PELAMIN INDAH NAS GREAT IDEA - KLIK SINI


Sharifah Amani Botak? : Syokkahwin.com

Sharifah Amani Botak?

Posted on June 13, 2007
Filed Under Movie Reviews

Hmmh nie pengaruh Mawi sebab berlakon bersama dalam Silky Smooth nyer iklan ke? Well sadly it’s not true..Botak not fashionable amongst women..This certainly will not go well with Silky Smooth’s brand of sweet and angelic girl. Sharifah Amani Syed Zainal Rashid, 21 apparently shaved head for her role in her new movie called MUALAF under the direction of YASMIN AHMAD, THE STORYTELLER. Such a bold move by Amani. Although it was reported that she cried while the shaving was being done, my salute to her for her strength to portray herself as a convincing character in MUALAF. Botak is common in movies. One case in point is Natalie Portman in V for Vendetta.

Amani Botak

[GOSSIP HANGAT ARTIS INDONESIA - CLICK HERE]

Sharifah Amani Bald Head

SHARIFAH AMANI BOTAK HEAD

[eminimall products="military"]

Geng Botak Mawi AF3

MAWI JUGA BOTAK

Natalie Portman Botak in V for Vendetta

BALD NATALIE PORTMAN IN V FOR VENDETTA

[GOSSIP HANGAT ARTIS INDONESIA - CLICK HERE]

Demi Moore Is Bald!

G.I. JANE - BALD DEMI MOORE

Bald Britney Spears

PROBLEM GIRL - BALD BRITNEY SPEARS

[WANNA BECOME 007 AGENT LIKE JAMES BOND? CLICK HERE]

Bookmark and Share

Other Hot Posts


SHARETHIS


FREE-ADVERTISEMENT

All comments are the 100% responsibilities of the commenters. In case of any doubt, kindly refer to DISCLAIMER.




Baca sahaja? Luahkan pendapat anda supaya mereka dengar!!

115 Responses to “Sharifah Amani Botak?”

  1. cobaan on June 14th, 2007 12:44 am

    Apa lagi artis sanggup lakukan untuk seni? Kenapa tak bertudung untuk ugama? Adakan ini suatu ‘pengorbanan’ yang harus dibanggakan?

  2. terjeluek on June 14th, 2007 1:33 am

    Tak berani sangat nak komen pasal pendapat ni, tapi kalau tak silap haram bagi seorang wanita membotakkan kepalanya. Harap ada sesiapa yang dapat confirm kan atau perbetulkan pendapat tersebut.

  3. pop-iah on June 14th, 2007 9:45 am

    biarlah dia…bukankah itu hal dia dengan tuhan…

    kita pun tak tahu nasib kita di akhirat nanti…

    jangan suka main watak tuhan,menghakimi manusia…

  4. tomori on June 14th, 2007 12:22 pm

    aku sokong pop-iah… biarlah die ngan cara die, kite ngan cara kite….

  5. maz on June 14th, 2007 1:35 pm

    botak…tak pe la…kan yasmin suka buat kejutan untuk filem2nya….
    apa2…. nanti senang filem dia dpt sambutan ..KONTROVERSI

  6. terjeluek on June 15th, 2007 12:14 am

    Kalau tak pasti tentang satu-satu pekara, bertanya, Kalau betul hukumnya elok dijadikan panduan, kalau salah jadikan sempadan. Dah jadi hukum, kalau tak boleh halang dengan perbuatan, cuba halang dengan perkataan dan kalau masih juga tak mampu menghalang dengan perkataan, cuba halang dalam hati. Dalam context ini, masaalah sesama umat Islam adalah tanggungjawab semua. Jadi perkataan “Biarlah”, “Bukan Masaalah aku”, “nasiblah” dan sebagainya adalah perbuatan yang kurang arif.

    Kalau ada orang yang dapat berikan pandangan yang berilmiah tentang pekara ini, akan menjadi kebaikan pada semua yang membaca.

    Jadi Pop-piah sebelum nak bagi komen tentang hukum hakam baca dulu apa yang dtulis dan jangan komen membuta tuli. ADA FAHAM? Maaf ya, tak perlu saya nak baca komen awak lebih lanjut tentang pekara ni kalau kemusykilan yang saya tulis tulis dibawah ni tak dapat dijawab dengan secara ilmiah.

    [quote comment="8259"]Tak berani sangat nak komen pasal pendapat ni, tapi kalau tak silap haram bagi seorang wanita membotakkan kepalanya. Harap ada sesiapa yang dapat confirm kan atau perbetulkan pendapat tersebut.[/quote]

  7. aku daaa on June 15th, 2007 2:43 am

    Assalamualaikum..

    Pertama..
    Nak tanya..si syarifah amani syed zainal rashid ni islam ker?

    Kedua…
    Si pengarah yang bernama..yasmin hamid nih pun islam ker??

    Ketiga…
    Si pop-iah ni..tahu ke apa itu islam?..sehingga sanggup komen ntah apa2..kamu tahu tak si pop-iah, muslim itu bersaudara..buka quran,dalam al-Quran ada menerangkan yang muslim itu bersaudara…dah kalau bersaudara…mestilah kena tegur, kamu nih JAHIL…kita bukan main watak Tuhan menghakimi manusia, tapi kita membawa dan mengamal suruhan Tuhan Yakni Allah untuk menegur manusia,FAHAM SITU? kamu tahu tak si pop-iah bila kamu berkata begitu..kamu sudah tidak percaya dengan Rasulullah saw..Rasulullah menegur manusia yang membuat kesilapan..so kamu nak kata Rasulullah meniru watak Tuhan, menghakimi manusia, hanya kerana Rasulullah menarik menusia ke jalan Allah? hah? fikirr elok2..betul ker kamu cakap tu?

    keempat..
    Hukum bagi perempuan mencukur rambutnya ialah haram…bahkan kamu mencukur bulu kening kamu(perempuan) pun HARAM!! kamu yasmin hamid faham tak apa itu HARAM??…faham takkkk?…kalau kamu nih agama islam, kalau nak buat filem yang ada kaitan dengan agama…cubalah rujuk dulu kitab2 hadis, tanya ustaz ker dulu…ini tak, ngape suka sangat menkontroversikan islam…aku nak tanya lagi la yer..kamu nih betul ker islam? hah?

    Walau apa pun yang kamu lakukan..AGAMA ISLAM perlu dijunjung tinggi.

  8. terjeluek on June 15th, 2007 8:40 am

    Terimakasih Aku Daa tentang penjelasan di perengan 4. Harap-harap Yasmin Ahmad baca juga pendapat ini.

    Maaf komen ini agak tersimpang dari topik yang diperkatakan. Saya dan seorang rakan menghadiri majlis perlancaran sebuah majalah wanita bebahasa inggeris di Hotel Istana pada 2006. Kalau tak silap dalam bulan Ogos. Menurut kata rakan tersebut beliau pernah mengenali Yasmin semasa di Melaka sebagai rakan sepermainan semasa kecil. Malah beliau hampir memanggil Yasmin dengan namanya yang sebenar sebelum ini di Majlis itu apabila Yasmin lalu dihadapan kami. Komen rakan saya lagi “Memang benar kata pepatah melayu, sekilas ikan di air….”

    Entahlah, kalau betul apa ang diceritakan rakan tersebut, alangkah sedihnya nasib yang menimpa umat Islam sejak akhir-akhir ini…

  9. nana on June 15th, 2007 9:43 am

    wey!!!!!!!!!!!!! buang tabiat ke amani!!

  10. amani on June 15th, 2007 9:46 am

    setakat $38,000 yng kau nak tu,,bapak aku boleh bagi 50,0000 kat kau,,apsal x cakap ngan aku kau nak duit banyak,,boleh bagitahu kat bapak aku………………….kau pegi tanya ulamak,,,,,memalukan kaum muslimah……….hampeh tul!!!!!!!!!!!!!111

  11. amani on June 15th, 2007 9:47 am

    orang sakit leukemia pun malu tak tunjuk rambut botak tu….kau plak pelik dari yg lain!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  12. Fath on June 15th, 2007 11:10 am

    Ape2 pon tahniah kepada yasmin utk filem terbaru itu.amani cute sangat botak tapi kalo nak dipandang dari segi agama dosakan……mengapa tak pakai teknologi terkini utk botakkan kepala tu maksud saye sarung kepala ke ape ke nie tidak nak gak botakkan kepala tapi cute sesangat hehehehehehheheh

  13. Fath on June 15th, 2007 11:20 am

    Asalamulaikum….
    tapi ape2 pon tak baik macam tu aku daaa….manusia memang tak lepas dari melakukan kesilapan….kalo ko betul2 nak bagi komen cari Abg Nas [melodi] haaaaaa disitu ko bagi komen macam tu baru brani nie setakat dalam pc nie nak buat ape buat penuh blog je hehehehe jangan marah ah……nie lah masalah orang kita suka pandang belakang akhirnya mundur…bukan nak kata tapi dah kenyataan…..memang benar benda tu salah dari segi agama kita tapi kalo utk satu tujuan yang boleh menyedarkan apa salahnya,filem tu pon satu pengajarankan……sebagai contoh bapa sape tak marah gila kalo anak tegur luar batasan hehehehehehhe ingat tu……. berfikir sebelum meluahkan…..kerana mulut badan binasa …jadi selamat beramal …Asalamulaikum

  14. Fath on June 15th, 2007 11:30 am

    amani tak baik cakap macam tu…tu duit bapak ko bukan duit ko apelah…..baik ko guna duit tu utak filem ko sendiri ko buat filem hehehehehhehehe
    BUKA MATA TU ……JANGAN NAK DOK HABISKAN DUIT MAK BAPA….

