Sudah lama saya menantikan promosi yang sebegini untuk para pengunjung Syokkahwin.com. Saya tahu sekarang ini musim cuti sekolah, tetapi masih tidak terlambat lagi bagi mereka yang akan berkahwin pada musim cuti sekolah yang akan datang. Sekiranya anda tinggal di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya, pernahkah anda mengalami keadaan sebegini?
- Sewa sepasang baju pengantin lelaki dan perempuan mencecah sehingga RM800-RM1,200 termasuk aksesori
- Pelamin yang menjangkaui harga RM1,000 yang membuatkan anda berfikir dua tiga kali
- Make up sahaja pun ada yang sukar untuk memberikannya kepada anda pada harga RM200. Kekadang ada yang berlagak diva atau kekwat menyuruh anda bersolek awal (majlis pukul 2pm, bersolek pukul 10am) agar mereka boleh menyiapkan orang yang lain selepas itu!
- Harga fotografi yang membuatkan anda tercungap-cungap apabila sekurang-kurangnya RM 2,000 untuk dua majlis i.e. nikah dan bersanding!
- Harga mahal sangat sehingga anda rasakan lebih baik sahaja anda tunaikan hajat di kampung di mana harganya adalah jauh lebih murah.

JANGAN CEPAT MENGALAH!














at 10:27 am
Yang wajib dan serba kesederhanaan patut diutamakan, memandangkan semua kos naik skrg ni, lagipun after married lagi banyak duit nak digunakan, lebih baik spend duit beli rumah dan barangan letrik contohnya. apapun berjimatlah semasa ada dan fikir dulu sebelum buat keputusan. selamat melangsungkan perkahwinan kpd semua yang akan married. (komen dari pengalaman sebenarnya)!
at 11:09 pm
sebab tu kalau boleh ambik offer seperti yang di atas betul tak? lagi jimat dari pakej yang lain..hajat beli rumah dan barangan letrik pasti tertunai..insya Allah..
at 9:51 am
A’kum fayz,..
Memang ourwedding boleh mempromosikan apa saja pakej yg murah termasuklah butik2 lain. saya telah pergi ke laman web ourwedding, patutlah murah pelamin dan fresh flowernya nampak tidak begitu cantik dan agak ketinggalan zaman,cuba tgk gambar photoshootnya seperti gambar biasa, dari segi solekan kira oklah.kita boleh pilih yg murah tapi kita dapatlah apa yg kita bayar.selalunya saya melihat masyarakat melayu yg hendak berkahwin dalam keadaan yg cantik dan grand tapi tak cukup duit.budget sini budget sana.so macammana? mmglah kita perlu kesederhanaan tapi kita dapat apa yg kita bayarlah.masa sekarang kita perlu tahu perkembangan majlis perkahwinan org melayu.kalau kita melihat dari segi harga, cuba bandingkan dari segi kualiti dari butik lain. dari situ kita dapat tahu yg mana betul2 berbaloi.kita perlu bandingkan kualiti pelamin,fresh flower,make up, shoot dari butik lain, mungkin mahal sedikit tapi kualitinya lebih dan cantik dari butik yg tawarkan harga murah sehingga tak masuk akal.so u dapatlah nilai yg u bayar.jgn kita sorang kata cantik seperti katak di bawah tempurung dek disebabkan kekurangan ilmu, bila di hari perkahwinan org tergelakkan kita… so fikir2kanlah.
at 2:16 pm
mmmm….betul kata hamba allah tu….
at 5:54 pm
sesuailah bagi yang kurang berkemampuan, janji majlis terlaksana…
kalau orang yang berkemampuan diaorang takkan ambik pakej ni… kalau kita tak mampu buat cara tak mampu…. jangan sampai berhutang beribu ribu pulak sebab nak buat majlis kahwin yang grand.. saya rasa pakej ni ada faedah jugak…..
at 11:09 pm
eden nk wat simple yet unforgettable!
at 2:09 am
hahaha
ini macam IMNA je kawin ni ?