KUALA LUMPUR: Personaliti TV3, Norazlina Redzuan, 36, cedera akibat terjatuh dan diseret sejurus beg tangan miliknya diragut dua penjenayah bermotosikal ketika berjalan keluar dari sebuah kedai di Seksyen 5, Wangsa Maju di sini. Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang Jumaat lalu, penjenayah disyaki menunggu mangsa yang juga bekas pengacara Majalah 3, keluar dari kedai terbabit. Kejadian itu menyebabkan Norazlina trauma, malah tidak dapat melupakan insiden yang pertama kali dialaminya itu. Ketika menceritakan peristiwa hitam itu, selebriti yang mesra dengan panggilan Alin, berkata kejadian berlaku ketika dia dan ibunya, Datin Maznah Ahmad berjalan menuju ke kenderaannya di bahu jalan.
Menurutnya, dia sama sekali tidak menyangka menjadi mangsa ragut ketika berjalan keluar dari kedai itu.

NORAZLINA REDZUAN
“Dua lelaki bermotosikal tiba-tiba menghampiri dari belakang sebelum seorang daripada mereka menarik beg tangan dipegang saya.
“Apa yang saya pasti penjenayah mulanya mensasarkan ibu, namun berikutan dia berjalan agak lambat mereka beralih kepada saya,†katanya ketika dihubungi Harian Metro, malam tadi.
Alin berkata, dia sempat mendengar ibunya menjerit sebelum beg tangannya direntap dengan kuat oleh seorang daripada penjenayah terbabit.
“Saya benar-benar tergamam dan terkejut. Tindakan peragut itu menyebabkan saya hilang pertimbangan lalu terjatuh ke atas jalan dan terseret.
“Saya akhirnya terpaksa membiarkan penjenayah merampas beg tangan sebelum mereka memecut melarikan diri. Saya membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju berhubung kejadian itu,†katanya.
Sebaik tiba di balai polis, mangsa menghubungi pihak bank bagi memastikan kad kredit miliknya tidak disalahguna penjenayah.
“Saya mendapatkan rawatan di klinik berhampiran berikutan luka di kedua-dua kaki. Kejadian itu benar-benar membuat saya memahami perasaan mangsa ragut sebelum ini.
“Malah, sehingga kini saya masih trauma, apatah lagi terdengar bunyi motosikal,†katanya yang akan memulakan tugas hari ini selepas mengambil cuti singkat berikutan kejadian berkenaan.
Katanya, dia kehilangan sejumlah wang, telefon bimbit, kamera, kad kredit dan kad pengenalan yang disimpan dalam beg berkenaan.
Bagaimanapun, apa yang paling menyukarkannya ialah kehilangan telefon bimbit yang menyimpan banyak nombor telefon kenalan dan rakan setugas. “Bagaimanapun saya bersyukur kerana ibu tidak menjadi mangsa dalam kejadian itu,†katanya.
Sementara itu, sumber polis berkata pihaknya sedang melakukan siasatan bagi mengesan penjenayah terbabit berdasarkan beberapa kes sama pernah dilaporkan di kawasan berkenaan sebelum ini. “Ada kemungkinan penjenayah itu antara suspek yang diburu polis kerana sering terbabit dalam kes samun dan rompakan pelajar kolej sejak beberapa bulan lalu,†katanya.
kejadian membabitkan kakitangan syarikat televisyen pernah dilaporkan Oktober lalu apabila seorang penolong penerbit stesen televisyen 8TV diragut seorang lelaki.
Dalam kejadian jam 5.40 petang itu, penjenayah yang menaiki Proton Perdana berwarna perak itu meragut mangsa berusia 29 tahun berhampiran perhentian bas di sebuah pusat beli-belah di Wangsa Maju. Mangsa sedang berjalan kaki dari perhentian bas untuk pulang ke rumahnya di Jalan Wangsa Perdana 3, Wangsa Maju. Kejadian ragut terbabit menyebabkan mangsa kehilangan lesen memandu, kad juruwang automatik (ATM), pas kerja dan wang tunai RM260.
petikan dari Harian Metro
















at 8:47 am
mmmmm sebab tu la cek tak suka bawa beg…buh je duit dlm poket senang…
at 8:53 am
bersimpati dengan apa yg berlaku ke atasnya. untuk dia harap bersabar dan kita semua – be careful – skrg memang tak selamat kat mana-mana pun, even rumah kita sendiri!
at 1:24 pm
[quote comment="78898"]mmmmm sebab tu la cek tak suka bawa beg…buh je duit dlm poket senang…[/quote]
idea yg bernas dan selamat….. mak jah setuju!
