Baju Radzuan Radzwill Untuk Linda Onn?

It has been widely published in the local newspapers about Linda Onn’s dress issue. The status of fashion designer Jovian Mandagie who is regarded as Indonesian has been made out of proportion. Jovian grows up in Malaysia and went to University College Lim Kok Wing. One of his parents is Malaysian and the other is Indonesian. With this kind of profile, somehow he is still regarded as Indonesian. As a result, RADIO deejay Linda Onn was absent on the 79th Academy Awards red carpet because she was not allowed to wear the dress she wanted, (according to sources from Utusan Malaysia). The paper said some people were uncomfortable that a foreigner, Indonesian-born Jovian Mandagie, had designed and made the outfit Linda was to wear. So, local designer Radzuan Radzuwill was asked to hastily put together a dress and a Star TV official flew to Los Angeles to deliver it. However, Linda refused to wear it and was said to have been very disappointed that she could not wear the dress she wanted. Linda was to host a Star Movies’ programme together with Channel V presenter Dominic Lau. She withdrew from hosting the programme. Jovian, who was contacted later, said that he and Linda had designed the kebaya and it had taken almost two weeks to complete.

[GAMBAR BRITNEY SPEARS, JENNIFER “KUIH” LOPEZ MASA KECHIK]

Baju Radzuan Radzwill Linda Onn Tak Pakai di Oscar Academy Award Red Carpet

[CELEBRITIES WHEN THEY WERE KIDS PICTURES]

“Demi Allah, saya tidak terbabit pun dalam perkara ini. Saya sudah lama menceburkan diri dalam perniagaan rekaan fesyen,” katanya yang dihubungi Hip (Berita Harian) petang Rabu lalu. “Pelanggan saya pula golongan yang ada kedudukan. Jadi, buat apalah saya hendak kecoh-kecoh. Saya pun bukan ‘hadap’ sangat apabila pihak terbabit menelefon saya, meminta saya menyediakan baju untuk Linda,” katanya. Begitupun, demi menunaikan amanat yang diberikan, dia menyiapkan juga baju berwarna coklat muda terbabit biarpun bersengkang mata malam dan siang. Dan apabila dia memikul beban itu, sudah tentu pereka ini mahu menghasilkan sesuatu yang terbaik.“Saya rasa sedih apabila usaha penat lelah sampai tidak tidur malam saya berbalas begini. Saya tidak ingin mencari gaduh dengan sesiapa. Tidak ada gunanya pun. Industri kita ini kecil saja. Saya juga amat berharap, kekecohan ini tidak berlanjutan kerana ia merugikan saja,” ujarnya. Radzuan juga mengaku, dia bukannya seorang yang punya kuasa untuk mengarahkan sesuatu seperti itu justeru memohon menghentikan saja sebarang tohmahan terhadap dirinya itu. Mengenai dakwaan baju itu terlalu seksi untuk Linda, pereka ini memberitahu, semuanya bergantung kepada penyampai berkenaan. Jika Linda tidak mahu memakainya, dia tidak mempunyai hak untuk berkata apa-apa kerana tanggungjawabnya hanya menyediakan pakaian itu saja.Biarpun inilah kali pertama Radzuan mencipta pakaian untuk Linda, namun wanita ini pernah mengenakan rekaannya untuk sesi fotografi majalah, sebelum ini. Dia juga tidak sedikit pun berasa hati sekiranya Linda Onn tidak mahu memakai kebaya yang disediakan olehnya. Dia juga tidak mempunyai kuasa untuk menyuruh atau memaksa Linda memakai pakaian berkenaan pada acara permaidani merah sempena Anugerah Academy ke-79, Isnin lalu. Menurut pereka terkenal ini, dia hanya menjalankan tanggungjawabnya untuk menyiapkan pakaian berkenaan, selepas diarahkan berbuat demikian oleh pihak Star Movies. “Tanggungjawab saya hanyalah menyediakan pakaian terbabit. Kemudian, terpulanglah kepada Linda untuk memakainya atau tidak,” kata Radzuan lagi.Katanya, dia menerima arahan Star Movies untuk menyediakan pakaian berbentuk kebaya tradisional bagi digayakan oleh Linda ketika mengacarakan acara permaidani merah Anugerah Academy, kira-kira jam 11.30 malam. Dia kemudian perlu menyiapkan pakaian berkenaan dalam masa tidak sampai sehari kerana pakaian itu perlu dihantar kepada Linda yang sudah pun berada di Los Angeles, petang itu juga. Difahamkan, baju itu bagaimanapun diterbangkan pada malam berkenaan, oleh seorang kakitangan rangkaian televisyen berkenaan. [Disclaimer: Please read our disclaimer on this posting. Statements made are not factual and solely based on hearsay. Any references should be made to local newspaper publications such as mstar.com.my, utusan.com.my and bharian.com.my on which this posting is based].

[CELEBRITIES WHEN THEY WERE KIDS PICTURES]

VIDEO KLIP LINDA ONN SEKEMBALINYA DARI L.A. DI KLIA

Related Articles:




You like this post? Perhaps you would like to subscribe to Syokkahwin.com's daily news direct to your mailbox! Subscribe Here.

215 Responses to “Baju Radzuan Radzwill Untuk Linda Onn?”


  1. 1 momoi Mar 5th, 2007 at 12:49 pm Quote

    linda sepatutnya pakai baju itu….kononya tak nak….tat should not be the way…macam org kata…mrajuk tak kena tempat……..

  2. 2 eLIZA hASHIM Mar 5th, 2007 at 3:42 pm Quote

    Whatever the reasons maybe, LindA Onn should not withdraw herself from the task given to her at the Oscars.

    Definitely there are ways to solve the matter , sitdown discuss and resolve professionaly.

    She is being so childish and disgraceful.

