PELAMIN INDAH NAS GREAT IDEA - KLIK SINI


Soh Hem Sem Betul! : Syokkahwin.com

Soh Hem Sem Betul!

Posted on May 13, 2008
Filed Under [G] Malaywood

Bayangkan wajah anda ketika baru bangun tidur. Dengan rambut yang selebet, kusut, masam, serabai, berputar dan pelbagai lagi. Sanggupkah anda keluar rumah dalam keadaan begini? Bukan sahaja awek-awek muda yang akan menjauhi anda, tetapi makcik-makcik berumur pun tak ingin langsung mendekati anda. Bukankah terlalu sedih dan meyayat hati gamaknya jika terjadi begitu? Hangit betul..hehehe..Bila keadaan begini terjadi dan tak sempat mandi apakah penyelamatnya? Selalunya minyak rambutla saya gunakan. Heii minyak bukan sebarang minyak. Minyak zaitun pun bukan, minyak masak pun bukan..Yang saya gunakan buat turun termurun adalah BRYLCREEM. Brylcreem kini bukan macam brylcreem yang dulu, kini telah terdapat pelbagai jenis di pasaran iaitu

Reshaper gum, Strong wax dan juga Extreme wax yang boleh membentuk rambut anda mengikut pelbagai gaya yang anda mahu. Dari style abang perpustakaan, sehinggalah Mat Macho yang menjadi idaman hati gadis-gadis rupawan.

Untuk menunjukkan betapa hebatnya brylcreem ini, pihak BRYLCREEM telah mengadakan kempen SOH HEM SEM. Mungkin anda pernah terlihat Mamat Soh Hem Sem ini di sidebar laman blog Syokkahwin.com. Selaju Superman Soh Hem Sem Berjaya menukar gaya rambutnya dari budak sekolah ulat buku kepada jejaka tampan yang cool.

sohhem-sem

BRADER SOH HEM SEM
Bersedia Berkhidmat

Tak percaya, saya pun pergi membeli di farmasi Guardian, selaju cicakman di depan cermin, saya juga jadi macam Soh Hem Sem. Perasan dengan wajah yang baru…heheh. Senang betul nak membentuk rambut dan tidak berminyak dan dengan ramuannya yang baru, nyata BRYLCREEM mampu memberikan ketahanan kepada gaya rambut walau dilanda angin kencang…

Setakat yang saya tahu, banyak lagi selebriti yang memakai brylcreem. David Beckham adalah salah satunya.

anuar-zain-soh-hem-sem

ANUAR ZAIN DENGAN GAYA RAMBUT TERBARU SEPERTI SOH HEM SEM..
Mesti pakai Brylcreem nih!  Siapa Tiru Siapa? :)

Jadi, adakah dia betul-betul jejaka yang Hem Sem? Gaya rambutnya serta perwatakannya? Jumpai dia di laman web www.sohhemsem.com! :) Di mana pelbagai gaya rambut yang hemsem mengancam ditonjolkan. Adakah anda pernah menggunakan brylcreem? Adakah gaya Soh Hem Sem menawan hati anda? Sila nyatakan komen anda di bawah!

Other Hot Posts


SHARETHIS


FREE-ADVERTISEMENT

All comments are the 100% responsibilities of the commenters. In case of any doubt, kindly refer to DISCLAIMER.



Baca sahaja? Luahkan pendapat anda supaya mereka dengar!!

5 Responses to “Soh Hem Sem Betul!”

  1. nadia on May 15th, 2008 12:05 am

    cun pulak budak nie..gaya cam Tom Cruise

  2. lizMarsha on May 15th, 2008 8:56 am

    ar2 sian… ok laa…

  3. WADA::ROOM1122 on May 15th, 2008 6:49 pm

    gaya mat kawen kawen..hehehehhehehehe

  4. fayz on May 15th, 2008 9:08 pm

    gaya mat kawen yang mana satu babe?

  5. WADA::ROOM1122 on May 15th, 2008 9:48 pm

    alaaalaaaaaaa…gaya mat kawen kawen..yang menyengehhhh..bila nampak pompuan lalu depan dia……sipu sipu……sorok belakang kain mak dia mintak tolong pinangkan lah anak dara tuh….(selalu nya mat kawen kawen ni banyak terdapat di kampung kampung:))…..wada tak tau..kawan kawan yg bilang….harap harap betul lah)

Leave a Reply




  • Be Our Fans!

    FACEBOOK-LOGO YOUTUBE-LOGO
  • Celeb Poses

    DIANA-DANIELLE-GALLERY DRSHEIKH LISA-SURIHANI-BANNER
  • Regional Gossipz

  • Panas!!!

  • Pasti Meletop!!


  • Jumlah Tengah Syok!!

  • Syok Mengomen!