PADA SETIAP KESETIAAN ADA KECURANGAN
Posted on February 19, 2008
Filed Under [SKW] Tips Tentu Syok
Sebelum dapat memang ingat bagus sangat, tapi setelah betul-betul menjadi hak milik baru sedar kekurangannya. Ini selalu tidak disedari oleh pasangan-pasangan bercinta. Sewaktu bercinta langsung tak nampak cacat celanya tapi setelah betul-betul hidup sebumbung, mak datuk, banyaknya masalah…..
Dulu sewaktu dipelihara ibu ayah tak pernah kena tempeleng, sekarang sejak berkahwin asyik makan sepak terajang. Yang hairan cukup masa anak masih bertambah juga.
Bukan tak boleh menaruh harapan setinggi gunung, tapi berpada supaya tidak ‘gila’. Masalahnya anda terlalu mencintai, terlalu menyayangi, terlalu mengasihi, akibatnya anda tidak akan percaya dengan semua kecacatan yang ada. Bukan tidak ada orang sampaikan itu ini, begitu begini, tapi anda tidak mahu percaya. Kadang-kadang tegahan daripada ibu ayah sendiri tidak diendahkan malah mereka ditempelak. “Ah, bukan emak yang nak kahwin!â€
Kenapa biarkan luka ini semakin dalam? Kenapa biarkan rindu ini menjadi parah? Kenapa biarkan air mata ini kian berderai? Kenapa biarkan kesepian ini begitu mencengkam? Kerana aku tak pernah berhenti merindu pada keindahan yang pernah tercipta antara kita.
Berpadalah dalam menyayangi, mencintai dan mengasihi sewaktu di alam percintaan kerana terlalu menyayangi, mencintai dan mengasihi akan menyebabkan anda sanggup berkorban. Pengorbanan tak bertempat selalunya membawa padah.
Pada setiap keindahan, sedarlah ada keburukan. Pada setiap kesetiaan awaslah pada kecurangan. Pada setiap janji percayalah ada kalanya akan dimungkiri.
Cinta menjadikan manusia BUTA, tidak dapat menilai hakikat sebenar. Maka, elok lah tatkala bercinta seseorang dijadikan tempat bertanya. ALLAH swt sentiasa di atas, Nabi sentiasa diingati, ibu ayah tak pernah dilupakan, menebat diri dengan ilmu pengetahuan dan mencintai diri sendiri diutamakan. Jika lima elemen ini berada di puncak, apa jua masalah yang muncul dalam bait-bait cinta dengan mudah dapat diatasi. Tidak mungkin bunuh diri kalau ALLAH swt masih ada, tidak mungkin dikorbankan kalau ingat Nabi, tidak mungkin derhaka kalau ingat ibu ayah, tak mungkin kecundang kalau berilmu dan tidak mungkin pipih dihimpit permasalahan cinta kalau sayangkan diri sendiri.
Ingat lah!!!…..Jiwa-jiwa yang gelisah akan panik menghadapi kesusahan, manakala jiwa-jiwa yang senyum akan mengatasi kesusahan dengan mudah…fikir-fikirkan lah…
Other Hot Posts
All comments are the 100% responsibilities of the commenters. In case of any doubt, kindly refer to DISCLAIMER.
Baca sahaja? Luahkan pendapat anda supaya mereka dengar!!
55 Responses to “PADA SETIAP KESETIAAN ADA KECURANGAN”
Leave a Reply





































yup…agree with dis statemnt….berpada2la in everythng we did…
agree 500%!
Syukur..saya tidak mempunyai suami seperti itu. Suami sy terlalu penyayang, memahami & mgambil berat wpun kami telah mpunyai anak. Sepak terajang jauh sekali inikn pula untuk menampar. Bergaduh amat jarang sekali..tetapi lidah lagikn tergigit..2008 thn ke-5 usia rmhtangga kami. Sy terlalu bahagia..kami sering bercuti, keluar bjln & pergi mkn2 persis pasangan yg baru bercinta!! sy benar2 bersyukur & bertuah..menjadi isterinya & memiliki seorg suami sepertinya..SYUKUR PADAMU TUHAN..AMIN..