  3. 3 nasha Mar 6th, 2007 at 1:34 am Quote

    poyolah linda onn tu!!!!!
    macam la tak penah pakai baju jarang
    awak tu nak interbiu artis kat academy awards bukannya anugerah era!!!!!!!!!!!!!
    aku dah stat menyampah ngn linda bila dia ngn fahrin,tak kisah la ngn saper2 tapi masalahnyer tak mengaku!!itu yg bikin panas,g mn2 pakai baju warna sama pastu tak ngaku!!blah la
    padan muka kalah ngn fara fauzana,,,hidu farah!!!!!!!!!

  4. 4 kater Mar 6th, 2007 at 9:56 am Quote

    i don’t know how to say it…
    tapi saya raser linda taknak pakai baju tue sebab dier
    nak sgt pakai baju yang dier design sendiri
    dan tindakan linda menarik diri hanya kerana sepasang baju
    sgt bodoh!!!!
    sedangkan pihak star movie dah kater yang baju itu boleh direpair oleh tukang jahit hollywood yang saya raser sgt bagus untuk kerja2 repair.

  5. 5 kater Mar 6th, 2007 at 10:01 am Quote

    peluang hanya dtg sekali dlm hidup linda
    seharusnyer peluang ini diambil dgn begitu baik
    dan seharusnyer linda harus sedar kenapa star movies memilih dirinya….
    ader sesuatu dlm diri linda yang istimewa dan sayangnya,
    peluang ini tidak digunakan…
    tapi, mungkin juga ader sesuatu yang berlaku yang tak dapat linda beritahu pada semua….

  6. 6 alibaba Mar 6th, 2007 at 10:59 am Quote

    poyo linda tu….sebab baju tu tak brpa seksi tu yg taknak pakai……
    ….apa ra..

  7. 7 boong Mar 6th, 2007 at 11:48 am Quote

    dulu emak bapak suruh belaja English kat solah ..degil..bila nak kena interview mat salih..keluar issue baju seksi pulak…come on la Linda…be professional laa..kalau tak da confident..withdraw la..give others a chance. ramai lagi yang boleh interview and have good command of english…sarimah..cheryl samad…buat malu melayu aje…concentrate jual nasi ayam laaa…

  8. 8 malu kucing Mar 6th, 2007 at 11:56 am Quote

    Radzuan nak jual berapa baju tu, cantik laaaa. mana ada seksi baju linda pakai mana anugerah 2005 tu pun macam tu gak namapk dada dan ketiak. Tak der pun kata seksi cuba hang nengok dalam BH hari ini.

  9. 9 ketiak masem Mar 6th, 2007 at 12:52 pm Quote

    Katanya bila balik Mesia Linda nak buat press conference…ha baguih la tu…tapi interview tu mestilah dibuat in English…baru la kita boleh tahu samada Linda punya English is the real issue kenapa Linda tak pi interview artis mat salih tuuu.

    Satu lagi tolong la jangan nak kaitkan isu i dengan Razwan atau that Indon designer…please la..depa pun nak cari makan…

    Come on Linda…i am waiting

  10. 10 putri Mar 6th, 2007 at 3:26 pm Quote

    linda tak patut wat gitu..baju radzwan cantik pe…
    kalo dia letak suma bnda tu kat tepi..dia akan dapat byk experiance..come on..its a oscar!once in ur life!bila dah jadi gini..sape rugi?linda gak..pasni mst org takut nak hire linda…cane tu?

  11. 11 nazri Mar 6th, 2007 at 3:35 pm Quote

    maybe linda serba salah..takut dipakai akan dicemuh sbb agak seksi,x dipakai plak takut nanti dikata ngada2..ditelan mati emak,diluah mati bapak..but,we ave to respect apa jer yg org len wat..

  12. 12 Anak Sarawak Mar 6th, 2007 at 4:52 pm Quote

    I rasa Linda take it too emotional.Kalau tak nak pakai baju RR, pakei ajelah baju JM..kan dua-dua reka bentuknya kebaya. Kali nie Linda menampakkan diri yang tidak profesional. Dah jual mahal sangat! I terkilan statement dia nak jaga maruah dsbnya sedangkan selama nie apa dia buat dan pakai tak de kaitan dengan maruah. I rasa Linda dah control sangat…mungkin nak jaga status DJ Wanita Malaya kot! Kalau tau tak boleh buat and no confident jangan heboh satu Malaya u nak pergi kat award tu dulu… i masih terkilan lah..sedih!sedih!

  13. 13 Laila Mar 6th, 2007 at 5:02 pm Quote

    Aku frust betul la ngan Linda nih… aku punye lah tunggu die kuar kat red carpet… tapi tunggu tunggu tak kuar gaks… rupanya dia nih tak pegi pun LA tuh… bukan kate buat malu Linda ngan keluarganya tapi juga satu Malaysia… alasannya pula pasal baju? Tak patut betul… Tak professional langsung… sadis betullll… Hah! Linda Onn… Jawab lah semua soklan yg ada… Jgn sekadar tau bertanya je dalam Tanya Linda… sekarang Linda kena jawab lak ye… hah jawab jgn tak jawab…

  14. 14 seem Mar 6th, 2007 at 5:30 pm Quote

    linda u r embarassing Malaysia.
    and Star Movies for God sake choose someone who at least are recognized internationally, Maya Karin….
    myb u guys shud choose her again..
    because of the charisma, good english.
    how embarassing…linda shame on u.
    someone whose intellectual..can speak fluently in both language..
    why not choose them?
    camelia, sarimah, marion counter,
    or maybe Star Movies shud NOT picks sumone whose not a MALAYSIAN.
    Linda, can u even speak English?
    what are the criteria in order for u to host sumthg as big as the oscars?
    popularity? what does it means if u don’t have the dicipline and can’t even speaks english correctly?
    what a waste!!!

    so typical malay…looks comes first..brain second.