  15. azfar zahari on June 15th, 2007 12:11 pm

    Salute!!!! kepada semua yang membaca nukilan ini.. terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya apa yang akan saya suarakan ini tidak memberi kepuasan kepada mana mana pihak dan sebagai seorang yang berfikiran terbuka, saya dengan seikhlasnya ingin menyatakan bahawa, kehadiran amani dalam dunia seni tanahair semakin memberikan corak dan warna warna yang lebih gemilang kepada industri seni negara ini… sabagai pemerhati dunia seni, saya berbangga dengan kehadiran beliau dan amat mangalu alukan kewujudan amani di dalam industri ini.. sebagaimana pemerhatian saya kepada komen komen yang diberikan, kelihatan seperti banyak dikalangan peminat dunia seni terutama dalam seni perfileman / lakonan tidak begitu berpuas hati dengan keputusan yang diambil oleh amani untuk membotakkan KEPALA demi memenuhi keperluan watak yang di lakonkan dalam filem tersebut.. MUALAF.. sebagai seorang PELAKON, amani (nani) telah dipertanggungjawab untuk melakonkan watak yang diberikan.. dan dalam watak tersebut nani perlu tampil sebagai seorang WANITA berkepala botak, dimana didalam filem ini seperti yang telah difahamkan oleh pengarah - nani botak disebabkan oleh perbuatan bapanya yang menganggap bahawa membotakkan kepala anak perempuannya itu adalah sebagai hukuman di atas kesalahan yang telah dilakukan… disini dapat diperhatikan bahawa, watak itu sendiri tidak langsung terlintas dihatinya untuk membotakkan kepala tetapi terpaksa akur dengan keputusan bapanya yang mahu dia (watak nani) diperlakukan seperti itu..
    saya pasti, semua anak seni semestinya akan berusaha untuk memberikan yang terbaik dalam setiap perkara yang dilakukan bagi memastikan mutu (kualiti) sebagai anak seni dalm bidang lakonan dapat dipertingkat seterusnya secara tidak langsung akan dapat memartabatkan industri ini sendiri…
    begitu juga dengan nani, beliau semestinya tidak mahu kredibiliti beliau sebagai pelakon diperleceh dan diperkecil tambahan lagi, dengan anugerah yang pernah disandang, beliau semestinya mahu memberikan yang lebih baik kepada peminat beliau secara amnya dan kepada penggemar filem MALAYSIA secara umumnya…
    so, soal samada nani melanggar hukum agama dan sebagainya secara rasionalnya tidak perlu di bincangkan kerana perkara seperti ini lebih menjurus kepada hak yang di punyai oleh individu yang melakukannya… apa yang lebih penting untuk diketengahkan disini adalah rasa hormat kepada hak dan pendirian setiap individu bagi memastikan hak dan pendirian kita sendiri akan dihormati…
    saya selalu terfikir, mengapa nani kerapkali dijadikan sasaran setiap kali membawa kelainan demi untuk memenuhi keperluan watak di dalam mana mana filem yang dibintangi? apakah tiada pelakon pelakon lain yang telah membawa kelainan demi untuk memenuhi keperluan watak dalam filem? sebagai contoh paling mudah, wanita yang menyerupai lelaki - haram disisi agama begitu juga dengan yang sebaliknya… bagaimana pula dengan manusia yang menyerupai binatang - sebagai contoh, seperti harimau jadian? kenapa watak seperti ini tidak dibincangkan bila ia difilemkan? apakah kita terlepas pandang? atau sebenarnya kita menghormati keputusan pelakon tersebut untuk memenuhi keperluan watak itu?
    jelas terbukti di sini, untuk menjadi pelakon yang berkaliber bukanlah satu perkara yang mudah, banyak pengorbanan perlu di lakukan.. saya sekali lagi dengan secara ikhlasnya, dan dengan hak yang saya milikki menghormati tindakkan nani juga saya bersa amat kagum di atas pengorbanan yang telah pun dilakukan demi untuk menghayati watak yang diberikan..
    soal yang berkaitan dengan keagamaan adalah soal peribadi individu itu sendiri..
    sekali lagi saya ingin memohon maaf sekiranya ada diantara penyataan saya diatas tidak memberi kepuasan kepada mana mana individu.. sesungguhnya, untuk memuaskan hati semua pihak dalam satu masa adalah sesuatu yang mustahil atau sesuatu yang sukar untuk dilakukan… sekian…

    azfarzahari

  16. Awek 211 on June 15th, 2007 12:27 pm

    saya sokong azfarzahari..

    banyak benda dalam dunia perfileman yang ‘melanggari’ hukum syarak, tapi tak diperdebatkan langsung..

    tapi, bile nani botak kepala macam ni, terus jadi KONTROVERSI.. kalau nak diikutkan, banyak lagi kemungkaran yang dilakukan sama ada luar / dalam filem..

    fikirkanlah..

  17. cobaan on June 15th, 2007 1:12 pm

    Memang betul tu Awek 211. Tapi sekarang Mr Fayz post pasal Amani botak jadi kita cakaplah pasal isu ni. Kalau nanti Mr Fayz post pasal isu lain, kita cakaplah pasal isu tu.

  18. farah on June 15th, 2007 2:00 pm

    Nak tegur sikit..

    Buat azfarzahari, awek211 dan pop-iah. Tulis tuh berpada-pada sedikit. Sebab ape filem sekarang dah banyak melanggar hukum syarak? Sebab nye, ramai org macam kamu lah yang menghalalkan yang haram tahap ilmu agama melebihi para ustaz dan mufti. Kalau dah kata haram tuh..haram lah. Sebab itu ramai pengeluar filem berani buat cerita tanpa mendalami hukum agama. Maksud amani berkorban demi ’seni’ dia terpaksa turutkan TAPI bagaimana pulak pengorbanan nya sebagai HAMBA ALLAH yang lebih WAJIB? Sanggup mengenepikan agama demi seni…baguss sangat…Jawab sendiri yer…Kalau ada mereka2 yang membanggakan isu seperti ini cepat2lah bertaubat… Sekurang2nya aku tegur korang semua…fikir dulu sebelum melakukan sesuatu yang melebihi had batasan sebagai seorg islam. Dan kalau ramai remaja menjadikan imej spt amani nih maknanya semakin banyaknya org yang melanggar hukum agama. Untuk itu, siapa yang memulakannya, tanggunglah dosa kerana yang haram tetap haram…….

    Takut2 esok2 kena berlakon makan babi pulak dalam cite cina masuk muslim….demi anak seni…berkorban.. hah makan lah kang tak menjiwai lah pulak…:)) tak real pulak kann…fikir sendiri….

  19. pelupa on June 15th, 2007 2:06 pm

    alahai…lupa pla nak beli majalah asuh tadi…

  20. ila on June 15th, 2007 2:55 pm

    x tau nak komen ape..

  21. ila on June 15th, 2007 3:02 pm

    assalamualaikum.. hmmm, ntahlah.. x tau nak komen aper.. tp dlm channel 18 pg td, comel gak amani ni..

  22. saye on June 15th, 2007 3:49 pm

    saye sukekan tubuhmu yang menggiurkan itu. wuuuuu
    cayang awak amani!

  23. insan on June 15th, 2007 4:15 pm

    Cuma nak rujuk manusia akan datang. Kalau zaman dulu-dulu dalam filem melayu tiada adengan ranjang, tapi sekarang itu perkara biasa. Banyak perkara yang tak biasa dulu tapi sekarang dah jadi biasa. Kalau semua dah jadi biasa macam mana mentaliti kita nanti ye.. Tanda-tanda dunia akhir zaman.

  24. Wa on June 15th, 2007 4:16 pm

    Dunia dah maju kedepan tapi fikiran manusia lebih kurang macam kooo jugak po-piah oii. Last last kau (po-piah) yang MOLOTUP-LOTUP kat cat ni,aku heran botul!! any way aku suka SHARIFAH ARMANI ni daru mula2 dia dibidah SENI. Dasyat sgt lakonan dia… aku tetap sokong dimana jua dikau berada SHARIFAH ARMANI THE BEST!! LOVE U FOREVER

  25. kaka on June 15th, 2007 4:29 pm

    daripada nampak lawa dalam emil emilda…sekarang ni nampak macam orang sakit pulak.kerana $$$$$ sanggup botakkan kepala.

  26. terjeluek on June 15th, 2007 4:29 pm

    Rakan-rakan semua, harap maklum tentang apa yang “hak” dan apa yang “batil”. Jangan menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal, atas dasar itu hak individu. Sebenarnya saya takut nak bincangan hal ini lebih lanjut tapi bila terbaca tentang unsur kekeliruan dalam bab ini terpaksala dijelaskan.

  27. oly on June 15th, 2007 4:48 pm

    tak payah banyak komen,kalau perbuatan itu haram tak boleh di halalkan!
    fikir la sendiri!!!!!!!!!!!!!!

  28. amir kulim on June 15th, 2007 6:42 pm

    wanita haram botak…

    menghakimi manusia bukan menggunakan watak tuhan, tapi menggunapakai apa yang Allah dah perintahkan..

    ni lah akibatnya kalo tak pikir dosa pahala, syurga neraka… hidup selamanya kot amani niii…

  29. terjeluek on June 15th, 2007 7:17 pm

    Lastly buat Amani, anggaplah ini satu pelajaran. Kami semua tidak berhak menghukum Amani, cuma sekadar menyampaikan saja, apa yang hak dan apa yang batil. FYI, semasa berita Amani mendapat tawaran berlakun dan perlu membotakkan kepala, saya telah cuba menghantar email kepada wartawan berkenaan tapi email tersebut “bounce”, malah saya juga telah menghantar SMS kepada seseorang yang amat rapat dengan ibu Amani(Puan Fetty), tapi nampaknya message saya tu mungkin tak sampai atas sebab-sebab yang tidak diketahui.

    You are such a sweet and talented girl, so be more wiser next time. You can never turn back time to undo things, but you can always make time to be better.

  30. pop-iah on June 15th, 2007 7:47 pm

    kita pun bukan perfect..kadang2 kita hendaklah cek amalam sendiri before buat judgement kat orang…pelik ya,kenapa la kita attack budak umur 21 tahun nih.kenapa kita tak attack orang main bola yang mendedahkan aurat secara terang2ngan, majalah-majalah yang saja menayangkan babak-babak asmara dengan niat mengaibkan,bukan untuk menginsafkan..kenapa this one girl?

    renungkanlahh…
    [Islam is not exclusive;look at our Prophet, he was cordial towards his Jewish neighbours. He went to their funerals.]

  31. pop-iah on June 15th, 2007 7:49 pm

    takkan kita nak memandang hina seseorang itu hanya kerana dia tidak memakai hijjab dan jubah?

  32. terjeluek on June 15th, 2007 9:14 pm

    Setiap issue dalam Islam berbeza antara satu sama lain. Kebaikan Rasul allah pada jiran yahudinya termasuk dalam bab menghormati jiran tentangga dan berbaik sesama manusia. Jadi bab jiran tetangga ni jangan diguna pakai atau disamakan untuk bab hijab. Dalam erti kata lain, just because the Prophet is kind to his jewish Neigbour, that doesn’t mean that Islam allows the loosing of “hijab” .

    The meaning of “Islam is not Exclusive”, should also not be losely translated, for the phrase means, Islam is tolerance about certain issues but not all. Yang batil tetap batil dan yang hak tetap hak.

    Memang benar Allah maha adil dan maha pengampun, tapi kita sebagai hamba wajib bertaubat dan tidak menzalimi diri kita terus-terusan apabila kita sedar akan kesalahan kita.

    Bila kita menegur sesama Islam secara berilmiah, bermakna kita sayangkan saudara-saudara Islam kita. Bukan maksud untuk menghina atau mengutuk. I am sure, amani feels very bad at this point of time with all the feedbacks.

    Lagi menutup aurat tu bukan bermakna hanya dengan memakai jubah sahaja. Tapi menutup aurat itu maknanya bagi perempuan menutup setiap bahgian badan ecuali muka dan tapak tangan. Bajuapa pun boleh dipakai asalkn memenuhi syarat menutup aurat perempuan, tak kira lah BAJU DKNY, Christian Lacroix, Armani atau Channel asalkan syarat tersebut dituruti. Jubah tu pakaian tradisi arab tak silap saya (tolong betulkan kalau silap), Bagi lelaki pula auratnya dari pusat ke bawah lutut. Sama juga la syaratnya, asalkan bukan pakaian perempuan.