KITA DICIPTAKAN UTK HIDUP BERSAMA…
I agree sangat-sangat! Sebab terjadi pada I. Masa belum kawin kita tersepak batu, batu dimaki bodoh. Bila dah kawin, kita dimarah buta ke?!!! batu pun tak nampak. Belum kawin naik kereta pintu dibuka untuk kita bila dah kawin, kaki baru masuk sebelah kereta dah jalan sampai tercicir kasut. Turun kereta dia lesap hilang jenuh nak mencari!!! Dah tu, hari-hari panggil ‘bodoh’. Penat mak dan bapa bagi nama elok2. Tapi yang menyayat hati masa sakit nak bersalin, kena sumpah seranah dengan suami bukan nak kesian tengok kita sakit. Bersabung nyawa untuk melahirkan anak. Tapi bagaimanapun terpulang pada seseorang. Jadi berhati-hati sebab perjalanan masih jauh dialam perkahwinan.
nasihat tuntong buat semua wanita di sana, wlaupun hanya kali pertama kita di sepak terajang, cepat-cepatlah besarkan hal ni, lapor kat keluarga, polis dan jabatn agama islam.
Kalau kali pertama dah kecoh sekampung, nescaya dia tak berani buat dah.. percayalah….
Kaum lelaki semakin melampau jika kesalahan pertamanya didiamkan…
di antara tips untuk kekal bahagia dlm alam rmahtangga: redha,taat,positifkan minda,ilmu dan iman yang kukuh..insyaalllah..berbahagia lah anda hingga ke akhir hayat..SETIAP UJIAN ITU MENANDAKAN ALLAH SAYANGKAN HAMBA2NYA
hemm.. agree ngan statement nih..
adakah keadaan ini membuatkan orang takut untuk berkasih dan bercinta? tepuk dada tanya selera..
Masa bercinta mmg semua indah, bau tahi pun macam minyak wangi,awal 5 tahun perkahwinan pun masih sama masih sayang,tapi ingat bukan semua indah belaka..after 10 years banyak dugaan especially bila husband and wife bekerja, anak dah bertambah,,masalah keuangan, family etc..sometimes kita di uji or kita sendiri yg create diri kita untuk di uji.tapi ingatlah suami or isteri yg kita punyai maybe tuhan dah ciptakan itulah yg terbaik..no one is perfect but always try to be good one ..that`s most the important things.selalu bersyukur dgn apa yg kita ada..
Saya akui sebab saya melaluinya. Kini yang ada hanya kekuatan untuk terus hidup tanpanya……
Memang orang dulu2 kata kalau jadi jantan memang beruntung, kebanyakkan nasib perempuna saja yang rugi kelak.
That is why I ambil PC Notebook, laptop ni bersembang dengan kauorang di Heathrow Airport tanpa kehadiran kaum Adam disebelah aku ni. It’s nice to have a darling suami kat sisi mu, tapi sebagai perempuan nak buat kommitment macam ni kena betul2 prepare diri dari segi mental, fizikal ,rohani dan kekuatan agama. Tanpa kehadiran benda2 yg disebut ni, akan menunggu dugaan yg lebih teruk dan mencabar di masa depan.
Wasalam, MAYBELINE
Yup…Mmg tak dinafikan mmg ader kejadian yang sebegini…Bukan jarang2 g dah…Dah kebiasaan…Dulu sblm berkahwin sepak batu pun, batu yang dimarahi …Tapi skunk????Jadi kepada yang sudah bekerluarga tu pandai-pandailah menjana hidup sbg suami isteri…Apa yang penting dalam setiap hubungan adalah sifat saling memahami, bertolak ansur….Cuma satu jer ingatan…Restu ibu dan bapa adalah yang paling penting…Jangan sekali-kali membelakangkan mereka…..
dlm zaman skang ni mana leh pecaya…lg kta maju lg byk dugaan…
Dieyanna, betul kata kau tu, very agree. Walaupun jalan cerita dan nasihat kau tu lebih berunsurkan adat2 tradisi, namun segala kata2 kau tu memang betul, Maybeline agreed 800%. Well done Dieyanna!
Wasalam, MAYBELINE
Giraffe, you’re right, too! With the new modern civilization, there are thousands of new prospects of challenges and choices waiting for our decisions and actions, just react to the best that suits your needs!
Salam mesra, MAYBELINE
trlbih dahulu sy ucapkn smga para2 istri di sini mndpt ptnjuk hikmah di sblk kjadiaan.renungila,takala kita diambang kesedihan pasti ada org yg lbih sensara dr kita dan kita patut brsyukur kpd allah yg menciptakan adam dan hawa seperti mana dia mncipta jodoh kita bersama suami tercinta.pengalaman sy brmula dgn manis skali pd awalnya..tp,ku sangka panas hgga kepetang tp hujan ditgh hr.7.1.2008 genap 4thn usia perkhawinan kami.allah tlh mnguji ksabaran kami shgga kami rasa sudah putus asa utk truskan perkhawinan ini,tapi dgn ber kat ksbaran yg ada kami msh teruskan jua.shgga kini kami masih brsedih krn msh lg tidak dikurniakan zuriat.kadang kala setiap kali kami bermesra brsama anak buah tersentuh hati kami shgga kami mgalirkan air mata dan tedetik dihati kami”oh…jika awal 2x lg kami dikurniakan zuriat pasti anak kami sebaya dgn aliya maisara iaitu anak kpd adk iparku”.sbnrnya aku masih dara dan berkhawin dgn suamiku duda 6thn tiada anak..campur tolak tambah hampir 10thn suamiku menunggu zuriat.tapi alhamdllah dgn brkat ksbaran yg msh ada,kami ttp akan bersabar..