  15. 15 seem Mar 6th, 2007 at 5:32 pm Quote

    i mean Star Movies shud picks sumone whose NOT a MALAYSIAN

  16. 16 Calvin Kluang Mar 6th, 2007 at 6:50 pm Quote

    Patut pun Linda tak nak pakai Kebaya tu. Yang melekat merata tempat tu apa benda? Rama-rama? Kebaya tu kenalah lebih simple tapi elegant. No offence to Radzuan, tapi kalau Linda kena kutuk dek Fashion Police sebab pakai kebaya tu, mana nak letak muka?

  17. 17 aku Mar 6th, 2007 at 7:17 pm Quote

    apa buruk sgt baju tue. tampal2 mcm baju org mintak sedekah. nampak sgt last minute design.

  18. 18 nua Mar 6th, 2007 at 7:34 pm Quote

    Sebeanrnya siapa pun kalau dah glamour terutama dah banyak memenangi anugerah akan lupa diri kerana mereka telah dinobat insan terbaik.Jadi apa dibuat semua betul dan dipersetujui umum.Malah kalau dah terlalu banyak merangkul anugerah lebih sudu dari kuah.Apa dibuat apa idea dia semua betul.Contoh Linda untuk menjadi popular DJ ERA dia mengadakan forum LEPAS GERAM.Cuba kita dengar dia seolah olah mempromo orang untuk menghentam orang.Dunia ni kalau segmen menghentam orang memang ramai pelanggan nya.

  19. 19 K.K. Kong Mar 6th, 2007 at 10:19 pm Quote

    Congratulations to Linda Onn for standing up to her principles!

    This has nothing to do with being rebellious in general. This is about choice, a basic human principle which makes us humans.

    Anyway, this is either just a case of some people who were brought up to be “Semangat Malaysia” and wanting to exert that unto others, or some people who want to help their friends.

    Besides, the dress looks… plain (colour) complicated (design).

    Looking at the dress, it is as if the designer ran out of ideas and decided to take the easy way out by pasting some ‘things’ all over the dress.

    I will preach your name, Linda.

    London

  20. 20 lisa Mar 7th, 2007 at 12:15 am Quote

    teruk betul lah linda onn tu macam budak kecil aje dah ditaja pergi menghadiri red carpet oscar next time blacklist nama dia baik calonkan
    sarimah lagi best…………….

  21. 21 gogo Mar 7th, 2007 at 12:36 am Quote

    Syabas Linda sebab ada pendirian jangan tunduk kepada kuasa-kuasa yang bersembunyi dibelakang yang tetiba nak ambik peluang untuk dapat nama. Padahal sebelum ini takde sape pun sibuk-sibuk pasal baju Linda….. Apadaa tak malu sungguh orang tu…..

  22. 22 Achahai Mar 7th, 2007 at 3:01 am Quote

    Linda Onn was unprofessionl in refusing to do the job she was sent to LA to do.Star TV spent a great deal of money on her trip there and she should have done her job like a professional.

    Undoubtedly it was upsetting to her to be told to wear something else than what she had planned on wearing, but people who are true professionals and mature in their minds, will put aside their personal disappointments and look at the bigger picture. Yet she has the cheek to call herself a professional as per her interview with the press on her return to KL.

    Had it been anyone else, I am sure they would have done as they were instructed for the sake of maintaining a professional attitude. But according to press reports, Linda refused to allow the stylist and tailor engaged by Star TV, to help make her comfortable with the Radzuan dress.

    Why was she so extremely stubborn about not wearing Radzuan’s dress? As many of the newspapers have said it cannot be because the baju was sexy as Linda has been photographed in clothes that are even more sexy. Could it be that she was not well-prepared for the red carpet and so just chickened out and used the baju as an excuse? I don’t know, but what else is there to think?

    If Linda insists she is a person with strong principles, then she should return all the money that Star TV spent on her trip to LA, including the sizeable fee they paid her IN ADVANCE. By the way, she was seen in Las Vegas. Enjoying herself??

  23. 23 elinny Mar 7th, 2007 at 4:21 am Quote

    tak suka baju tu..
    nasib baik linda tak pakai..ntah2 kalau linda pakai jugak n appear masa Oscar tu..sure ada pulak suara2 sumbang kutuk dia..nanti cakap linda tak reti jaga harga diri la..etc..biasa la kan org malaysia nampak yg buruk aje…walaupun linda perform tip top pun sure kena kutuk jugak

  24. 24 Keh Poh Chee Mar 7th, 2007 at 7:53 am Quote

    Sebenarnya kan kan kan

    Linda tak pandai cakap england … tu jer.

    Korang ni semua dah kena kincing.

  25. 25 amy Mar 7th, 2007 at 10:10 am Quote

    Linda Onn tu tak professional langsung!!! Tah apa2 buat perangai macam “diva” tak kena tempat. Dia tu wartawan je, bukannya artis yg menang kat Academy Awards tu. Kalau
    ye pun, solve the matter properly. Org bukan hantar dia dekat2 nak buat liputan,nak suruh banggakan Malaysia, last2 buat perangai “macam bagus” dia tu. Bukannya tak pernah pakai baju jarang! i memang dah lama menyampah kat dia tu. She thinks so highly of herself. Banyak lagi yang berbakat.

  26. 26 lisa Mar 7th, 2007 at 11:21 am Quote

    sapa kata baju tu xcantik?? org yg xprofessional je yg kt bj 2 dibuat last min…ingat senang ke nak buat??? kalau betul rasa diri xblh perform dengan baik bagi la peluang dkt org lain..banyak lagi yang berbakat..

  27. 27 zaza Mar 7th, 2007 at 11:30 am Quote

    the dress looked like it came from a rejected collection. i’m against her desicion not to host the red carpet thingy but id understand why she didnt want to wear the dress.

    its damn FUGLY!!!