    Walau bagaimana pun, bab pakai short masa main bola tu memang patut dipuji, sebab termasuk dalam bab aurat dan boleh diguna pakai dalam perbincangan ni. Dan rakan rakan yang biasa main bola pakai short tu patut ambil iktibar.

    Jadi pop-piah lebih elok kalau awak tidak menyentuh langsung tentang hukum-hakam agama kalau awak sendiri tidak pasti tentang kesahihannya.

  33. cobaan on June 16th, 2007 12:00 am

    Kenapa tak cakap takkan tak pakai tudung pun boleh masuk neraka, cakap “ah” dengan ibu pun berdosa?

    Takkan bila orang tua kita menegur kita nak cakap balik, ‘mak pun bukan perfect, check amalan mak sendiri sebelum buat judgement kat orang…’

    Bukan menghina, tapi pakai tudung tu WAJIB. Kita hamba Allah bukan hamba seni…

  34. cobaan on June 16th, 2007 12:28 am

    Just read at berita harian “Ibu rela Amani botak”. Kalau ibu sendiri dah relakan, apo nak di kato.

    Bahagia di dunia hanya dengan ilmu
    Bahagia di akhirat hanya dengan ilmu
    Bahagia kedua-duanya hanya dengan ilmu, hanya dengan ilmu…

  35. lily on June 16th, 2007 12:31 am

    APE2 NTAH LE KORANG NIE….
    bia le nk botak kepala ker ape ker lantak le..
    bkn korng yg tanggung dosa!!!
    mmng pki tdung 2 wajib tp nk pki 2 bia le
    ikhlas bkn tpksa…..

  36. cobaan on June 16th, 2007 12:44 am

    Terjeluek and Farah’s comment, I like… Kalau ada script pasal diperkosa takkan nak buat betul2.

  37. an 2 on June 16th, 2007 5:53 am

    Allah saja yang Maha Mengetahui…

  38. aku daa.. on June 16th, 2007 12:41 pm

    Assalamualaikum…

    Pertama..
    Si POP-IAH..kali kedua aku katakan yang kamu nih JAHIL…dah tau jahil, kena cari Ilmu…dah tau xde ilmu..jangan cuba mengomel about ISLAM…kamu nak ker masyarakat keliru disebabkan komen kamu yang tak berilmu…bila masyarakat keliru, dan bila mereka mula meng’ia’kan apa yang kamu katakan..free2 je kamu dapat dosa, malah tiap2 hari kamu dok kutip dosa masuk dalam tabung kamu…kecualilah..kamu betulkan semula apa yang kamu tak tahu..tak tahu cakap jer tak tahu..JANGAN CUBA MENGELIRUKAN MASYARAKAT tentang ISLAM…nih kamu sendiri pun was2 tentang sesuatu perkara, kamu dah nak bagitau orang lain….ok ker camtu?

    Kedua…
    wassalam.

  39. gurl on June 16th, 2007 4:25 pm

    Assalamualaikum saudara dan saudari seagama ku ..

    ada beberapa isu yang ingin saya sentuh di sini:
    1. jangan cepat melatah. di sini, kita boleh jadikan sebagai salah satu tempat untuk bertukar2 pandangan dan menasihati antara satu sama lain. manusia dilahirkan tidak sempurna sifatnya, cepat lupa dan leka. jadi kita sebagai saudara seagama, diWAJIBkan menegur dan mengingati apa2 yang patut. tetapi jgn cepat melatah atau melenting hanya kerana seseorang itu tidak sependapat dengan kita

    2. tegur menggunakan bahasa yang sopan. apa salahnya kita menegur saudara seagama kita dengan sopan. kenapa perlu menggunakan ayat yang agak kasar. saya sendiri agak tersinggung dengan ayat2 yang digunakan. adakah dengan cara itu boleh membawa manusia yang ‘tersesat’ ke jalan yang benar? saya sudah melihat ramai orang berdakwah. mereka berdakwah melalui kelembutan. dari situ lah orang tertarik ingin menuju ke jalan yang benar.

    3. haram tetap haram. hukum Allah jangan dimain-mainkan. haram bagi seorang perempuan menyerupai lelaki dan begitu juga sebaliknya. tetapi kita mesti ingat, kita cuma boleh berkata dari segi hukum yang telah ditetapkan Allah. tetapi, hanya Allah yang lebih mengetahui hukumnya. Allah Maha Pengasih dan Penyayang dan Maha Mengetahui. Biarlah Dia sahaja yang menentukan bentuk hukumannya. kita cuma menjalankan tugas sebagai seorang muslim untuk menasihati / mengingati saudara2 kita yang terlupa.

    akhir kata, cuba renung2kan dan fikir2kan. yang baik itu datang dari Allah, dah yang tidak sempurna itu datang dari diri saya sendiri.

    WALLAHUALAM

  40. pop-iah on June 16th, 2007 11:01 pm

    oh yeh?Wakakakakkaka.semangat tol korang balas komen aku panjang2…

  41. aku daa.. on June 17th, 2007 12:31 pm

    Assalamualaikum…

    Pertama..
    Sukalah pop-iah yer…sebab manusia yang banyak suka didunia nih, banyak nangisnya diakhirat kelak…itu janji Allah, kalau nak taubat..masih sempat lagi..abih ketawa Wakakakakaka macam kamu tu..taubatlah, aku takut masa kamu tengah ketawa tu..malaikat maut duk tunggu nak tarik nyawa..eee takut…

    Kedua…
    Khas untuk fath, fath..fath..siannye kat kamu yer, nak komen tapi…tak tahu nak komen apa..sian yer, untuk pengetahuan kamu lah fath yer…nak bagi pengajaran pada seorang anak tak perlu kita menghalalkan yang diharamkan oleh Allah..tak perlu kita melanggari perintah Alah,nak bagi pengajaran pada anak supaya jadi baik, tapi kalau Allah tak suka..jadi ker pengajaran tu? hah? jawab?…kamu perlu ingat dan perlu tahu hukum bagi seorang perempuan muslim mencukur rambutnya ialah HARAM..kamu faham tak HARAM? walau mcm mana keadaan sekalipun(kecuali darurat)..yang HARAM tetap HARAM…yang HALAL tetap HALAL..nak bagi pengajaran pada anak dah sampai tahap darurat ker?..BANYAK LAGI CARANYA wahai fath…

    Ketiga..
    Macam kamu kata fath..berfikir sebelum meluahkan…kerana mulut badan binasa..jadi selamat beramal…fikir dulu yer, guna akal, jangan guna otak…Assalamualaikum.

  42. aku daa.. on June 17th, 2007 2:36 pm

    Assalamualaikum…

    Pertama…
    Nak tanya azfar zahari….betul ke soal agama hak individu? betul ker? ustaz mana yang kamu rujuk? ulamak mana yang kamu rujuk? kitab mana yang kamu selidiki?…kalau betul agama hak individu…takkan turunnya Rasulullah saw sebagai penyebar wahyu Allah…betul ker kamu cakap agama hak individu? betul ke??

    Kedua…
    Kenapa nani dijadikan sasaran…sebab hanya dia jer yang dimasukkan dalam blog forum nih…cuba masukkan orang lain..isyAllah kita akan komen apa yang tak kena…kenapa kamu azfar zahari mahu sangat menyokong mereka yang sanggup berkorban untuk seni?? kenapa?? apa yang kamu dapat?…kenapa kamu tidak menyokong mereka yang berkorban kerana Allah..kalaulah nani tu dalam setiap filem lakonannya, berkorban semata2 kerana Allah bukan kerana seni..akulah orang pertama yang akan menyokong sepenuhnya setiap perjuangannya..kerana aku tahu, kita menolong agama ALLAH..ALLAH akan menolong kita…so, KENAPA kamu suka sangat tolong si nani nih, apa yang kamu dapat?? apa?? kamu dapat keredhaan Allah ker AZFAR ZAHARI?? hah?

    ketiga…
    Wassalam.

  43. aku daa.. on June 17th, 2007 2:58 pm

    Assalamualaikum…

    Minta terjeluek jelaskan apa maksud ayat nih, sebab saya rasa macam ada benda yang tersirat, harap jelaskan pada semua..berani kerana benar…terima kasih.

    “Maaf komen ini agak tersimpang dari topik yang diperkatakan. Saya dan seorang rakan menghadiri majlis perlancaran sebuah majalah wanita bebahasa inggeris di Hotel Istana pada 2006. Kalau tak silap dalam bulan Ogos. Menurut kata rakan tersebut beliau pernah mengenali Yasmin semasa di Melaka sebagai rakan sepermainan semasa kecil. Malah beliau hampir memanggil Yasmin dengan namanya yang sebenar sebelum ini di Majlis itu apabila Yasmin lalu dihadapan kami. Komen rakan saya lagi “Memang benar kata pepatah melayu, sekilas ikan di air….”

    Entahlah, kalau betul apa ang diceritakan rakan tersebut, alangkah sedihnya nasib yang menimpa umat Islam sejak akhir-akhir ini… ”

    Wassalam.

  44. mata on June 17th, 2007 4:33 pm

    macam-macam…bleh nampak itu lah kehidupan manusia, perubahan..yeee

  45. pop-iah on June 17th, 2007 7:20 pm

    wah.

  46. pop-iah on June 17th, 2007 7:20 pm

    Duplicate comment detected; it looks as though you’ve already said that!

  47. pop-iah on June 17th, 2007 7:22 pm

    teros call sharifah amani ckp ‘botak itu haram,konfem ko masok neraka’.

  48. pop-iah on June 17th, 2007 7:23 pm

    daripada korang kept complaining about her getting bald,apa kata korang cadangkan camna nak tegur die?condenming people tak membantu mengurang dosa kamu/dia

  49. aku daa.. on June 18th, 2007 11:27 am

    Assalamualaikum…

    Pertama..
    Hukum Membotakkan Kepala bagi kaum Wanita .

    1. Dari Ibnu Abbas Rhma berkata :

    Rasulullah saw. telah melarang perempuan mencukur ( membotakkan ) kepalanya .

    Dikeluarkan oleh An Nasaa’I Kitabuz Ziinah , bab Larangan Perempuan mencukur kepalanya

    2. Abi Musa Al Asya’ri Rha. Berkata :

    Rasulullah saw. berlepas diri dari perempuan yang meninggikan suara tangisan ketika meratap dan membotakkan kepala ketika musibah .

    Dikeluarkan oleh Imam Bukhari

    Ulasan :

    Membotakkan kepala bagi wanita dalam keadaan mereka menerima musibah dilarangkan oleh Rasulullah saw. sehingga baginda melafazkan bahawa baginda akan berlepas diri darinya , inikan pula membotakkan kepala dalam keadaan aman tanpa sebarang musibah .Pastinya ia lebih dimurkai oleh Nabi saw.

    Kedua…
    Kalau dilihat dalam kitab Fathul Baari , Jilid ke 10 muka surat 375 : lebih jelas membahaskan betapa Allah menghiasi perempuan dengan rambut yang cantik dan unik .

