Sebagai pengguna Streamyx, kita mungkin menyedari bahawa kita membayar terlalu banyak untuk kelajuan sekadar 1mbps. Bayaran RM88 sememangnya sangat tinggi berbanding negara lain. Mungkin ramai yang mampu membayarnya, namun jika kita fikir secara terbuka, ianya lebih mahal dari bayaran bulanan sebuah motor untuk pinjaman 3 tahun !
Saya ingatkan dalam tulisan ini, kita sememangnya tidak boleh membandingkan kelajuan antara negara kita dan negara Eropah, Jepun mahupun Amerika Syarikat. Namun persoalannya, adakah perkhidmatan yang kita dapat setimpal dengan apa yang kita laburkan ?
Mengambil contoh penggunaan internet, telefon dan satelit TV. Sejujurnya sebagai seorang yang pernah tinggal di Eropah lebih 5 tahun, saya berasa agak terkilan dengan suasana di Malaysia. Saya akan huraikan satu persatu, termasuk huraian kenapa benda ini boleh terjadi.
Bagi kita pembaca blog dan pengguna internet, saya hanya akan menguraikan mengenai internet, telefon dan satelit TV secara am dan bukannya mendalam. Di Perancis, kos internet yang Wan pakai ialah 29.99euros sebulan. Ianya termasuk internet dengan kelajuan 28mbps, telefon tanpa had (unlimited calls) ke seluruh Perancis dan 48 negara lain, dan juga pilihan siaran TV lebih daripada 200 channels. Anda kurang yakin dengan dakwaan saya ini, sila lawat website Free, dan guna translator jika anda tidak boleh berbahasa Perancis.
Jika ditukarkan 29.99euros kepada Ringgit Malaysia, ianya adalah RM139. Namun saya lebih gemar berbicara dalam konsep kemampuan membeli. Kita anggap 30euros bersamaan RM30. Gaji minimum di France ialah 1330euros dan gaji minimum di Malaysia ialah (anda isikan sendiri)….. Maksudnya, jika anda bekerja di sana, gaji anda ialah 1300euros dan jika anda bekerja di sini, gaji anda ialah RM1300.
Saya telah jelaskan bahawa saya membayar 29.99euros untuk telefon, internet dan TV. Bagaimana pula di Malaysia? Di Malaysia, Stremyx berharga RM88 sebulan untuk kelajuan 1mbps, Let’s Talk berharga RM388 sebulan (utk panggilan nasional tanpa had tidak termasuk panggilan antarabangsa), dan Astro set penuh pula berharga RM139.95. Kos keselurahan untuk menikmati apa yang sama dengan French nikmati ialah RM615.95 ataupun 149euros… 5 kali lebih mahal berbanding France sendiri! Anda boleh google dan cari site berkaitan jika tidak percaya kepada fakta ini. Saya boleh buat huraian jika anda mahu.
Persoalannya, kenapa perkara ini terjadi? Jawapan ringkas ialah “tiada persaingâ€!
Kita ambil contoh penggunaan telefon bimbit di sini. Dengan tidak mengenepikan Digi, kita sentiasa melihat persaingan hebat antara Celcom dan Maxis. Jika dahulu SMS adalah 15sen untuk satu sms, harga SMS sekarang serendah 1sen dan 7sen. Apabila Maxis menurunkan harga SMS dari 15sen kepada 7sen, Celcom juga berbuat demikian dalam julat masa yang kecil. Apabila satu syarikat memulakan perkhidmatan “kongsi kredit†(airtime share), syarikat yang satu lagi juga berbuat demikina. Kenapa ini terjadi? Jawapan ringkas ialah kerana wujudnya persaingan yang sengit.
Bukan setakat internet yang tiada persaingan, TV satelit juga mengalami benda yang sama. Kita hanya ada Astro dan tiada pilihan lain kerana tiada persaingan. Dan separuh antara kita sedar bahawa kebanyakkan pilihan siaran di Astro, boleh didapati secara percuma di internet dengan menggunakan live-streaming.
