Hmmh nie pengaruh Mawi sebab berlakon bersama dalam Silky Smooth nyer iklan ke? Well sadly it’s not true..Botak not fashionable amongst women..This certainly will not go well with Silky Smooth‘s brand of sweet and angelic girl. Sharifah Amani Syed Zainal Rashid, 21 apparently shaved head for her role in her new movie called MUALAF under the direction of YASMIN AHMAD, THE STORYTELLER. Such a bold move by Amani. Although it was reported that she cried while the shaving was being done, my salute to her for her strength to portray herself as a convincing character in MUALAF. Botak is common in movies. One case in point is Natalie Portman in V for Vendetta.

[GOSSIP HANGAT ARTIS INDONESIA - CLICK HERE]

SHARIFAH AMANI BOTAK HEAD
[eminimall products="military"]

MAWI JUGA BOTAK

BALD NATALIE PORTMAN IN V FOR VENDETTA
[GOSSIP HANGAT ARTIS INDONESIA - CLICK HERE]

G.I. JANE – BALD DEMI MOORE

PROBLEM GIRL – BALD BRITNEY SPEARS
[WANNA BECOME 007 AGENT LIKE JAMES BOND? CLICK HERE]













at 12:38 pm
sia sokong pendapat fath tu…. amani-amani klu ko tak berani melakukan sesuatu yang baru ko tak kan maju sampai bila2.. lagipun tu duit bapa ko bukan duit ko, so jan tlalu ego gan kekayaan N kesenangan ko sekarang….
at 1:33 pm
This matter pun keluar kat foreign papers. Sadly, because of this daring act, ramai non-muslims yang pandang serong terhadap Islam. Search the web for blogs etc and find out for yourselves.
I guess ada para artis di luar sana yang bangga atas keberanian Amani. Mufti pun dan tegur. Bila tengok kat paper Amani berpakaian hitam ala2 berkemban dengan berkepala botak, sedih sangat rasanya.
Amani, not only you sound stupid, now you look stupid too.
at 1:57 pm
sokong cobaan….
nak buek camno….pegangan agama tiada dalam diri….betul2 stupid….kategori manusia macam mana :-
4 Macam manusia
Khalil bin Ahmad menyatakan, bahawa darjat manusia terbahagia kepada empat macam, iaitu :
1. Manusia yang tahu (mengerti) dan dia tahu bahawa ia tahu. Yang demikian ialah manusia yang berilmu, yang boleh dijadikan pemimpin.
2. Manusia yang tahu, tapi dia tidak tahu bahawa dia tahu. Orang yang demikian sedang tertidur, dan perlu dibangunkan.
3. Manusia yang tidak tahu, dan dia tahu bahawa dia tidak tahu. Orang yang demikian perlu dibimbing supaya menjadi cerdas.
4. Manusia yang tidak tahu, dan tidak tahu bahawa dia tidak tahu. Orang yang demikian haruslah dijauhi.
Renung2 lah
at 2:07 pm
DI ANTARA AURAT WANITA DARI FIRMAN ALLAH DAN HADIS-HADIS NABI :-
1.Bulu kening
Menurut Bukhari, “Rasulullah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.” Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Pakaian
“Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.” Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.
“Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.” Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
“Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.” Al Ahzab : 59.
3. Rambut
“Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.” Riwayat Bukhari dan Muslim.
RENUNG2 LAH KALIAN…ITTAQULLAH..
at 3:25 pm
Weiiiii aku daaaaaa…
Kalau hang confirm bijak pasai Islam… cer hang dakwahkan si armani tu….cer hang tengok cermin, hang tu dah confirm baguihhh sungguh ka??? Cakap macam mafia Arab…orang lain tak betui…hang saja yg betui… hang pi laaa try betuikan mana yg tak betui tapi pakai HIKMAH !!…. bukan pakai labelling ppl.. hang reti ka lagu mana nabi kita berdakwah.?? ada ka macam hang??? kalau nabi dakwah lagu hang..tak dak HIKMAH …. lama dah agama kita ni terkuboq..
kayu bebai sungguh hang !!!
at 3:33 pm
” Manusia yang tahu, tapi dia tidak tahu bahawa dia tahu. Orang yang demikian sedang tertidur, dan perlu dibangunkan. ”
Manusia jenis yang ramai & terus tidur lena. Kita kejutkan dia pun buat tak kisah saja.
Memang banyak cabang seni ini bercanggah dengan agama kita namum sedar tak sedar kita leka menontonnya. Kira subahatlah tu!, kita tahu apa yang kita nonton itu salah tapi kita syok juga menontonnya. Malahan amat malang lagi mereka yang terlibat dengannya.
Kes Nani botakkan kepala ini satu hal, tapi aku percaya, semua mesti nak nontonnya nak tenguk Nani botak kepala. Aku pernah komen dia buat iklan dengan Mawi bab pakai wangian, kan ke perempuan keluar rumah haram pakai minyak wangi. Dalam iklan itu Mawi bukan suaminya… sebab dia tak panggil abang ke.. sayang ke.. dia panggil Mawi!!! secara lojik dah panggil Mawi, bukan berlakon lagi.. siap kejar lagi macam antu cina. Isteri & anak2 kita semuanya senyum2 & syok tenguk iklan itu.
Isu memang kita kerap lupa sejarah, 50an seni kita agak biasa, 60an gamat pok yeh yeh semua tu, 70an biasa, 80an ujud nasyid semua itu… filem kita pun tak terlampau sangat. Era 2000an ini dengan mistik, antu jemalang semua. Hampir sama seni & keruntuhan moral kita; Ada rempit, ada bohsia bunuh kemudian boom. Kita boleh belaka.
