While most of us are still complaining about the small cut that our Ministers are taking from the increase in oil prices and at the same time using luxurious government car to work, Minister for Domestic Affairs, Datuk Shahrir Samad has shown the humble side of him. He went to work from his home in Jalan Tunku to his office in Putrajaya by Express Rail Link or ERL.
Tracking the system: Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Shahrir Samad arriving at the Express Rail Link station in Putrajaya yesterday, the second day he was trying public transport from his home in Jalan Tunku in Kuala Lumpur to his office in Putrajaya. His verdict after two days? “It’s not so convenient since there is no bus connection from my house to KL Sentral to take the ERL to Putrajaya. My wife has to send me to KL Sentral and my driver picks me up in Putrajaya. He will be bringing the matter up in the Cabinet today. Shahrir is a frequent user of ERL to KLIA.
p/s: the 10% cut that the ministers are taking is equivalent to what we as an individual has to pay extra for, for our fuel bill every month. In all fairness we could not expect them to pay for everyone in the country. Enough that what they as an individual feel the squeeze as what we as an individual is feeling.
I am hoping that they add additional coach to PUTRA LRT trains. At the moment we only have to coaches to cope with increasing passengers especially during peak hours. It has been like for more than 6 years. They should do something about it!














at 10:09 pm
hmmm.. or is it just a publicity stunt?
at 11:29 pm
SEKALI BOLEHLA TRY HARI2 TENGOK..BETUL LA KATA MISS BIMBO
at 12:34 am
PROMOSI PAKKKKKKKKKK………….kalo semua pak menteri naik monorail….yaaa semua pak super gi mana pak..kan mereka gak ada gaji..mau di antar pulang ke kampong…gi mana pakk…apa bisa semua menteri naik monorail…aduhhh………kalo semua naik monorail…isteri isteri pak menteri naik apa dong…..kang malu pakei baju mahal mahal..kasut tinggi..naik BAS!!!!….kaget dong pakkkkk!!!!!! hehehehhehheeh..sesekali cakap endon..ganteng ekk……..LOL!!!!!!!
at 7:52 am
alaaa..gimik jer nih..setakat 2-3 hari je naik public transport..pastu naik krete beso blk..anak bini menteri sudah tentu x mau naik public transport..x glamer u..
at 8:56 am
Ala saja nie untuk publicity 1 @ 2 hari jer. Ada ke depa nie nak naik mcm kita ni hari “Lu Pikir La Sendiri”.
at 9:46 am
ahhahahaha..gelak dalam hati ja..songok..
at 9:54 am
so gimmick n publisiti murahan!!!!!
at 11:09 am
duh!!!!mmg publicity stunt pun….
dia baru try ERL ni 2 hari ye…2 hari dah ckp tak syiok.bayangkan yg tiap2 hari pegi keja berebut train,sesak,kena raba,kena pick pocket itu dan ini….
kemudahan public transport tak pernah nk upgrade.time peak hours dok dlm train mcm sardin cap ayam brand…
klu public transport masyuk mcm kat japan,at least, rakyat pun tak kisah nk naik public transport….
revise la blk public transport ni…
better schedule, better coach, better route and then we can nego for a better price.
jgn nk kasik scomi je sume!!!!
at 11:56 am
Cubalah naik ERL sebulan dgn gaji org biasa..mau bengkok wallet. ERL tu ampun lagi pasal dia laju. Kalau naik bas RAPID? Kemsalam lah nak datang on time. One of the reason why tak ramai org guna public transport is becoz the system not efficient. Bukan lah tak bersyukur dan asyik nak membandingkan dgn negara luar (kerajaan pun bandingkan rega minyak dgn negara luar), tapi kita kena blajar dan amalkan mana yang baik. Cam Singapore, dorang tau negara dorang kecik so in order to reduce traffic congestion, they upgrade public transportation system. Kat cni, dgn teksi sembelih rega, komuternya yang selalu tergendala..bas tak on time. Skali datang penuh dgn Indon, Bangla, Myanmar, Nepal, Negro. Cemana ceta ni..pk lah sendiri.
