Phooh..What a night..I just got back from Putrajaya International Convention Centre (PICC) for the akad nikah. Penuh dengan suasana yang penuh emosi dan suspens detik-detik penyerahan penjagaan dan perlindungan dari bapa pasangan, pesanan ibu kepada anak yang sudah menjadi isteri. Suasana yang penuh mencengkam jiwa ini bukan sahaja menyebabkan titisan air mata dari pasangan dan juga para ibu bapa sahaja tetapi juga Farah Adeeba yang mengacarakan program ini juga agak sebak berlinangan. Mana taknya, Farah sudah bersama dengan mereka selama berminggu-minggu. Farah juga menemani mereka semasa upacara pertunangan di tempat masing-masing. Walau bagaimanapun, selesailah sudah saat yang paling dinantikan, upacara akad nikah yang mengesahkan ketiga-tiga pasangan Cari Menantu sebagai suami isteri. Ketiga-tiga pasangan tersebut adalah Divesh Kumar Danial Kakulai, 28, dan Engku Rabaal Adawiah Engku Zahit, 24, Ahmad Lofti Abd Wahab, 28, dan Sarah Wani Rahim, 28, dari Pulau Pinang dan Amiruddin Moksin, 25, dan Farizan Hashim, 23.

Ketiga-tiga pasangan bahagia Cari Menantu TV9

Amiruddin bersama keluarga Farizan
Rancangan Cari Menantu TV9 ini sudah bermula sejak 28 Disember 2006 dan akan berakhir pada 31 Mac 2007 (Sabtu) ini dengan acara kemuncaknya Persandingan Para Pengantin yang akan dibawakan secara langsung selama dua jam juga dari Putrajaya International Convention Centre (PICC) dari pukul 9.30 malam. Anda semua berpeluang untuk mengundi Pasangan Pengantin pilihan anda (pilih satu di antara tiga pasangan ini) dan keputusannya akan diumumkan pada malam tersebut.

Penerbit Cari Menantu, Azman Abdul Ghafar, berkata seperti biasa ketiga-tiga pasangan dinilai dari sudut ilmu pengetahuan Islam, maklumat kekeluargaan dan ketrampilan. Pasangan dinilai juri tetap iaitu Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang Islam, Universiti Sains Islam Malaysia, Nik Salida Suhaila Nik Salleh; Badlishah Alauddin dan Yusof Hussain. “Di peringkat akhir markah diberikan juri hanya 60 peratus dan bakinya dari penonton menerusi sistem pesanan ringkas (SMS). “Kami mengajak penonton menilai agar mereka dapat berkongsi ilmu mengenai adat istiadat dan hukum dalam perkahwinan,†katanya. Selain majlis pernikahan dan persandingan ditaja sepenuhnya, pemenang bakal memenangi hadiah berupa barangan kemas sumbangan Habib Jewel bernilai RM100,000, pakej bulan madu ke Istanbul Turki, sebuah kereta AVEO bernilai RM70,000 sumbangan DRB Hicom dan hadiah iringan lain. Jika anda ingin mengundi, anda boleh mengundi pasangan pilihan anda seperti berikut:
Untuk Mengundi Lotfi & Sarah;
MELALUI SMS
Taip : UNDIL&S
Contoh: UNDI L&S
Hantar ke : 33999
MELALUI TALIAN TETAP
Dail : 13708
Untuk Mengundi Danial & Adawiah;
MELALUI SMS
Taip : UNDID&A
Hantar ke : 33999
MELALUI TALIAN TETAP
Dail : 13709
Untuk Mengundi Amir & Izan;
MELALUI SMS
Taip : UNDI A&I
Hantar ke : 33999
MELALUI TALIAN TETAP
Dail : 13710

Sewaktu Majlis Pertunangan Lotfi (Cuppi) & Sarah
(Gambar ihsan Romantis Studio, another Client of Syokkahwin.com)













at 5:10 pm
Dah tengok dah kat channel 9 semalam… sayu jugak rasanya bila tgk pasangan pengantin ni semasa akad nikah. Tetiba teringat lak detik nikah 3 tahun yg lalu..hehehehe…
Divesh Danial tu lah… masa baca penyerahan tanggungjawab tu… sebak, sampai suara pun tersekat-sekat…
at 2:04 pm
tahniah..semua dah selamat..
semoga berkekalan hendaknya
at 3:15 pm
alhamdulilah..semua dah selamat..semoga kalian semua hidup dalam lindungan ALLAA hendak-NYA..
at 11:47 pm
PEMENANG PENGANTIN PILIHAN:
PASANGAN DIVESH DANIAL DAN RABAAL ADAWIYAH..
TAHNIAH DIUCAPKAN..
at 2:31 pm
kesal sarah and lofti bukan pemenang..
at 5:04 pm
tahniah korg… rancangan neh pun betul2 berjaya menjodohkan org… moga dicucuri rahmatNya
at 12:50 pm
congratulation to all participate….
at 1:14 pm
Msih x trlmbtkn nk ucpkn thniah..Pe2 pn..Sumenye brjya mnjdi psgn muda yg brteraskn agama islam..
at 5:22 pm
May you find happiness in each other
selamat pengantin baru……
semoga berkekalan hingga akhir hayat
at 2:32 pm
huhu..aku sokong pasangan amiruddin ngan farizan bcoz i know them..hehe..mereka nice and baik…:)
at 6:03 pm
huhu.o yehh
at 10:54 pm
salamm 2 all tq 4 ur support hope fully anda semua yg nak kawinke dah kawinke semuanya bahagia hendaknya
at 11:11 pm
SAYA INGIN MEMILIH CALON YG KEDUA
TETAPI TAK DAPAT DIPERSETUJUI NGAN BINI.
at 7:46 pm
congculations for danial&adawiah,amir&izan,and then lotfi&sarah tahniah diucapkan…….
ALHAMDULILLAH
at 9:43 pm
lagu2 pngantin yg best smpai lani .. GABUS JODOH (PRamlee)
at 5:21 pm
nenek nak cari menantu kat cni…ade ke calon2nye???
at 3:23 am
Hey, I just wanted to write that page is not working correctly with IE 8