  28. 28 zaza Mar 7th, 2007 at 11:33 am Quote

    hey, mebbe ’someone’ else who attended the oscars doesnt want to be upstaged by jovian’s dress (whose black beaded dress, i must say, is even FUGLIER than radzuan’s)

  29. 29 Papa Mar 7th, 2007 at 11:37 am Quote

    Wah wah wah…… “seem”, kalu ko tak puas hati kat Linda pun jgan la pulak nak mengutuk the whole Malaysian. Kalau Linda Onn tu teruk ko plak boleh dikategorikan sebagai binatang yang kurang ajar.

  30. 30 lyyyyyyn Mar 7th, 2007 at 11:57 am Quote

    in my conclusion, the kebaya dress is just a reason to cover up everything.if you cannot do the job just dont start blaming people. take the responsibility yourself. what’s the point LINDA, in the end of the day people will also know it. its like a big joke you know.blaming the dress, anyway who cares what are you wearing. who are you? a celebrity? far,far away from that

  31. 31 amy Mar 7th, 2007 at 12:18 pm Quote

    Apa la ’seem’…why’d u have to give comments like that? Linda Onn does not represent the the entire Malaysians. She screwed up, but that doesnt mean all Malaysians would. We have others who are truly talented.

    Btw, your english is not that great either.

  32. 32 Anak Sarawak Mar 7th, 2007 at 1:55 pm Quote

    I wondering la….mana baju yang direka oleh Jovian Mandagie dan kakak Linda Onn tu. Show lah kat satu Malaysia? Sekarang crita bukan tak nak show up kat award coz of baju tak sesuai aje tapi dah ugut nak berenti kerja di Radio ERA!!!! Pls act professional lah Linda. I kecewa coz u makin lupa diri!

  33. 33 pencintamerah Mar 7th, 2007 at 2:02 pm Quote

    Entah apa-apa Linda Onn ni. Langsung tak bersikap profesional. Alasan baju tu jarang dan kelihatan tidak berbaju langsung tak masuk akal sama sekali. Jika bahagian lengan dan sekeliling bahu itu adatla. Kesungguhan Razwan Razwil mencipta baju untuk Linda Onn di saat2 akhir sangat berbaloi apabila baju yang di hasilkannya cukup menarik. Baju tu dipakai untuk menjalankan satu tugasan…Linda Onn tak sesuai di panggil lagi membuat tugasan penting seperti itu. Menarik diri di saat akhir hanya satu sikap yang tak sepatutnya berlaku oleh seorang artis yang telah lama berkecimpung dalam dunia yang di minatinya. Sepatutnya dia tidak terlalu mementingkan sikap kebudak-budakan bahlah mengambil langkah lebih profesional. Silap hantar wartawan!!!Lain kali suruh Linda Onn bawa baju sendiri. Peliknya takkan tak ada modal lain nak kata sehingga langsung tak muncul.Alasan baju memang tak sesuai!!!

  34. 34 Agnostic Mar 7th, 2007 at 2:43 pm Quote

    baju ke tu? aku ingatkan pokok kertas di musim autumn.. god.. no wonder she rufused to wear that garment!! wud u ppl wear tht? be honest.. wearing tht garment for a red carpet event in hollywood!

  35. 35 kucing siam Mar 7th, 2007 at 4:34 pm Quote

    pasal baju? imposible laa…bkn kedai jahit tepi jln yg buat…
    ini RR, dah beribu baju artis yg dia buat…tak penah plak dia kena komplen dgn ct dulu ke, ziana zain ke…yg lebih diva dari linda..

    pasal english?…hmm posible2…lagipun mana penah linda jadi host kat tv ckp fully proper english kan…cmnerlah s/worlh buleh terrrrpilih dia…bnyk lagi yg betul2 malaysian yg bleh spiking london dgn baik…eg sazzy falak ke, cheryl samad, sarimah, hani wachaa….

  36. 36 Wanita Timur Mar 7th, 2007 at 5:32 pm Quote

    Tak berani nak komen lebih2 pasal Linda.. Tapi kalau saya, saya pun tak berani nak pakai baju yg jarang tu. Nampak corsette semata-mata. Corsette tu pulak mmg la sendat dgn body kita (mana ada corsette yg longgar kan).

    Tapi kalau pakai baju kecil warna hitam kat dalam tentu nampak pelik kan. Kenapa Linda tak pakai je baju yang dibawanya sendiri? Salah ke kalau dia taknak pakai baju jarang tu?

    Kalau saya la.. saya pakai juga baju sendiri.. lepas tu nak kena ambik tindakan pun tak kisah sebab kerja dah jalan. betul tak?

    Apa pun pada saya baju tu kalau org yg berani tayang body je boleh pakai. Kalau bagi kat Siti Nurhaliza pun tentu dia reject!

  37. 37 AzieK Mar 7th, 2007 at 6:31 pm Quote

    ala.. ake penuh keyakinan lah, linda tak boleh cakap london dgn baik.. sebab tu dia tak muncul kat oscar. aper masalah baju pulak? macam tak pernah pakai yang lagi seksi..

    masalah baju bkn besar.. patutnya linda ambik peluang nie tunjukkan bakat dia kat luar negara.. tapi konon semata-mata nak pertahan prinsip tak nak seksi..

    dulu aku minat linda, tapi sebab hal nie, aku jadik muak pulak kat dia.. kamon la linda.. kenapa tak mau terus terang jer? org akan lebih hargai kejujuran u dr mencipta alasan.. mana baju si jovian tu? kita bandingkan nak?

    apa-apa pun, baju radzuan memang cantik… aku suker tgk baju2 radzuan..

  38. 38 Calvin Kluang Mar 7th, 2007 at 8:07 pm Quote

    That dress IS ugly. Period. That was why Linda did not want to wear it. But she was being diplomatic when she gave her excuse that the dress was too tight or revealing.
    I’m sure Linda can speak English (not London, me dear!) fluently. If she can’t, she would not have been chosen in the first place.

