PELAMIN INDAH NAS GREAT IDEA - KLIK SINI


Pelakon Izi Yahya Meninggal Dunia : Syokkahwin.com

Pelakon Izi Yahya Meninggal Dunia

Posted on June 25, 2007
Filed Under [G] Malaywood

Pelakon yang terkenal dengan taktiknya MENIPU TIPAH dalam Filem Ali Setan, Izi Yahya pada hari ini telah meninggalkan kita semua. Beliau telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru pada kira-kira jam 10.30 pagi tadi. Selain dari Ali Setan, beliau juga ada melakonkan watak Jepun bengis dalam filem EMBUN. Beliau pergi pada umur 40-an. Untuk beliau, mari kita sedeqahkan “AL-FATIHAH“.

Izi Yahya Meninggal

IZI YAHYA

(pic mstar.com.my)

Other Hot Posts


SHARETHIS


FREE-ADVERTISEMENT

All comments are the 100% responsibilities of the commenters. In case of any doubt, kindly refer to DISCLAIMER.



Baca sahaja? Luahkan pendapat anda supaya mereka dengar!!

28 Responses to “Pelakon Izi Yahya Meninggal Dunia”

  1. fiona on June 26th, 2007 4:10 pm

    salam takziah…utk family dia…semoga arwah dicucuri rahmat dan bersemadi dengan aman….bersama orang yang beriman…….

  2. awek's Dafi on June 26th, 2007 9:19 pm

    ucapan takziah utk family arwah dan sahabat terdekat tak lupa pada rakan2 artis beliau…semoga ALLAH mencucuri rahmat keatas roh beliau…mari lah kite same2 sedekahkan AL-FATIHAH………………

  3. Zana on June 26th, 2007 10:05 pm

    Salam takziah pada keluarga mendiang. Semoga Allah mencurahkan rahmat ke atas rohnya. Kepada keluarga mendiang - tabahkan semangat dan kuatkan amalan kerana esok atau lusa mungkin hari kita.
    Daripada peminatmu di Singapura…

  4. Zarul on June 27th, 2007 1:33 am

    Innalillah…

    Kepada yg mengenalinya,

    Semoga Allah s.w.t memberi rahmat padanya dan menempatkan Allahyarham bersama-sama orang-orang yang beriman.
    Sesungguhnya, setiap yang hidup akan merasai mati. Semoga Allah s.w.t menggantikannya degan yang lebih baik. Amin.

    Al-Fatehah.

  5. chezzy on June 27th, 2007 7:46 am

    Al-Fatihah buat allahyarham. Moga ditempatkan dlm golongan yg dirahmati Allah.

  6. ira on June 27th, 2007 8:59 am

    salam takziah & al-fatihah.

  7. iza on June 27th, 2007 9:00 am

    salam takziah & al-fatihah gak cam ira…

  8. pop-iah on June 27th, 2007 12:43 pm

    sakit ape?

  9. lady diana on June 27th, 2007 3:39 pm

    [quote comment="9443"]Salam takziah pada keluarga mendiang. Semoga Allah mencurahkan rahmat ke atas rohnya. Kepada keluarga mendiang - tabahkan semangat dan kuatkan amalan kerana esok atau lusa mungkin hari kita.
    Daripada peminatmu di Singapura…[/quote]

    (HELO SISTER APER MENDIANG2? INGAT ARUAH KAFIR KER?!!!! ALLAHYARHAM LAA….APE PUN AL-FATIHAH…..

  10. lady diana on June 27th, 2007 3:44 pm

    PENDARAHAN DALAM OTAK.MENINGGAL MASE BEDAH,PALING HARU TENGOK ANAK LELAKI ARUAH KECIK LAGI DA TAK DE AYAH,RASA NAK MERAUNG RASENYE….

  11. Iman on June 27th, 2007 4:58 pm

    AL-FATIHAH!

    DIANA, TAKKAN TAK TAU NAK BEZAKAN ANTARA KAFIR DAN ISLAM APA SEBUTANNYA.

  12. carpe diem on June 28th, 2007 12:41 am

    menggunakan perkataan mendiang tak semestinya menunjukkan kafir, boleh juga digunakan. kan bahasa melayu tu.