    Maka Islam mengharamkan perempuan menyambung rambutnya atau memakai rambut palsu . Pengharaman tersebut kerana merubah anugerah Ilahi . Maka , betapa pula dicukur dan dibotakkan kepala ?

    Kalau menyambung rambut hukumnya haram , inikan pula membotakkannya bagi seorang wanita , hukumnya adalah juga tetap haram .

    Wassalam.

  50. akak N on June 18th, 2007 8:13 pm

    Dah..ler jangan gaduh lagi. Pada yang tak sokong nani..tu alhamdulillah ( terjeluek, cobaan , aku daa..and others) at least anda dah lakukan tanggungjawab anda ,pasti allah dah mengetahui nawaitu anda dan semoga sentiasa diberi rahmatnya…Pada yang masih fikir perbuatan “BOTAK” itu wajar untuk memartabatkan seni ..harap ALLAH masih kurniakan masa untuk anda bermuhasabbah diri …dan memperbaiki ilmu fardhu ain ini ..Yang baik itu datang dari ALLAH yang buruk itu dari kita sendiri ….”

    ” Ibadah Sembahyang yang ikhlas , dan redha dan sentiasa mengingatiNya sahaja dapat menjauhi kita dari segala kemungkaran ALLAH ” insyaallah

  51. mell on June 20th, 2007 12:38 pm

    sia sokong pendapat fath tu…. amani-amani klu ko tak berani melakukan sesuatu yang baru ko tak kan maju sampai bila2.. lagipun tu duit bapa ko bukan duit ko, so jan tlalu ego gan kekayaan N kesenangan ko sekarang….

  52. cobaan on June 20th, 2007 1:33 pm

    This matter pun keluar kat foreign papers. Sadly, because of this daring act, ramai non-muslims yang pandang serong terhadap Islam. Search the web for blogs etc and find out for yourselves.

    I guess ada para artis di luar sana yang bangga atas keberanian Amani. Mufti pun dan tegur. Bila tengok kat paper Amani berpakaian hitam ala2 berkemban dengan berkepala botak, sedih sangat rasanya.

    Amani, not only you sound stupid, now you look stupid too.

  53. farah on June 20th, 2007 1:57 pm

    sokong cobaan….

    nak buek camno….pegangan agama tiada dalam diri….betul2 stupid….kategori manusia macam mana :-

    4 Macam manusia

    Khalil bin Ahmad menyatakan, bahawa darjat manusia terbahagia kepada empat macam, iaitu :

    1. Manusia yang tahu (mengerti) dan dia tahu bahawa ia tahu. Yang demikian ialah manusia yang berilmu, yang boleh dijadikan pemimpin.

    2. Manusia yang tahu, tapi dia tidak tahu bahawa dia tahu. Orang yang demikian sedang tertidur, dan perlu dibangunkan.

    3. Manusia yang tidak tahu, dan dia tahu bahawa dia tidak tahu. Orang yang demikian perlu dibimbing supaya menjadi cerdas.

    4. Manusia yang tidak tahu, dan tidak tahu bahawa dia tidak tahu. Orang yang demikian haruslah dijauhi.

    Renung2 lah

  54. farah on June 20th, 2007 2:07 pm

    DI ANTARA AURAT WANITA DARI FIRMAN ALLAH DAN HADIS-HADIS NABI :-

    1.Bulu kening
    Menurut Bukhari, “Rasulullah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.” Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

    2. Pakaian
    “Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.” Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

    “Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.” Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

    “Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.” Al Ahzab : 59.

    3. Rambut
    “Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.” Riwayat Bukhari dan Muslim.

    RENUNG2 LAH KALIAN…ITTAQULLAH..

  55. ATOK on June 20th, 2007 3:25 pm

    Weiiiii aku daaaaaa…
    Kalau hang confirm bijak pasai Islam… cer hang dakwahkan si armani tu….cer hang tengok cermin, hang tu dah confirm baguihhh sungguh ka??? Cakap macam mafia Arab…orang lain tak betui…hang saja yg betui… hang pi laaa try betuikan mana yg tak betui tapi pakai HIKMAH !!…. bukan pakai labelling ppl.. hang reti ka lagu mana nabi kita berdakwah.?? ada ka macam hang??? kalau nabi dakwah lagu hang..tak dak HIKMAH …. lama dah agama kita ni terkuboq..
    kayu bebai sungguh hang !!!

  56. DangAnum on June 20th, 2007 3:33 pm

    ” Manusia yang tahu, tapi dia tidak tahu bahawa dia tahu. Orang yang demikian sedang tertidur, dan perlu dibangunkan. ”

    Manusia jenis yang ramai & terus tidur lena. Kita kejutkan dia pun buat tak kisah saja.

    Memang banyak cabang seni ini bercanggah dengan agama kita namum sedar tak sedar kita leka menontonnya. Kira subahatlah tu!, kita tahu apa yang kita nonton itu salah tapi kita syok juga menontonnya. Malahan amat malang lagi mereka yang terlibat dengannya.

    Kes Nani botakkan kepala ini satu hal, tapi aku percaya, semua mesti nak nontonnya nak tenguk Nani botak kepala. Aku pernah komen dia buat iklan dengan Mawi bab pakai wangian, kan ke perempuan keluar rumah haram pakai minyak wangi. Dalam iklan itu Mawi bukan suaminya… sebab dia tak panggil abang ke.. sayang ke.. dia panggil Mawi!!! secara lojik dah panggil Mawi, bukan berlakon lagi.. siap kejar lagi macam antu cina. Isteri & anak2 kita semuanya senyum2 & syok tenguk iklan itu.

    Isu memang kita kerap lupa sejarah, 50an seni kita agak biasa, 60an gamat pok yeh yeh semua tu, 70an biasa, 80an ujud nasyid semua itu… filem kita pun tak terlampau sangat. Era 2000an ini dengan mistik, antu jemalang semua. Hampir sama seni & keruntuhan moral kita; Ada rempit, ada bohsia bunuh kemudian boom. Kita boleh belaka.

    Inilah masalahnya kita memisahkan seni & agama. Moral& Islam. Islam tak kasi gitar, seruling semua itu kita gunapakai juga. Islam tak benarkan kita dedah aurat, sekarang nampaknya kembali ramai golongan kita dedah aurat. Itu di segi tuntutan agama.

    Seni pula..Islam pun ada cabang seni.. tapi tak semua seni dibolehkan jika ianya bercanggah dengan agama… tapi kita langgar sahaja. Bukan kita saja tenguk pak arab sampai sekarang gila dengan tarian gelek mereka.. sedangkan Islam turun di dunia mereka.. Melayu Indon dangdut gerudinya; seni juga.. ada ulama berbalah tentang dangdut ada pula yang membela.

    Memang kita leka! Nani pun terlekalah tu!

  57. ATOK on June 20th, 2007 3:38 pm

    Mana hang tau Anum, yg Nani tu terleka???
    Kalau betui dia terleka hangpa pi kejutkan lah… bukan buat bising kat sini..macam langau hurung taik…
    Dia dapat pahala..hangpa dapat dosa..dok kata dan kutuk dia kaw kaw.. macam hangpa semua betui belaka…
    btw..hangpa betui ka?? dia salah ka???

  58. chokia on June 20th, 2007 4:44 pm

    wei ‘ATOK’ tua bangang!!..hang tuh lagi piau KEBANGANGANNYA KEBONGONGANNYA .. DAH TUA BANGKA PON JAHIL TUKING.. sedar la diri kuboq pgl mari.. PI NGAJI NUNTUT ILMU TUH.. hamba Allah tu siap bawak rujukan dalil dr hadis nabi lagi.. ‘itukan amar makruf nahi munkar’..hang lagu nk dok komplen pasai pa. nk sekat org berdakwah. bg penampor kang!! sia2 idup. memang x membangun islam kalo layan jenis manusia cam hang nih.pirahhhhh lu.chet.

  59. Wa on June 20th, 2007 4:47 pm

    Macam dah perang SABIR je korang ni.. tak penat ke?

  60. Wa on June 20th, 2007 4:51 pm

    Tak yah emosi sangat la .. haram ! halal ! ni susah kite SUSAH nak bendung. Kite ni pun bukan BAGUS mana, bawak bertenang jelah…

  61. ATOK on June 20th, 2007 5:08 pm

    Weiiii chokia….awat nick hang ni chokia…chokia pasai akai hang besi karat ka.??? Dah habaq dahhhh…hangpa memang suka melabel… mana hangpa tau aku dah tua..?? sbb nick aku ATOK ka?? hangpa sangka aku tua??? hang ingat orang tua cepat mati ka?? hang tak tau kaa..laa ni muda pun buleh mati..hang buleh tau ka umoq sapa pendek , umoq sapa panjang..??bukan kan perkara mati ni tuhan saja yg tau??? tsk..tsk…tsk…. hang cakap dengan oghang tua (kalau betui aku tua laaa )lagu itu ka??? Memang laa hang ni chokia choyy…no manners..
    hang ingat oghang yg bawak hadis dan ayat quran tu betui ka..?? patut ikut cakap dia bulat-bulat ka??Tafsiran dia tu betui ka?? Sebab dia berhujah pakai ayat..hang dah percaya dia… ??Weiiiii hang kalu nak tengok ayat ka hadis ka..hang kena tau sumber dia..hang kena tau dalil dia..hang kena tau kesahihannya…. jangan ikut membabi buta weiii chokia… Oghang melayu kita memang lagu tu laaaa….kalau berjubah..berserban..bertudung litup.. kena hormat..kena percaya apa dia cakap… no wonder kita ni buta buta oghang luaq dok kelentong kita…. cepat tertarik kat luaran…dlman hangpa tak ambik kira…betui ka lagu tu???..tsk…tsk…tskk…
    chokia choyyy !!

  62. Anak Atok on June 20th, 2007 9:02 pm

    Wey Hangpa sumer…..hangpa dok kutuk kat sini buat apa? Aku akan tetap setuju ngan atok aku tuuuu. Pandangan Atok aku ada sense sikit lerrr dari korang sumer..

    Selalu nye yang banyak buat bising tu habuk pun tarak.

    Selalu tenggok diri dalam cermin………..hmmmmmmmm aku pun bodoh …tak payah lah nak kata orng lain bodoh…jahil….dan sewaktu dgn nyer.

    Atok…..jom teh tarek!

  63. musafirmalam on June 20th, 2007 11:01 pm

    Bagus perbincangan dalam nih… membuatkan aku bersyukur kerana masih ada orang yg sedar dan sayangkan Islam… dalam masa yg sama membuatkan aku sedih dan risau kerana ramai yg nama sahaja Islam tetapi membelakangkan Islam itu sendiri. Aku pun bukannya baik sangat dan takder manusia pun sebaik2nya melainkan Nabi dan para Rasul. Tapi sekurang2nya aku masih sedar akan hukum hakam dosa pahala dan sebagainya. Tak salah mereka2 semua menegur benda yg salah… Korang semua tak perlu perbahaskan teguran yg terang2nya dah mmg betul. Kalau korang menolak teguran tu lagi bertambah dosa. Apa salahnya baca, fikir dan kemudian cuba praktikkan dalam kehidupan seharian. Ingat kita semua adalah hamba Allah bukannya hamba seni atau hamba selain daripada Allah.