  39. 39 wabosan Mar 7th, 2007 at 9:24 pm Quote

    tak payah lah jadikan baju sebagai alasan kak linda onn oiii…… selama nie…pakai seluar sendat sampai nampak bentuk ***** dan kelengkang kengkang tu tak pe pulak. tinggi sangat ke maruah bila pakai seluar sendat yag membuatkan org lain dok imagine rupa bentuk ‘barang’ kiter???? takyah lar dok salahkan org lain..pihak star movie taknak citer bende yg sebenar yang kira boleh jatuhkan air muka awak pun dah cukup baik…dia punyer citer tuh,mcm org suruh buat bende tak senonoh kat sana pulak..apalah org mcm nie.. nasib baik wa pernah jumpa org mcm ni..nak cover kelemahan diri so jadikan org lain sebagai sasaran. Malu..malu..dok pukul canang beria-ia, tapi rupanyer diri tak menepati standard international..
    ksian betul, wa cukup puji maya karin..sampai ramai org tak perasan bila dia jadik host kat sana. Cayalah Maya Karin!!!

  40. 40 Calvin Kluang Mar 7th, 2007 at 9:49 pm Quote

    Linda Onn pakai seluar pendek sendat? I like that idea!

  41. 41 wan Mar 8th, 2007 at 12:04 am Quote

    @seem:

    who the hell do u think u r? u r so great ke? blaming MALAYSIANS on behalf of linda is just not professional. tell u wut, u r no better than her. or perhaps u r the worst of all people!

    @linda onn:

    apalah masalah kau..klu dh rasa x bleh nk handle majlis gilang gemilang & terbilang tu, yg kau x ckp awl2 tu apahal? memalukan aku je yg membawa nama ANAK MALAYSIA. klu kau x nak pakai baju si RADZWAN RADZWILL yg mmg x brape nk best tuh(considering it was made last minute), pakai la ape2 yg blh melekat kt bdn kau tu. xde duit ke nk p bli baju kt sana? alasan..sexy la..mexy la.. ooo… baju kaler itam yg kau pakai ngn fahrin tu, yg ko tayang 1 MALAYA tu, x sexy ke? jgn bg alasan la wei..dh salah sendiri, tanggung la! ini nk salahkan baju(plg x berdosa) & org lain yg x berdosa sgt tuh. cehhhhh… marah tau x!!!!!!!!!!

  42. 42 wabosan Mar 8th, 2007 at 11:48 am Quote

    Calvin Kluang,
    Bukannyer si linda onn pakai seluar pendek sendat…
    seluar dia panjang tapi sendat dan menampakkan bentuk kelengkang kengkang nyer….ada paham??? wa tak pernah nengok dia pakai seluar pendek..

  43. 43 kucing siam Mar 8th, 2007 at 12:02 pm Quote

    haii..tiba2 plak nama linda jadi top.ni salah satu cara nak amik publisiti murahan ke kak…pastu siap ungkit lagi naik kpl terbang kelas ekonomi 20 jam pegi n balik…kak ni menteri ke? Raja ke?…
    takkan setakat nak buat tugasan kat oversea pun kena naik first class…demand betoi…
    baju plak no komen laa…dah bnyk kali tengok linda pakai yg lebih sexy dari tu sblum ni…x jadi hal pun..

  44. 44 Duiri Mar 8th, 2007 at 12:03 pm Quote

    don’t know what’s wroung with all of u..
    before say anything, we should know from both side..

    this is blog from linda onn..
    BTW i’m not her fan.. just want to share

    PERINGKAT AWAL

    * Penghujung Januari 2007 - Linda diberitahu oleh Rostam (Pengurus Program Era) tentang pemilihan Linda untuk ke Los Angeles .

    * Setelah disahkan melalui perbualan telefon bersama Nini (Star Movies),Linda kemudian berhubung dengan Shamel (pegawai Star Movies) untuk perkara-perkara yang lebih lanjut.

    - Linda diberitahu yang mereka (Star Movies) akan mencari pakaian jenama antarabangsa untuk Linda bagi acara besar ini.

    - Surat permohonan pinjaman/tajaan baju daripada BCBG diberikan kepada Linda (bertarikh 9
    Februari 2007 seperti dilampirkan).

    - Demi untuk memenuhi kehendak STAR MOVIES,Linda pergi ke Butik BCBG (KLCC) dan mencuba pakaian mereka. Setelah dipilih pakaian yang sesuai dengan imej Linda, Linda diberitahu oleh pembantu pelanggan BCBG bahawa pakaian itu model lama dan tidak dicadangkan untuk ditaja. Hanya pakaian model baru yang boleh ditaja. namun pakaian model baru tidak sesuai dengan imej Linda dan Linda mengambil keputusan menggunakan khidmat Jovian (yang mana Linda mengupahnya untuk pakaian Linda bagi acara Anugerah Bintang Popular)

    - Setelah diberitahu kepada Shamel,dia setuju dan meminta lakaran pakaian tersebut ditunjukkan terlebih dahulu kepada pihaknya. Peluang ini digunakan Linda untuk mereka fesyen pakaian yang sesuai dengan imej Linda dan menampilkan ciri Melayu dan ketimuran.

    - Setelah siap lakaran dan dalam pada masa yang sama pakaian tersebut dalam proses disiapkan, dengan bangganya Linda memberitahu bahawa pakaian Linda adalah gabungan kebaya (yang menampakkan ciri-ciri wanita timur) dan gaun labuh (sedikit sentuhan barat) .

    - Kira-kira 2 minggu sebelum tarikh dijangka berlepas ke LA (22hb Feb), Linda diberi surat sokongan oleh pihak STAR Movies untuk permohonan VISA US. 16 Februari 2007, Linda menghadiri temuduga permohonan VISA bersama kakak ( Intan ) dan ianya diluluskan. Pihak kedutaan meminta kami kembali untuk mendapatkan VISA pada 21 Februari 2007. Pihak STAR Movies maklum akan proses permohonan dan kelulusan visa ini.