Inilah masalahnya kita memisahkan seni & agama. Moral& Islam. Islam tak kasi gitar, seruling semua itu kita gunapakai juga. Islam tak benarkan kita dedah aurat, sekarang nampaknya kembali ramai golongan kita dedah aurat. Itu di segi tuntutan agama.
Seni pula..Islam pun ada cabang seni.. tapi tak semua seni dibolehkan jika ianya bercanggah dengan agama… tapi kita langgar sahaja. Bukan kita saja tenguk pak arab sampai sekarang gila dengan tarian gelek mereka.. sedangkan Islam turun di dunia mereka.. Melayu Indon dangdut gerudinya; seni juga.. ada ulama berbalah tentang dangdut ada pula yang membela.
Memang kita leka! Nani pun terlekalah tu!
at 3:38 pm
Mana hang tau Anum, yg Nani tu terleka???
Kalau betui dia terleka hangpa pi kejutkan lah… bukan buat bising kat sini..macam langau hurung taik…
Dia dapat pahala..hangpa dapat dosa..dok kata dan kutuk dia kaw kaw.. macam hangpa semua betui belaka…
btw..hangpa betui ka?? dia salah ka???
at 4:44 pm
wei ‘ATOK’ tua bangang!!..hang tuh lagi piau KEBANGANGANNYA KEBONGONGANNYA .. DAH TUA BANGKA PON JAHIL TUKING.. sedar la diri kuboq pgl mari.. PI NGAJI NUNTUT ILMU TUH.. hamba Allah tu siap bawak rujukan dalil dr hadis nabi lagi.. ‘itukan amar makruf nahi munkar’..hang lagu nk dok komplen pasai pa. nk sekat org berdakwah. bg penampor kang!! sia2 idup. memang x membangun islam kalo layan jenis manusia cam hang nih.pirahhhhh lu.chet.
at 4:47 pm
Macam dah perang SABIR je korang ni.. tak penat ke?
at 4:51 pm
Tak yah emosi sangat la .. haram ! halal ! ni susah kite SUSAH nak bendung. Kite ni pun bukan BAGUS mana, bawak bertenang jelah…
at 5:08 pm
Weiiii chokia….awat nick hang ni chokia…chokia pasai akai hang besi karat ka.??? Dah habaq dahhhh…hangpa memang suka melabel… mana hangpa tau aku dah tua..?? sbb nick aku ATOK ka?? hangpa sangka aku tua??? hang ingat orang tua cepat mati ka?? hang tak tau kaa..laa ni muda pun buleh mati..hang buleh tau ka umoq sapa pendek , umoq sapa panjang..??bukan kan perkara mati ni tuhan saja yg tau??? tsk..tsk…tsk…. hang cakap dengan oghang tua (kalau betui aku tua laaa )lagu itu ka??? Memang laa hang ni chokia choyy…no manners..
hang ingat oghang yg bawak hadis dan ayat quran tu betui ka..?? patut ikut cakap dia bulat-bulat ka??Tafsiran dia tu betui ka?? Sebab dia berhujah pakai ayat..hang dah percaya dia… ??Weiiiii hang kalu nak tengok ayat ka hadis ka..hang kena tau sumber dia..hang kena tau dalil dia..hang kena tau kesahihannya…. jangan ikut membabi buta weiii chokia… Oghang melayu kita memang lagu tu laaaa….kalau berjubah..berserban..bertudung litup.. kena hormat..kena percaya apa dia cakap… no wonder kita ni buta buta oghang luaq dok kelentong kita…. cepat tertarik kat luaran…dlman hangpa tak ambik kira…betui ka lagu tu???..tsk…tsk…tskk…
chokia choyyy !!
at 9:02 pm
Wey Hangpa sumer…..hangpa dok kutuk kat sini buat apa? Aku akan tetap setuju ngan atok aku tuuuu. Pandangan Atok aku ada sense sikit lerrr dari korang sumer..
Selalu nye yang banyak buat bising tu habuk pun tarak.
Selalu tenggok diri dalam cermin………..hmmmmmmmm aku pun bodoh …tak payah lah nak kata orng lain bodoh…jahil….dan sewaktu dgn nyer.
Atok…..jom teh tarek!
at 11:01 pm
Bagus perbincangan dalam nih… membuatkan aku bersyukur kerana masih ada orang yg sedar dan sayangkan Islam… dalam masa yg sama membuatkan aku sedih dan risau kerana ramai yg nama sahaja Islam tetapi membelakangkan Islam itu sendiri. Aku pun bukannya baik sangat dan takder manusia pun sebaik2nya melainkan Nabi dan para Rasul. Tapi sekurang2nya aku masih sedar akan hukum hakam dosa pahala dan sebagainya. Tak salah mereka2 semua menegur benda yg salah… Korang semua tak perlu perbahaskan teguran yg terang2nya dah mmg betul. Kalau korang menolak teguran tu lagi bertambah dosa. Apa salahnya baca, fikir dan kemudian cuba praktikkan dalam kehidupan seharian. Ingat kita semua adalah hamba Allah bukannya hamba seni atau hamba selain daripada Allah.
at 10:05 am
Teguran wat Atok…
Tulah, masa waktu lapang, gi masjid dengar ceramah agama, mengaji pastu baca buku2 agama. Hafal2 dalil tuh..takpun salin buat nota untuk wat panduan…kalau tak caya pergi bukak quran takpun baca buku2 agama kalau tak malu jumpa ustaz ataupun pak imam. Pak bilal pun jadilah..jangan kata tak penah gi masjid….tak taulah hang tak penah pegi sebab tu tak caya dalil2 ni…abih tuh hang percaya apa?…ayah pin ke iaitu orang yg selalu mendangkal al quran dan hadis…? entahlah..
