FAIZAL TAHIR memang pakar mencipta kontroversi dari dulu hingga sekarang. Dari kisah cinta di UiTM hinggalah sehingga kini. Banyak yang cuba diceritakan oleh rakan-rakan di UiTM tetapi bagi saya biarlah cerita itu ditelan waktu. Faizal telah berkahwin dengan isterinya sekarang SITI RAIHANIM NORAN, 26 ketika isteri beliau masih belajar lagi di UiTM. Ketika itu Hanim sedang mengambil kursus Perhubungan Media Massa. Kini Hanim telah melanjutkan pelajaran beliau ke peringkat Sarjana (Masters) dalam bidang yang sama! Rakan-rakan lain yang sudah glamer yang sewaktu dengan Hanim adalah Shahida Azad (Shy), pembaca berita TV3 dan Awal Ashaari.
Pernah tinggal di luar negara selama beberapa tahun bersama keluarganya memberikan kelebihan kepadanya untuk bertutur dengan fasih di dalam Bahasa Inggeris. Peristiwa pahit ketika digam oleh pihak berkuasa untuk muncul di kaca televisyen cukup memberikan pengajaran kepadanya. Di kala itu isteri, dan ibu bapa beliau Dr. Mohd Tahir Abdul Rahma dan ibu, Muzlipah Aishah yang banyak memberikan kata-kata semangat. Nasib sememangnya tidak menyebelahi beliau apabila sekali lagi digam oleh Mufti Perlis di KONSERT JOMHEBOH yang lalu.

Faizal kini lebih banyak bersabar dan percaya rezeki beliau akan pulih kembali. FAIZAL mengharapkan album terbarunya, SAMPAI SYURGA dapat mengangkatnya semula di persada seni tanah air. Tidak dinafikan bahawa beliau mempunyai taraf vokal yang agak baik. Tetapi mungkin perlu mengawal sedikit perasaaan ketika di pentas.

GAMBAR KELUARGA FAIZAL TAHIR & ISTERI SITI RAIHANIM NORAN

GAMBAR KELUARGA FAIZAL TAHIR & ISTERI SITI RAIHANIM NORAN

(pic credit to Berita Minggu – Thanks)

GAMBAR KELUARGA FAIZAL TAHIR & ISTERI SITI RAIHANIM NORAN - NASYID MIRWANA


Blog Widget by LinkWithin