    Kronologi peristiwa (’kehilangan’ Linda)

    20 Feb 07

    - Sidang akhbar bersama media, mengenai pengumuman Linda dan Dominic ke Los Angeles untuk acara ‘Live From The Red Carpet-79th Academy Awards’ anjuran Star Movies di Star Hill,KL. Nini dan Shamel bersama beberapa staf Star Movies yang lain turut hadir.

    - ‘Sketch’ atau lakaran baju yang dilukis oleh Jovian ditunjukkan kepada Shamel dan Shamel kemudiannya menunjukkan kepada Nini sebelum sidang akhbar bermula. Menurut Shamel,Nini setuju dengan lakaran yang diberi dan Shamel juga turut memuji lakaran pakaian tersebut.

    - Di sidang akhbar yang sama,nama Jovian sebagai pereka Indonesia untuk baju Linda dinyatakan dihadapan Nini dan berbelas wartawan yang lain.

    - Keadaan masih berjalan lancar.

    21 Feb 07

    - Berita mengenai sidang akhbar disiarkan di kebanyakan akhbar di Malaysia

    22 Feb 07 (waktu Malaysia )

    - Semuanya dalam keadaan baik seperti yang dirancang. Linda dan Intan bertolak ke Los Angeles dari KLIA jam 3 petang.

    - Kapal terbang transit di Taipei.

    -Keadaan masih baik. Tiada sebarang panggilan atau sms diterima daripada sesiapa.

    22 Feb 2007 (waktu LA)

    - Tiba di LAX Airport, Los Angeles lebih kurang jam 7 malam (11 pagi waktu Malaysia- 23 Feb)

    - Sejurus tiba, Linda menerima sms daripada Pengurus Besar Stesyen Radio ERA (En. Rostam) meminta Linda menghubungi beliau dengan segera.

    -Setelah dihubungi, beliau menyatakan Pihak Pengurusan Tertinggi ASTRO (majikan Linda) menerima panggilan telefon daripada seseorang yang berpengaruh di Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang ‘melarang’ Linda mengenakan pakaian pereka fesyen Indonesia (Jovian) untuk acara ‘red carpet’ di Academy Awards nanti dengan alasan mempertikaikan mengapa Linda menggunakan khidmat pereka fesyen luar dan bukan pereka fesyen tempatan.

    - Rayuan Linda tidak diterima oleh Rostam.

    -Setelah itu,perbualan demi perbualan telefon berlangsung antara Linda dan Pengurus Rangkaian AMP (Cik Kudsia Kahar) yang mana Linda merayu untuk terus mengenakan pakaian yang telah sedia ada dibawa.

    - Menurut Kudsia,pakaian gantian akan diterbangkan ke LA.

    - Rayuan Linda tidak diterima oleh Kudsia.

    23 Feb 07

    - Keluar bersama Dominic,Cheng (PA Star Movies) untuk berjumpa Debra (produser) di Kodak Theatre untuk mempelajari kedudukan kamera,hos dan sebagainya.

    - Perbincangan Linda,Dominic dan Debra berjalan dengan lancar

    - Rayuan demi rayuan terus dibuat oleh Linda kepada Kudsia. Kudsia cuba membantu menenangkan fikiran Linda yang terganggu mengenai perkara ini .

    - Perbualan telefon yang sangat panjang tetapi tetap diakhiri dengan keputusan yang sama.

    - Linda meminta Kudsia memberi bukti ‘larangan’dalam bentuk bersurat (hitam-putih) dimana Pihak Pengurusan Tertinggi ASTRO menerima arahan daripada seseorang di Jabatan Perdana Menteri tetapi menurut Kudsia,tiada surat menyurat antara mereka. Katanya, surat rasmi tidak diperlukan oleh kerana panggilan tersebut dibuat pada waktu malam, kira-kira 10.30 malam pada hari Khamis (22 Feb) (waktu Malaysia ) kepada Pihak Pengurusan Tertinggi Astro iaitu Mr Ralph Marshall. Menurut Kudsia lagi , panggilan yang dibuat oleh seseorang daripada JPM sudah cukup kuat untuk sesuatu arahan. Andaikata pakaian tersebut disarung juga,pelbagai masalah akan timbul. Antaranya lesen stesyen TV akan ditarik,kontrak sebuah siaran TV tidak akan disambung dan kerjaya serta kontrak Linda di stesyen TV dan radio bakal tergugat.

    -Linda bertanya kepada Kudsia - Benarkah termaktub dalam mana-mana undang-undang yang menyatakan orang Malaysia tidak boleh mengenakan pakaian pereka luar negara? Jawab Kudsia - Beliau bersetuju yang sepanjang pengetahuannya,tiada undang-undang sedemikian.

    -Puas Linda memujuk Kudsia agar beliau dapat berbual dan memujuk pihak atasan supaya Linda boleh mengenakan pakaian yang selesa dan sesuai dengan Linda tetapi beliau mengatakan ini adalah arahan pihak atasan,bukan dari beliau.

    - Menurut Kudsia,beliau berkali-kali merayu bagi pihak Linda kepada pihak atasan dan terus memujuk Linda supaya menerima keadaan.

    - Perbualan yang sangat panjang bersama Kudsia dan rayuan serta pujukan membuat Linda tersentuh untuk mempertimbangkan semula walaupun dalam keadaan yang amat berat.

    - Menurut Kudsia,pakaian Linda akan diterbangkan bersama dengan salah seorang pereka terkemuka di Malaysia

    - Rayuan dibuat kerana Linda kurang selesa dengan pertukaran pada saat-saat akhir (last minute). Tambahan lagi pakaian tersebut dikatakan dibuat dalam keadaan ‘kecemasan’

    - Linda terus menanti pakaian yang akan tiba dan mengharap kesesuaian pakaian tersebut.