Lain kali jgn asyik hafal lagu2 jer…kan dah tak tau dalil dtg dari mana. Kalau member2 kt atas tu dah bagi dalil, pegi lah rujuk, jgn nk menyangkal tanpa usul periksa…isk..isk…susah cakap dgn org tua nih…
wallahua’lam
Firman Allah (al-Quran,Yusuf 12:111) mafhumnya:
“Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al-Quran itu bukanlah cerita yang direka-reka, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang terdahulu dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.â€
Hah..kalau tak caya jugak ..gi bukak tafsir al quran …baca….minum air suam…minta2 dapat hidayah…sure malam dapat mimpi baikkk punyer…kalau tak tak berkesan…maka faham2 jer lah…tak termasuk dalam kaum yang ditulis dalam ayat tuh..
at 10:10 am
Satu lagi ciri jahiliah abad moden ialah manusia mula menjauhkan diri dari agama. Mereka bukan sahaja tidak mengamalkan kewajipan-kewajipan agama, malah berusaha memperlekehkan segala sesuatu yang ada kaitan dengan agama termasuk al-Quran, al-Sunnah, hukum-hukumnya, para ulamak dan sebagainya. Sebaliknya budaya hedonisme berleluasa, kegilaan hidup mereka hanyalah kepada muzik, artis dan yang ada kaitan dengan dunia hiburan semata-mata sehingga sanggup memuja syaitan dan mencaci Tuhan. Kesan dari keadaan tersebut merebaknya di dalam masyarakat budaya hidup liar dan amalan seks bebas menjadi-jadi termasuk melibatkan kanak-kanak dan sesama ahli keluarga.
Dan firman Allah lagi (al-Quran,Shaad 38:26) mafhumnya:
“Maka hendaklah kamu berhukum di antara manusia dengan hak dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat disebabkan kerana mereka melupakan hari akhirat.â€
Kebelakangan ini kita dapat menyaksikan bagaimana umat manusia dihadapi dengan berbagai masalah hidup. Kita sedang menyaksikan bagaimana dunia dilanda kemelesetan dari sudut ekonomi. Kita juga sedang menyaksikan bagaimana manusia sedang diancam oleh kemelesetan akhlak dan moral sehingga kadang-kadang kita terkeliru antara manusia dan haiwan, atau antara orang dan orang-orangan. Kepincangan-kepincangan ini ditambah oleh bencana alam yang berupa banjir, kemarau, gempa bumi, ribut taufan dan sebagainya yang bertimpa-timpa. Semua ini mengingatkan kita kepada peringatan Allah di dalam al-Quran bahawa apabila manusia sudah melupakan Allah iaitu dengan melakukan yang dilarang dan meninggalkan yang disuruh atau lebih-lebih lagi apabila mereka mencegah yang makruf dan menyeru kepada yang mungkar, maka Allah akan mengenakan musibah ke atas mereka. Firman Allah Taala (al_Quran, al-Ruum 30:41) mafhumnya:
“Telah zahirlah kerosakan di daratan dan di lautan disebabkan oleh perbuatan tangan manusia sendiri, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).â€
ISLAM Vs Jahiliah ©
Oleh: Nama penulis dirahsiakan
Universiti Teknologi Malaysia, K. Lumpur.(Majalah Kartika)
at 12:57 pm
Ya Allah Ya Tuhan ku…….
ampunilah dosa2 kami hamba mu yg jahil ini….
sesungguhnya kami tidak lepas dari melakukan kesilapan…
dari setiap perkataan yg kami luahkan…
dari setiap perbuatan yg kami lakukan…
dari setiap segi yg telah melanggari hukum hakam Mu…
mohon malaikat mengAMINkan tiap doa mereka2 yg membawa kebaikan dan nasihat….
moga kami sedar dgn tiap kesilapan yg telah kami lakukan dan dpt muhasabah diri…..
Amin Ya Robbal Alamin…….
at 1:28 pm
Ramai sgt nak jadi Ustaz n Uztazah.. yang tak bertauliah!! boring dah topik ni dah basi surat khabar pun dah close the story, tak letih ke!!! Asyik KECOH MECOH pasal hal remeh temeh macam ni.
at 2:01 pm
demi masa..sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian.kecuali mereka-mereka yang beriman dan beramal soleh yang berPESAN-PESAN (menyeru) kepada KEBENARAN & KESABARAN. (surah al-Asr)
at 2:33 pm
saya 2 pendapat mengenai Filem dan kes Armani.
Pendapat Pertama ( Hukum Islam )
Sememangnya kalau ia membotakkan kepala atas sebab tertentu,yang tidak bertentangan ajara islam ia masih boleh dihalalkan dengan syarat ia mesti menutup kepala, ( menutup aurat )Dalam kes Syarifah Armani, saya amat tidak menyokong. Dan berharap, tidak akan ada seorang wanita pun yang akan mengikut jejak langkah Armani ini, walau mencukur bulu kening sekalipun.
Pendapat kedua ( Ikon )
Beliau seorang ikon, yang mempunyai ramai peminat. dan dunia filem di Malaysia adalah untuk memberikan kesedaran dan pandangan melalui penceritaan dalam filem. oleh sebab itu, beliau sanggup mengetepikan hukum islam ini, semata – semata untuk memberikan kesedaran tentang persekitaran yang berlaku di Malaysia ini.Saya berharap pengorbanan Armani membotakkan kepalanya adalah untuk memberikan kesedaran kepada kita semua melalui mesej-mesej yang ingin disampaikan dalam filem MUALAF ini.