aku jumpa suami aku, mmg loving…bcinta xlama sbb aku rs dialh orgnya.Bila dh kahwin,hidup bkn btmbh sng.Tp x ksh sbb aku syg lgpun ms 2 suami aku baik.Mcm2 yg aku lalui.Prnh mkn pg kais pg,mkn ptg kais ptg.Pnh jgk aku meryau sekitr kwsn rmh semata2 nk cri kalau2 ada kangkung @ pucuk ubi yg tumbuh liar.Tp bila senang, keje gj besar duduk dlm ofis…bru la nmpk dunia.Belang sbnr mula keluar, lyanan dh x mcm dulu.Bila sah curang, mula cri jln keluar..apalagi kita jgk yg dipslahkn.Kononnya kita jhat mulut asyik
membebel…padahal dulu x prnh plak kish!Dh x ingt sush snng yg prnh lalui bsama.Pgorbanan kita yg lps pun blum trbls, bkn aku minta duit cuma sdikit penghargaan.Bila org dh x suka kt dia, muka ni la jgk yg dia nmpk.Dan aku, samada BERKORBAN @ TERKORBAN rela demi masa dpan ank2 aku yg 6 org ni…kalau le ada yg bleh bwk aku kuar dr semua ni!!!
[quote comment="60329"]Syukur..saya tidak mempunyai suami seperti itu. Suami sy terlalu penyayang, memahami & mgambil berat wpun kami telah mpunyai anak. Sepak terajang jauh sekali inikn pula untuk menampar. Bergaduh amat jarang sekali..tetapi lidah lagikn tergigit..2008 thn ke-5 usia rmhtangga kami. Sy terlalu bahagia..kami sering bercuti, keluar bjln & pergi mkn2 persis pasangan yg baru bercinta!! sy benar2 bersyukur & bertuah..menjadi isterinya & memiliki seorg suami sepertinya..SYUKUR PADAMU TUHAN..AMIN..
KITA DICIPTAKAN UTK HIDUP BERSAMA…[/quote]
hi,..
harap2 berkekalanlah apa yg awak alami sekarang, sbb perkahwinan awak baru je masuk tahun kelima, tengoklah 5 tahun lagi or maybe 10 tahun lagi adakah masih sama? sometime kita jgn cepat berbangga and cakap besar..di setiap kesatiaan pasti akan ada kecurangan..
cheers.
lynnn… hope biarlah bpanjangan ea..amin..
[quote comment="60501"]adakah keadaan ini membuatkan orang takut untuk berkasih dan bercinta? tepuk dada tanya selera..[/quote]
bercinta?.. sape pn xtakut masakan ada orang leh sahut cabaran ngan bcinta ngan mcm2 jenis umat manusia.. laki orang lh, bini org lh.. anak dara, ngan bapak sendiri, pak cik & dll.. becinta ni sronok..lupa dunia..pendek ceta sume bestlah..nikmat berkasih..tp dlm time 2 hati2 lh ea..zamn skang nih..mana leh pecaya anak selori pn kata bujang g..hemm ntahlah manusia..mcm kate faiz..tepuk dada tanya slera dh kena baru tau..
[quote comment="61061"]trlbih dahulu sy ucapkn smga para2 istri di sini mndpt ptnjuk hikmah di sblk kjadiaan.renungila,takala kita diambang kesedihan pasti ada org yg lbih sensara dr kita dan kita patut brsyukur kpd allah yg menciptakan adam dan hawa seperti mana dia mncipta jodoh kita bersama suami tercinta.pengalaman sy brmula dgn manis skali pd awalnya..tp,ku sangka panas hgga kepetang tp hujan ditgh hr.7.1.2008 genap 4thn usia perkhawinan kami.allah tlh mnguji ksabaran kami shgga kami rasa sudah putus asa utk truskan perkhawinan ini,tapi dgn ber kat ksbaran yg ada kami msh teruskan jua.shgga kini kami masih brsedih krn msh lg tidak dikurniakan zuriat.kadang kala setiap kali kami bermesra brsama anak buah tersentuh hati kami shgga kami mgalirkan air mata dan tedetik dihati kami”oh…jika awal 2x lg kami dikurniakan zuriat pasti anak kami sebaya dgn aliya maisara iaitu anak kpd adk iparku”.sbnrnya aku masih dara dan berkhawin dgn suamiku duda 6thn tiada anak..campur tolak tambah hampir 10thn suamiku menunggu zuriat.tapi alhamdllah dgn brkat ksbaran yg msh ada,kami ttp akan bersabar..[/quote]
ryn..sume ni ketentuan ilahi..if kta sabar dh tentu ada hikmah & balasannya..