    24 Feb 07

    - Seperti yang diaturkan oleh Cheng,perjumpaan untuk ‘rehearsal’ bersama Debra akan diadakan pada jam 5.30 petang tetapi Cheng telah datang ke bilik Linda lebih kurang jam 3.30 petang untuk membawa Intan (kakak merangkap pembantu peribadi) pergi mencari bodysuit. Menurut Cheng ini adalah atas arahan pihak Star Movies.

    - Intan enggan menemani Cheng kerana tidak mahu meninggalkan Linda seorang di dalam bilik. Walaubagaimanapun,Linda telah memberitahu Cheng saiz yang sesuai untuk Linda.

    - Akhirnya,kami tidak pasti kenapa Cheng tidak keluar membeli apa yang telah diarahkan oleh pihak Star Movies kepadanya

    - Cheng tidak keluar dari bilik kami dan berkali-kali mengatakan dia tumpang duduk di bilik kami kerana biliknya sedang dikemas (housekeeping)

    - Lebih kurang 5 petang,kami pergi ke pejabat Debra untuk menjalani latihan (rehearsal)

    - Linda mendapat berita daripada Cheng bahawa Nini (Star Movies) akan tiba bersama pakaian rekaan Radzwan Razwill. Tidak dinafikan,pereka tersebut adalah pereka yang terkenal dan Linda bersetuju rekaan-rekaan beliau amat menarik.

    25 Feb 07

    - Seperti yang diaturkan,pada jam 10.30 pagi,jurumekap dan jurudandan rambut akan datang ke bilik Linda untuk memulakan persiapan bagi acara Academy Awards dan kami harus bergegas ke Kodak Theatre pada jam 12.30 tengahari

    - Tiada apa-apa berita mengenai pakaian Linda .

    - Pada jam 6 pagi,Cheng datang ke bilik kami dan memohon supaya Linda mengadakan latihan bersama Nini yang baru tiba dari Malaysia dan kemudiannya menjalani latihan bersama Dominic pula.

    - Intan agak terkejut kerana tiada apa-apa rancangan yang diaturkan sebelum ini mengenai perkara ini dan tidak mahu mengganggu masa rehat Linda.

    - Cheng memohon Intan menelefon Nini terus dan kemudian pulang ke biliknya.

    - Perbualan antara Intan dan Nini menyentuh mengenai pakaian. Intan terus merayu dan memohon berkali-kali kepada Nini supaya mempertimbangkan semula permintaan kami memandangkan masa yang diberi sudah sangat suntuk . Walaubagaimanapun, Intan memohon Nini datang ke bilik untuk melihat pakaian yang sedia ada dibawa oleh Linda.

    - Setelah melihat,Nini memberi pujian pada pakaian tersebut namun tetap dengan pendiriannya.

    - Perbualan Intan dan Nini diakhiri dengan permohonan Nini untuk mengadakan sesi latihan pada jam 9 pagi dan akan menyentuh semula mengenai pakaian hanya selepas latihan. Kata Nini,”We’ll talk about the dress later”

    - Selepas latihan dijalankan bersama Dominic,lebih kurang 11 pagi,jurumekap dan pendandan rambut sudah pun berada di bilik.

    - Keadaan berjalan lancar. Nini tidak langsung menyentuh soal pakaian bersama Linda.

    - Dalam keadaan persediaan,Nini muncul bersama pakaian yang dibawanya lebih kurang jam 11.30 pagi.

    - Keadaan menjadi sedikit tegang dan tertekan kerana kami menyangka soal pakaian bukan lagi menjadi isu.

    - Akhirnya Linda menyarungkan pakaian tersebut dan ternyata tidak selesa disebabkan ;

    1) Korset yang tidak sesuai dan tidak selesa dengan bahagian atas tubuh Linda. (Ini kerana tiada proses ‘fitting’/ukuran badan yang dilakukan bersama Radzuan). Lalu kata Nini,gunakan saja pakaian dalam Linda yang ada dibawa untuk menyesuaikan korset tersebut agar padan di badan. Linda rasa kurang selesa. Ini kerana, agak kurang manis dan tidak sesuai apabila mengenakan kebaya berkorset tetapi ‘tali’ pakaian dalam dapat dilihat jelas. Ini sedikit sebanyak boleh mengganggu konsentrasi persembahan Linda.Tiada pakaian tambahan yang Linda bawa kerana tidak sangka terjadi hal sebegini di saat akhir.

    2) Kain lace baju kebaya itu berwarna coklat cair (skin color) yang mana jelas seolah-olah menampakkan sebahagian besar warna kulit Linda. Ini juga turut membuatkan Linda kurang selesa. Linda tidak mempunyai masalah mengenakan baju lace jika ia berwarna lain dan bukan seperti ’skin color’. Jika ia berwarna,mungkin boleh dipertimbangkan lagi.

    * Dalam keadaan yang terlalu suntuk,Linda seolah-olah tidak diberi peluang untuk membuat pilihan. Linda tidak menyalahkan pereka fesyen tersebut kerana kami tidak pernah bertemu untuk sesi ukuran badan dan pilihan pakaian,apatah lagi menanyakan tentang keselesaan Linda.

    * Linda cuba terus bersikap terbuka dan berkompromi. Andaikata Nini membawa beberapa pasang pakaian gantian (2 , 3 atau 4) dari Malaysia di saat-saat akhir begini,pastinya Linda ada beberapa pilihan, tapi hanya satu sahaja baju gantian yang dibawa dan itu sahaja baju yang boleh keluar di TV? (Pada awalnya,Linda sangka mereka akan terbangkan beberapa pasang baju gantian supaya Linda boleh membuat pilihan)

    * Intan dan Linda merayu buat kesekian kalinya agar Nini mempertimbangkan semula permintaan kami untuk mengenakan baju Jovian di saat-saat akhir,namun Nini tetap berkeras.

    * Nini berkata,”You are not doing a fashion show,you are just the host”. (Anda bukan membuat persembahan pakaian,anda hanya sebagai pengacara). Begitu jugalah di benak fikiran Linda. Linda bukan seorang model pakaian tetapi hanya pengacara. Mengapa semua orang begitu terdesak mengenai pakaian Linda ?