  64. farah on June 21st, 2007 10:05 am

    Teguran wat Atok…

    Tulah, masa waktu lapang, gi masjid dengar ceramah agama, mengaji pastu baca buku2 agama. Hafal2 dalil tuh..takpun salin buat nota untuk wat panduan…kalau tak caya pergi bukak quran takpun baca buku2 agama kalau tak malu jumpa ustaz ataupun pak imam. Pak bilal pun jadilah..jangan kata tak penah gi masjid….tak taulah hang tak penah pegi sebab tu tak caya dalil2 ni…abih tuh hang percaya apa?…ayah pin ke iaitu orang yg selalu mendangkal al quran dan hadis…? entahlah..

    Lain kali jgn asyik hafal lagu2 jer…kan dah tak tau dalil dtg dari mana. Kalau member2 kt atas tu dah bagi dalil, pegi lah rujuk, jgn nk menyangkal tanpa usul periksa…isk..isk…susah cakap dgn org tua nih…

    wallahua’lam

    Firman Allah (al-Quran,Yusuf 12:111) mafhumnya:
    “Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al-Quran itu bukanlah cerita yang direka-reka, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang terdahulu dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.”

    Hah..kalau tak caya jugak ..gi bukak tafsir al quran …baca….minum air suam…minta2 dapat hidayah…sure malam dapat mimpi baikkk punyer…kalau tak tak berkesan…maka faham2 jer lah…tak termasuk dalam kaum yang ditulis dalam ayat tuh..

  65. farah on June 21st, 2007 10:10 am

    Satu lagi ciri jahiliah abad moden ialah manusia mula menjauhkan diri dari agama. Mereka bukan sahaja tidak mengamalkan kewajipan-kewajipan agama, malah berusaha memperlekehkan segala sesuatu yang ada kaitan dengan agama termasuk al-Quran, al-Sunnah, hukum-hukumnya, para ulamak dan sebagainya. Sebaliknya budaya hedonisme berleluasa, kegilaan hidup mereka hanyalah kepada muzik, artis dan yang ada kaitan dengan dunia hiburan semata-mata sehingga sanggup memuja syaitan dan mencaci Tuhan. Kesan dari keadaan tersebut merebaknya di dalam masyarakat budaya hidup liar dan amalan seks bebas menjadi-jadi termasuk melibatkan kanak-kanak dan sesama ahli keluarga.

    Dan firman Allah lagi (al-Quran,Shaad 38:26) mafhumnya:
    “Maka hendaklah kamu berhukum di antara manusia dengan hak dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat disebabkan kerana mereka melupakan hari akhirat.”

    Kebelakangan ini kita dapat menyaksikan bagaimana umat manusia dihadapi dengan berbagai masalah hidup. Kita sedang menyaksikan bagaimana dunia dilanda kemelesetan dari sudut ekonomi. Kita juga sedang menyaksikan bagaimana manusia sedang diancam oleh kemelesetan akhlak dan moral sehingga kadang-kadang kita terkeliru antara manusia dan haiwan, atau antara orang dan orang-orangan. Kepincangan-kepincangan ini ditambah oleh bencana alam yang berupa banjir, kemarau, gempa bumi, ribut taufan dan sebagainya yang bertimpa-timpa. Semua ini mengingatkan kita kepada peringatan Allah di dalam al-Quran bahawa apabila manusia sudah melupakan Allah iaitu dengan melakukan yang dilarang dan meninggalkan yang disuruh atau lebih-lebih lagi apabila mereka mencegah yang makruf dan menyeru kepada yang mungkar, maka Allah akan mengenakan musibah ke atas mereka. Firman Allah Taala (al_Quran, al-Ruum 30:41) mafhumnya:
    “Telah zahirlah kerosakan di daratan dan di lautan disebabkan oleh perbuatan tangan manusia sendiri, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).”

    ISLAM Vs Jahiliah ©
    Oleh: Nama penulis dirahsiakan
    Universiti Teknologi Malaysia, K. Lumpur.(Majalah Kartika)

  66. iema on June 21st, 2007 12:57 pm

    Ya Allah Ya Tuhan ku…….
    ampunilah dosa2 kami hamba mu yg jahil ini….
    sesungguhnya kami tidak lepas dari melakukan kesilapan…
    dari setiap perkataan yg kami luahkan…
    dari setiap perbuatan yg kami lakukan…
    dari setiap segi yg telah melanggari hukum hakam Mu…

    mohon malaikat mengAMINkan tiap doa mereka2 yg membawa kebaikan dan nasihat….

    moga kami sedar dgn tiap kesilapan yg telah kami lakukan dan dpt muhasabah diri…..

    Amin Ya Robbal Alamin…….

  67. Wa on June 21st, 2007 1:28 pm

    Ramai sgt nak jadi Ustaz n Uztazah.. yang tak bertauliah!! boring dah topik ni dah basi surat khabar pun dah close the story, tak letih ke!!! Asyik KECOH MECOH pasal hal remeh temeh macam ni.

  68. makhluk Allah on June 21st, 2007 2:01 pm

    demi masa..sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian.kecuali mereka-mereka yang beriman dan beramal soleh yang berPESAN-PESAN (menyeru) kepada KEBENARAN & KESABARAN. (surah al-Asr)

  69. khairul on June 21st, 2007 2:33 pm

    saya 2 pendapat mengenai Filem dan kes Armani.

    Pendapat Pertama ( Hukum Islam )

    Sememangnya kalau ia membotakkan kepala atas sebab tertentu,yang tidak bertentangan ajara islam ia masih boleh dihalalkan dengan syarat ia mesti menutup kepala, ( menutup aurat )Dalam kes Syarifah Armani, saya amat tidak menyokong. Dan berharap, tidak akan ada seorang wanita pun yang akan mengikut jejak langkah Armani ini, walau mencukur bulu kening sekalipun.

    Pendapat kedua ( Ikon )

    Beliau seorang ikon, yang mempunyai ramai peminat. dan dunia filem di Malaysia adalah untuk memberikan kesedaran dan pandangan melalui penceritaan dalam filem. oleh sebab itu, beliau sanggup mengetepikan hukum islam ini, semata - semata untuk memberikan kesedaran tentang persekitaran yang berlaku di Malaysia ini.Saya berharap pengorbanan Armani membotakkan kepalanya adalah untuk memberikan kesedaran kepada kita semua melalui mesej-mesej yang ingin disampaikan dalam filem MUALAF ini.

    Buat pengarah pula, apapun filem yang ingin dibuat haruslah bertepatan dengan peredaran semasa dalam Malaysia. Semoga mesej yang cuba disampaikan kepada rakyat malaysia ini melalui perfileman ini tercapai.

    Syabas buat Yasmin Hani kerana Filem Terbaru.

  70. ina on June 21st, 2007 2:47 pm

    Amani susah sgt ke nak gi jumpa ustazah/ustaz tanya psl botakkan kepala tu. Kalau sebelum Amani botakkan kepala Amani gi jumpa ustazah/ustaz maknanya Amani dah dpt belajar salah satu hukum Allah. Tapi tulah benda dahpun berlaku.

  71. khairul on June 21st, 2007 4:00 pm

    [quote comment="8992"]saya 2 pendapat mengenai Filem dan kes Armani.

    Pendapat Pertama ( Hukum Islam )

    Sememangnya kalau ia membotakkan kepala atas sebab tertentu,yang tidak bertentangan ajara islam ia masih boleh dihalalkan dengan syarat ia mesti menutup kepala, ( menutup aurat )Dalam kes Syarifah Armani, saya amat tidak menyokong. Dan berharap, tidak akan ada seorang wanita pun yang akan mengikut jejak langkah Armani ini, walau mencukur bulu kening sekalipun.

    Pendapat kedua ( Ikon )

    Beliau seorang ikon, yang mempunyai ramai peminat. dan dunia filem di Malaysia adalah untuk memberikan kesedaran dan pandangan melalui penceritaan dalam filem. oleh sebab itu, beliau sanggup mengetepikan hukum islam ini, semata - semata untuk memberikan kesedaran tentang persekitaran yang berlaku di Malaysia ini.Saya berharap pengorbanan Armani membotakkan kepalanya adalah untuk memberikan kesedaran kepada kita semua melalui mesej-mesej yang ingin disampaikan dalam filem MUALAF ini.

    Buat pengarah pula, apapun filem yang ingin dibuat haruslah bertepatan dengan peredaran semasa dalam Malaysia. Semoga mesej yang cuba disampaikan kepada rakyat malaysia ini melalui perfileman ini tercapai.

    Syabas buat Yasmin Hani kerana Filem Terbaru.[/quote]

  72. ATOK on June 21st, 2007 4:01 pm

    Laaaaaa….bebalik hangpa suka menjatuhkan hukum dan melabel manusia. Hangpa nampak ka yg hangpa ni ri’ak..?? Hangpa lebih tau untung nasib sesoghang itu..lebih dari Tuhan? awat jadi lagu tu?? My message is simple…cari solution, bukan pi hentam dan menghukum sesoghang tu? Hangpa tau ka sapa masuk syurga sapa masuk neraka?? Kalau hangpa dah tau..meaning hangpa ni dah tau benda-benda yg tersembunyi…meaning hangpa ni mengatasi Tuhan??? My question is.. WHO THE HELL ARE YOU…TO JUDGE PEOPLE?? YOUR ARE NOT GOD….SO AGAIN…WHO THE BLOODY HELL ARE YOU..?? Hangpa menjatuhkan hukum ni dah confirm ka sapa betui sapa salah???
    Farah…. hang dah menjatuhkan hukum yang oiiii… hang kenai ka sapa ATOK ni??? awat hang kata lagu tu kat ATOK yang oiiii?? Awat hang mengumpat ayah pin?? dosa nooo…lagu satu tak baik kata ATOK tak gi masjid …. kalau ATOK memang kaki masjid tak ka dosa menuduh ATOK lagu tu..?? Jangan cepat melatah Farah…. ppsstt bak mai hang punya nombor hp…ATOK nak belajaq agama dgn hang…buleh ka??
    Anyway… ANAK ATOK… bukan senang nak ubah minda yg ta’asub… tsk..tskk..tsskk..
    buleh ANAK ATOK.. setakat belanja minum teh tarik…no halllll…tapikan, sebab takut kembong hangin… ATOK minum kopi tongkat ali sudah laa…hang minum teh..FOC …LOL

  73. ina on June 21st, 2007 4:11 pm

    Nanti kita tengoklah dah berapa banyak orang yang dah insaf dengan PENGORBANAN Amani membotakkan kepala bagi memberi KESEDARAN dan MESEJ-MESEJ yang ingin disampaikan melalui FILEM dan pada masa yang sama dipanggil IKON

  74. pop-iah on June 21st, 2007 9:50 pm

    DOSA dan PAHALA dia, tuhan sahaja yang tahu.

