Selepas terperap beberapa bulan kerana gara-gara aksi “superman bogel”nya, kini FAIZAL TAHIR boleh bersemangat semula kerana dengan inspirasi yang datang tanpa disangka semalam. FAIZAL telah memenangi empat anugerah untuk kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki), Artis Baru Terbaik, Album Rock Terbaik dan Album Terbaik. Dalam kategori Artis Baru Terbaik, Faizal telah mengalahkan Karen Kong, Kaer Azmi, Atilia dan Estranged. Manakala penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza sekali lagi dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) untuk kali yang kesembilan, setelah tewas di tangan Jaclyn Victor pada tahun lalu. Siti juga turut memenangi anugerah Album Pop Terbaik menerusi albumnya, Hadiah Daripada Hati dan sebuah lagu yang berjudul Cintamu turut memenangi kategori Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu (Bahasa Malaysia).

faizal-tahir-superman-tanggal-baju

Majlis muzik berprestij negara, AIM15 itu telah dihoskan oleh Afdlin Shauki dan Adibah Noor. Antara pemenang yang lain adalah Suki dalam kategori Artis Harapan dengan mengalahkan Dafi, Heliza, Fiq Mentor, Waheeda (Album Pop Etnik Terbaik), Rabbani (Album Nasyid Terbaik), Melissa Indot (Album Inggeris Tempatan Terbaik), Andrew Tan (Album Cina Tempatan Terbaik) dan Martin Zamigano (Album India Tempatan Terbaik).

Blog Widget by LinkWithin