    * Menurut Nini,pakaian rekaan Radzwan Razwil ini telah diperlihatkan kepada pihak pengurusan tertinggi (antaranya Rohana-CEO Astro,Kudsia Kahar dan Ralph Marshall) yang berada di Malaysia dan hanya pakaian ini sajalah yang boleh ditayangkan di acara siaran langsung itu. Pakaian lain tidak dibenarkan untuk ditayangkan. Apatah lagi baju Jovian.

    * Linda bertanya kepada Nini apakah perkara yang paling buruk akan terjadi jika Linda terus memakai pakaian Linda. Jawab Nini,” Linda,If you don’t wear this dress,you’re not going on TV”. (Linda,jika anda tidak pakai baju ini,anda tidak akan keudara di TV)

    * Apabila Linda berkata yang Linda sungguh tidak selesa dan tidak boleh mengenakan pakaian itu,Nini berkata dengan nada tegas,”…then you are not going to be on tv- pack your things”. Lantas Nini terus keluar dari bilik hotel Linda.

    * Linda tersentap dan sangat sebak mendengar ungkapan yang sungguh keras daripada beliau. Dengan harga diri dan maruah yang sangat tinggi,Linda dan Intan mengemas barang. Ternyata pujukan dan rayuan kami tidak diendahkan. Linda anggap ini satu penghinaan kepada profesionalisme Linda dan pengalaman yang Linda miliki sepanjang karier. Sungguh tidak disangka.Hanya disebabkan sepasang baju,penat lelah Linda ke LA, tidak tidur malam Linda untuk acara ini,ulangkaji yang berulang kali,berjauhan dengan keluarga di Malaysia dan segala pengorbanan, semuanya rasa seperti tidak berbaloi.

    * Di waktu itu Linda rasa seperti diugut dan dipaksa. Ini adalah kali pertama dalam hidup Linda sepanjang menjadi pengacara TV hampir 10 tahun ,’diugut’ sebegini. Mengapa perlu ada nada ugutan dan nada paksaan ? Sedangkan ini tubuh Linda dan Linda berhak menentukan apa yang disarungkan di tubuh sendiri atau sekurang-kurangnya ada perbincangan terlebih dahulu dan unsur tolak-ansur. Inikah profesionalisme?

    * Demi untuk mempertahankan prinsip, maruah dan harga diri selepas diperlakukan begitu,Linda tidak ada pilihan dan menerima hakikat walaupun, pada masa yang sama memikirkan keghairahan untuk mengacara di acara yang sangat berprestij itu. Bukan kemahuan Linda,apakan daya sudah tidak dibenarkan.

    * Sewaktu mengemas barang, beberapa minit selepas itu, Nini kembali untuk mengambil semula pakaian tersebut dan memberitahu Intan ,”…Kalau wartawan tanya saya, saya akan cakap Linda sakit teruk ya? “.

    * Intan lantas menjawab - “Just tell the truth” (Ceritakan sahaja perkara yang sebenar)

    * Selepas kami mengemas, kami singgah ke bilik Cheng untuk mengambil salinan gambar kenangan dari kameranya tetapi dia tidak ada di situ. Selepas itu,kami ke bilik Dominic untuk mencari Cheng. Cheng tiada. Yang ada hanya Dominic,Nini dan 2 orang jurumekap

    * Di sana , Nini dan Dominic pula merayu Linda untuk keudara tetapi masih lagi perlu mengenakan pakaian yang sama. Maka, Linda masih tiada pilihan.

    * Di lobi hotel,Nini berjumpa kami (Linda dan Intan ) dan meminta kami mengembalikan pas masuk ke ‘red carpet’ Academy Awards.

    * Linda dan Intan terus berlalu keluar dari hotel

    SPEKULASI

    - Pihak Linda tahu, di tanahair pelbagai spekulasi dan andaian negatif mengenai ‘kehilangan’ Linda dibuat dan perkara ini melibatkan reputasi dan nama baik Linda di dalam kerjaya mahupun masa hadapan.

    - Diharap segala spekulasi dan tuduhan ramai yang mengatakan ….

    - Linda tarik diri kerana takut dengan acara besar.

    - Linda tarik diri kerana gementar menemu bual bintang Hollywood

    - Linda tarik diri kerana tidak pandai berbahasa Inggeris

    - Linda tarik diri kerana terlalu penat membeli belah di LA

    - Linda tarik diri hanya kerana baju dan tidak profesional.

    - Linda tarik diri kerana ada masalah dengan produksi,,,

    - dan pelbagai lagi….

    …..sudah maklum dan jelas dengan penerangan Linda .

    JOVIAN

    - Jovian adalah pereka fesyen muda yang dilahirkan di Indonesia tetapi sudah menetap di Malaysia sejak kecil.

    - Menggunakan nama sebagai pereka fesyen Indonesia atas sebab-sebab komersial

    - Beliau baru menamatkan pengajian di salah satu institut di Malaysia .

    - Bapanya adalah orang Malaysia .

    - Pernah berkhidmat untuk ramai artis lain di acara2 besar (Anugerah dsb) .

    - Pakaian yang dibuat untuk Linda adalah idea Linda dan Intan (kakak) . Jovian merealisasikan

    idea kami dalam bentuk pakaian siap.

    - Untuk menyiapkan pakaian bagi acara ini,Linda, Intan dan Jovian mengambil masa yang lama iaitu berminggu-minggu dan hampir setiap hari kami berbincang. Hinggakan Jovian pulang selewat jam 4 pagi untuk membantu Linda dan Intan menghasilkan pakaian yang kami inginkan semata-mata untuk acara berprestij Star Movies ini.

    PERSOALANNYA

    - Mengapa tiada yang melarang pada peringkat awal tentang perkara ini sebelum Linda berangkat ke LA?