  13. spinMD on June 28th, 2007 5:23 am

    apara korangnie…perkataan mendiang nie biasa digunakan oleh rakan Singapura & Indonesia , so apa gaduh2? Tapi apa pun kepada yg Islam , lebif afdal kita gelar simati dengan aruwah.

    Ingat , bahasa menunjukan bangsa.

  14. cobaan on June 28th, 2007 7:39 am

    Aruwah ke Arwah? Allahyarham kan lagi senang….

  15. lady diana on June 28th, 2007 10:13 am

    akum kengkawan,

    Untuk pengetahuan kengkawan memang la mendiang dengan allahyarham tu sama maknanya,tapi kenapa tujuan kepada yang macam mana tu membezakannya.Korang bayangkan la Nabi junjungan kita tu kita panggil Mendiang Nabi Muhammad sesuai ke tak? kita nak panggil allahyarham utk Nabi Muhammad pun tak de taraf kita dengan dia.Siapa dia dengan kita? Dia kekasih Allah and kita ni sape disisi Allah entah2 tak de tempat,kita ni kerdil sangat2.So kenapa dia membezakan cam tu nanti bila orang tanya siapa yang meninggal? Allahyarham si polan terus kita tahu dia ni muslim.Tapi kalau orang sebut aje mendiang orang boleh tahu dia ni bukan muslim.Kalau kat Sabah sana korang bleh bezakan tak mana satu muslim dengan bukan muslim?diaorang bukan muslim pun pakai ‘Bin’ dgn ‘Binti’melainkan tengok ic la kan.Saya ckp ni bukan takat hentam je,kita kaji.Org tua2 memang marah dlm bab2 ni sensitif.Saya pernah hampir nak kene penampar sebab salah cakap cam ni.Tak tau la kalau tempat korangkan……

  16. spinMD on June 28th, 2007 11:32 am

    lady diana, masalah pangilan allahyarham atau mendiang tidak timbul di Malaysia, ini kerana negara kita mempunyai system pengurusan Agama yang betul. Kita ader majlis Ulama yang seragam, it pasal kalau timbul perkara ini kita akan melenting.

    Tapi bagi negara Singapura & Indonesia, perkataan mendiang susah menjadi ibu lidah bagi mereka. Kalau kita tegur nanti mereka kata kita jaga tepi kain negara bangsa diorang..kan lain plak ceritanya. Kalau mamat melayu kat sini cakap mendiang, memang aku terajang lepang pakai flying kick tarap ke 100 hahahaha…

    Oklah… apa-apa pun, jangan kita gaduh pasal isu nie, lebih baik kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Izi Yahya yang sudah meningalkan kita, semoga dicucuri rahmat. Bagi saya, watak jahat dibawa oleh nya telah memberi impak besar kepada kita lebih2 lagi cerita Ali Setan & Embun. Industri perfileman telah kehilangan satu lagi permata bersinar.

    Eh pengarang, just nak tahu , ader tak berita mengenai (lupa nama artis tersebut) artis yang sakit yang menghidap sakit buah pingang, kecing manis & paru-paru berair yang disiarkan Melodi minggu lepas? Beliau terkenal dengan watak polis & jahat juga. Kesian kawan melihat cerita beliau, kerana tak mampu bayar sewa rumah dan menangung kehidupan harian keluarga sampai sangup menagig belas ehsan kawan2.

  17. lady diana on June 28th, 2007 12:26 pm

    sape pelakon yang sakit tu? saya x sempat tengok melodi hari tu sbb sibuk pindah rumah.

  18. din on June 28th, 2007 10:40 pm

    zana… ‘mendiang’ khas untuk non muslim. Alfatihah untuk arwah, semoga diringankan bebanan di akhirat.

  19. Harun on June 29th, 2007 8:10 am

    Izi Yahya adalah antara pelakon yang saya minati. Watak jahat yang dilakonkannya berjaya menyakitkan hati saya. Namun hati kecil saya sentiasa berkata dia seorang yang baik, jujur dan saya menyukainya. Semoga Allah SWT memberi rahmat dan menempatkan rohnya di kalangan orang-orang yang beriman. Marilah berdoa ke hadrat Allah semoga ahli keluarga Allahyarham tabah dan sentiasa berjaya dalam meneruskan kehidupan ini. Berikan perhatian dan sokongan.
    Al-Fatihah.

