Setelah 3 kali tertangguh untuk ke Tanah Suci Mekah, akhirnya hasrat Amy Search dan isteri beliau, Norish telah tertunai. Alhamdullillah saya ucapkan kepada mereka berdua. Pasangan itu bertolak ke Mekah bersama tiga anggota keluarga yang lain iaitu adik bongsu Norish, Syamir Rabbani, dan dua anak saudaranya, Nurmuhammad dan Abdul Mehmud. Amy dan isteri telah pergi ke Mekah di atas rasa kesyukuran ke atas kurniaan Allah terhadap kebahagiaan dan rezeki yang telah dikurniakan kepada mereka selama ini, termasuklah kelahiran dua anak yang comel, Alexander dan Sania.

Berkongsi pengalamannya, setelah 25 tahun melibatkan diri kepada dunia seni, di Tanah Suci menurut Amy, adalah ketenangan dan kedamaian yang sama sekali berbeza. “Saya dan isteri tidak berfikir lain selain dari ibadat, sebab bukan mudah untuk datang ke sana lagi,” tegas Amy. Amy merasakan kedamaian yang sungguh berbeza. Begitu juga ketika di Mekah. Amy berusaha sedaya upaya yang mungkin untuk berada di saf hadapan pada setiap kali solat, berdepan dengan Kaabah. Ketika di Raudah, yang terletak berhampiran dengan makam Rasulullah s.a.w. Amy sempat membaca doa yang amat menyenangkan. Yang dipinta sebaik pulang ke Malaysia hatinya kekal dengan kasih dan sayang, cinta yang sarat kepada kebaikan. Selama dua minggu, Amy melakukan sesi umrah sebanyak enam kali, sementara isterinya sebanyak lapan kali.

Amy Search & Isteri, Norish Bertudung

AMY SEARCH DAN ISTERI, NORISH DI MEKAH

[AGEN JAMBUL 008 - CHECK HIM OUT - CLICK HERE]

Norish kini sudah bertudung dan nampaknya Amy amat suka melihat keayuan isterinya bertudung. Alhamdulillah.

Amy Search & Isteri, Norish Bertudung - Anugerah AIM

AMY SEARCH & ISTERI DI ANUGERAH AIM 2007

[AGEN JAMBUL 008 - CHECK HIM OUT - CLICK HERE]

Selepas ini, jadi Haji pula ya Amy..Tuan Haji Amy Search.

Nabila Huda - Anak Perempuan Amy Search

NABILA HUDA – ANAK PEREMPUAN AMY SEARCH

Diharap Hidayah akan datang!

[eminimall products="panties"]