Buat pengarah pula, apapun filem yang ingin dibuat haruslah bertepatan dengan peredaran semasa dalam Malaysia. Semoga mesej yang cuba disampaikan kepada rakyat malaysia ini melalui perfileman ini tercapai.
Syabas buat Yasmin Hani kerana Filem Terbaru.
at 2:47 pm
Amani susah sgt ke nak gi jumpa ustazah/ustaz tanya psl botakkan kepala tu. Kalau sebelum Amani botakkan kepala Amani gi jumpa ustazah/ustaz maknanya Amani dah dpt belajar salah satu hukum Allah. Tapi tulah benda dahpun berlaku.
at 4:00 pm
[quote comment="8992"]saya 2 pendapat mengenai Filem dan kes Armani.
Pendapat Pertama ( Hukum Islam )
Sememangnya kalau ia membotakkan kepala atas sebab tertentu,yang tidak bertentangan ajara islam ia masih boleh dihalalkan dengan syarat ia mesti menutup kepala, ( menutup aurat )Dalam kes Syarifah Armani, saya amat tidak menyokong. Dan berharap, tidak akan ada seorang wanita pun yang akan mengikut jejak langkah Armani ini, walau mencukur bulu kening sekalipun.
Pendapat kedua ( Ikon )
Beliau seorang ikon, yang mempunyai ramai peminat. dan dunia filem di Malaysia adalah untuk memberikan kesedaran dan pandangan melalui penceritaan dalam filem. oleh sebab itu, beliau sanggup mengetepikan hukum islam ini, semata – semata untuk memberikan kesedaran tentang persekitaran yang berlaku di Malaysia ini.Saya berharap pengorbanan Armani membotakkan kepalanya adalah untuk memberikan kesedaran kepada kita semua melalui mesej-mesej yang ingin disampaikan dalam filem MUALAF ini.
Buat pengarah pula, apapun filem yang ingin dibuat haruslah bertepatan dengan peredaran semasa dalam Malaysia. Semoga mesej yang cuba disampaikan kepada rakyat malaysia ini melalui perfileman ini tercapai.
Syabas buat Yasmin Hani kerana Filem Terbaru.[/quote]
at 4:01 pm
Laaaaaa….bebalik hangpa suka menjatuhkan hukum dan melabel manusia. Hangpa nampak ka yg hangpa ni ri’ak..?? Hangpa lebih tau untung nasib sesoghang itu..lebih dari Tuhan? awat jadi lagu tu?? My message is simple…cari solution, bukan pi hentam dan menghukum sesoghang tu? Hangpa tau ka sapa masuk syurga sapa masuk neraka?? Kalau hangpa dah tau..meaning hangpa ni dah tau benda-benda yg tersembunyi…meaning hangpa ni mengatasi Tuhan??? My question is.. WHO THE HELL ARE YOU…TO JUDGE PEOPLE?? YOUR ARE NOT GOD….SO AGAIN…WHO THE BLOODY HELL ARE YOU..?? Hangpa menjatuhkan hukum ni dah confirm ka sapa betui sapa salah???
Farah…. hang dah menjatuhkan hukum yang oiiii… hang kenai ka sapa ATOK ni??? awat hang kata lagu tu kat ATOK yang oiiii?? Awat hang mengumpat ayah pin?? dosa nooo…lagu satu tak baik kata ATOK tak gi masjid …. kalau ATOK memang kaki masjid tak ka dosa menuduh ATOK lagu tu..?? Jangan cepat melatah Farah…. ppsstt bak mai hang punya nombor hp…ATOK nak belajaq agama dgn hang…buleh ka??
Anyway… ANAK ATOK… bukan senang nak ubah minda yg ta’asub… tsk..tskk..tsskk..
buleh ANAK ATOK.. setakat belanja minum teh tarik…no halllll…tapikan, sebab takut kembong hangin… ATOK minum kopi tongkat ali sudah laa…hang minum teh..FOC …LOL
at 4:11 pm
Nanti kita tengoklah dah berapa banyak orang yang dah insaf dengan PENGORBANAN Amani membotakkan kepala bagi memberi KESEDARAN dan MESEJ-MESEJ yang ingin disampaikan melalui FILEM dan pada masa yang sama dipanggil IKON
at 9:50 pm
DOSA dan PAHALA dia, tuhan sahaja yang tahu.
at 7:15 pm
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Saya ingin meluahkan rasa sedih dan hampa terhadap artis-artis Malaysia terutama dengan tindakan artis Sharifah Amani membotakkan rambutnya baru-baru ini. Tindakan anda sungguh meluatkan, memalukan sebagai seorang Muslimah dan sungguh mencabar perintah Allah dan Rasulullah SAW! Dalam pemerhatian saya, artis-artis Malaysia sekarang ini makin lama makin berani melampaui batas hukum Syariah semata-mata kerjaya dan kononnya ‘cinta dan dedikasi’ mereka terhadap bidang seni. Mereka akan sering menggunakan alasan seperti, “Apa salahnya kalau saya lakukan ini untuk ‘cinta’ saya terhadap kerjaya saya?†Apa salahnya? Jangan nak buat lawaklah cik adik manis! Kalau mufti dan para ulama negara kita sendiri telah menegur perbuatan itu, tentulah salah! Atau adakah anda terlalu egoistik sehingga sudah tidak mahu menerima teguran dariapada mereka yang lebih memahami dan mendalami ilmu agama? Jadi sekiranya dalam lakonan yang akan datang, ada babak melakukan hubungan seks atau ciuman, anda akan terima kerana ingin lakonan anda dihayati penonton dengan lebih mendalam, bukan begitu? Oh, saya sungguh bangga dengan pendirian anda yang sungguh tegas dan keras kepala.
