PELAMIN INDAH NAS GREAT IDEA - KLIK SINI


Peraduan Sepuluh Ribu Seminit @ Era FM & Teka-Teki Tak Logik dalam Terbaru di Era! : Syokkahwin.com

Peraduan Sepuluh Ribu Seminit @ Era FM & Teka-Teki Tak Logik dalam Terbaru di Era!

Posted on August 22, 2007
Filed Under Jokes & Weird Stuff, [G] Malaywood

Peluang untuk mendapat duit raya tambahan untuk bershopping..hehe.. Diumumkan PERADUAN SERIBU SEMINIT di ERA.

BAGAIMANAKAH CARANYA?

  • Penyampai-penyampai ERA akan memberi soalan trivia yang bernilai RM100 setiap satu soalan.
  • Sebanyak 10 soalan akan di keudarakan sepanjang hari tersebut. Pemanggil terpantas boleh mencuba untuk memenangi RM 100 setiap segmen; atau
  • Kumpul 10 soalan-soalan tersebut dan menjawabnya ketika segmen AC, Hani dan Kieran Pagi Di ERA untuk berpeluang memenangi RM10,000 seminit keesokan harinya.

Mudah bukan! Jangan khuatir…. petunjuk-petunjuk akan diberikan dari masa ke semasa sepanjang hari sebelum atau selepas segmen peraduan untuk memudahkan para pendengar mencari jawapan bagi setiap soalan.

Jangan lepaskan peluang! Inilah masanya anda memenangi wang tunai lumayan daripada kami di ERA. Kami akan pastikan anda tersenyum lebar dengan wang tunai yang kami berikan di segmen ini.

Sepuluh Ribu Seminit@ERA akan bermula pada 20 Ogos dan berakhir pada 17 September 2007. Jadi, sentiasalah mendengar ERA dan menghubungi ERA untuk jadi pemanggil terpantas, seterusnya menyertai peraduan dan berpeluang membawa pulang sepuluh ribu ringgit dalam waktu seminit!!

RM200,000 untuk dimenangi sepanjang tempoh peraduan ini. Pastikan anda mendengar Terbaru Di ERA bersama AC, Hani dan Kieran, jam 6-10 pagi, setiap hari bermula 20 Ogos ini. Jangan ketinggalan!! Langgani Gossip Syokkahwin.com Terus Ke Email anda di sini!

Peraduan Cari Duit Era FM

———————————————————————————

Teka-teki Era: Dalam banyak-banyak kunci, kunci apa yang berlari??..

Jawapannya: Key-run atau Kieran…hehe..

Teka-Teki Syokkahwin.com: Dalam banyak-banyak kucing, kucing apa yang ada 2 kaki, tanpa ekor??

Jawapannya: Kucing Ajaib…hehe..

Anda ada teka-teki tak logik yang lain?? Sila kongsikan bersama!!

[READ INDO GOSSIPS - CLICK HERE]

————————————————————————

SYOK Inspirational Quote of the Day: You see things; and you say ‘Why?’ But I dream things that never were; and I say ‘Why not?’ - Bernard Shaw…

[READ INDO GOSSIPS - CLICK HERE]

Yasmin Hani - Bersuka Ria..

BERSUKA RIA BERSAMA YASMIN HANI DI ERA FM…

Other Hot Posts


SHARETHIS


FREE-ADVERTISEMENT

All comments are the 100% responsibilities of the commenters. In case of any doubt, kindly refer to DISCLAIMER.



Baca sahaja? Luahkan pendapat anda supaya mereka dengar!!

18 Responses to “Peraduan Sepuluh Ribu Seminit @ Era FM & Teka-Teki Tak Logik dalam Terbaru di Era!”

  1. jari manis on August 23rd, 2007 1:56 pm

    tak suka langsung ngan si hani tu, Ac ngan Kieran suka le..

    Hani tu dah la cekeding,pakai seksi lak tak cun langsung… bila tengok dia rasa cam ” skeleton” jerrrr….

    Hilang semua mood aku…

  2. LinDan on August 24th, 2007 1:35 pm

    Bingit la bla dgr AC ngan Hani pagi2 tu. Kecoh semacam. Bla jawap teka-teki, entah ape2 jawapan yg keluar. Tak masuk di akal langsung. Terpaksa la juga tahan telinga dengar, sebab takut terlepas Gitu2 Apek…. Anyway rindu kat K&K yg dulu

  3. diyan on September 15th, 2007 12:28 pm

    eee…. geram betl x penah aku dapat call untuk seribu satu minit di era.

    pastu satu lagi pasal iklan mawi angan amani tu menyampah aku dengar sibotak tu gelak.