  75. ...xyz... on June 22nd, 2007 7:15 pm

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

    Saya ingin meluahkan rasa sedih dan hampa terhadap artis-artis Malaysia terutama dengan tindakan artis Sharifah Amani membotakkan rambutnya baru-baru ini. Tindakan anda sungguh meluatkan, memalukan sebagai seorang Muslimah dan sungguh mencabar perintah Allah dan Rasulullah SAW! Dalam pemerhatian saya, artis-artis Malaysia sekarang ini makin lama makin berani melampaui batas hukum Syariah semata-mata kerjaya dan kononnya ‘cinta dan dedikasi’ mereka terhadap bidang seni. Mereka akan sering menggunakan alasan seperti, “Apa salahnya kalau saya lakukan ini untuk ‘cinta’ saya terhadap kerjaya saya?” Apa salahnya? Jangan nak buat lawaklah cik adik manis! Kalau mufti dan para ulama negara kita sendiri telah menegur perbuatan itu, tentulah salah! Atau adakah anda terlalu egoistik sehingga sudah tidak mahu menerima teguran dariapada mereka yang lebih memahami dan mendalami ilmu agama? Jadi sekiranya dalam lakonan yang akan datang, ada babak melakukan hubungan seks atau ciuman, anda akan terima kerana ingin lakonan anda dihayati penonton dengan lebih mendalam, bukan begitu? Oh, saya sungguh bangga dengan pendirian anda yang sungguh tegas dan keras kepala.

    Yang lebih menyedihkan lagi adalah kita sebagai orang Islam bukannya nak melarang artis itu daripada melakukan perbuatan haram itu malah memberi dorongan dan sokongan kepadanya! Subhaanallah! Sehinggakan artis lain boleh mengatakan bahawa ‘dia kagum dengan kesabaran Nani’ dan penulis memuji cara penampilannya yang ‘eksotik dan unik’? Tidakkah anda sedar bahawa kata-kata anda (para artis dan penulis) akan memberi kesan yang mendalam kepada para peminat dan pembaca? Pada masa yang sama Cik Sharifah berharap agar kontroversi botak kepala akan berakhir sedangkan inilah kata-kata yang diucapkan para artis lain dan para penulis? Rasanya kita kena tunggu sampai kucing bertanduk lah untuk merealisasikan harapan anda.

    Artis-artis lain pula semakin berani mendedahkan aurat tanpa segan silu di khalayak ramai. Apakah motif mereka melakukan semua itu? Unutk publisiti? Adakah publisiti tidak boleh diperolehi melalui cara pemakaian seorang Muslimah? Mereka sendiri tahu bahawa Islam mewajibkan penganutnya menutup aurat namun inilah penjelasan mereka, “Saya tak bersedia lagi untuk bertudung.” Tapi untuk melakukan segala perkara yang bertentangan dengan hukum syarak, mereka lebih dari bersedia! Mengapa mereka sanggup mempertaruhkan harga diri mereka juga semata-mata ‘cinta’ mereka terhadap kerjaya mereka? Adakah landasan hukum Syariah sudah tidak penting dalam cara hidup mereka sebaliknya artis-artis Barat yang bukan Muslim dan langsung tiada maruah dan harga diri dijadikan idola dan ikutan? Mengapa mereka tidak memikirkan bahawa tindak tanduk mereka diteliti setiap masa oleh para peminat dan apa yang mereka lakukan akan dijadikan ikutan?

    Selain daripada itu, sering kita dapati bahawa kata-kata kesat digunakan dalam filem-filem terutamanya yang dilakonkan pelakon-pelakon Melayu kita. Kita boleh mengesan bahawa cara hidup Islam makin lama makin dipinggirkan dan tidak diendahkan lagi oleh para pelakon ini. Mana tidaknya, agama kita tidak menyuruh kita meluahkan kata-kata kesat tetapi berkata-kata lembut dan berhemah. Kemudian, apabila budak-budak kecil yang berusia 4 atau 5 tahun menuturkan kata-kata ini, kita akan memarahi mereka. Adakah ini logik? Kita sepatutnya menyalahi diri sendiri kerana mengidola artis-artis ini yang sememangnya tidak mengambil berat tentang ajaran agama. Baru-baru ini ada khabar yang menyatakan bahawa seorang artis tanahair telah ke negara jiran (Singapura) untuk melakonkan sebuah iklan yang mengkhendakinya melakukan adengan ciuman. Apakah yang ingin dibuktikannya? Tindakannya itu sungguh tidak bermoral dan sekaligus tidak boleh dianggap sebagai sesuatu yang dibanggakan dan ‘daring’ kerana memang pada hakikatnya tidak sama sekali!

    Harapan saya adalah supaya kita tidak akan mengikuti mana-mana artis semata-mata tindakan mereka yang dikatakan ‘bold’ dan ‘daring’ tetapi sebenarnya melanggar syarak dan Syariah. Biarlah apa yang sedang dilakukan para artis ini dijadikan iktibar kepada setiap lapisan masyarakat. Bukalah mata kita dan fikirkan masa depan generasi yang akan datang. Adakah kita ingin generasi yang akan datang mengikuti jejak langkah mereka dan tindak mengendahkan ajaran Islam dan seterusnya menjadi generasi yang tidak berakhlak dan bermoral? Terus terang saya mengatakan bahawa saya tidak akan menjadikan mereka idola kepada anak-anak saya kelak kerana mereka sememangnya tidak layak! Namun begitu, pilihan berada di dalam tangan anda masing-masing dan semoga Allah akan mengampuni dosa-dosa kita dan membimbing kita ke jalan yang diredhai-Nya.

    Nabi SAW bersabda : Sesiapa daripada kamu yang melihat sesuatu kemungkaran dilakukan maka hendaklah dia menyekatnya menggunakan tangannya. Jikalau tidak terdaya maka dengan lidahnya. Jikalau tidak terdaya maka dengan hatinya dan itu adalah peringkat iman yang terendah. (Diriwayatkan Muslim, mukasurat : 436).

    Berdasarkan hadith ini, saya mempertahankan pendirian saya dan perbuatan saya menulis di ruangan ini. Saya juga ingin menegaskan bahawa saya tidak akan pedulikan sebarang kritikan terhadap perbuatan saya kerana saya tahu bahawa sebagai seorang Islam, tindakan saya betul dan wajar. Anda boleh memaki dan mencemuh saya tetapi awas, tindakan saya berdasarkan hadith Nabi SAW maka secara tidak langsungnya, anda sedang memaki dan mencemuh perintah Baginda SAW.

    Wassalam.

  76. terjeluek on June 23rd, 2007 10:55 am

    [quote comment="9030"]DOSA dan PAHALA dia, tuhan sahaja yang tahu.[/quote]

    Memang benar, tapi ALLAH SWT turunkan kitab-kitab lebih-lebih lagi Al-Quran dan diutuskan para nabi dan rasul untuk mengajar kita apa itu DOSA dan apa itu PAHALA. Jadi kalau dah nampak pekara itu salah disisi hukum maknanya perbuatan itu satu dosa dan sebaliknya.

    Janganlah cuba berhujjah tanpa menggunakan akal, itu cacat akal namanya. Kerana orang yang CACAT AKAL saja yang bercakap tanpa berfikir.

    Lagi satu, janganlah anggap perbincangan disini sebagai medan mengutuk AMANI. Apa yang dibincangkan ialah hukum membotakkan kepala bagi wanita sebagai panduan pada yang lain. Apa yang dah berlaku pada AMANI diharap tak akan berlaku pada saudara-saudara perempuan kita yang lain.

  77. pop-iah on June 24th, 2007 10:48 pm

    korang boleh mengata amani ,tapi dia yang buat keputusan untuk maafkan korang,so good luckk…

  78. cobaan on June 25th, 2007 7:54 am

    Setuju dengan …xyz… Kenapa bila seseorang tu dah terang2 buat sesuatu yang salah bahkah haram mesti dipuji atau dikagumi? Nanti bila disoal di akhirat kelak cubalah jawab “No Comment”.

    Hayati ‘role’ kita sebagai seorang Muslim. Nak lakukan sesuatu yang hukumnya wajib teragak2, buat sesuatu yang haram dengan rela hati. Sibuk sangat dengan kerjaya sampai tak sempat nak pergi klass agama ke?

  79. Terjeluek on June 25th, 2007 9:30 am

    [quote comment="8984"]Ramai sgt nak jadi Ustaz n Uztazah.. yang tak bertauliah!! boring dah topik ni dah basi surat khabar pun dah close the story, tak letih ke!!! Asyik KECOH MECOH pasal hal remeh temeh macam ni.[/quote]

    Sedihnya bila ada yang mengatakan soal HALAL dan HARAM adalah pekara remeh temeh.

  80. Terjeluek on June 25th, 2007 11:16 pm

    [quote comment="9234"]korang boleh mengata amani ,tapi dia yang buat keputusan untuk maafkan korang,so good luckk…[/quote]

    Golongan yang menegur atau menasihati orang yang membuat kesilapan perlu meminta maaf pada orang yang melakukan kesilapan? Menegah satu-satu kemungkaran itu adalah satu kesalahan pada yang menegur? Alangkah anehnya.

    Inilah yang dinamakan “BEBAL TAK BOLEH DIAJAR DAN CERDIK TAK BOLEH DIIKUT”.

  81. schokolina on June 26th, 2007 2:16 am

    Assalamualaikum,

    1. seingat saya, ustazah saya pernah menyebut bahawa perlakuan membotakkan kepala oleh seorang wanita itu HARAM…masa itu saya baru tingkatan satu….

    sbb itu, bila saya lihat Amani botak, saya terkejut, takkan Amani tak tahu..takkan ibu Amani tak tahu…sbb bagi saya itu common sense seorang muslim..ibarat muslim makan daging khinzir itu haram la…COMMON SENSE..musykil la saya..

    2. saya curious dan nak tahu, penting sangat ke watak atau scene dalam cerita MUALAF tu sampai nak botakkan kepala….kalau Amani tak botak…mati ke cerita tu?…bukan apa, setahu saya cerita yasmin ahmad ni banyak scene2, dialog2 dan aksi2 yang tak perlu..ataupun yang tak membawa maksud apa2…semuanya sekadar kontroversi..

  82. sazzy on June 26th, 2007 9:54 am

    botak adalah haram di sisi agama..