takder zuriat tak bermakna kita tak boleh hidup bahagia…Adik Ryn…
anak itu rezeki/ amanah dari Allah… kalau Allah tak bagi sekarang, maknanya ada hikmah di sebaliknya… mungkin kita sendiri masih belum cukup persediaan untuk menerima amanah itu… bersabarlah… Allah tak jadikan segala sesuatu dengan sia - sia….
Adik Ryn… akak faham sangat perasaan tu sebab akak juga berada di landasan yang sama… mungkin lebih lama.. sebab hari ni genap usia perkahwinan akak 14 tahun tanpa zuriat… Alhamdulillah.. akak dikurniakan suami yang sangat memahami… sekalipun kami diperli / dikeji saudara - mara hanya kepada suamilah tempat akak mengadu dan sebaliknya…
Apa yg perlu kita lakukan ialah bersabar dan berusaha jangan sesekali putus asa… sementara itu menumpang kasih ajelah ngan anak2 buah…
paling penting jaga hubungan kita dengan suami… jangan sampai sebab takde zuriat kita kehilangan suami dan kebahagian yg kita idamkan selama ini…. Janganlah kita mula menyalahkan antara satu sama lain … sebab anak itu rezeki dan hak daripada Allah.. dan berdoalah semoga dia mengurniakan anugerah itu kepada kita tatkala kita benar - benar bersedia….Cabaran sebagai ibu - bapa hari ni bukan sedikit … mungkin kita rasa kita boleh.. .tapi Dialah yang Maha Mengetahui…
Berusaha.. berdoa dan bertawakkal lah… Dik… InsyaAllah… Satu hari nanti…. satu hari nanti…
jz nak share or munkin cuma nak luahkn prasaan, kawen nak masuk 7 taun.seawal sebulan kawen dah start dikasari;macam2 sampai lebam2 dan patah gigi.tp ckp kat kluarga jatuh tangga!x penah cakap kat saper2 pon hubby sker pukul bile gadoh.naper ek?malu, aib sendiri, aib suami..hubby penah paksa tuntut cerai kat pjbt agama,tp kite sendirik yg xsanggup nak tunjuk muka nak mintak cerai.xsanggup nak mngadap family..naper ek?skang dah 3 anak.mula2 kawen hidup susah giler..kdg2 xde duit nak byr sewa n beli susu/nappy.tp gadoh ttp kene pukul smpai benkak sana sini.rase cam nak bunuh dirijer,astagfirullah..masih kuatkan smgat utk terus hidup.kita layan makan pakai suami,buat kejer rumah etc.alih2 kite kene sepak teranjang balik-pastu mintak maap.kadang2 rase x tertanggung dek kudrat pompuan kite yg makin hari makin lemah.sanggup nak tambah anak demi nak tambah kasih berumahtangga.tapi pretnen pun kite kene blasah sampai tinggal kesan sampai arini.kdg2 pikir cam xkesian ker buat kite camtu.hubby kate mulut kite kuang ajar,besar kepala,mak bapak xcukup ajar..biar die yg ajar.sedeh cam xleh nak bela diri langsung.setiap cakap kita maksudnye kite tunjuk pandai dah suka menjawab, kite xnak dgr cakap die.hati remuk,kecewa, rajuk,makin jauh hati, hati macam mati..cam xmampu nak pndang muka suami walaupun tau berdosa wat camtu..tp rasa sgt pedih ingat kesah sendiri..tapi masih beri laluan suami lpskan hjt.masih pendam sglnya.xpenah share ngan sesape.alhamdulillah 3-4 taun kawen idup makin senang.rezki anak.leh naik keta besar.umah agak selesa.lg sbln nak branak anak nomo 3,dpt tau hubby ade grfriend umo 18taun.seksi-pengamal sex bebas(blasah mane2 bekenan).bdk ni anak besfren kiteowng.dah cam ank sendiri.slalu bertangdang umah n makan2 n lepak sefamili.satu ari bwk balik umah kite hubby yg suggest bekali2 kononnye nak tolong ringankan keje2 umah.mlm tu kita tgkap hubby dlm bilik pompuan ni.die kate ngigau n blame kite sbb byk sgt restriction kalo nak brsama.jamtu jugak die ajak pompuan ni kawen sbb die kate dah telanjur masuk bilik die dan dh stat wat bende2 xpatut kat pompuan tu.sian kat pompuan tu..dia innocent.lg pon takut nanti pompuan tu cite kat org-malu.so kite tolong risik kat mak budak ni while laki kite cakap sendiri ngan bapak die yg die nak kawen nagn anak die.bapak die menentang keras!so xjadi kawen kite suh stop berhubung ngan budak ni.pelik hubby xleh nak buang budak ni sedangkan die kata die xde ape2 melainkan insiden ngigau tu.smpai die nak ceraikan kita..seminggu sblm branak kite dpt tau yg sebenarnye hubby kita ngan budak tu memang cintan giler semenjak2 