  20. lady diana on June 29th, 2007 9:54 am

    ha SpinMD saya da tahu sape pelakon tu tapi tak ingat nama dia.dia berlakon dalam KABIR HERO KABIR ZERO episod 2.yang dia jadi orang tua nyanyuk jalan merata-rata tu n dia curi moto kawan kabir tu kan?

  21. KakZEE on June 29th, 2007 12:53 pm

    Askum…
    Salam TAKZIAH buat keluarga Allahyarham
    Semuga Allahyarham ditempatkan bersama2 INSAN yang BERIMAN…

  22. Zana on July 1st, 2007 1:45 pm

    [quote comment="9495"][quote comment="9443"]Salam takziah pada keluarga mendiang. Semoga Allah mencurahkan rahmat ke atas rohnya. Kepada keluarga mendiang - tabahkan semangat dan kuatkan amalan kerana esok atau lusa mungkin hari kita.
    Daripada peminatmu di Singapura…[/quote]

    (HELO SISTER APER MENDIANG2? INGAT ARUAH KAFIR KER?!!!! ALLAHYARHAM LAA….APE PUN AL-FATIHAH…..[/quote]

    Hello semua,

    Mungkin Bahasa Melayu saya tidak begitu baik. Maaf atas kesilapan ini. Saya cross ref dengan Kamus Bahasa Melayu dan mendiang ertinya orang yang telah mati/meninggal. Tapi ia tidak menyatakan mendiang itu hanya untuk kafir sahaja. Maaf sekali lagi terutama kepada keluarga Allahyarham…

    - Zana :)

  23. Zana on July 1st, 2007 1:50 pm

    [quote comment="9531"]menggunakan perkataan mendiang tak semestinya menunjukkan kafir, boleh juga digunakan. kan bahasa melayu tu.[/quote]

    Saya rujuk kepada kamus dan mendiang ertinya orang yang telah mati/meninggal. Di kamus tidak ada nyatakan bahawasanya mendiang hanya untuk kafir.

  24. bakk on July 1st, 2007 1:59 pm

    alfatihah..

  25. Zana on July 1st, 2007 2:30 pm

    Assalamualaikum kepada semua pembaca,
    Terutama kepada lady diana dan din.

    Saya ingin menyusun sepuluh jari, meminta maaf terutama kepada keluarga Allahyarham dan kepada semua yang tersinggung atas kelancaran bahasa saya “mendiang” ini. Saya tidak tahu bahawa “mendiang” hanya untuk orang2 kafir sahaja. Di kamus hanya tertulis ertinya orang yang telah mati/meninggal. Ia tidak menyatakan hanya untuk orang2 kafir.

    Saya hormat dan akur dengan teguran anda semua. Terima kasih semua. Tapi yang saya kesali kenapa cara menegur itu tiada unsur ketimuran. Semoga kita sama2 renungkan jika kita ingin menegur kesilapan seseorang itu, prihatin dengan perkataan kita sendiri.

    Satu soalan kepada lady diana - Apa ertinya “Akum”?

    Sekian. Terima kasih. Maaf jika apa yang telah saya menulis ini, menyinggung perasaan mana-mana pihak.

  26. cybergal on November 6th, 2007 11:55 pm

    Lady diana & zana ,korang ni same je lebih kurang,bahase melayu korang masih weak lagi …yg sorang akum yg sorang mendiang ,jadik korang toksah kutuk sesame korang ok,sbb korang berdua same je ..hikhikhikh

  27. halima on June 2nd, 2008 5:08 pm

    Jangan lah gaduh baca fatihah pada Allahyarham banyak
    Itu menafaat kepada nya dan Arwah yang lain dan anda juga.

    Tegur biar lemah lembut …….Diana tu tersilap , betul dah lah. Jangan dok panjang.

  28. CLEAN N CLEAR on July 2nd, 2008 10:03 pm

    innalillah.. al fatihah .. kita yg msih brnyawa ni sma2 saling prbaiki sgala kesilapan n prbanyakkan amalan utk ‘bekalan d sana’ kelak ..

Leave a Reply




  • Be Our Fans!

    FACEBOOK-LOGO YOUTUBE-LOGO
  • Celeb Poses

    DIANA-DANIELLE-GALLERY DRSHEIKH LISA-SURIHANI-BANNER
  • Regional Gossipz

  • Panas!!!

  • Pasti Meletop!!


  • Jumlah Tengah Syok!!

  • Syok Mengomen!