at 1:35 pm
selamat..aman..makmur!!
at 6:00 pm
Hati-hatilah lepas ni…!
at 7:26 pm
ngeri jugak dgr kes ragut mcm nih..pada semua wada berpesan..hati hati lah pada peragut jalanan nih….paling penting..jgn bwk duit yg banyak dalam beg tangan…..jgn sesekali melawan…..alamat nahas plak……pada pihak berkuasa….selalu selalu lah meronda…… dan kita sebagai orang awam..berhati hati lah….sera peka akan keadaan sekeliling…….mcm mcm bole terjadi……..:(
at 8:55 am
Pakai seluar bubuh aje dalam poket, lagi selamat….
Kita selalu lupa pada pencuri, tapi pencuri selalu ingat kita, AWAS
at 12:11 pm
bole jugak taruk duit dalam seluar…..tapi susah jugak …..terkial kial nak kuarkan duit dalam suar…:))
at 12:52 pm
Dalam kalut ada peraturan,peraturan mencipta kekalutan,dimana dia pemimpin berdiri.mana dia mana mana.terjadi perkara itu adalah keranaMU MALAYSIA.apo nak dikatokan.pada semua ingat berhati-hati didalam apa jua keadaan dan masa.jenayah tidak mengenal mangsanya.musibat-musibat nie semuanya nak kena rotan dgn ekor ikan pari bagi mampus aje.senang abih cerita.ok berhati=hati lah wahai ibu2 dan gadis2 bila berjalan2 dimana jua.tata titi titu
at 5:29 am
norazlina redzuan kena ragut? sewaktu beli belah barangan kahwin? Sabar2..
at 12:46 pm
apela nak jadi ngan malaysie skang ni…di sebalik negara yg kian gah dgn kerjaya yg professional dan bagus2 ade lg satu kerjaye yg gile2 mencabar ni…..iaitu meragut…
apela nak jadi ngan si peragut neh, org cr duet susah payah korang senang2 je kan, da la meragut pastu cederakan org….
xpela kak azlina, sabar je la….
esok2 jumpe peragut tu ragut die alik(ehh…ade kene mengene ehh)
papepon…….alhamdulillah malaysia still maju dan jaya….
minumla milo untuk berjaya(waaahhhh….terlebey sudah…)
at 1:20 pm
Well, she is kindda high-maintanence from top to toe. Definitely, her Prada-Gucci-LV handbag, her bling-bling accessories and brown voluminous set hair attracted the attention of Mr Robber.
Takpalah now’s the time, her colleagues pulak yang interview her to get reports for TV3 news bulletin.
at 11:10 am
kesian kat die…sya minat sgt kat die ni..dgrnye dh nk kawen…alih2 kene ragut…rugi 15 ribu plk tu,,,xpe saba je…dugaan Allah…
at 11:13 am
ade sape2 tau x cmne nk contact die ni???
at 11:55 am
nasib baik tak cedera ker atau jatuh ke…bahaya lah skrg ni..kat opis aku ni pun banyak kes ragut. peragut tak mengenal mangsa.
auntie cleaner kat opis aku ni pun kena sbb peragut ni nak amik thali yg ada emas di lehernya. tersedak betul diorg ni skrg …
kawan2 semua hati2 lah yerkk
at 5:38 pm
jaga diri baik baik awak tu dah le tak belaki.
at 8:37 pm
tula..x kiro laki ko pompuan..semuo kono waspado selalu..kwn den yg laki pun kono ragut maso tongah bwk motor..lotak beg kek bakul motor..hebat botul penyangak tu..
at 12:20 pm
Memacam lah skarang ni..keje tak nak tapi nak duit byk..nak duit cepat punya pasal..ragut beg org. Ragut ni bukan duit je hilang sesilap nyawa sekali melayang..
at 1:35 pm
sian..nasib baik xde pape..so girls, beware!!
at 2:24 pm
penyamun dan penyangakkkk….da banyak membanjiri….mesia…..
at 2:26 pm
yg blkg NR tu ke bf dia? Alhmdllh x de cedera teruk, tpi kat WHI mggu lpas Azizah Arifin crita yg dia skluarga pnh ‘drompak’ d rumah beliau .. ngeri sbb depa ank branak kna ikat tpi alhmdulillah x di apa2kn … Sama2 kita mohon drp Allah swt perlindungn dr kejahatan yg nampak & tidak ..
at 6:32 am
doors.txt;15
at 2:45 am
I’ve been following your blog for 5 days now and I should tell you I get tons benefits from your post! and now how I can get news update from your blog?