Mungkin anda mengatakan saya melampau kerana membandingkan Eropah dan Malaysia. Namun, anda perlu sedar bahawa semua teknologi ini berasal dari Jepun, dan Jepun lebih dekat dengan Malaysia berbanding Eropah! Malah, jika Eropah menempah jentera internet dari Jepun, barang tersebut akan dihantar melalui jalan laut, dan akan singgah di Klang terlebih dahulu. Tidak mustahil kenapa kereta Jepun lambat sampai ke Eropah berbanding Malaysia.
Namun, kita tidak mengambil kesempatan kerana kos pelaburan yang tinggi. Di Perancis, terdapat lebih dari 10 syarikat yang menyediakan kemudahan pengkhidmatan internet. Dan mereka terpaksa bersaing. Sejujurnya, internet di Perancis pada 2002 ialah 42kbps, dan di Malaysia ialah 56kbps. Namun, kelajuan pada hari ini ialah 28mbps berbanding 1mbps. Sekali lagi saya ingatkan, semua teknologi dari Jepun dan dihantar melalui jalan laut yang melalui Selat Melaka !
Satu lagi idea, saya tinggal di Kubang Kerian, salah satu kawasan yang paling padat di Kelantan. Saya pernah menghubungi TMnet dan bertanyakan kenapa internet saya perlahan. Jawapan yang diberikan ialah: “Terlalu banyak connection dan pemancar kami tetap samaâ€. Dan jika ada syarikat lain yang bersaing, mungkin bilangan pemancar akan bertambah, pengguna akan bertukar syarikat, seterusnya TMnet akan menurunkan harga untuk menarik kembali pengguna.
Lupakan. Kita perlukan syarikat yang sanggup bersaing sengit dengan TMnet dan Astro, seperti sengitnya persaingan Celcom dan Maxis (dan juga Digi)
Mungkin kita perlu fikir sejenak bahawa kita membayar RM88 untuk sesuatu yang tidak berbaloi dan sangat perlahan.
Itu sekadar internet, hiburan duniawi bukan?
*Entry ini ditulis oleh Syazwan Zanini














at 6:28 pm
Banyak2 artikel dalam situs nih, artikel inilah yang aku rasa paling bagus. 1. kerana artikel ni memang kena tepat dengan situasi internet di malaysia skarang.(hampeh)
2. it’s a pleasant change to read something other than gossip and wedding stuff once in a while.
anyway, terima kasih.
at 3:09 am
gud post.. thx! =)
at 12:47 pm
Artikel syazwa zanini memang tersangat wajar,saya amat bersetuju,saya juga tinggal di kawasan kbg kerian,memang internet disini amat perlahan,kadang-kadang boleh kurang separuh daripada speed sebenar yg kita bayar setiap bulan,utk mengetahui speed anda,anda boleh memasang broadband speed test pada computer anda(dapatkannya secara percuma di laman web mozilla)..
mat ddolloh.
at 12:06 am
I have to say, that I could not agree with you in 100% regarding Personals @ Syokkahwin.com, but it’s just my opinion, which could be wrong
at 1:10 am
Itu adalah hakikat yang terpaksa kita terima kerana kita tiada pilihan. Seharusnya kita bersatu hati dan bersuara kerana kita ada kebenaran dan fakta yang jelas. Tidak pasti mengapa TMnet seolah pejamkan mata, tutup telinga setiap permasalahan yang diajukan. Jika negara kita ingin lebih maju mereka perlu lebih jujur. Lihatlah bagaimana Streamyx berjaya menghalang Jaring dari berkuasa? Hanya kerana talian telefon milik TM… Fikir-fikirkanlah.
at 10:39 am
bagus ulasan ni. i totally agree..
at 8:10 pm
i am totally agreed..pernah jugak terfikir untuk berhijrah ke eropah….
at 8:47 pm
i totally agree…
at 5:51 pm
sebenarnya mungkin korang x percaya…dulu ada 2 orang anak muda MELAYU .. propose kat jabatan telekomunikasi ..membangunkan 1 sistem internet melalui pot-pot talian talipon …
kelajuan lebih kurang sama di eropah..
ianya FREE,
di sebabkn free so ianya tidak boleh di luluskan…
ini la masalah malaysia…
cuba bukak minda sikit… sampai bila la rakyat malaysia nak ikut je…