Who else is going to Hollywood? Now it’s the turn of Malaysia’s Era FM DJ, Linda Onn to be in the limelight. Linda will be there to conduct a special Red Carpet segment for the 79th Academy Awards, Kodak Theatre, Los Angeles. Linda is the second celebrities selected by Star Movies after Maya Karin, who was in the similar role last year. Kata Linda “Ini adalah pencapaian terbesar saya sepanjang 10 tahun berkecimpung di dalam bidang ini. Walaupun saya tidak pernah kendalikan sebarang acara karpet merah sebelum ini, tetapi saya anggap ini adalah satu cabaran buat saya untuk cuba lakukan yang terbaik. “Saya memang tidak begitu berkeyakinan pada mulanya. Tetapi saya fikir, jika saya menolak tawaran ini, saya akan sentiasa merasakan diri saya telah gagal.

Gambar Linda Onn di Academy Award, Hollywood 

Alhamdulillah, setelah buat banyak research tentang Oscar dan karpet merah, saya sudah lebih yakin dan Insyaallah, dengan bantuan rakan hos saya nanti, VJ Dominic, saya harap semuanya berjalan lancar,” ujar Linda yang akan ditemani kakaknya, Intan di sana nanti (bukan Fahrin ya!). Ditanya jika ada pihak akan membuat perbandingan diantara dirinya dan Maya nanti, Linda berkata itu semua tidak memberi satu tekanan besar buat dirinya memandangkan masing-masing mempunyai cara tersendiri. “Saya tidak kisah jika ada yang ingin membanding-bandingkan saya dengan Maya. Saya bersedia untuk terima sebarang komen memandangkan ini adalah percubaan pertama saya. “Saya sendiri ada menghubungi Maya untuk bertanyakan tentang tips-tips bagaimana untuk kendalikan segmen itu. Dia banyak menasihati saya tentang apa yang perlu saya buat, soalan bagaimana yang sesuai ditanya dan karenah bintang-bintang Hollywood,” kata Linda yang berharap agar dapat menemubual bintang pujaannya, Angelina Jolie. Pada majlis gilang-gemilang itu, Linda akan menggayakan baju rekaan pereka fesyen dari Indonesia, Jovian Mandagie yang bertemakan east meets west, di mana rekaannya itu berkonsepkan gabungan kebaya dan dress berwarna hitam dan putih. (Kita saksikan bagaimana rekaannya nanti di sini). Linda juga akan merakamkan perjalanannya di Hollywood nanti dan akan menyiarkan rakaman tersebut di dalam segmen mingguannya di radio ERA iaitu Minggu Istimewa Linda sebaik pulang ke tanah air nanti. Anugerah Academy ke-79 akan disiarkan secara langsung pada 26 Februari ini jam 9 pagi di saluran Star Movies. Acara Breakfast With The Stars 2007 juga akan diadakan di Hotel JW Marriot Kuala Lumpur bersempena dengan majlis berprestij itu di mana selebriti-selebriti tempatan seperti Fauziah Latiff, Erra Fazira dan Camelia dijangka turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut. KL Red Carpet juga akan diadakan pada Breakfast With The Stars dan bakal disiarkan secara langsung di Star Movies dan Astro Ria pada jam 8 pagi.Manakala segmen Star Movies’ Red Carpet with Dom & Linda pula akan disiarkan pada siaran ulangan Anugerah Academy di sebelah malamnya pada jam 8 malam. Linda Onn dipilih berdasarkan peranan yang dimainkan oleh Radio Era dalam mempromosikan Star Movies di Radio Era.

VJ Dominic, will be partnering Linda Onn at 79th Academy Awards, Hollywood
Now we’ve got all covered for Hollywood. Anyone is going to Bollywood? Hehe.. (news excerpt & images from Mstar.com.my & Channel V)

Linda Onn Academy Award, Hollywood, DJ ERA FM

[GODA LINDA ONN?]


Blog Widget by LinkWithin