETNAM, CAMBODIA DAN RUSSIA]
“Salima menghantar gambarnya terlantar di hospital selepas dia terbabit dalam kemalangan pada Ramadan lalu bertujuan untuk memberitahu keadaannya ketika itu. “Penerbit Fail Sulit pula menyiarkan gambar Salima tanpa tudung untuk menjauhkan Salima daripada fitnah kononnya dia membuat pembedahan plastik. Bagaimanapun, sepatutnya penerbit perlu beritahu Salima terlebih dulu. “Namun perkara itu sudah pun selesai sekarang. Maestro akan terus memberi sokongan kepada kerjaya Salima,†katanya. (Petikan Hmetro.com.my, Nor Akma Samudin).


















at 11:55 am
tu la astro ,tak baik la kalo gitu n af 5 pliz la pilih suara n bukan muka ,kalo x mcmne na maju
at 11:29 pm
salima n
i kalu btol pkai tudng kt hspital pn pkai jela
at 1:51 pm
SBNARNYA,astro bkn nak pilih muka or yg macho ke,yg popular ke,bkn pihak astro or AF sbnrnya,tapi anda yg pilih smua tu.sbnrnya,mreka nak jg jadi judger utk AF ni,ta mreka tkut kaptusan yg di buat itu tak mmuaskan hati para peminat,so dorng buat undian lah..kalo anda tak stuju yg menang itu adlah si dia dan si dia,skurang2nya,majority yang nak orng tu menang..kalo btul yg menang tu sbnrnya tak patut menang,yang salah buat pilihan tu sbnrnya anda,bkn pihak astro..yg korng mati2an mnyalahkan astro tu knpa?lg satu,jan lah jdkan isu ttg pelajar AF yg brtudung,kelak ramai mreka di luar sana yg brbkat besar dan brtudung,tak brani nak msuk AF oleh krna anda smua..bg komitmen bah..
at 10:40 pm
hik3..
xkisah sbnrnya pkai tudung atau x.
yg penting org yg SENSASI akan diutamakn..
jeng3..
at 1:50 am
gambar bogel
at 3:43 am
salima???
wekk!!!
ada apa ngan salima 2…??
gedik yek lbey….
terjerit sana terjerit sini….
iskhh!!!
at 10:58 pm
salima tu gedik je memanjang!!
anyway astro pun jgn la siarkan gmbr tanpa tudung..
kalau ye pun fail sulit af, jgn la sampai mengaibkan org..
salima pun satu, kalau ye pu pakai tudung, nape x pakai je although sakit.. sakit bkn masalah xpayah pakai tudung..
at 11:23 am
dah pakai tudung tu pakai je lah
at 11:30 am
salima tu harap je pakai tudung perangai gedik
semacam!!!masa masuk af tak gedik tapi makin lama
jadi gedik macam berok
at 2:15 pm
atas tutup bawah buke…tak heran lah aduh salima
at 9:20 pm
x pe la sa5 diorang memang kecoh tu bkan gmbar ko tu ade sesiapa buat tu
at 6:05 pm
copp … konpius aku le .. dia marah sbb amik gmbar dia x brtudung kat spital, hbis yg dia kat teater tu.. crita camna lak pdahal tu pun dia x pkai tudung gak (pkai wig)
at 6:16 pm
salima cantek pakai tudung ..chayer lahhhhhh
at 12:42 pm
chayer? haiya chaiya chaiya chaiya!! (smbil gelek trgolek2 kat ats train KTMB dr KL ke Sngapore!
at 12:51 pm
aloha…ntah pape tahla…terkilan sane terkilan sini…yg kau menggeletek kat atas pentas teater x pakai tudung tu xpe???nampak leher kau yg x berapa jinjang tu xpe(ahakss….)ni masalhnye kau kat spital,peminat aku(adeke???bukan aku laa…)nak tau ko macam mane xkan la amik gamba tu pon kau nak mara???ko alim sgt ker??lau alim xde nye amik gamba ngan jantan dok rapat2 la ape2 la..ko bikin panass lakk kan…(bace la weh…)aku x minat ko tp juz advise….lau btl2 nak tutup aurat tutup betul2 xde la pakai baju sendat terj**** sane sini..x malu ker???at least ape yg pernah jd kat ko ko wat sbg pengajaran…insafla weh……
at 1:21 pm
LABUCHEE .. bru balik dr Hawai ke? Dia trkilan sbb ‘aurat dh tr-iklan’! Susah klau pemahaman ttup aurat ni = tutup rmbut saja. Apa2 pun hope jadi kat pngajaran kita juga ok? insyaAllah …