Setelah banyak spekulasi yang melanda DJ Era, Linda Onn, beliau akhirnya telah kembali ke tanahair minggu lalu. Secara ringkasnya, baju rekaan Jovian Mandagie yang dipilih oleh Linda yang dianggap orang luar yang mencetuskan kontroversi. Pihak pengurusan Era FM, Airtime Management Programming (AMP), sehingga kini enggan memberi sebarang kenyataan sama ada Linda Onn, 28, digantung atau direhatkan daripada bertugas di stesen radio itu sekembalinya ke tanah air, Isnin lalu.Harian Metro difaham, sepatutnya Linda bertugas seperti biasa pada hari sama dia pulang ke tanah air, mulai 4 petang hingga 8 malam.Bagaimanapun, Linda hanya sempat ke udara selama 20 minit sebelum pengurusan Era menggantikannya dengan Nurul Hana Che Mahzan (Nana AF). Sementara itu, sumber dalaman Era memberitahu, Linda hanya direhatkan seketika dan bukan digantung. Pada 26 Februari lalu, Linda ditugaskan bersama VJ Channnel V, Dominic Lau (Dom) mengendalikan Live from The Red Carpet, pada Anugerah Akademi ke-79 di Kodak Theater, Hollywood, Los Angeles (LA), Amerika Syarikat.

 

Program terbitan Star Movies itu disiarkan di Astro menerusi saluran 42, pada jam 8 malam hari sama. Oleh kerana Linda tidak muncul pada acara permaidani merah itu kononnya atas alasan pakaian ganti disediakan penganjur program itu, Star Movies, terlalu seksi yang bercanggah dengan prinsipnya, Dom terpaksa melakukan tugasan itu sendirian. Sebelum berlepas ke LA, Linda memberitahu dia bakal menggayakan busana rekaan Jovian Mandagie, tetapi atas arahan pihak tertentu, Star Movies memintanya menyarungkan baju rekaan Radzuan Radzwill.

[CELEBRITIES WHEN THEY WERE STILL CUTE BUNNIES] 

Linda Onn tak di Red Carpet

[GAMBAR ARTIS MASA KECHIK] 

Bagaimanapun, Linda mendapati kebaya rekaan Radzuan itu seksi dan tidak sesuai dengan imejnya dan atas alasan mahu mempertahankan prinsip dan maruah dirinya, penyampai radio itu mengambil keputusan tidak muncul di acara berkenaan.Pemilihan Linda itu berdasarkan persetujuan pihak Astro dan Era sendiri. Oleh itu pastinya tindakan Linda ‘meninggalkan’ permaidani merah itu turut memberi kesan kepada kerjayanya di stesen radio berkenaan. Sementara itu ketika dihubungi, Linda berkata, dia menerima arahan daripada pihak pengurusan Era supaya tidak memberikan sebarang kenyataan berhubung perkara itu. “Saya serahkan segala-galanya kepada Allah s.w.t. Saya lebih takutkan hukuman Allah daripada manusia. “Alhamdulillah, saya sedikit pun tidak berasa susah hati kerana saya berada di pihak yang benar. “Sebenarnya saya sendiri tidak tahu kedudukan saya di Era sama ada saya digantung atau direhatkan.

[GAMBAR ARTIS MASA KECHIK] 

Terpulanglah kepada mereka untuk membuat keputusan kerana siapalah saya untuk mencampuri keputusan yang bakal diambil nanti,” katanya. (source mstar.com.my)

Blog Widget by LinkWithin