FAIZAL TAHIR memang pakar mencipta kontroversi dari dulu hingga sekarang. Dari kisah cinta di UiTM hinggalah sehingga kini. Banyak yang cuba diceritakan oleh rakan-rakan di UiTM tetapi bagi saya biarlah cerita itu ditelan waktu. Faizal telah berkahwin dengan isterinya sekarang SITI RAIHANIM NORAN, 26 ketika isteri beliau masih belajar lagi di UiTM. Ketika itu Hanim sedang mengambil kursus Perhubungan Media Massa. Kini Hanim telah melanjutkan pelajaran beliau ke peringkat Sarjana (Masters) dalam bidang yang sama! Rakan-rakan lain yang sudah glamer yang sewaktu dengan Hanim adalah Shahida Azad (Shy), pembaca berita TV3 dan Awal Ashaari.
Pernah tinggal di luar negara selama beberapa tahun bersama keluarganya memberikan kelebihan kepadanya untuk bertutur dengan fasih di dalam Bahasa Inggeris. Peristiwa pahit ketika digam oleh pihak berkuasa untuk muncul di kaca televisyen cukup memberikan pengajaran kepadanya. Di kala itu isteri, dan ibu bapa beliau Dr. Mohd Tahir Abdul Rahma dan ibu, Muzlipah Aishah yang banyak memberikan kata-kata semangat. Nasib sememangnya tidak menyebelahi beliau apabila sekali lagi digam oleh Mufti Perlis di KONSERT JOMHEBOH yang lalu.
Faizal kini lebih banyak bersabar dan percaya rezeki beliau akan pulih kembali. FAIZAL mengharapkan album terbarunya, SAMPAI SYURGA dapat mengangkatnya semula di persada seni tanah air. Tidak dinafikan bahawa beliau mempunyai taraf vokal yang agak baik. Tetapi mungkin perlu mengawal sedikit perasaaan ketika di pentas.


(pic credit to Berita Minggu – Thanks)














at 12:08 am
luv u faizal.. ensem ptg rmbut+sun glass like mj. ‘..no body is a great evrything but evrybody is a great something..’ i ttp sokong faizal wat ever he do.caya la!!
at 2:30 pm
kau dah popular jangan le pulak lupa anak isteri macam sesetengah artis.tinggal tunang kira bagus dah..tinggal anak bini n berkepit dengan perempuan tepi pantai kemudian ngaku pulak ustaz.cakap pula ana..anta..podahhh akhill hayy
at 10:48 pm
gud luck 2 faizal n fmly
at 4:17 pm
congratulation to my favaourite singrr faizal tahir sejak u kat oim i da minat giler kat u lagu2 u memberi kesan dlm hidup i anyway faizal tahir keep it up i as a ur fans will support u all the time
at 12:26 pm
knp lak buka bju…stakat mndedah kn aurat ckit je…
tp kna hukum n denda truk…
but y pompuan yg dedah aurat pnyalh byk xkena denda pn….xfaham btol lh ish3
at 9:47 am
setiap manusia tidak lari dri melakukn kesilapn,!alah biase lah tu terbukak baju ke sengaje ke!FT bukn mcm nabi s.a.w,maksum(suci dri dosa).die pun insan yg lemah seperti kite x abis2 dri melaukn dosa tnpa kite sedari! mane lah tau FT terbukak baju time tu n pastu wat solat taubat?mne tau die buat solat hajat?mitak ampun dri Allah?
bersangka lah baik!nabi s.a.w pernah bersabda kalau org tu selalu buat jhat sekali pun tpi ad satu kebaikn die buat ,sdangkn kite tau maka tgok kebaikan die yg satu tu je! wallahua’lam
at 12:31 pm
faizal..tahir love u ever!!!!!!!!!!..<3..:)