Cari Menantu TV9 - Pusingan Terakhir di Putrajaya International Convention Centre

Phooh..What a night..I just got back from Putrajaya International Convention Centre (PICC) for the akad nikah. Penuh dengan suasana yang penuh emosi dan suspens detik-detik penyerahan penjagaan dan perlindungan dari bapa pasangan, pesanan ibu kepada anak yang sudah menjadi isteri. Suasana yang penuh mencengkam jiwa ini bukan sahaja menyebabkan titisan air mata dari pasangan dan juga para ibu bapa sahaja tetapi juga Farah Adeeba yang mengacarakan program ini juga agak sebak berlinangan. Mana taknya, Farah sudah bersama dengan mereka selama berminggu-minggu. Farah juga menemani mereka semasa upacara pertunangan di tempat masing-masing. Walau bagaimanapun, selesailah sudah saat yang paling dinantikan, upacara akad nikah yang mengesahkan ketiga-tiga pasangan Cari Menantu sebagai suami isteri. Ketiga-tiga pasangan tersebut adalah Divesh Kumar Danial Kakulai, 28, dan Engku Rabaal Adawiah Engku Zahit, 24, Ahmad Lofti Abd Wahab, 28, dan Sarah Wani Rahim, 28, dari Pulau Pinang dan Amiruddin Moksin, 25, dan Farizan Hashim, 23.

Pasangan Cari Menantu TV9 Lotfi Sarah, Danial Adawiyah, Amiruddin Mokhsin Farizan

Ketiga-tiga pasangan bahagia Cari Menantu TV9

Cari Menantu Amirudin & Farizan TV9

Amiruddin bersama keluarga Farizan

Rancangan Cari Menantu TV9 ini sudah bermula sejak 28 Disember 2006 dan akan berakhir pada 31 Mac 2007 (Sabtu) ini dengan acara kemuncaknya Persandingan Para Pengantin yang akan dibawakan secara langsung selama dua jam juga dari Putrajaya International Convention Centre (PICC) dari pukul 9.30 malam. Anda semua berpeluang untuk mengundi Pasangan Pengantin pilihan anda (pilih satu di antara tiga pasangan ini) dan keputusannya akan diumumkan pada malam tersebut.

Danial Adawiyah

Penerbit Cari Menantu, Azman Abdul Ghafar, berkata seperti biasa ketiga-tiga pasangan dinilai dari sudut ilmu pengetahuan Islam, maklumat kekeluargaan dan ketrampilan. Pasangan dinilai juri tetap iaitu Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang Islam, Universiti Sains Islam Malaysia, Nik Salida Suhaila Nik Salleh; Badlishah Alauddin dan Yusof Hussain. “Di peringkat akhir markah diberikan juri hanya 60 peratus dan bakinya dari penonton menerusi sistem pesanan ringkas (SMS). “Kami mengajak penonton menilai agar mereka dapat berkongsi ilmu mengenai adat istiadat dan hukum dalam perkahwinan,” katanya. Selain majlis pernikahan dan persandingan ditaja sepenuhnya, pemenang bakal memenangi hadiah berupa barangan kemas sumbangan Habib Jewel bernilai RM100,000, pakej bulan madu ke Istanbul Turki, sebuah kereta AVEO bernilai RM70,000 sumbangan DRB Hicom dan hadiah iringan lain. Jika anda ingin mengundi, anda boleh mengundi pasangan pilihan anda seperti berikut:

Untuk Mengundi Lotfi & Sarah;
MELALUI SMS
Taip : UNDIL&S
Contoh: UNDI L&S
Hantar ke : 33999
MELALUI TALIAN TETAP
Dail : 13708

Untuk Mengundi Danial & Adawiah;
MELALUI SMS
Taip : UNDID&A
Hantar ke : 33999
MELALUI TALIAN TETAP
Dail : 13709

Untuk Mengundi Amir & Izan;
MELALUI SMS
Taip : UNDI A&I
Hantar ke : 33999
MELALUI TALIAN TETAP
Dail : 13710

Cari Menantu Romantis Studio

Sewaktu Majlis Pertunangan Lotfi (Cuppi) & Sarah

(Gambar ihsan Romantis Studio, another Client of Syokkahwin.com)



Go Explore!!


You like this post? Perhaps you would like to subscribe to Syokkahwin.com's daily news direct to your mailbox! Subscribe Here.

16 Responses to “Cari Menantu TV9 - Pusingan Terakhir di Putrajaya International Convention Centre”


  1. 1 Fynn Mar 30th, 2007 at 5:10 pm Quote

    Dah tengok dah kat channel 9 semalam… sayu jugak rasanya bila tgk pasangan pengantin ni semasa akad nikah. Tetiba teringat lak detik nikah 3 tahun yg lalu..hehehehe…

    Divesh Danial tu lah… masa baca penyerahan tanggungjawab tu… sebak, sampai suara pun tersekat-sekat…

  2. 2 jimie haliza Apr 4th, 2007 at 2:04 pm Quote

    tahniah..semua dah selamat..
    semoga berkekalan hendaknya

  3. 3 eni Apr 4th, 2007 at 3:15 pm Quote

    alhamdulilah..semua dah selamat..semoga kalian semua hidup dalam lindungan ALLAA hendak-NYA..

