Surat Akuan Bujang Untuk Kebenaran Kahwin

Anda berfikir ingin berkahwin? Tahukah anda bahawa sebelum berkahwin terdapat beberapa dokumentasi yang harus disediakan sebelum anda dibenarkan berkahwin oleh Jabatan Agama Islam Negeri. Bagi seorang lelaki, keperluannaya adalah lebih sedikit jika dibandingkan dengan wanita. Sebagai contoh bagi seorang lelaki yang beralamat di kad pengenalan di KUALA LUMPUR, antara perkara yang perlu disediakan untuk mendapatkan kebenaran berkahwin adalah:

  1. Salinan kad pengenalan
  2. Lulus ujian HIV (Borang perlu diambil di Pejabat Agama Islam Daerah)
  3. Surat Akuan Bujang
  4. Sijil Kursus Perkahwinan (yang asal atau original)

Selain itu anda perlulah telah mengisikan dengan lengkap borang permohonan untuk berkahwin yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Negeri (juga perlu diambil di Pejabat Agama Islam Daerah)

Selepas semua ini lengkap barulah anda boleh pergi berjumpa imam jurunikah di masjid kawasan anda (senarai diberikan di Jabatan Agama Islam Daerah) untuk mendapatkan tandatangan sokongan. Selepas itu barulah anda boleh berangkat ke Jabatan Agama Islam Daerah untuk menyerahkan kesemua dokumen tadi bagi mendapatkan sijil kebenaran berkahwin. Senang bukan?

Di sini bagi memudahkan anda semua, pengunjung Laman Syokkahwin.com, saya berikan contoh SURAT AKUAN BUJANG yang boleh digunapakai oleh anda semua seperti di bawah ini:

Tarikh:

Penolong Pengarah,
Bhgn Nikah, Cerai dan Rujuk
Pentadbiran Undang-undang Syariah
Tingkat 3, Blok Perpustakaan
Kompleks Pusat Islam,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
Jalan Perdana 50480, Kuala Lumpur

Tuan,

PER: SURAT AKUAN BUJANG

Adalah dengan ini diakui bahawasanya KHAIRY BIN JAMALUDIN No kad pengenalan; YYYYYY-10-XXXX, adalah seorang pekerja di syarikat ini dan mengikut rekod syarikat kami, KHAIRY BIN JAMALUDIN adalah masih seorang BUJANG dan BELUM PERNAH BERKAHWIN.

Surat akuan bujang ini hanya boleh diterima pakai sehingga selesai permohonan perkahwinan beliau.

Sekian terima kasih.

Yang benar

NAMA ORANG YANG MENGELUARKAN SURAT

Cop syarikat DAN TANDA TANGAN pegawai

BORANG PERMOHONAN KAHWIN WILAYAH PERSEKUTUAN

BORANG PERMOHONAN KAHWIN JAWI

UJIAN HIV UNTUK KAHWIN

UJIAN HIV YANG BOLEH ANDA JALANKAN DI KLINIK KESIHATAN TEMPATAN

Pada hemat saya sukar juga untuk pihak syarikat mengesan sama ada seseorang pekerjanya masih bujang atau sudah berkahwin melainkan melihat rekod syarikat. Selalunya orang yang sudah berkahwin mendapat faedah yang lebih dari segi biaya perubatan isteri mengandung dan sebagainya. Oleh itu sudah semestinya mereka akan merekodkan diri mereka sebagai sudah berkahwin. Bagi syarikat yang kecil, ini agak sukar dikesan. Jika ini berlaku, ini antara anda dengan Allah sahajalah untuk berlaku jujur. Ada juga cerita-cerita di luar sana yang mengaitkan artis atau Datuk-datuk yang berkahwin di Thailand. Ini semuanya berlaku tanpa kebenaran yang sah pejabat agama Malaysia dan melalui prosedur yang betul. Memanglah rukun nikah tidak memerlukan borang dan birokrasi pejabat agama. Tetapi kesemua ini adalah untuk kebaikan diri anda juga. Kadangkala gadis yang anda nikahi masih lagi belum bercerai dengan suaminya. Lebih-lebih lagi sekiranya anda bernikah dengan orang seberang. Prosedur yang dilakukan oleh Jabatan Agama ini adalah bagi memastikan perkara-perkara seperti ini tidak berlaku! Mahukah anda berzina dan ditipu hidup-hidup oleh wanita yang hanya mahukan wang anda sahaja? Fikir-fikirkanlah!!