  83. ina on June 26th, 2007 11:33 am

    Apa saje alasan yang diberi Haram tetap Haram (kecuali botak disebabkan penyakit ataupun untuk pengubatan)

  84. azfarzahari on June 26th, 2007 5:22 pm

    Salute, everyone!!!!! seperti biasa, saya amat berharap agar nukilan yang akan dihasilakn ini tidak akan melukakan atau menyentuh mana-mana pihak yang tidak terlibat…. terima kasih di ucapkan khas buat semua yang telah sudi meluangkan masa membaca nukilan saya terdahulu… rasa bangga kerana nukilan saya mendapat perhatian daripada beberapa orang rakan terutama “aku daa” dan “farah”… firstly, untuk farah… thanks sebab sudi tegur saya cuma kat sini saya macam tak percaya bahawa seorang wanita (as refer to the name - farah) boleh bercakap kasar dan kotor seperti mana yang telah ditaip olehnya “Takut2 esok2 kena berlakon makan babi pulak dalam cite cina masuk muslim….demi anak seni…berkorban.. hah makan lah kang tak menjiwai lah pulak…:)) tak real pulak kann…fikir sendiri…. ” saya dapat membayangkan bagaimana keadaan farah ketikak meluahkan ayat ni.. mintak maaf kalo saya tersalah.. bg saya, cara farah menyampaikan kemarahan adalah terlalu emosional.. tak kisahlah, tu kan diri awak kan farah?
    ape pun, berkaitan dengan isu pengorbanan yang cuba di ketengahkan, skali lagi perlu difikirkan dengan anugerah yang telah dikurniakan oleh Allah, (otak) dengan sebaik baik nya… ape yang akan diperolehi jika pengorbanan yang dilakukan di atas dasar paksa? dan bukan dengan kerelaan? perkara seperti ini terlalu subjektif untuk dibincangkan… bagi saya, pemikiran say dan saudari farah terlalu jauh bezanya untuk diperbanding… maafkan saya sekali lagi farah… jangan jadikan isu yang berkaitan dengan agama untuk menegakkan kebenaran yang tidak begitu jelas dikupas dan dihuraikan… isu makan babi untuk mendapatkan feel bagi memenuhi watak semasa BERLAKON… Fuhhh!!!! saya merasakan seperti sedang berbincang dan berkomunikasi dengan kanak-kanak yang baru tamat UPSR, langsung tidak dewasa pemikiran saudari yang seorang nih… maafkan saya sekali lagi farah… bagi saya, melainkan seseorang yang telah hilang ingatan atau telah tidak lagi islam sahaj yang akan menerima tawaran melakonkan watak yang memerlukan mereka untuk makan daging babi yang original bagi memenuhi keperluan watak… langsung tidak pernah terfikir oleh diri saya untuk memikirkan apa yang difikirkan oleh farah.. Fuhh, sungguh jauh daya pemikiran dungu kamu farah.. sekali lagi saya mohon maaf… saya amat berharap, sekiranya saudari farah benar benar berminat untuk memberikan pendapat di dalam ruangan seperti ini (ruangan yang terbuka kepada umum) lebih baik sekiranya jika saudari mendalami dahulu erti lakonan, pelakon, berlakon dan perkataan perkataan yang berkaitan dengan dunia seni terutama seni lakonan…. maafkan saya sekali lagi saudari…
    beralih pula kepada “aku daa” berdasarkan kepada soalan kamu, “betul ke soal agama hak individu? betul ker? ustaz mana yang kamu rujuk? ulamak mana yang kamu rujuk? kitab mana yang kamu selidiki?…kalau betul agama hak individu…takkan turunnya Rasulullah saw sebagai penyebar wahyu Allah…betul ker kamu cakap agama hak individu? betul ke?? saya cuma boleh nasihatkan kamu supaya baca semula apa yang telah saya taip, dan cuba fahami….. saya taknak kamu tersalah faham dan seterusnya menyalahkan orang lain… sedangkan terlalu biasa didengari frasa TIADA PAKSAAN DALAM ISLAM… fahmkah kamu maksud frasa ini? adakah sewenang wenangnya ia boleh di gunakan dan diaplikasikan dalam kehidupan kita?
    semak semula ya… pernahkah kamu menuntut dalam tingkatan 1 hingga 5 dan belajar pendidikan agama islam?
    adakah kamu betul betul faham maksud hubungan antara manusia dengan manusia, hubungan antara manusia dengan pencipta dan maksud hubungan antara manusia dengan alam?
    fahamkah kamu maksud hubungan di antara manusia dengan manusia dan batasan yang boleh dipertikai dalam menjalin perhubungan tersebut? sebenarnya, adalah lebih baik kita faham dengan sedalam dalamnya erti ISLAM, mengapa ISLAM itu dikenali sebgai agama yang SYUMUL? maafkan saya jika ada mana mana hasil nukilan yang tidak memuaskan hati mana mana pihak…. sekian terima kasih…
    berfikir sebelum berkata kata adalah lebih baik daripada berkata kata sebelum berfikir….

  85. pop-iah on June 26th, 2007 7:04 pm

    semangat.padahal diri sendiri tak betul.melayu is always funny.

  86. Terjeluek on June 27th, 2007 2:46 pm

    [quote comment="9427"]semangat.padahal diri sendiri tak betul.melayu is always funny.[/quote]

    Kelakarnya statement tu! Mengata diri sendiri ke? Tak baca ke komen-komen awak sendiri pada issue-issue lain dalam blog ni? Inilah yang dikatakan “CONSTIPATION OF THE BRAIN, DIARRHEA OF THE MOUTH”.

    WASSALAM……

  87. ina on June 27th, 2007 5:08 pm

    Saudara-saudaraku sekelian ingatlah YANG BURUK DTG DRP KITA YANG BAIK DTG DRP ALLAH S.W.T.

  88. sirap on June 27th, 2007 6:48 pm

    amani ni muda lagi..banyak ikut nafsu untuk nampak hebat disanjung tinggi…kpd yg minat amani ni jgn marah kalau ada komen yg diberi tak sependapat dgn anda..kalau pun ada yg setuju dia botak kepala..jgn sampai memperlekeh hukum….”seni” itu wujud dlm islam..cuma jgn kerana “seni” islam itu pula yang seolah olah tidak wujud dalam diri..

  89. pop-iah on June 27th, 2007 9:33 pm

    no,i’m actually not laughing at myself .it’s just malays,always nampak keburukan orang instead of membetulkan orang.condemn orang sana sini,tapi kadang2 diri sendiri tak betul.

    ingat tak cite zaman nabi dulu.

    seorang pelacur tu dapat masuk syurga kerana die memberi air kepada anjing yang dahaga?

  90. jadahbotak on June 27th, 2007 11:47 pm

    yang dia nak botak tu kenapa sangat, terikut dengan om putih ke? Aku rasa dia ni otak dah mereng. agama letak ke tepi, ikut sedap hati.Tak beradab sebagai orang islam dan melayu.

    meluat aku tengok. wal hal apa hal pentingkan agama dulu,sebab ikut sedap rasa dan perasaan . jangan nak kejar glamour sampai tak ikut agama. Islam bukan dibibir saja atau di mycard, tetapi keyakinan dan amalan.

    Saya termalu dengan orang melayu begitu, malu sungguh saya.
    janganlah ada lagi orang ikut macam orang gila ini.masalah negara dah banyak dah, jangan peningkan kepala orang lain…

  91. pop-iah on June 28th, 2007 8:08 am

    kita patut bersyukur dia masih islam,dan percaya pada kalimah syahadah.

  92. ina on June 28th, 2007 11:12 am

    Islam keturunan

  93. pop-iah on June 28th, 2007 12:32 pm

    [quote comment="9560"]Islam keturunan[/quote]

    err,bukan kan Allah yang memberi keturunan itu?

  94. farah on June 28th, 2007 12:54 pm

    [quote comment="9413"]ape pun, berkaitan dengan isu pengorbanan yang cuba di ketengahkan, skali lagi perlu difikirkan dengan anugerah yang telah dikurniakan oleh Allah, (otak) dengan sebaik baik nya.

    “saya cuma boleh nasihatkan kamu supaya baca semula apa yang telah saya taip, dan cuba fahami….. saya taknak kamu tersalah faham dan seterusnya menyalahkan orang lain… sedangkan terlalu biasa didengari frasa TIADA PAKSAAN DALAM ISLAM… fahmkah kamu maksud frasa ini? adakah sewenang wenangnya ia boleh di gunakan dan diaplikasikan dalam kehidupan kita? semak semula ya… pernahkah kamu menuntut dalam tingkatan 1 hingga 5 dan belajar pendidikan agama islam?
    adakah kamu betul betul faham maksud hubungan antara manusia dengan manusia, hubungan antara manusia dengan pencipta dan maksud hubungan antara manusia dengan alam?
    fahamkah kamu maksud hubungan di antara manusia dengan manusia dan batasan yang boleh dipertikai dalam menjalin perhubungan tersebut? sebenarnya, adalah lebih baik kita faham dengan sedalam dalamnya erti ISLAM, mengapa ISLAM itu dikenali sebgai agama yang SYUMUL? maafkan saya jika ada mana mana hasil nukilan yang tidak memuaskan hati mana mana pihak…. sekian terima kasih…
    berfikir sebelum berkata kata adalah lebih baik daripada berkata kata sebelum berfikir….[/quote]

    UNTUK AZFARZAHARI,

    Memang Allah s.w.t menganugerahkan otak kepada semua hambanya TAPI yang membeza antara mereka adalah AKAL. Apabila otak digunakan tanpa akal, ini boleh menjadikan manusia serendah2nya darjat di sisi Allah s.w.t. Contohnya ialah Kamal Attartuk seorang ideologi pemikiran terlalu sekular…apakah kesannya terhadap negara Islam dahulunya menjadi negara bukan Islam. Kita sebagai umat Islam hendaklah tegur menegur sesama ISLAM kerana Islam itu agama agama di sisi Allah. Memang Islam tiada paksaan tetapi ‘frasa itu hanya boleh digunakan mengikut syara’ yang ditentukan bukan main pakai jer. Saya bagi contoh, memang orang ISLAM wajib mendirikan SOLAT, maknanya memang harus ditunaikan, memang harus diPAKSA dan tegas tapi ada caranya…sebab itulah Rasulullah pernah bersabda bahawa pukul anak kamu sekiranya mereka engkar suruhan ALLAH..solat itu wajib…”Tolong jangan menggunakan frasa ini” bagi perkara yang WAJIB di sisi ISLAM seperti dalam Rukun Islam, menutup aurat dan sebagainya. Ini boleh menjadikan pemikiran kolot dan dungu bagi hamba2 Allah yang kurang pandai dalam isu ISLAM dan mereka pandang remeh-temeh dalam ISLAM.

    Buat Azfarzahari, jangan kamu hanya mengingati bab pembelajaran agama Islam setakat tingkatan satu hingga lima bahkan pergi selidiki agama Islam ke peringkat lebih tinggi…(pergi belajar sampai tahap universiti…) sehingga kamu terdetik di hati mengatakan Islam itu amat cantik dan tidak boleh diperkotak katikan…Jangan pesongkan hati-hati hamba Allah yang kurang arif bab agama. Mereka tidak berdosa kerana tidak tahu tapi…akibat fakta syara’ diperlekehkan boleh membuatkan mereka semakin jauh daripada Aqidah Islam…. Wallahua’alam…

    Kudoakan mereka2 ini mendapat hidayah daripada Allwh s.w.t sebelum ajal mereka tiba…Aminnnn

  95. ina on June 28th, 2007 2:11 pm

    Islam keturunan tu hanya diturunkan drp nenek moyang shj (sebab keturunan dah memang Islam) tanpa mengikut lunas-lunas Islam yang sebenarnya. Keimanan bukan warisan tapi wajib dipelajari dan diamalkan. Kalau dah sememangnya jahil jgn salahkan tuhan dan agama.

