PELAMIN INDAH NAS GREAT IDEA - KLIK SINI


Diya Akademi Fantasia 5 Disingkirkan Angkara Kekasih? : Syokkahwin.com

Diya Akademi Fantasia 5 Disingkirkan Angkara Kekasih?

Posted on March 22, 2007
Filed Under [G] Hollywood

Salah siapa kerana diri terkeluar? Cak! Cak!..;-D Salah suarakah? teknik persembahan kah? atau disebabkan boyfriend, baru HAMDAN JAMIN? PENDEDAHAN bekas kekasih mengenai dirinya mempunyai teman lelaki baru dipercayai menjadi punca pelajar Akademi Fantasia musim ke-5 (AF5), Adyana Khalid, 21 atau Diya disingkirkan. Kenyataan itu disiarkan Astro Ria, sewaktu siri pengenalan setiap pelajar diberikan kejutan sebelum memberitahu mereka terpilih sebagai pelajar selepas menjalani uji bakat bermula Januari lalu. Ketika ditemui pada sidang akhbar khas, Diya menjelaskan dia tidak sangka dan terkejut dengan tindakan bekas kekasihnya itu. “Saya tidak percaya sewaktu kejutan memberitahu saya terpilih, teman saya itu memberitahu saya sudah mempunyai kekasih baru. “Mengapa dan apa muslihat sebalik kenyataan itu saya tidak tahu. Pastinya orang akan beranggapan buruk terhadap saya kerana bekas kekasih bercerita mengenai saya sudah mempunyai teman lain walaupun baru berpisah.“Saya percaya ia menjadi punca peminat setia AF5 tidak mengundi saya kerana menganggap saya memiliki sikap buruk seperti itu,” katanya. Bercerita lanjut mengenai isu itu, kata Diya lagi, pihak produksi menghubungi bekas kekasihnya yang kini menjadi teman rapatnya untuk membuat kejutan. “Sewaktu menghadiri uji bakat dia datang menemani saya, jadi dalam borang itu antara orang yang rapat boleh dihubungi saya letakkan namanya. “Apabila penerbit AF5 merancang membuat kejutan ini mahu atau tidak saya harus berhadapan dengannya. “Selepas memberikan kenyataan yang dianggap peminat boleh menjatuhkan reputasi, saya sempat bertanya kepadanya apa motif sebenar dia menceritakan mengenai saya bersama teman lelaki baru sewaktu rakaman dibuat. “Pada saya perkara itu tidak perlu diceritakan kerana ia tiada kena mengena peilihan saya dalam rancangan ini. Sebaliknya dia hanya memberi alasan dia sendiri tidak tahu apa yang diperkatakan,” katanya. Apabila ditanya perihal kekasih barunya, seorang komposer, Hamdan Jamin, 24, mengenai dirinya yang menjadi orang pertama disingkirkan dari AF5 jelas Diya, dia hanya menyokong dan menganggap sudah tiada rezeki. Masa AF1 dulu, Burn..hmmh..Nampak gayanya Diya sekarang ni hanya boleh main Cak, Cak dan sembunyi2 dengan adik-adiknya di rumahlaa..camni..dah terkeluar..



YouTube Preview Image

NANGIS-NANGIS DI AKADEMI FANTASIA 5

Betul ke OGY Ahmad Daud amat terlampau? Rasanya memang begitu gaya dia dari dulu dan sekarang..tahan tak tahan dengan her candidness jea..Either love her or hate her..

[SYOKNYA KAHWIN, TAPI DENGAN SIAPA YA?]

Other Hot Posts


SHARETHIS


FREE-ADVERTISEMENT

All comments are the 100% responsibilities of the commenters. In case of any doubt, kindly refer to DISCLAIMER.



Baca sahaja? Luahkan pendapat anda supaya mereka dengar!!

9 Responses to “Diya Akademi Fantasia 5 Disingkirkan Angkara Kekasih?”

  1. Budiey on March 23rd, 2007 5:43 pm

    Kesian Diya… tapi dia cantik tak pe… mungkin rezeki dia kat luar, lebih banyak.