at 12:01 pm
sokong sokong… mencik la plak tgk si shahrir neh… ckp ke main lagik… tak takut kena tembak ke naik public transport??? poyossss… takat 10% jerk… bukan luak pun… dorg tetap tak rasa cost of living yang mendadak neh… potong elaun keraian… elaun lain berlambak lg dia dpt… kite gak yang seksa dgn minyak lg beras lagi… n mcm2 lagi… turun la byk lagi… rasanye 70% ok… bley tanggung subsidi… bley kurangkan sket cost of living rakyat… i think… all those minister should reconsider the allowance for the sake of the people… one more thing… stop all those mega projects that are useless… huhhhh….
at 12:05 pm
cakap pasal public tpt kan…..pernah suatu ketika wada naik bas public!!…..mcm nak pitam makkkk!!..mcm mcm bau keluar…bayangkan lah………kalau dah bercampor semua jadi satu……jadi cuba banyakan pak menteri kiter naik public tpt..dan mak datin naik bas!!…..!! i cant imagine dot!!!….:))
at 4:30 pm
just a gimic..believe it!!!
at 8:12 pm
hekk elehhhh…takyah la nk berpura2…hipokrit!!!
at 11:10 pm
tak yahlah nak pura-pura…meluat tngk menteri yg hipokrit…bini menteri mana yg nak naik bas…
at 4:44 pm
skrg dia gula-gulakan kita nak bayar staff gov. – gaji dibayar 2 kali sebulan (awal n hujung bulan) – padan muka tinjauan sms tv3 semalam 87% responden tak setuju. termasuklah saya dan member2 kat ofis semua tak setuju. what a stupid decision!!
at 9:32 pm
Just gimic or publisiti murahan. Dalam kebodohan die tak tahu his own scope of work, die cube nak tunjukkan die pun mcm org lain.
Menteri yang tak faham “scope of work”!
Menarik rasanya nak mengetahui manusia ajaib ini, yang tiba tiba jer seakan bertukar arah dan menyusahkan rakyat. Saya melihat Shahrir ni sebelum memegang Jawatan Menteri Hal ehwal pegguna adalah salah satu tokoh hebat yang masih ada dalam UMNO.
Sangkaan yang meleset. Manusia mudah sangat berubah dan jawatan rupanya boleh menjadikan kita kelihatan lebih bodoh dan lebih zalim dari yang sebenarnya.
Bulan pertamanya,banyak dia bercakap masaalah pengguna dan kelihatan agak menarik, namun lama kelamaan dia bukan lagi rupanya menteri yang melindungi pengguna, Lebih kepada “Menteri menyakitkan hati pengguna “. Kalau benar dia melindungi pengguna, Dialah orang no 1 yang sepatutnya menentang kenaikan minyak ( dibawah kuasa menteri kewangan ) SS tidak sepatutnya bercakap perihal kenaikan harga minyak ini. Dia sepatutnya membantah idea kenaikan minyak ini dan sedia meletakkan jawatan dengan alasan dia tak akan dapat menjaga kebajikan pengguna lagi selepas hargaminyak naik.
Malam tu dia bersemuka lagi dengan media dan Salahuddin Ayub atas tajuk yang sepatutnya bukan kerja menteri pengguna sebaliknya adalah tugas Menteri Kewangan. Kenapa pulak beiya iya si dia ni menjadi barua dan jurucakap Menteri kewangan……
at 5:17 am
hehe. bukan selalu pun nih. Mesti kadang2 je. okla tu. Exercise..
at 4:39 pm
Jalan jalan cari makan
at 10:06 pm
well it’s up to us to judge whether it’s just a gimmick or not…
but i had to applaud his guts to enter in the stuffy a.k.a tin sardin py ERL…
stakat ni tak nampak pun pemimpin dari PEMBANGKANG yang naik ERL g keje…
hmmmmm the irony of it…maybe they also are facing some “difficulties” getting into the tube..IT’s time for us to be rational and logical..i thought that everyone knew that oil is a NR source…dah blajar kot kat skolah rendah…with regards to mounting bills,ngan seka nak makan…adoi RAsulullah kan cakap,biar sederhana..ni tak makan kat tmpt tip=top,naik keta mahal-mahal,cube la pose sket…ni haaa..dahla orang malaysia ni byk yang obesiti,kurangkan makan bykkan senaman,bwk keta jgn laju-laju…nanti masuk kubur…
at 10:43 pm
naik erl ok lagi la wlpun shari dua, cuba sruh depa naik bas .. tunggu tepi jalan mcm org lain, x ada bodyguard @ cameraman .. x payah sehari .. x smpai 1 jam pun nti sure depa kata depa x leh tunggu sbb ada urgent meeting!
at 9:58 pm
CEO ERL kata harga ERL amat berpatutan bagi dia yang bergaji besar tapi bagi kita yang bertaraf kerani ni sanggup tak makan tgh hari semata-mata nak bayar tambang ERl pi kerja.
