ANUGERAH JUARA LAGU KE-22 (AJL22) menyediakan lebih kurang 17 ribu tiket percuma untuk orang awam menyaksikan malam kemuncak acara itu di Stadium Putra Bukit Jalil nanti. Tiket-tiket tersebut boleh didapati di Sri Pentas, Bandar Utama dan juga di lokasi showcase AJL22 yang seterusnya iaitu di Greentown Mall, Ipoh pada 12 Januari ini. Cepat-cepatlah dapatkan tiket percuma ini!

Bakal menampilkan empat orang pengacara yang akan mengendalikan malam gilang-gemilang itu iaitu Cheryl Samad, Ally Iskandar, Fara Fauzana dan Faizal Ismail, Nasib baik bukan Linda Onn dan Fahrin!AJL22 ini juga dilihat meriah kerana menyaksikan finalis bagi 14 buah lagu untuk ketiga-tiga kategori Etnik Kreatif, Balada dan Pop Rock berentap dan antara penyanyi yang terlibat ialah Datin Seri Siti Nurhaliza, Mawi, Faizal Tahir, Ramlah Ram, Aishah, Nora, Misha Omar, Andy Flop Poppy, Jaclyn Victor, Lah Ahmad (Tiada Fabian), Sahri, Jinbara, Sofaz dan kumpulan Estranged. dan Fazli Zainal. AJL22 pada kali ini akan membawakan tema Music Magic.  AJL22 akan disiarkan secara langsung di TV3 dari Stadium Putra, Bukit Jalil pada 27 Januari 2008, jam 8.30 malam.

 ajl22

PESERTA BERSAMA TURUTAN PERSEMBAHAN AJL 22 NANTI!

SENARAI PENUH TURUTAN PERSEMBAHAN AJL 22 NANTI

  1. Farhana (Puteri Bumi Kenyalang) – Jinbara
  2. Samudera – Nora
  3. Harapan -  Fazli Zainal
  4. Destinasi CintaDatuk Siti Nurhaliza
  5. Mahakarya Cinta – Faizal Tahir
  6. Kasihnya Balkis – Aishah
  7. Sembunyi – Misha Omar & Andy
  8. Janjiku – Sofaz
  9. Izinkan Ku Pergi – Sahri
  10. Angan Dan Sedar – Mawi
  11. Ceritera Cinta – Jaclyn Victor & Lah V.E.
  12. Itu Kamu – Estranged
  13. Dirgahayu – Ramlah Ram
  14. Kasih Tercipta – Faizal Tahir

Ada kemungkinan besar Faizal Tahir dan Datuk Siti akan mengungguli malam ini nanti! Kita saksikan bersama-sama ya!

Sementara itu anak buah Syafinaz, TUNKU TIARA YASMIN SOFIA tersingkir di pusingan ketiga One in A Million 2 pada hari jumaat lalu. Persaingan merebut hadiah RM 1 juta itu diadakan di Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Mungkin kerana persembahan beliau yang kurang menyerlah.

 tunku-tiara

TUNKU TIARA KELIHATAN BERDUKA

YouTube Preview Image

TUNKU TIARA YASMIN IN ONE IN A MILLION 2 (OIAM)

YouTube Preview Image

SHILA SUNGGUH MENYERLAH – TIADA LOGIKA


Blog Widget by LinkWithin