  4. fayz on October 24th, 2007 1:30 am

    TEKA-TEKI SAIFUL APEK IN GITU-GITU APEK!

    1) Lubang ape yang rasanye hangat,nikmat dan nyaman?

    Answer: LU BANGun pagi2, tarik selimut pas tu tido balik.

    2) Minyak ape yang disukai oleh lelaki?

    Answer: MINYAKsikan pertandingan bolasepak Liga-M

    3) Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?

    Answer: Kuih salah bikin.

    4) Binatang ape power Karate?

    Answer: Kuda belang.cube kira brape black belt dia ade.

    5) Siape yang menemukan dompet kulit?

    Answer: Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye.

    7) Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?

    Answer: nPintu yang adetulis ‘TARIK’

    8) Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki…siapakah saya?

    Answer: Pembohong…

    9) Apa dia ‘Jauh di mata, dekat di hati’?

    Answer: Usus

    10) Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?

    Answer: Kutu rambut

    11) Nenek sape jalannya meloncat-loncat?

    Answer: Neneknye si katak

    12) Knape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?

    Answer: Sbb lelaki ni kan ‘buaya’

    13) Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?

    Answer: Dua-dua tak kenal korang…hehe

    14) Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?

    Answer: Tukang gali kubur

    15) Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?

    Answer: Tahi hidung

    16) Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?

    Answer: Dua-dua kalau dah ‘kringgg’ bole diangkat…

    17) Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?

    Answer: Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa …gile ape…

    18) Gajah terbang dengan ape?

    Answer: Dengan susah payah……

  5. haniza on May 17th, 2008 9:20 pm

    kuang3x

  6. CLEAN N CLEAR on July 1st, 2008 10:40 pm

    wakakahhhhhhh sampai kt kuang!

  7. mi_zal on July 9th, 2008 3:54 pm

    cam2 la era nak wat nak naik kan rating pendengar…wahai pengurusan era…korang just train si nana 2 blk…jgn bg dia ketawa mengilai2…bingit telinga ni ha!!lg 1 si linda onnn…gi antau kat sinar ke…dah x relevan dah kat era 2…dia 2 dah veteran!!era tuk org2 muda!!aaaa pas 2 era misti naik blk!!caye la cakap den ni ha!!

  8. dd on September 30th, 2008 12:29 am

    mi_zal KO NIE NAK DGR ERA KE X???
    BEST PER DIER ORG…
    KLU KO PENDENGAR ERA KO XLAH KUTUK PENYAMPAI DIER…
    BGI AKU DIER ORG PATUT TAMBAH PENYAMPAI JER…
    TAMBAH SARIMAH,SAZZY FALAK,FIZOW OMAR,AWAL ASHAARI DAN FARISH AZIZ…
    BLH MENINGKAT RATING

  9. acha on October 13th, 2008 12:07 pm

    mmg x ptt ckp mcm …slh dcc undang2 tau…lg pun skati diorang la nk letak sape kt era 2…

  10. jamilah on October 13th, 2008 12:23 pm

    siries era da x seronok mcm dulu… nak K&K….

  11. dd on October 18th, 2008 11:40 am

    per blh buat jamilah…
    kite kene redhalah…
    seperti yang aku katekan kat atas tu…
    dier cme perlu tambah penyampai n pindah reza ke radio lain…
    tu jer…pendapat aku jerlah

  12. puteri alissya on November 14th, 2008 6:47 am

    aaaaaaaaaaaaaa……….

  13. mantoba on November 14th, 2008 6:55 am

    memang TOL…tal LOGIK…………..:))

  14. labuchee87 on November 14th, 2008 10:43 am

    senak perott gelakkk gile babasss…waahhaaaaa memang x baloii..huahauaaa.

  15. syarif on November 24th, 2008 1:48 pm

    teka teki jenis apa la tuh..wahahaha

  16. suhana on November 24th, 2008 4:09 pm

    HUAKHUAKHUAKHUA…..ape la mcm2….fening kepala d buatnye…lawak nak mampos!!!!

  17. own on January 10th, 2009 8:37 pm

    ikan ape bdannya kurus tapi kepalanya besar?????
    hahahahahah tak tahu ke.

    ikan bilis pakai helmet nova la..hahahahahahahahahahahah

  18. own on January 10th, 2009 8:39 pm

    dalam buah nanas ada apa????? xkan x tau?

    ada spongbob la hahahahahah

Leave a Reply




  • Be Our Fans!

    FACEBOOK-LOGO YOUTUBE-LOGO
  • Celeb Poses

    DIANA-DANIELLE-GALLERY DRSHEIKH LISA-SURIHANI-BANNER
  • Regional Gossipz

  • Panas!!!

  • Pasti Meletop!!


  • Jumlah Tengah Syok!!

  • Syok Mengomen!