Apa nak jadi dengan Mawi, lalok sebab dibenci Ina Naim? I don’t think so. He’s still a strong man. Baru-baru ini, gempar satu Malaysia apabila muncul video klip yang menunjukkan Mawi seperti agak mabuk atau lalok. Tidak tahu pula saya sejauh mana kebenarannya gosip ini. Menurut Mawi, aksi yang dirakamkan tahun lalu menggunakan telefon bimbit itu hanyalah sekadar gurauan bersama rakan-rakannya ketika mereka berada di kediaman peribadinya. “Seingat saya, ketika itu, saya dan dua rakan lain mempunyai urusan di luar dan menunggu seorang lagi teman yang berjanji mengambil kami. Justeru, bagi menghilangkan kebosanan menunggu saya cuba bergurau dengan mereka.“Tak sangka pula aksi saya itu boleh terlepas di internet sehingga mengundang salah faham mereka yang menontonnya,” kata Mawi ketika ditemui di kediaman baru keluarganya, Felda Taib Andak, di sini, semalam. Klip video selama tiga minit 40 saat itu memaparkan aksi juara Akademi Fantasia musim ketiga itu sedang menyanyi lagu Kian dan melaungkan takbir raya dalam keadaan yang didakwa mencurigakan kerana dipercayai di bawah pengaruh ganja yang diambilnya bersama rakan.

[GAMBAR ANNA KOURNIKOVA MASA KECHIK]

PENJELASAN MAWI MENGENAI DIRINYA YANG DIKATAKAN LALOK

YouTube Preview Image

(credit to KlubbKid)

[GAMBAR ANNA KOURNIKOVA MASA KECHIK]

Menurut kenyataan yang turut diselitkan dalam klip video itu, si penyebar mendakwa dia memperoleh bahan rakaman terbabit daripada seseorang mendakwa sahabat Mawi yang bertanggungjawab merakamkan adegan sensasi itu. Adakah ini satu konspirasi untuk menjatuhkan Mawi? Mengapa “Poncoo” iaitu rakan Mawi yang merakamkan video itu berbuat demikian? Sudah bencikan Mawi dengan teramat sangat? Mawi menggesa supaya peminat tidak serkap jarang dengan kegiatan yang cuba menjatuhkan dirinya ini dan berfikiran lebih bijak. Whatever it’s all the best to Mawi and Ina Naim’s music careers. [Jika anda sukakan posting yang hangat sebegini, kenapa tidak berlanggan dengan kami secara PERCUMA melalui email, terus ke kotak inbox anda? Umpama mendapat majalah MANGGA atau URTV setiap hari - SUBSCRIBE NOW!]


Blog Widget by LinkWithin