  96. azfar zahari on June 29th, 2007 9:44 am

    “Buat Azfarzahari, jangan kamu hanya mengingati bab pembelajaran agama Islam setakat tingkatan satu hingga lima bahkan pergi selidiki agama Islam ke peringkat lebih tinggi…(pergi belajar sampai tahap universiti…) sehingga kamu terdetik di hati mengatakan Islam itu amat cantik dan tidak boleh diperkotak katikan…”

    maksud saya dalam teks kat atas, fahamkan yang basic dulu sebelum belajar yang lebih tinggi….. memang sah la kamu ni masih anak anak lagi… bukan niat saya nak menunjuk atau berbangga dengan diri ni, tapi kalo stakat nak suruh saya belajar bab agama di peringkat universiti, wat masa skang ni insyaAllah dengan izin Allah, saya dalam proses menamatkan pengajian di peringkat ijazah lanjutan dalam bidang yang juga berkaitan dalam hal hal keagamaan… maafkan saya sekali lagi ya… tiada langsung niat untuk berbangga tapi keadaan memaksa…. sebaiknya, jangan sekali kali memandang rendah kepada individu lain… maafkan saya sekali lagi…

    azfarzahari

  97. fiona on June 29th, 2007 12:12 pm

    fuh!!!!….dasyatlah korang nih!….mcm tengok org perbahasan….
    kalo tol2 perbahasan..kompom hentak tangan kat meja…..
    fuh!!!!!!!!!selute…….juleng mata beta………….

  98. ATOK on June 29th, 2007 8:18 pm

    Hai Fiona…
    Boleh berkenalan..???

  99. fiona on June 30th, 2007 8:34 am

    e….atok gatai nyer…tok,nenek tak mare ke????????
    hehehe…..atok ada hati hehehe….mauk kenalan ngan kite…hahaha…
    tak lehlah tok…nanti atok kpd nenek kite marah……….heheheh…jadi kawan kite bolehlah…kalo??????????????tak bolehlah tok….maaf ya….

  100. pop-iah on June 30th, 2007 9:46 am

    [quote comment="9620"]fuh!!!!….dasyatlah korang nih!….mcm tengok org perbahasan….
    kalo tol2 perbahasan..kompom hentak tangan kat meja…..
    fuh!!!!!!!!!selute…….juleng mata beta………….[/quote]

    semangat kan dorang nih.tulis 3-4 perenggan tuuu…

  101. ATOK on June 30th, 2007 7:28 pm

    Bettuuiiiii tu pop-iah… pot pet pot pet dua tiga perenggan…pi mai pi mai tang tuuuuuu…… dosa tambah…pahla ntah…
    Alaaaa Fiona… nek hang benarkan atok tambah kuota.. dia habaq, kalu ada dua tiga pat spare… dia buleh dok goyang kaki gitewww… agihan tugas, kata dia lagi laa… Meh laaa no tel. hang Fiona… nama hang ni ingatkan atok kat lagu 4U2C.. Fionaaaaaaaaaaaaaa…bla bla bla… ( ralat **atok lupa lyric naaa…)

  102. ATOK on June 30th, 2007 7:36 pm

    [quote comment="9647"]Hai Fiona…
    Boleh berkenalan..???[/quote]

  103. Abe yoe on July 2nd, 2007 11:50 pm

    Askum semua.pjg lebar berbahas,sy tukang baca je,alhamdulillah dpt tambah ilmu utk sy yg jahil ni.trima kasih semua.askum.

  104. fiona on July 4th, 2007 10:02 am

    [quote comment="9750"][quote comment="9647"]Hai Fiona…
    Boleh berkenalan..???[/quote][/quote]

    hehehe…atok,atok….aperlah…cam nie jelah tok pasai no tel tak dptlah tok….atok tak takut ke kalau fiona sudah ada “kuota”…sah jelah atok nih gatai!!!!!!!!!atok mau tambah “kuota”…..atok larat ke?????atok nih biar betoi?????cam ne jelah tok…atok kasi alamat e-mail tok je…..nanti fiona habaq kat tok mcm mana…..ntahapaapantah???????????????????wahkahkahkah….

  105. hamba Allah on July 5th, 2007 11:52 am

    Assalamu alaikum ..

    1. Kita sesama muslim adalah bersaudara, Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam ” Tidak sempurna iman seseorang itu jika dia tidak menyayangi saudaranya yang lain sebagaimana dia menyayangi dirinya sendiri”.oleh keran itulah kita kita mesti tegur saudara kita yang lain jika dia buat salah, dan menerima orang lain terhadap kita jika diri kita buat salah. tamsilannya - jika rumah kita kebakaran pada suatu malam, dan hanya kita sorang shja yang terjaga dan sodara kita yang lain tengah tidur dan tak sedar akan berlakunya kebakaran, sudah tentulah kita berusaha untuk membangunkan mereka dari tidurnya agar mereka tidak terbakar, begitulah juga ibaratnya kes membotakkan kepala ini, yang kita tahu hukumnya haram, dan melakukan perkara yang haram balasannya masuk neraka, maka menjadi kewajipan kita sesama muslim untuk memperingatinya (amani) dan menyedarkan beliau agar bertaubat dari membuat perkara tersebut lagi dan menyarankan beliau agar bertaubat secepat mungkin sebelum ajal tiba, kerana kita tidak tahu bila ajal tiba…sama-samalah kita ingat memperingati agar kita tergolong ahli neraka. Na’uzubillah min dzalik.. taubatlah.. betulkan yang salah pada orang ramai agar kesalahan tersebut tidak dianggap betul diminda masyarakat dan agar ianya tidak menjadi ikutan, kerana jika ianya jadi ikutan, ianya akan menjadi bank dosa pada diri si pembuat dosa..

    Kita milik Allah dan akan kembali padaNya.. dunia ini hanya sementara dan akhirat adalah tempat yang kekal..
    Sila Baca BUKU IMAN ANAK KUNCI SYURGA..
    semoga kita kenal tingkatan iman kita ditahap mana.. kerana tidak semua muslim beriman dan setiap orang beriman memanglah orang yang muslim..

    kita mesti tahu juga setiap perkara yang kita buat untuk dijadikan ibadat mestilah:
    1. niat adalah kerana Allah.
    2. semua perjalanan dan caranya mengikut ajaran Islam bukan sesuka hati.

    gersang bumi tanpa hujan,
    gersang minda tanpa ilmu,
    gersang hati tanpa iman,
    gersang jiwa tanpa amal.

    Kalau pun nak buat orang insaf, ikutlah cara dalam Alquran dan sunnah Rasulullah. cara da’wah rasulullah adalah cara yang 100¾tul dan sesuai disemua tempat dan seluruh zaman dan seluruh manusia…

    Allah lebih mengetahui..

  106. ATOK on July 8th, 2007 9:44 am

    [quote comment="9750"][quote comment="9647"]Hai Fiona…
    Boleh berkenalan..???[/quote][/quote]

    Nahhhhhhh email address atok..kontek naaaa…

    Atok@hotmale.com

  107. bapak sarawak on July 11th, 2007 2:51 pm

    takut aku nak komen…takut menghalalkan yg haram dan mengharamkan yang halal

  108. ss79 on July 14th, 2007 6:59 am

    Pepatah ada mengatakan “terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata atau perbuatan buruk padahnya”.Inilah yang terjadi pada Amani.Semoga Amani mendapat hidayah dari Allah swt seterusnya menjadi muslimah sejati.Amin

  109. milkedme on July 14th, 2007 9:05 am

    Untuk mengatasi masaalah PRODUCER/DIRECTOR yang mengambil mudah tentang ajaran agama senang aje ubatnya, “BOIKOT” . So lain kali dia orang akan lebih berhati-hati. Kalau kita bising lebih-lebih pun tak guna sekiranya kita masih menonton dan menyokong perbuatan mereka. Kalau KONTRAVESI yang dicari untuk melariskan filem mereka, itu mengambil jalan singkat namanya.

    Setakat ni tak ada statement pun yang dikeluarkan oleh pihak producer/pengarah mahupu AMANI sendiri untuk meminta maaf atas ketiadaan SENSITIVITI dalam isu ini. APAKH MAKNANYA ITU..?

  110. Orang Ber Ada on March 30th, 2008 2:35 pm

    alah… tak payahnya nak boikot-boikot…
    ke mana sangat laa cerita melayu malaysia tuu.. belanja berjuto, hasil tak ke mana..
    nak masuk pasaran indon pun tak lepaih…
    melambak cerita indon kat sini…
    salut kepada filem JOGHO yg menang pelbagai anugerah antarabangsa. kat sini takda sapa pun memandang…

  111. CLEAN N CLEAR on July 5th, 2008 4:42 pm

    sggup brkorban demi ‘ikut skrip’ tpi knp x sggup lagi nk ‘ikut hukum hakam’ agama Islam? …

  112. nora on October 18th, 2008 10:02 am

    assalamualaikum…….

    saya baru msk blog ni….
    ketinggalan ckit la….
    byk bnda saya blh blajar kat cni…
    tp sya xpuas ati tul la ngan atok,anak atok,dan po-piah…
    ngape cra ckp mcm tue…
    sya rsa teruk sgt…
    sya rsa umur atok bukan la smpai pangkat atok kan…
    tp bhasa tue kasar sgt..
    xsesuai la…
    lagi stu, saya nak tya la kan…
    bab cukur kening ni…
    klu niat untuk suami mcm mana?
    sya nak tau la…
    sbb suami sya penah ckp dia ska tgk kening sya dicukur…
    itu pun msa kawin dlu…
    dia penah suruh tapi smpai skarang sya xwat..
    sbb takut slh dsisi islam…
    klu niat kta untuk suami mcm mana yer?

  113. erisyadania on October 18th, 2008 10:17 am

    takut la tgok owwng perempuan yang botak…rasa seram sangat2…

  114. sha on November 7th, 2008 5:50 pm

    em

  115. brader on November 23rd, 2008 4:05 pm

    Insyaallah….. teguran itu dijadikan panduan.
    dari segi apa yang di cerita dari MUALAF dari pandangan saya ia memberi erti kebaikan bagi semua belah pihak… bukan saja dari agama, kaum tapi bagi kemasyarakatan aman segajat. Hukum hakam …. yang ditentukan dijadikan panduan dan jangan juga diperlekah kan …Insyaallah semua teguran dapat di jadikan kebaikan …

Leave a Reply




  • Be Our Fans!

    FACEBOOK-LOGO YOUTUBE-LOGO
  • Celeb Poses

    DIANA-DANIELLE-GALLERY DRSHEIKH LISA-SURIHANI-BANNER
  • Regional Gossipz

  • Panas!!!

  • Pasti Meletop!!


  • Jumlah Tengah Syok!!

  • Syok Mengomen!