sblm dtg tido umah kite lagi.so adegan ngigau tu suma hanya lakonan blaka utk kaburi mata kite.utk tunjuk yg die innocent.ujung2 kite jugak yg dipersalahkan dan kene tanggung sgl tuduhan.bila dah kantoi die ngamuk cam org gile.mase tu skali lagi die nak ceraikan kita.bukan nye rase besalah..lagi kite dimaki hamun..kate kite layan die xbaik selama kawen ni,die hidup seksa slama betaun hidup ngan kite dan macam2 lagi..sedeh kecewa hampa etc.skang baby dan 4 bulan..katenye dah xcontek lansung pompuan tu.mak bapak pompuan tu pun kate camtu.tapi pedih..xleh nak lupe langsung.trauma..setiap detik tu sgt jelass trbayang. lagi die bg kite macam2 tohmahan..lepas pntang ari tu bedesup-desup die blasah muke n kepala kite sbb unkit kesah gfren die…sedehnyer..tgh carik petunjuk.mntak hidayah dr yg esa.hari2 meraung dlm hati.nak luah x tau nak cakap kat sapa.tiap kali sembayang ngaji meraung senyap2 pdNYA.mintak hidayah.dlm hati ni rase nak bunuh org jer.rase nak siat2 pompuan tu.kat hubby jgn cakap la marah dan kecewa yg camne,tp apelah mampu dan daya kite.kdg2 rase nak bunuh diri tp xguna.dosa.rase nak lari..xtau nak gi mana.jauh hati sgt ngan suami.rajukk sgt.tp die sgt keras ngan kite.kita harap die pujuk2 la tapi die dgn ego nya.hal pompuan ni xleh usik langsung!rase cam xmampu nak hidup ngan hubby lagi..tp x sanggup brpisah. anak2 nanti camne..dilemma. minta allah beri kekuatan tuk terus perjuangkan kesabarn.mintak diberi kesabaran yg tinggi.teringin sgt nak jadi isteri solehah..nak raih keredaan suami dan keredaaan allah…tp mampukan melankau sgl musibah yg dtg ni..tolonnnlah..bg la kekuatn ya allah…amiiinnnn..
bila teringat bagaimana wada kena dera……..di ikat kaki ke atas..dan kepala ke bawah…….timbul rasa ngeri dan takut..pada lelaki…maseh ada kah lelaki yg penyayang.sepenuh hati tak pukul bantai bini…tak dera bini…….alahai…nampak2 wada jadi ANDARTU sam[pai tua….:))
hurm… wat should i say.. im confuse.. im in luv with somebody yang btol2 care 4 me.. the thing is dye jealous, baran n ego sangat22.. kami bru b’cinta.. 2year .. b4 this dye penah ckp yg dye slalu pukul xgf dye.. but dgn i dye penah lempang i skali je 2 pon cuz secara xsengaje.. sory 2 say, i mengamok gle2, i said so much bad words 2 him.. bcuz no body eva treat me that way.. and than dye ckp sory sgt2.. dye xsengaje n dye janji xkan buat da smpai ble2.. cuz i ckp dgn dye, klu terjadi lagi skali, i swear 2 leave him even klu kteorg da kahwin skali pown.. dye tau kpale angin i gle.. alhamdulillah dye da xbuat da wlupown kesah 2 berlaku 1tahun yang lepas.. kteorg gado cam mne pown dye lepas kat tmpt lain.. klu nk ikot melawan i, mmg da layak kna lempang tapi i tgk dye btol2 berusaha utk berubah.. maybe b4 neyh xgf dye senyap je ble kna lempang, and that time dye pown blom ckop matang.. dgn i dye stil baran, jealous and ego tapi dye protect i ckop2.. in the first place ble dye da buat cam 2, i mmg nk tgglkn je dye.. i do love him so much but i kna cari person yang btol2 layak je utk bergelar husband.. bcuz i klu nak diikot kan pown sbnrnye baran jugak.. yes, i know people say im creazy but i really want 2 share something 2 all of u.. sbnrnye.. pada pendapat i tentang dye, dye seorg yg kekurangan kasih sayang n xde sape bg perhatian kat dye termasok family.. and no need lar i bg tau ape masalah family dye.. private kan.. so, ble dye dapat 1 perhatian dari seseorg, dye rse cam org 2 btol2 sayangkan dye n hnye hak dye.. cme kte sebagai perempuan, perlu tau care utk handle org macam neyh.. cuz ble i kaji dye btol2, dye sbnrnye baik sgt, very penyayang n romantic.. dye ego, tapi ckop ske dipujok n tersangat lar manje sbnrnye… bukan sume lelaki xbaik.. n bukan sume lelaki yang baran 2 trok.. n i really do feel lucky 2 have him cuz i know dye sayangkan i.. dye protect i dalam ape keadaan skali pown.. he owayz with me ble i susah or ade problem or sakit.. that y i said, bergantong pada cara kte handle.. bukan sume xbgs kn..
