Setelah 3 kali tertangguh untuk ke Tanah Suci Mekah, akhirnya hasrat Amy Search dan isteri beliau, Norish telah tertunai. Alhamdullillah saya ucapkan kepada mereka berdua. Pasangan itu bertolak ke Mekah bersama tiga anggota keluarga yang lain iaitu adik bongsu Norish, Syamir Rabbani, dan dua anak saudaranya, Nurmuhammad dan Abdul Mehmud. Amy dan isteri telah pergi ke Mekah di atas rasa kesyukuran ke atas kurniaan Allah terhadap kebahagiaan dan rezeki yang telah dikurniakan kepada mereka selama ini, termasuklah kelahiran dua anak yang comel, Alexander dan Sania.
Berkongsi pengalamannya, setelah 25 tahun melibatkan diri kepada dunia seni, di Tanah Suci menurut Amy, adalah ketenangan dan kedamaian yang sama sekali berbeza. “Saya dan isteri tidak berfikir lain selain dari ibadat, sebab bukan mudah untuk datang ke sana lagi,” tegas Amy. Amy merasakan kedamaian yang sungguh berbeza. Begitu juga ketika di Mekah. Amy berusaha sedaya upaya yang mungkin untuk berada di saf hadapan pada setiap kali solat, berdepan dengan Kaabah. Ketika di Raudah, yang terletak berhampiran dengan makam Rasulullah s.a.w. Amy sempat membaca doa yang amat menyenangkan. Yang dipinta sebaik pulang ke Malaysia hatinya kekal dengan kasih dan sayang, cinta yang sarat kepada kebaikan. Selama dua minggu, Amy melakukan sesi umrah sebanyak enam kali, sementara isterinya sebanyak lapan kali.

AMY SEARCH DAN ISTERI, NORISH DI MEKAH
[AGEN JAMBUL 008 - CHECK HIM OUT - CLICK HERE]
Norish kini sudah bertudung dan nampaknya Amy amat suka melihat keayuan isterinya bertudung. Alhamdulillah.

AMY SEARCH & ISTERI DI ANUGERAH AIM 2007
[AGEN JAMBUL 008 - CHECK HIM OUT - CLICK HERE]
Selepas ini, jadi Haji pula ya Amy..Tuan Haji Amy Search.

NABILA HUDA - ANAK PEREMPUAN AMY SEARCH
Diharap Hidayah akan datang!




















syukur kpd tuhan akhirnya,amy dan isteri dpt menunaikan hasrat yg sanggat mulia ini.semoga amy dan keluarga bahagia hingga ke akhir hayat…….
harap pihak syokkahwin will advertise more on busana muslim.macam isteri amy pakai tu.quite stylish and yet still remain tutup aurat.hihi
w/pun aku bkn muslim..tapi aku suka tengok pompuan melayu pakai tudung…nampak mcm manis dan lebih bsopan…tapi eak..kbyk skrang pakai tudung main2 je..pakai bgaye je…klu pakai tudung tu ikhlas nampak lebih berseri2 lagi wajah mereka….ada beza nyer kan???itu pandangan mata beta je…..tp btudung mmg wajib disisi agama islam…ingat tu..selamat beramah……..
kalau pakai tudung nampak ayu sgt
betul tue Fiona, banyak wanita melayu pakai tudung just untuk main-main atau lebih dikenali sebagai tutup rambut jer. Balik keja jer, keluar pegi shopping ambik ko nampak rambut berkaler2. Ader plak yang pakai tudung, tapi lengan nampak, baju ketat nampak lengkok b*** hehehe… apa tue? Aku pun tak paham… adakah nak tunjukan pompuan tudung boleh gairah? ntahlah…
Aku bangga, papa ROCK kita Amny & isteri menjadi contoh kepada anak muda Malaysia. Yelah, rock…rock juga, Ibadah wajib kena buat! Syabas kepada Amy Search, aku solute ko 1000x.
Gua skong ngan fiona n spinMD,klu smua org brfikrn mcm korang kan bgus aman dunia..
Quote Paling Syok
wa…caya lu beb!!!!!!!!!!wa caya sama lu………..hehehe….abe hattan punye lagu…hehehe….
norish makin ayu bila bertudung….amy, i tabik spring kat u…..nabila pun cun sey….heheh…ramai yg kata muka i iras2 nabila huda…heheh….tapi i tak seseksi nabila…i bertudung….apape pun, nabiLA BEST…
caya lah amy!!!
lawanya wife amy…bgus la klu dah bertudung,cantik sungguh2..
hehehehhe
alhamdulillah abg amy dan isteri dah di beri hidayah,,smg berkekalan.harap ketenangan yg di cari selama ini sudah di temui.smg rumah tgga bhg hingga keakhiran hayatHarap abg amy dpt berdakwah dgn cara lain pulak…
alhamdulillah dhn hidayah drp-Nya.. smoga amy skluarga brbahagia n brkekaln hgga ke akhir hayat, amin.. insyaAllah .. Lawa la bju hitam norish tu ..sesuai tul dgn dia yg tinggi lampai tu ..