Salah siapa kerana diri terkeluar? Cak! Cak!..;-D Salah suarakah? teknik persembahan kah? atau disebabkan boyfriend, baru HAMDAN JAMIN? PENDEDAHAN bekas kekasih mengenai dirinya mempunyai teman lelaki baru dipercayai menjadi punca pelajar Akademi Fantasia musim ke-5 (AF5), Adyana Khalid, 21 atau Diya disingkirkan. Kenyataan itu disiarkan Astro Ria, sewaktu siri pengenalan setiap pelajar diberikan kejutan sebelum memberitahu mereka terpilih sebagai pelajar selepas menjalani uji bakat bermula Januari lalu. Ketika ditemui pada sidang akhbar khas, Diya menjelaskan dia tidak sangka dan terkejut dengan tindakan bekas kekasihnya itu. “Saya tidak percaya sewaktu kejutan memberitahu saya terpilih, teman saya itu memberitahu saya sudah mempunyai kekasih baru. “Mengapa dan apa muslihat sebalik kenyataan itu saya tidak tahu. Pastinya orang akan beranggapan buruk terhadap saya kerana bekas kekasih bercerita mengenai saya sudah mempunyai teman lain walaupun baru berpisah.“Saya percaya ia menjadi punca peminat setia AF5 tidak mengundi saya kerana menganggap saya memiliki sikap buruk seperti itu,” katanya. Bercerita lanjut mengenai isu itu, kata Diya lagi, pihak produksi menghubungi bekas kekasihnya yang kini menjadi teman rapatnya untuk membuat kejutan. “Sewaktu menghadiri uji bakat dia datang menemani saya, jadi dalam borang itu antara orang yang rapat boleh dihubungi saya letakkan namanya. “Apabila penerbit AF5 merancang membuat kejutan ini mahu atau tidak saya harus berhadapan dengannya. “Selepas memberikan kenyataan yang dianggap peminat boleh menjatuhkan reputasi, saya sempat bertanya kepadanya apa motif sebenar dia menceritakan mengenai saya bersama teman lelaki baru sewaktu rakaman dibuat. “Pada saya perkara itu tidak perlu diceritakan kerana ia tiada kena mengena peilihan saya dalam rancangan ini. Sebaliknya dia hanya memberi alasan dia sendiri tidak tahu apa yang diperkatakan,” katanya. Apabila ditanya perihal kekasih barunya, seorang komposer, Hamdan Jamin, 24, mengenai dirinya yang menjadi orang pertama disingkirkan dari AF5 jelas Diya, dia hanya menyokong dan menganggap sudah tiada rezeki. Masa AF1 dulu, Burn..hmmh..Nampak gayanya Diya sekarang ni hanya boleh main Cak, Cak dan sembunyi2 dengan adik-adiknya di rumahlaa..camni..dah terkeluar..



YouTube Preview Image

NANGIS-NANGIS DI AKADEMI FANTASIA 5

Betul ke OGY Ahmad Daud amat terlampau? Rasanya memang begitu gaya dia dari dulu dan sekarang..tahan tak tahan dengan her candidness jea..Either love her or hate her..

[SYOKNYA KAHWIN, TAPI DENGAN SIAPA YA?]


Blog Widget by LinkWithin