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai prosedur perkahwinan, sila ke laman Syokkahwin. Jangan lupa mendaftar untuk menjadi ahli istimewa Syokkahwin.com dan mendapat ebook misteri ya di SINI.



Go Explore!!


You like this post? Perhaps you would like to subscribe to Syokkahwin.com's daily news direct to your mailbox! Subscribe Here.

11 Responses to “Surat Akuan Bujang Untuk Kebenaran Kahwin”


  1. 1 jane dol Feb 14th, 2008 at 3:50 am Quote

    This article is such an eye opener. Thinking about tying the knot soon Fayz?

  2. 2 fayz Feb 14th, 2008 at 7:33 am Quote

    Insya Allah bulan 5 nie..jemput datang ke johor..

  3. 3 MAYBELINE Feb 14th, 2008 at 7:50 am Quote

    fayz, I’m sure you won’t be inviting MAYBELINE to your wedding sebab I rasa you were angry at me for offending your clients ni. Tak ape lah, kalau tak jemput. I won’t be kecil hati, instead to congratulate you and your future spouse on your beautiful wedding day. Sincerely, MAYBELINE

  4. 4 fayz Feb 14th, 2008 at 9:47 pm Quote

    tak fahm..semua dijemput..makan buffet nie..;-D

  5. 5 jane dol Feb 15th, 2008 at 3:08 am Quote

    This is great news, Fayz.
    Hope everything goes as planned. Don’t forget a jumbo posting on this blog…!

  6. 6 labuchee87 Jun 30th, 2008 at 10:45 am Quote

    kawin..kawin…kawin……

  7. 7 WADA::ROOM1122 Jun 30th, 2008 at 10:59 am Quote

    ooooo…..abang fayz kiter ni da kawen ghuper nyerrrrrr..ingat maseh SOLOOOO………hehehehehheheheh:))..alahaiii labucheee………..kiter charik yg lain lerrr…hheheehhehhehheh!! yehaaa!!!!!jgn mare fayz….wada guwau guwau jekkkkkk……..

  8. 8 labuchee87 Jun 30th, 2008 at 11:18 am Quote

    a.ah la wada..lets gon…wahahhahahaha

  9. 9 CLEAN N CLEAR Jul 3rd, 2008 at 12:06 am Quote

    FAYZ .. x dak gmbaq msa wedding aritu ke?

  10. 10 jane dol Jul 3rd, 2008 at 1:23 pm Quote

    Nasib baik Clean n Clear ada…akak pun tengah tunggu ni!!

  11. 11 CLEAN N CLEAR Jul 5th, 2008 at 3:38 am Quote

    JANE DOL x nk share gmbar wedding gak ke kt sni? Alaa .. bolehlah .. plizzzzzzzzzzzzzzz…

Leave a Reply

Quote selected text




Can You Handle This?


PERCUMA

Langgani Syokkahwin.com melalui email anda:

 

Delivered by FeedBurner

 

Jumlah Mereka Yang Sudah Syok!

 

 Add to Technorati Favorites

 

Don't forget to bookmark this site (Press CTRL+D)


LINK TO US!! FREE BADGE!!

JUST COPY & PASTE

THE CODE BELOW

 Blog Gossip Malaysia, Indonesia, Singapura, Bollywood & Hollywood, Weddings, Love & Relationships, Movie Reviews & Events

Fantastic Offers!

Image Hosted by ImageShack.us

 syokkahwin-logo

Wedding-Diary-Logo

Amazingly Syok!


ford-models-fashion-news1


About Me

Climbing my way to the top! A blog about passion, excitement, fun and quirks.

Contact Me

Latest Post

RSS

Category

Top Commentators

Show Reviews



Wedding Favor Ideas


Sensational Masterpieces


Women's Secrets

Wedding Chocolates & Gifts

Wedding Chocolates

Wedding Cakes

Wedding Cakes Tips

Indonesian & Indian Wedding Cards

Indonesian Wedding Cards



Radio Online





Other Stuff


Best Malaysian Sites
Malaysia Blog Sites Listing
Singapore Blog Sites Listing

eXTReMe Tracker


Malaysian Topsites - Top Web Sites in Malaysia


World Top Blogs - Blog TopSites
BlogRankers.com

Blogion.com - the definitive blog directory
submit a blog


Entertainment Blogs

Register for free widgets at www.blogskinny.com and increase your reader traffic
Outpost
DigNow.org
Webfeed (RSS/ATOM/RDF) registered at http://www.feeds4all.com
Malaysian Blogsphere Search

Tech Stuff


Add to Technorati Favorites




Close
E-mail It
Rodney's Kontera DynamiContext Plugin plugged in.