Yang lebih menyedihkan lagi adalah kita sebagai orang Islam bukannya nak melarang artis itu daripada melakukan perbuatan haram itu malah memberi dorongan dan sokongan kepadanya! Subhaanallah! Sehinggakan artis lain boleh mengatakan bahawa ‘dia kagum dengan kesabaran Nani’ dan penulis memuji cara penampilannya yang ‘eksotik dan unik’? Tidakkah anda sedar bahawa kata-kata anda (para artis dan penulis) akan memberi kesan yang mendalam kepada para peminat dan pembaca? Pada masa yang sama Cik Sharifah berharap agar kontroversi botak kepala akan berakhir sedangkan inilah kata-kata yang diucapkan para artis lain dan para penulis? Rasanya kita kena tunggu sampai kucing bertanduk lah untuk merealisasikan harapan anda.
Artis-artis lain pula semakin berani mendedahkan aurat tanpa segan silu di khalayak ramai. Apakah motif mereka melakukan semua itu? Unutk publisiti? Adakah publisiti tidak boleh diperolehi melalui cara pemakaian seorang Muslimah? Mereka sendiri tahu bahawa Islam mewajibkan penganutnya menutup aurat namun inilah penjelasan mereka, “Saya tak bersedia lagi untuk bertudung.†Tapi untuk melakukan segala perkara yang bertentangan dengan hukum syarak, mereka lebih dari bersedia! Mengapa mereka sanggup mempertaruhkan harga diri mereka juga semata-mata ‘cinta’ mereka terhadap kerjaya mereka? Adakah landasan hukum Syariah sudah tidak penting dalam cara hidup mereka sebaliknya artis-artis Barat yang bukan Muslim dan langsung tiada maruah dan harga diri dijadikan idola dan ikutan? Mengapa mereka tidak memikirkan bahawa tindak tanduk mereka diteliti setiap masa oleh para peminat dan apa yang mereka lakukan akan dijadikan ikutan?
Selain daripada itu, sering kita dapati bahawa kata-kata kesat digunakan dalam filem-filem terutamanya yang dilakonkan pelakon-pelakon Melayu kita. Kita boleh mengesan bahawa cara hidup Islam makin lama makin dipinggirkan dan tidak diendahkan lagi oleh para pelakon ini. Mana tidaknya, agama kita tidak menyuruh kita meluahkan kata-kata kesat tetapi berkata-kata lembut dan berhemah. Kemudian, apabila budak-budak kecil yang berusia 4 atau 5 tahun menuturkan kata-kata ini, kita akan memarahi mereka. Adakah ini logik? Kita sepatutnya menyalahi diri sendiri kerana mengidola artis-artis ini yang sememangnya tidak mengambil berat tentang ajaran agama. Baru-baru ini ada khabar yang menyatakan bahawa seorang artis tanahair telah ke negara jiran (Singapura) untuk melakonkan sebuah iklan yang mengkhendakinya melakukan adengan ciuman. Apakah yang ingin dibuktikannya? Tindakannya itu sungguh tidak bermoral dan sekaligus tidak boleh dianggap sebagai sesuatu yang dibanggakan dan ‘daring’ kerana memang pada hakikatnya tidak sama sekali!
Harapan saya adalah supaya kita tidak akan mengikuti mana-mana artis semata-mata tindakan mereka yang dikatakan ‘bold’ dan ‘daring’ tetapi sebenarnya melanggar syarak dan Syariah. Biarlah apa yang sedang dilakukan para artis ini dijadikan iktibar kepada setiap lapisan masyarakat. Bukalah mata kita dan fikirkan masa depan generasi yang akan datang. Adakah kita ingin generasi yang akan datang mengikuti jejak langkah mereka dan tindak mengendahkan ajaran Islam dan seterusnya menjadi generasi yang tidak berakhlak dan bermoral? Terus terang saya mengatakan bahawa saya tidak akan menjadikan mereka idola kepada anak-anak saya kelak kerana mereka sememangnya tidak layak! Namun begitu, pilihan berada di dalam tangan anda masing-masing dan semoga Allah akan mengampuni dosa-dosa kita dan membimbing kita ke jalan yang diredhai-Nya.
Nabi SAW bersabda : Sesiapa daripada kamu yang melihat sesuatu kemungkaran dilakukan maka hendaklah dia menyekatnya menggunakan tangannya. Jikalau tidak terdaya maka dengan lidahnya. Jikalau tidak terdaya maka dengan hatinya dan itu adalah peringkat iman yang terendah. (Diriwayatkan Muslim, mukasurat : 436).
Berdasarkan hadith ini, saya mempertahankan pendirian saya dan perbuatan saya menulis di ruangan ini. Saya juga ingin menegaskan bahawa saya tidak akan pedulikan sebarang kritikan terhadap perbuatan saya kerana saya tahu bahawa sebagai seorang Islam, tindakan saya betul dan wajar. Anda boleh memaki dan mencemuh saya tetapi awas, tindakan saya berdasarkan hadith Nabi SAW maka secara tidak langsungnya, anda sedang memaki dan mencemuh perintah Baginda SAW.
Wassalam.
at 10:55 am
[quote comment="9030"]DOSA dan PAHALA dia, tuhan sahaja yang tahu.[/quote]
Memang benar, tapi ALLAH SWT turunkan kitab-kitab lebih-lebih lagi Al-Quran dan diutuskan para nabi dan rasul untuk mengajar kita apa itu DOSA dan apa itu PAHALA. Jadi kalau dah nampak pekara itu salah disisi hukum maknanya perbuatan itu satu dosa dan sebaliknya.
