Konsert Pertama Akademi Fantasia 6 hadir pada tahun ini. Konsert AKADEMI FANTASIA yang pertama kali menampilkan pengacara baru, AC MIZAL ini boleh dikatakan agak meriah. Namun begitu persembahan pelajarnya amat membosankan kecuali penguasaan pentas yang baik dari Stanly, peserta dari Kuching Sarawak yang menyanyikan lagu YOU RAISE ME UP yang berjaya membuatkan hati saya teruja. Begitu juga nyanyian dari kakak kepada penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza, NORSAIDA TARUDIN, 32. Penyertaan semula SAIDA ke dalam AKADEMI FANTASIA 6 amat memeranjatkan selepas tersingkir pada pusingan pertama UJI BAKAT AKADEMI FANTASIA 6. SAIDA menyanyikan lagu TERLALU CINTA (Rossa) dan lenggokkan suaranya agak sumbang pada waktu tertentu. Usikan AC MIZAL yang cuba berlakon sebagi jejaka bermisai DATUK A amat melucukan tetapi respon yang diberikan oleh SAIDA agak lemah dan tak bermaya. Nyata SAIDA merupakan seorang yang amat pemalu dan pendiam yang tak sabar untuk memulakan persembahan beliau pada malam ini.

YouTube Preview Image

SAIDA – TERLALU CINTA

YouTube Preview Image

YouTube Preview Image

SAIDA PRAKTIS MENYANYI

YouTube Preview Image

KEJUTAN UNTUK SAIDA

YouTube Preview Image

IKA – KESETIAAN

YouTube Preview Image

MAMA RINA – SIMPLY THE BEST

YouTube Preview Image

LUTFYA – INGKAR

YouTube Preview Image

STACY – NO ONE

Kak Ogy nampaknya sungguh hot dengan para peserta yang ternyata masih lagi tidak memahami kehendak penyampaian sesebuah lagu walaupun sudah 5 musim mengikuti AKADEMI FANTASIA. Kritikan pedih ditujukan terutamanya kepada FAISAL yang mengambil ringan nyanyiannya. Peserta yang terkeluar pada malam ini adalah YANA. Yana atau nama sebenarnya, Marliyana Binti Omar Walid, 24, yang menyanyikan lagu BAGAIKAN DIRIKU TAPAK SULAIMAN (penyanyi asal ELYANA) nyata membuatkan beliau terdampar di pesisiran pantai seperti tapak sulaiman pada konsert pertama beliau ini. di AC Mizal nampaknya perlu banyak lagi berlatih sewaktu menghantar peserta yang terkeluar pulang apabila menyuruh YANA beberapa kali membuat perkara yang sama iaitu mengucapkan selamat tinggal kepada rakan pelajar beliau dengan cara yang sama. Esok saya akan ke SEPANG, Selangor, MALAYSIA untuk membuat liputan khas PETRONAS MALAYSIAN FORMULA 1 GRANDPRIX. Terima kasih kepada PETRONAS kerana sudi memberikan tiket Grandstand Diamond! Pastikan anda mengunjungi blog ini untuk gambar-gambar “underground” yang tidak boleh di dapati di dalam akhbar mainstream.

yana

YANA TERDAMPAR BAK TAPAK SULAIMAN PADA KONSERT PERTAMA AF6

YouTube Preview Image

AKADEMI FANTASIA 6 OPENING SKITS – YANA, LET’S GO HOME..!! HEHE :)

[FORMULA PITLANE BABES - CLICK HERE]

———————————————————————————————-

KEJUTAN-AF6

PASTIKAN ANDA BERSAMA KAMI UNTUK BERITA MUTAKHIR PELAJAR, KEPUTUSAN SERTA GALERI AKADEMI FANTASIA 6!

SYOKKAHWIN.COM – LAMAN BLOG TIDAK RASMI AKADEMI FANTASIA 6

AKADEMI FANTASIA 6 DI SYOKKAHWIN.COM DITAJA OLEH

PASTIKAN ANDA JUGA TAHU APA ITU PERNIAGAAN SMS!

TINGKATKAN PENDAPATAN, PASTIKAN ANDA KEHADAPAN TAHUN INI!

EXABYTES NETWORK, PENYEDIA PERKHIDMATAN HOSTING NOMBOR SATU MALAYSIA!


Blog Widget by LinkWithin