  4. 4 fayz Apr 4th, 2007 at 11:47 pm Quote

    PEMENANG PENGANTIN PILIHAN:
    PASANGAN DIVESH DANIAL DAN RABAAL ADAWIYAH..
    TAHNIAH DIUCAPKAN..

  5. 5 yang kesal Apr 10th, 2007 at 2:31 pm Quote

    kesal sarah and lofti bukan pemenang..

  6. 6 pinky Apr 10th, 2007 at 5:04 pm Quote

    tahniah korg… rancangan neh pun betul2 berjaya menjodohkan org… moga dicucuri rahmatNya

  7. 7 athirah Apr 18th, 2007 at 12:50 pm Quote

    congratulation to all participate….

  8. 8 Lyn Apr 24th, 2007 at 1:14 pm Quote

    Msih x trlmbtkn nk ucpkn thniah..Pe2 pn..Sumenye brjya mnjdi psgn muda yg brteraskn agama islam..

  9. 9 titi Apr 27th, 2007 at 5:22 pm Quote

    May you find happiness in each other
    selamat pengantin baru……
    semoga berkekalan hingga akhir hayat

  10. 10 Embun May 30th, 2007 at 2:32 pm Quote

    huhu..aku sokong pasangan amiruddin ngan farizan bcoz i know them..hehe..mereka nice and baik…:)

  11. 11 nizam Jul 4th, 2007 at 6:03 pm Quote

    huhu.o yehh

  12. 12 danial&adawiah Jul 17th, 2007 at 10:54 pm Quote

    salamm 2 all tq 4 ur support hope fully anda semua yg nak kawinke dah kawinke semuanya bahagia hendaknya

  13. 13 SAZALI BIN MOKHTAR Jan 9th, 2008 at 11:11 pm Quote

    SAYA INGIN MEMILIH CALON YG KEDUA
    TETAPI TAK DAPAT DIPERSETUJUI NGAN BINI.

  14. 14 secret person Mar 26th, 2008 at 7:46 pm Quote

    congculations for danial&adawiah,amir&izan,and then lotfi&sarah tahniah diucapkan…….

    ALHAMDULILLAH

  15. 15 CLEAN N CLEAR Jul 1st, 2008 at 9:43 pm Quote

    lagu2 pngantin yg best smpai lani .. GABUS JODOH (PRamlee)

  16. 16 nenekebayan Aug 14th, 2008 at 5:21 pm Quote

    nenek nak cari menantu kat cni…ade ke calon2nye???

Leave a Reply

Quote selected text




Can You Handle This?


PERCUMA

Langgani Syokkahwin.com melalui email anda:

 

Delivered by FeedBurner

 

Jumlah Mereka Yang Sudah Syok!

 

 Add to Technorati Favorites

 

Don't forget to bookmark this site (Press CTRL+D)


LINK TO US!! FREE BADGE!!

JUST COPY & PASTE

THE CODE BELOW

 Blog Gossip Malaysia, Indonesia, Singapura, Bollywood & Hollywood, Weddings, Love & Relationships, Movie Reviews & Events

Fantastic Offers!

Image Hosted by ImageShack.us

 syokkahwin-logo

Wedding-Diary-Logo

Amazingly Syok!


ford-models-fashion-news1


About Me

Climbing my way to the top! A blog about passion, excitement, fun and quirks.

Contact Me

Latest Post

RSS

Category

Top Commentators

Show Reviews



Wedding Favor Ideas


Sensational Masterpieces


Women's Secrets

Wedding Chocolates & Gifts

Wedding Chocolates

Wedding Cakes

Wedding Cakes Tips

Indonesian & Indian Wedding Cards

Indonesian Wedding Cards



Radio Online





Other Stuff


Best Malaysian Sites
Malaysia Blog Sites Listing
Singapore Blog Sites Listing

eXTReMe Tracker


Malaysian Topsites - Top Web Sites in Malaysia


World Top Blogs - Blog TopSites
BlogRankers.com

Blogion.com - the definitive blog directory
submit a blog


Entertainment Blogs

Register for free widgets at www.blogskinny.com and increase your reader traffic
Outpost
DigNow.org
Webfeed (RSS/ATOM/RDF) registered at http://www.feeds4all.com
Malaysian Blogsphere Search

Tech Stuff


Add to Technorati Favorites




Close
E-mail It
Rodney's Kontera DynamiContext Plugin plugged in.