Janganlah cuba berhujjah tanpa menggunakan akal, itu cacat akal namanya. Kerana orang yang CACAT AKAL saja yang bercakap tanpa berfikir.
Lagi satu, janganlah anggap perbincangan disini sebagai medan mengutuk AMANI. Apa yang dibincangkan ialah hukum membotakkan kepala bagi wanita sebagai panduan pada yang lain. Apa yang dah berlaku pada AMANI diharap tak akan berlaku pada saudara-saudara perempuan kita yang lain.
at 10:48 pm
korang boleh mengata amani ,tapi dia yang buat keputusan untuk maafkan korang,so good luckk…
at 7:54 am
Setuju dengan …xyz… Kenapa bila seseorang tu dah terang2 buat sesuatu yang salah bahkah haram mesti dipuji atau dikagumi? Nanti bila disoal di akhirat kelak cubalah jawab “No Comment”.
Hayati ‘role’ kita sebagai seorang Muslim. Nak lakukan sesuatu yang hukumnya wajib teragak2, buat sesuatu yang haram dengan rela hati. Sibuk sangat dengan kerjaya sampai tak sempat nak pergi klass agama ke?
at 9:30 am
[quote comment="8984"]Ramai sgt nak jadi Ustaz n Uztazah.. yang tak bertauliah!! boring dah topik ni dah basi surat khabar pun dah close the story, tak letih ke!!! Asyik KECOH MECOH pasal hal remeh temeh macam ni.[/quote]
Sedihnya bila ada yang mengatakan soal HALAL dan HARAM adalah pekara remeh temeh.
at 11:16 pm
[quote comment="9234"]korang boleh mengata amani ,tapi dia yang buat keputusan untuk maafkan korang,so good luckk…[/quote]
Golongan yang menegur atau menasihati orang yang membuat kesilapan perlu meminta maaf pada orang yang melakukan kesilapan? Menegah satu-satu kemungkaran itu adalah satu kesalahan pada yang menegur? Alangkah anehnya.
Inilah yang dinamakan “BEBAL TAK BOLEH DIAJAR DAN CERDIK TAK BOLEH DIIKUT”.
at 2:16 am
Assalamualaikum,
1. seingat saya, ustazah saya pernah menyebut bahawa perlakuan membotakkan kepala oleh seorang wanita itu HARAM…masa itu saya baru tingkatan satu….
sbb itu, bila saya lihat Amani botak, saya terkejut, takkan Amani tak tahu..takkan ibu Amani tak tahu…sbb bagi saya itu common sense seorang muslim..ibarat muslim makan daging khinzir itu haram la…COMMON SENSE..musykil la saya..
2. saya curious dan nak tahu, penting sangat ke watak atau scene dalam cerita MUALAF tu sampai nak botakkan kepala….kalau Amani tak botak…mati ke cerita tu?…bukan apa, setahu saya cerita yasmin ahmad ni banyak scene2, dialog2 dan aksi2 yang tak perlu..ataupun yang tak membawa maksud apa2…semuanya sekadar kontroversi..
at 9:54 am
botak adalah haram di sisi agama..
at 11:33 am
Apa saje alasan yang diberi Haram tetap Haram (kecuali botak disebabkan penyakit ataupun untuk pengubatan)
at 5:22 pm
Salute, everyone!!!!! seperti biasa, saya amat berharap agar nukilan yang akan dihasilakn ini tidak akan melukakan atau menyentuh mana-mana pihak yang tidak terlibat…. terima kasih di ucapkan khas buat semua yang telah sudi meluangkan masa membaca nukilan saya terdahulu… rasa bangga kerana nukilan saya mendapat perhatian daripada beberapa orang rakan terutama “aku daa” dan “farah”… firstly, untuk farah… thanks sebab sudi tegur saya cuma kat sini saya macam tak percaya bahawa seorang wanita (as refer to the name – farah) boleh bercakap kasar dan kotor seperti mana yang telah ditaip olehnya “Takut2 esok2 kena berlakon makan babi pulak dalam cite cina masuk muslim….demi anak seni…berkorban.. hah makan lah kang tak menjiwai lah pulak…:)) tak real pulak kann…fikir sendiri…. ” saya dapat membayangkan bagaimana keadaan farah ketikak meluahkan ayat ni.. mintak maaf kalo saya tersalah.. bg saya, cara farah menyampaikan kemarahan adalah terlalu emosional.. tak kisahlah, tu kan diri awak kan farah?
