Konsert AF6 semakin lama semakin membosankan. Aksi pelajar juga semakin memualkan. Sehinggakan saya tidak merasa apa-apa kerugian atau kehilangan kerana tidak menonton konsert semalam. Persembahan AC Mizal sebagai pengacara juga agak kurang menghiburkan.

Tiada penyingkiran semalam. Apa yang agak mengejutkan adalah kedudukan Nadia yang berada di tangga bawah sekali walau pun sebelum ini dikatakan sebagai peserta favourite. Berikut adalah kedudukan pelajar di akhir konsert.

Nubhan 19%
Riz 19%
Stacy 18%
Stanly 16%
Toi 16%
Nadia 13%

Kadangkala terasa lebih masyuk menonton IRONMAN yang dilakonkan oleh ROBERT DOWNEY JR. dari AF6. Nasib pelajar yang menang akan berakhir di mana agaknya? Adakah akan seperti FAIZAL AF4 yang agak tenggelam? Mutu suara dan kebijakan menyanyi para pelajar musim ini amat menghampakan dan saya rasa sukar agak mereka untuk survive di dunia luar nanti.