  2. ketupat basi on March 24th, 2007 2:53 pm

    udoh2 la tu. dah terke;uar pun. tak payah la nak bising2 cakap pakwe or ex bongkar rahsia ke ape ke. mentaliti masyarkat skang bukannya kuno macam dulu. siti kawin pun ramai lagi yang minat. kalo dah terkeluar tu paham2 jela.

  3. peminat setia af on March 31st, 2007 12:08 pm

    dah keluar tu dah le……….x payah nak buruk2 kan org lain..
    lg pun suara kau tu best tp kau terlalu gubra..kaku je kat atas pentas..kontrol sangat cun..tu yg org x undi kau..aku bukan nak kutuk..tp kau x boleh salahkan org lain..kau x fikir perasaan ex kau tu..hope kau leh ubah diri kau,jangan salah kan orang..mungkin ada rezeki lain yg menanti kau..x yah nak ribut2kan keadaan..kau dah kira untung terpilih jadi pelajar af5,ramai lg yg nak peluang ni..so aku harap kau jangan cepat melenting..do the best!!!!(jangan marah)

  4. samad on April 3rd, 2007 12:04 pm

    Terima saja lah keputusan disingkirkan sebab undi tak banyak. Berita kekasih lama dan baru dijadikan penyebab orang tak undi, anggaplah memang dah nasib begitu. Nak salahkan sesiapa tak guna. Kalau itulah sebabnya dia diluar jangkaan sesiapa pun. Benda dah berlalu, sabar saja lah Diya. Setiap apa yang berlaku, munkin kita tak suka, tapi disitu mungkin tersembunyi satu hikmah. Dan tak semua yang kita terlalu sukakan akan memberikan kebaikkan pada kita. Ada yang mudarat. Diya ada paras rupa yang cantik dan ia adalah satu anugerah dari pencipta alam ini, Allah. Bersyukurlah kepadaNya.Setiap yang boleh dilihat dengan mata tidak bersifat kekal tetapi penuh dengan ilusi dan penipuan. Yang kekal ada lah masa yang dicipta Tuhan sebelum di cipta alam ini. Diya perlu duduk dalam ruang masa itu untuk mendapat fokus yang benar sebagai panduan hidup. Hidup tanpa fokus tidak bermakna. Jadi Diya jangan lah lakukan sesuatu yang boleh menyebabkab Diya kehilangan ruang-ruang masa itu. RENUNGKAN

  5. Anak Sarawak on April 3rd, 2007 12:52 pm

    I tak paham apa crita tentang Diya ni? Adakah maksudnya kerana ex-boyfren dia bongkar crita mereka pernah bercinta dia tak diundi dalam AF5. Kelakar jugak…besar benar pengaruh ex dia. Saya pun tak kenal sapa ex dia! Kalau dah tak ada rezeki tu…cari lah rezeki lain. Cuba jadi model ke…further study ke..ok kan?

  6. aLyA on April 22nd, 2007 3:13 pm

    diya ni cantik lar..

  7. ramram pisang on January 23rd, 2008 2:45 pm

    diya memang cantik & berbakat,harap2 sape2 yang pandai bgi pendapat tu bagi la yg membina,bukan menjahanam kan…..Bayangkan kalau anda di tempat Diya…..sama je,mgkn mak,bapak,abang,adik,kakak,pakcik,makcik,atuk,nenek,moyang korang pun masuk campur,,,,hahahahahahahah…renung-renungkan,selamat beramal

  8. CLEAN N CLEAR on July 1st, 2008 5:43 pm

    laaa .. psl boyfrnd pun leh trkluar AF?

  9. Din on July 4th, 2009 10:02 am

    Nak r0men diya

Leave a Reply




  • Be Our Fans!

    FACEBOOK-LOGO YOUTUBE-LOGO
  • Celeb Poses

    DIANA-DANIELLE-GALLERY DRSHEIKH LISA-SURIHANI-BANNER
  • Regional Gossipz

  • Panas!!!

  • Pasti Meletop!!


  • Jumlah Tengah Syok!!

  • Syok Mengomen!