ape pun, berkaitan dengan isu pengorbanan yang cuba di ketengahkan, skali lagi perlu difikirkan dengan anugerah yang telah dikurniakan oleh Allah, (otak) dengan sebaik baik nya… ape yang akan diperolehi jika pengorbanan yang dilakukan di atas dasar paksa? dan bukan dengan kerelaan? perkara seperti ini terlalu subjektif untuk dibincangkan… bagi saya, pemikiran say dan saudari farah terlalu jauh bezanya untuk diperbanding… maafkan saya sekali lagi farah… jangan jadikan isu yang berkaitan dengan agama untuk menegakkan kebenaran yang tidak begitu jelas dikupas dan dihuraikan… isu makan babi untuk mendapatkan feel bagi memenuhi watak semasa BERLAKON… Fuhhh!!!! saya merasakan seperti sedang berbincang dan berkomunikasi dengan kanak-kanak yang baru tamat UPSR, langsung tidak dewasa pemikiran saudari yang seorang nih… maafkan saya sekali lagi farah… bagi saya, melainkan seseorang yang telah hilang ingatan atau telah tidak lagi islam sahaj yang akan menerima tawaran melakonkan watak yang memerlukan mereka untuk makan daging babi yang original bagi memenuhi keperluan watak… langsung tidak pernah terfikir oleh diri saya untuk memikirkan apa yang difikirkan oleh farah.. Fuhh, sungguh jauh daya pemikiran dungu kamu farah.. sekali lagi saya mohon maaf… saya amat berharap, sekiranya saudari farah benar benar berminat untuk memberikan pendapat di dalam ruangan seperti ini (ruangan yang terbuka kepada umum) lebih baik sekiranya jika saudari mendalami dahulu erti lakonan, pelakon, berlakon dan perkataan perkataan yang berkaitan dengan dunia seni terutama seni lakonan…. maafkan saya sekali lagi saudari…
beralih pula kepada “aku daa” berdasarkan kepada soalan kamu, “betul ke soal agama hak individu? betul ker? ustaz mana yang kamu rujuk? ulamak mana yang kamu rujuk? kitab mana yang kamu selidiki?…kalau betul agama hak individu…takkan turunnya Rasulullah saw sebagai penyebar wahyu Allah…betul ker kamu cakap agama hak individu? betul ke?? saya cuma boleh nasihatkan kamu supaya baca semula apa yang telah saya taip, dan cuba fahami….. saya taknak kamu tersalah faham dan seterusnya menyalahkan orang lain… sedangkan terlalu biasa didengari frasa TIADA PAKSAAN DALAM ISLAM… fahmkah kamu maksud frasa ini? adakah sewenang wenangnya ia boleh di gunakan dan diaplikasikan dalam kehidupan kita?
semak semula ya… pernahkah kamu menuntut dalam tingkatan 1 hingga 5 dan belajar pendidikan agama islam?
adakah kamu betul betul faham maksud hubungan antara manusia dengan manusia, hubungan antara manusia dengan pencipta dan maksud hubungan antara manusia dengan alam?
fahamkah kamu maksud hubungan di antara manusia dengan manusia dan batasan yang boleh dipertikai dalam menjalin perhubungan tersebut? sebenarnya, adalah lebih baik kita faham dengan sedalam dalamnya erti ISLAM, mengapa ISLAM itu dikenali sebgai agama yang SYUMUL? maafkan saya jika ada mana mana hasil nukilan yang tidak memuaskan hati mana mana pihak…. sekian terima kasih…
berfikir sebelum berkata kata adalah lebih baik daripada berkata kata sebelum berfikir….
at 7:04 pm
semangat.padahal diri sendiri tak betul.melayu is always funny.
at 2:46 pm
[quote comment="9427"]semangat.padahal diri sendiri tak betul.melayu is always funny.[/quote]
Kelakarnya statement tu! Mengata diri sendiri ke? Tak baca ke komen-komen awak sendiri pada issue-issue lain dalam blog ni? Inilah yang dikatakan “CONSTIPATION OF THE BRAIN, DIARRHEA OF THE MOUTH”.
WASSALAM……
at 5:08 pm
Saudara-saudaraku sekelian ingatlah YANG BURUK DTG DRP KITA YANG BAIK DTG DRP ALLAH S.W.T.
at 6:48 pm
amani ni muda lagi..banyak ikut nafsu untuk nampak hebat disanjung tinggi…kpd yg minat amani ni jgn marah kalau ada komen yg diberi tak sependapat dgn anda..kalau pun ada yg setuju dia botak kepala..jgn sampai memperlekeh hukum….”seni” itu wujud dlm islam..cuma jgn kerana “seni” islam itu pula yang seolah olah tidak wujud dalam diri..
at 9:33 pm
no,i’m actually not laughing at myself .it’s just malays,always nampak keburukan orang instead of membetulkan orang.condemn orang sana sini,tapi kadang2 diri sendiri tak betul.
ingat tak cite zaman nabi dulu.
seorang pelacur tu dapat masuk syurga kerana die memberi air kepada anjing yang dahaga?
at 11:47 pm
yang dia nak botak tu kenapa sangat, terikut dengan om putih ke? Aku rasa dia ni otak dah mereng. agama letak ke tepi, ikut sedap hati.Tak beradab sebagai orang islam dan melayu.
meluat aku tengok. wal hal apa hal pentingkan agama dulu,sebab ikut sedap rasa dan perasaan . jangan nak kejar glamour sampai tak ikut agama. Islam bukan dibibir saja atau di mycard, tetapi keyakinan dan amalan.
Saya termalu dengan orang melayu begitu, malu sungguh saya.
janganlah ada lagi orang ikut macam orang gila ini.masalah negara dah banyak dah, jangan peningkan kepala orang lain…
at 8:08 am
kita patut bersyukur dia masih islam,dan percaya pada kalimah syahadah.
at 11:12 am
Islam keturunan
at 12:32 pm
[quote comment="9560"]Islam keturunan[/quote]
err,bukan kan Allah yang memberi keturunan itu?
at 12:54 pm
[quote comment="9413"]ape pun, berkaitan dengan isu pengorbanan yang cuba di ketengahkan, skali lagi perlu difikirkan dengan anugerah yang telah dikurniakan oleh Allah, (otak) dengan sebaik baik nya.