and 1 more info..
sometimes people around u will never understand.. dyeorg tau mengata jew.. x bagus lar.. cari lain lar.. and most of them akan ckp “klu aku kat tempat kau, da lama aku tinggalkan dye.. angkat kaki jew lar..” but eloo.. dyeorg xde kat tempat kte.. dyeorg xrase ape yang kte rse.. dyeorg xde kat tempat kte.. dyeorg cume tau bercakap jew.. at 1 time i pon cm 2 gak.. ske sgt protes lelaki yang perangai cm neyh.. tapi ble da kna batang idong sndri, nak kate ape..? just im so lucky terkna lelaki yang baran tapi baik.. just everyone yang xpenah understand.. sedih ble dgr org kutok2 insan yang kte sayang.. even kte tau mmg perangai dye cm ne.. but wat 2 do.. da mmg ade org kat dunia neyh mulot jahat kan..
tak semua LELAKI di dunia kejam..begitu jugak perempuan……berhati hati lah memilih….terkadang belom serumah tidak tahu belang masing masing..apa pon….sebelom terkena sebelom tertipu berjaga jaga dan beringat……selidik dulu latarbelakang pasangan kita..insyaallah…..jgn sampai kita menyesal..dan sedeh bila sesuatu terjadi selepas berumah tangga besuk..kalau da nak jadi jugak…itu takdir..bukan kita tidak berusaha……
hye wada.. thanks 4 the advice.. i agree 1 thing.. blom duk serumah, so blom tau wat wil happen kn.. and i also agree yg kte kna b’hati2.. coz hati n perangai manusia ni bleh b’ubah ble2 mse jew.. ttg latarblakang, i da tau.. its just, im so in luv with this guy.. but in the same time i slalu b’jaga2 coz bg i once u ds brani buat xmustahil bleh b’laku lg.. cme i bg dye peluang utk b’ubah and jadi yg lebih baik lg.. thats y i said b4, xsemua lelaki yg baran 2 xbgs.. we just have 2 support dye 2 be better.. n Alhamdulillah, dye menunjokkn perangai yg positif.. mayb im just lucky 2 have him.. yg baran tapi cbe utk merubah dri sndri.. 1 dlm sejuta kn.. ape pon, thank u so much.. i wil b carefull..
hidayah, boleh mintak email? I think we have something in common and i really hope kita boleh share each other….
I have the similar problem too and i dont think sharing with other family members could solve the problem malah ia hanya menambah bara lagi. Pohon diperkuatkan iman diatas segala cabaran yang datang..
Amin!
[quote comment="72157"]tak semua LELAKI di dunia kejam..begitu jugak perempuan……berhati hati lah memilih….terkadang belom serumah tidak tahu belang masing masing..apa pon….sebelom terkena sebelom tertipu berjaga jaga dan beringat……selidik dulu latarbelakang pasangan kita..insyaallah…..jgn sampai kita menyesal..dan sedeh bila sesuatu terjadi selepas berumah tangga besuk..kalau da nak jadi jugak…itu takdir..bukan kita tidak berusaha……[/quote]
amboi cik wada…dah macam kaunselor da….hehe…betulla tu time2 becinte macam ni sume nye indah2 belak….sume manis je xde pon tawar cehhh tp bile da kawen macam2 berlaku itu yg x puas ati…ni x elok la…itula yg berlaku nye br 2 ke 3 bulan kawin da bercerai berai…x kuase la aku gini….