Renung-renungkanlah
Pertama sekali pihak Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) selaku pengendali perkhidmatan tren KLIA Transit ingin mengucapkan terima kasih atas maklum balas yang diberikan berhubung kadar tambang baru kami. Kami menghargai keprihatinan dan pandangan yang diberikan, dan mengucapkan terima kasih atas peluang yang diberikan untuk membuat penjelasan.
Untuk makluman, kadar tambang kad perjalanan bulanan sememangnya telah diberikan kadar diskaun yang tinggi untuk sektor tertentu walaupun dengan kadar tambang baru ini. Sebagai contoh, diskaun yang diberi adalah 50% berbanding kadar tambang sehala biasa untuk sektor perjalanan dari KL Sentral ke Putrajaya. Harga tambang kad perjalanan bulanan sepatutnya dibandingkan dengan harga tiket penuh [apabila membelinya pada masa perjalanan].
Pihak ERL tidak dapat berterusan untuk menampung kadar diskaun yang begitu besar untuk pemegang kad perjalanan bulanan KLIA Transit pada tahap kadar tambang yang lama, oleh sebab itu sedikit kenaikan harga adalah perlu. Kenaikan harga yang terakhir dibuat dua tahun yang lepas dan sejak dari itu kos operasi dan penyelenggaraan secara keseluruhannya telah meningkat dengan besar.
Pihak kami sedar bahawa tujuan asas pembinaan kemudahan pengangkutan awam adalah untuk kebaikan pengguna awam tetapi sebagai sebuah entiti perniagaan terdapat faktor lain yang perlu diambil kira bagi memastikan kesinambungan perniagaan tersebut. Dalam keadaan kos pengendalian yang semakin meningkat, satu cara bagi sebarang syarikat pengangkutan awam untuk terus memberikan kadar diskaun yang tinggi adalah melalui pemberian subsidi kadar tambang oleh pihak kerajaan, yang mana tidak berlaku pada ketika ini. Langkah kenaikan harga bermula dari 01 Julai 2008 dibuat setelah mengambil kira faktor-faktor tersebut dan juga sejajar dengan tahun kewangan syarikat yang baru.
Kami percaya bahawa bagi pengguna yang tinggal di Kuala Lumpur dan bekerja di Putrajaya, kadar tambang baru ini masih lebih murah jika dibuat perbandingan dengan memandu kenderaan sendiri yang melibatkan kos seperti petrol, tol dan kos penyelenggaraan. Tambahan pula dengan kualiti perkhidmatan yang diberikan seperti ketepatan masa, keselesaan dan ciri keselamatan, harga yang dikenakan kepada pengguna adalah amat berpatutan.
Seperti yang dinyatakan di atas, pihak ERL akan terus komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik pada kadar yang berpatutan. Justeru itu untuk makluman, pintu kawalan automatik yang baru akan dipasang di stesen-stesen yang mempunyai aliran pengguna yang tinggi seperti stesen KL Sentral, Putrajaya dan KLIA. Pintu automatik baru ini adalah berbeza dengan pintu automatik yang sedia ada kerana ia berupaya untuk menerima aliran pengguna yang tinggi dalam masa yang lebih pantas. Kami menjangkakan ianya akan dipasang dalam tempoh beberapa bulan bergantung kepada penghantaran dari pembekal.
Pada hakikatnya, kami hanya mengurangkan diskaun yang diberikan kepada pemegang kad perjalanan bulanan. Harga pakej ini adalah jauh lebih rendah daripada harga biasa.
Pihak ERL menghargai sokongan yang telah diberikan oleh pengguna selama ini dan berharap akan terus dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pengguna.
Salam hormat,
Dr Aminuddin Adnan
Ketua Pegawai Eksekutif
Express Rail Link Sdn Bhd