“saya cuma boleh nasihatkan kamu supaya baca semula apa yang telah saya taip, dan cuba fahami….. saya taknak kamu tersalah faham dan seterusnya menyalahkan orang lain… sedangkan terlalu biasa didengari frasa TIADA PAKSAAN DALAM ISLAM… fahmkah kamu maksud frasa ini? adakah sewenang wenangnya ia boleh di gunakan dan diaplikasikan dalam kehidupan kita? semak semula ya… pernahkah kamu menuntut dalam tingkatan 1 hingga 5 dan belajar pendidikan agama islam?
adakah kamu betul betul faham maksud hubungan antara manusia dengan manusia, hubungan antara manusia dengan pencipta dan maksud hubungan antara manusia dengan alam?
fahamkah kamu maksud hubungan di antara manusia dengan manusia dan batasan yang boleh dipertikai dalam menjalin perhubungan tersebut? sebenarnya, adalah lebih baik kita faham dengan sedalam dalamnya erti ISLAM, mengapa ISLAM itu dikenali sebgai agama yang SYUMUL? maafkan saya jika ada mana mana hasil nukilan yang tidak memuaskan hati mana mana pihak…. sekian terima kasih…
berfikir sebelum berkata kata adalah lebih baik daripada berkata kata sebelum berfikir….[/quote]
UNTUK AZFARZAHARI,
Memang Allah s.w.t menganugerahkan otak kepada semua hambanya TAPI yang membeza antara mereka adalah AKAL. Apabila otak digunakan tanpa akal, ini boleh menjadikan manusia serendah2nya darjat di sisi Allah s.w.t. Contohnya ialah Kamal Attartuk seorang ideologi pemikiran terlalu sekular…apakah kesannya terhadap negara Islam dahulunya menjadi negara bukan Islam. Kita sebagai umat Islam hendaklah tegur menegur sesama ISLAM kerana Islam itu agama agama di sisi Allah. Memang Islam tiada paksaan tetapi ‘frasa itu hanya boleh digunakan mengikut syara’ yang ditentukan bukan main pakai jer. Saya bagi contoh, memang orang ISLAM wajib mendirikan SOLAT, maknanya memang harus ditunaikan, memang harus diPAKSA dan tegas tapi ada caranya…sebab itulah Rasulullah pernah bersabda bahawa pukul anak kamu sekiranya mereka engkar suruhan ALLAH..solat itu wajib…”Tolong jangan menggunakan frasa ini” bagi perkara yang WAJIB di sisi ISLAM seperti dalam Rukun Islam, menutup aurat dan sebagainya. Ini boleh menjadikan pemikiran kolot dan dungu bagi hamba2 Allah yang kurang pandai dalam isu ISLAM dan mereka pandang remeh-temeh dalam ISLAM.
Buat Azfarzahari, jangan kamu hanya mengingati bab pembelajaran agama Islam setakat tingkatan satu hingga lima bahkan pergi selidiki agama Islam ke peringkat lebih tinggi…(pergi belajar sampai tahap universiti…) sehingga kamu terdetik di hati mengatakan Islam itu amat cantik dan tidak boleh diperkotak katikan…Jangan pesongkan hati-hati hamba Allah yang kurang arif bab agama. Mereka tidak berdosa kerana tidak tahu tapi…akibat fakta syara’ diperlekehkan boleh membuatkan mereka semakin jauh daripada Aqidah Islam…. Wallahua’alam…
Kudoakan mereka2 ini mendapat hidayah daripada Allwh s.w.t sebelum ajal mereka tiba…Aminnnn
at 2:11 pm
Islam keturunan tu hanya diturunkan drp nenek moyang shj (sebab keturunan dah memang Islam) tanpa mengikut lunas-lunas Islam yang sebenarnya. Keimanan bukan warisan tapi wajib dipelajari dan diamalkan. Kalau dah sememangnya jahil jgn salahkan tuhan dan agama.
at 9:44 am
“Buat Azfarzahari, jangan kamu hanya mengingati bab pembelajaran agama Islam setakat tingkatan satu hingga lima bahkan pergi selidiki agama Islam ke peringkat lebih tinggi…(pergi belajar sampai tahap universiti…) sehingga kamu terdetik di hati mengatakan Islam itu amat cantik dan tidak boleh diperkotak katikan…”
maksud saya dalam teks kat atas, fahamkan yang basic dulu sebelum belajar yang lebih tinggi….. memang sah la kamu ni masih anak anak lagi… bukan niat saya nak menunjuk atau berbangga dengan diri ni, tapi kalo stakat nak suruh saya belajar bab agama di peringkat universiti, wat masa skang ni insyaAllah dengan izin Allah, saya dalam proses menamatkan pengajian di peringkat ijazah lanjutan dalam bidang yang juga berkaitan dalam hal hal keagamaan… maafkan saya sekali lagi ya… tiada langsung niat untuk berbangga tapi keadaan memaksa…. sebaiknya, jangan sekali kali memandang rendah kepada individu lain… maafkan saya sekali lagi…
azfarzahari
at 12:12 pm
fuh!!!!….dasyatlah korang nih!….mcm tengok org perbahasan….
kalo tol2 perbahasan..kompom hentak tangan kat meja…..
fuh!!!!!!!!!selute…….juleng mata beta………….
at 8:18 pm
Hai Fiona…
Boleh berkenalan..???
at 8:34 am
e….atok gatai nyer…tok,nenek tak mare ke????????
hehehe…..atok ada hati hehehe….mauk kenalan ngan kite…hahaha…
tak lehlah tok…nanti atok kpd nenek kite marah……….heheheh…jadi kawan kite bolehlah…kalo??????????????tak bolehlah tok….maaf ya….
at 9:46 am
[quote comment="9620"]fuh!!!!….dasyatlah korang nih!….mcm tengok org perbahasan….
kalo tol2 perbahasan..kompom hentak tangan kat meja…..
fuh!!!!!!!!!selute…….juleng mata beta………….[/quote]
semangat kan dorang nih.tulis 3-4 perenggan tuuu…