terkadang berfikir sejenak..mengapa ada LELAKI yg sanggup pukul bantai bini?……walhal masa akad nikah….di depan tok kadi dah declared…..mcm mcm……masa baru kawen…cumbu rayu….kata manis..tak kering di bibir..ucap pada isteri..tapi bila da beberapa bulan TEMBELANG semua terbongkar…..entah entah…masa dia kecik kecik dulu….mereka mereka ni(SUAMI)….ada yg pernah nampak bapak bapak dorang pukul bantai mak mak dorang gak nya..atau pon…sikap panas baran yg semula jadi kot..suka pukul orang?..masa belom kawen!!!…
ada saorang teman bilang wada..bagaimana dia menempoh malam pertama nya dgn pengalaman yang ngeri…hingga terpaksa di kejarkan ke hospital:((….bayangkan lah…….
wada akur tak semua SUAMI mcm tuh……tapi setiap hari..ada sajer cerita pasal suami pukul bantai bini sampai patah tulang rusuk…patah gigi…..terajang perut sampai isteri keguguran:((..bayangkan lah…..jenis LELAKI apa kah ini yer??….belom kawen..alahaiii semua nyer manis mcm madu..tak tahu bakal SUAMI mereka mcm SINGA LAPAR……….
Wada, dalam hidup ni..kita jangan cepat mengalah atau putus asa hanya disebabkan oleh perkara yg kita sendiri belum pasti dan tahu kebenarannya. Setiap org diciptakan Allah jodohnya..jadi kita kena la berusaha. Insya Allah..jodoh Wada ada..iringi usaha dengan doa.. lepas tu barulahlah bertawakal..apa pun yg terjadi..kena tabah dan reda.
astagfirullah….x tau la dtg dr alam mane suami2 yg macam tu…yela….isteri ni adalah anugerah dan sebaik2 isteri dielah yg akan jage segal2 ttg suami tp suami (x sume haa….) jagalah dan hargaila setiap ape yg si isteri ni buat tuk die…mmg labuchee x menempuh alam tu lagi tp sekeliling dan pengalaman rakan2 sekerja cukupla jadikan pengajaran iktibar untuk kite meneruskan hidup…bayangkanla hanye sekadar x cas henpon da kena tampar kena tumbuk dan di lafazkan cerai…mana letaknye akal sebgai seorang suami…tp jike da tau diri x mampu dan x boleh melaksanakan tugas tanggungjawab yg diberikan toksah kawen…ingat senag2 je lafaz cerai then kol smule kate maaf dan rujuk semula…kalau labuchee di tempat akak tu labuchee jus ckap kt die “go to hell”!!!!!!dayus……sampai skang bile labuchee tgk muke die ble amik bini die alik keje labuchee ase nak sepak muke die…wahahahhahahaa……Ya Allah kau berikanlak aku jodoh sebaik2 umat dan dapat membawaku ke jalan yg benar dan direhai Allah….Amminnn…….
mcm TAKUTTTTTT nak kawennn…eiiiiiiiiii……….jadi kak A N D A R T U..ok kan sazreenaaa…..freedom..tak der saper berani nak pokol sesuker atikkk!!!….nak gi aner aner pong …..tak yah nak tanyer..nak mintak ijin!!……ermssssss………..ngeri ah!!!
ala…tp wada x sume la suami2 macam tu cume kite kena redha la dgn ape yg ditakdirkan untuk kite …mesti ade hikmah sume tu…..sebaik2 nye buatla solat istikharah sebelum kite nak meneruskan hubungan dgn bakal suami kite tu…..dan kalau lepas tu kite dapat petunjuk die la bakal hidup kite trime jer…tp jike selepas berkhawin die jd insan yg lain…redha dan sabar je la..mungkin itu ujian dr Allah kan….Erm,labuchee pon takut nak kawen…takut sgt tp kalu jodoh ade trime je la….i x sanggup membujang hingge ke tua…wahhaahhahaa
[quote comment="81260"]mcm TAKUTTTTTT nak kawennn…eiiiiiiiiii……….jadi kak A N D A R T U..ok kan sazreenaaa…..freedom..tak der saper berani nak pokol sesuker atikkk!!!….nak gi aner aner pong …..tak yah nak tanyer..nak mintak ijin!!……ermssssss………..ngeri ah!!![/quote]
Freedom tu memanglah freedom Wada tapi rugi dunia akhirat. Dosa ala2 byk, pahala kurang dapat. Wallahua’lam..Memanglah..sapa yg nak laki pendera, curang, kejam dan yg sewaktu dengannya..hish nauzubillah tapi kalau mampu kita kenalah kawin. Wanita yg berkahwin, pahala dia lebih banyak dan berganda..itu yg Saz baca. Pada setiap perkara yg terjadi, ada hikmahnya yg Allah turunkan. Bayangkan..layan suami bebaik, diberikan pahala. Mengandungkan anak, di’up’kan lagi pahala. Taat pada suami (provided suami yg bertanggungjawab), jaga kehormatan, jaga solat, puasa dan lelainnya..Allah jamin masuk syurga. Takkan taknak offer camtu..pklah sendiri..
memang lah sazreena..wada tak nafikan….besar nya pahala…kalau saorang perempuan yg berkahwen:((…tenguk lah ..mungkin wat masa nih……belom terbuka hati……tenguk teman yg ada lebam lebam….di tubuh….kena bantai laki…wada pikir dan pikir….sapa lah tidak mahu kahwen….punya suami yg pengasih….rumah tangga bahagia…….dapat anak anak yg comei……semua perempuan inginkan impian seperti itu………ada lagi ker LELAKI yg baek kat luar sana tu……:(
yeyeyyeehhh!!!!wada nak kawen……..
alamak terlebih sudaaa………..
oit!!! sapa kata wada nak kawen!! pls ekk!!!!………..heheheheheheheh…tunggu labuchee dolu ah….jadi penanten!!!!wada tukang kipas….
adik-adikku jangan pula takut nak kawin. insyaallah jodoh anda akan ada dan insyaallah akan bertemu dengan sebaik-baik jodoh mintalah petunjuk dan selalulah berdoa minta petunjukNya.
takut tuh tak lah kak..cumer seremmm jerrr…..mudah mudahan ..tidak di anugerahkan suami yg kaki pokol bantai bini:((….doakan lah bersama………..yehaaaaaa!!!!
kesabaran dan keimanan penting dalam melayari alam rumahtangga wada, satu lagi tanggungjawab - semua pihak kena tahu peranan masing-masing. insyaallah Allah akan berikan kalian semua jodoh yang baik-baik, sentiasa doakan adik-adik semua. jangan tak kawin sudah wada - rugi nanti, nanti dah ada baby/anak nanti wada akan tahu betapa bahagia dan nikmatnya - semua masalah akan hilang bila tengok muka anak. percayalah wada.
anak wada nanti of course cute comel maklumlah wada mestilah cute orgnya - mix kan! apapun moga wada bahagia selalu.
Percayalah..Allah tidak pernah menzalimi hambanya..kalau dapat pun mungkin salah kita sebab tak check bebetul. Yelah..masa bercinta kentut pun wangi..tapi bila dah kawen barulah nampak warna yg sebenar. So berdoalah bebanyak kepada Allah agar kita dapat sebaik2 jodoh. Insya Allah.
kalau mcm tuh..wada tak mo cintan dulu laa sazreena..kawen dolu baru lah fall in lappp!! blekkan…:))
ish… sazreena.. btol 2… dun judge a book by its cover.. jodah petemuan 2 kan kt tgn tuhan.. kte xkan bleh mengelak… juz have 2 learn how 2 solve n handle everything kn.. dugaan ALLAH harus kte terima seadanye… sabar itu kan separoh drpd iman…
AMIN…
need ur support..
teater roh anai-anai
http://www.rekayasauitm.blogspot.com
tq
terharu dengan keadaan para isteri sebigitu tapi aku cukup setuju dengan pandangan cikg murni. tapi aku juga juga kadang2 terkandas pemikiran, walaupun aku sedar suamiku begitu penyayang tapi kadang2 aku masih cemburu dan aku takut kehilangannya.
hmmmm…..kadang2 fikir2 x ada lelaki baik.kalau dah sekali buat pasti akan ada dan ada lagi
pikir
tanya diri
yah i stuju ngn stmnt ni…tp syukur la i lom khwn…i baru je pts cinta ngn bf i,kecian kn?tp syukur jg pts ngn dia,coz dia curang…llki mmg mcm 2 ker???berjnji mcm nk mampus,bersumpah sampai guna nama tuhan tp berani pula langgar sumpah,kena telan ngn sumpah hidup2 baru tau…tp ai syg sgt kt di..tp xtau la nape dia wat cmni,nsb blm khw ..klu dh khwn naya i…
yah i stuju ngn rinn…dlu bf i pnh nersumpah n berjanji xkan curang kt i lg,tp skg dia buat lg…dgr la wahai gadis2 manis n cantik jgn mdah terpedaya ngn jnji llki,terutamanya llki spt ex-bf i 2…asl npk gadis cntik mmg sngkut la 2,smpai kwn aku pn dia nak…apa ke jadahnya…hemmmm…llki2,spttnya mrka dicipta utk mlindungi kaum hawa yg lmah,bkn myakiti…
errr.sesapa nk menjana pendapatan sampingan blh join this website http://www.mesti.my/sweetteddybear
modal hnya 10 ringgit.korang cr 5 org jer n dpt lg duit insentif dan sterusnya duit korang akan btmbah kalu downline korang cr org.downline korang nk masuk pn byar spuluh jer slain itu korang akan dpt free iklan msudnyer korang akan dapat kolum utk iklankan produk or umh sewa ker..mcm2 lg la.