20 Julai 2008 akan mengukir sejarah kerana Dayang Nurfaizah akan merekodkan persembahan pada malam itu untuk dijadikan album audio langsung (‘live’). Peminat-peminat akan mendengar dendangan lagu-lagu Dayang dari album pertama ke album keenam di mana setiap lagu yang telah dipilih telahpun diberikan nafas baru yang akan pasti menggamit hati peminat dan juga penonton pada malam itu. Ini juga akan pasti memberikan wajah baru kepada album yang bakal dilahirkan pada malam 20 Julai nanti. Ini adalah ‘hadiah’ Dayang kepada peminat-peminat, terutama peminat-peminat yang turut menyaksikan persembahan pada malam itu untuk dijadikan tanda terimakasih demi sokongan padu dan taat setia mereka.
Untuk merekodkan sesuatu album ‘live’ amat mencabarkan jika dibandingkan dengan merekodkan album di dalam suasana studio. Ini pasti akan mencabar kekuatan Dayang sebagai seorang artis yang berwibawa oleh kerana Dayang perlu menginterpretasi lagu-lagu yang memang sudah menjadi kebiasaan di dalam suasana yang berlainan dengan nada yang telah disusun baru dan juga turut mendendangkan lagu-lagu lama yang beliau tidak biasa bernyanyi. Sudah menjadi keinginan Dayang sekian lama untuk merekodkan suatu album secara ‘live’ kerana Dayang merasakan bahawa dalam suasana tersebut, dia bebas untuk mengeksprsikan emosi dan gerakan semasa persembahan sebegini. Impak yang terbesar bagi Dayang adalah apabila album ini bakal direkodkan bersama-sama dengan peminat-peminatnya pada malam itu yang pastinya akan merangsangkan lagi persembahan beliau pada malam itu.
Dayang Nurfaizah akan diiringi oleh pemuzik-pemuzik tersohor tanahair pada malam 20 Julai kelak – Jenny Chin sebagai Pengarah Muzik dan akan bermain keyboard kedua, Mac Chew bermain keyboard, Aji bermain guitar, Andy Peterson bermain bass dan Lewis Pragasam bermain drums.
Tahun 2008 ini juga merupakan tahun kesembilan Dayang Nurfaizah kekal dalam industri muzik tanahair dan sebagai tanda terimakasih di atas kekalan beliau sebagai penghibur berwibawa, Dayang akan memberi balik kepada peminat-peminat di samping memberi kepada golongan yang memerlukan bantuan ihsan. Tabung “Dayang Sayang Kamu†akan juga dilancarkan pada malam 20 Julai dan pada kali yang pertama, Dayang akan menjual barang-barang peribadi beliau seperiti, baju, kasut dan perhiasaan untuk mengutip duit bagi tabung beliau yang akan disalurkan mengikut pilihan Dayang sendiri.
Ini merupakan panggilan kepada peminat-peminat setia Dayang Nurfaizah – sesiapa yang ingin memilki harta peribadi Dayang sekaligus menghulurkan bantuan, malam 20 Julai 2008 adalah malam bersama Dayang. Jualan barangan Dayang akan menjadi kebiasaan di semua persembahan-persembahan ‘live’ Dayang bagi membolehkan peminat-peminat serta penonton-penonton meringankan tangan dan menghulurkan bantuan kepada mereka-mereka yang lebih memerlukan. Syabas, Dayang! Selain dari barangan peribadi Dayang, album karaoke terbaru Dayang yang baru saja dilancarkan, ‘MTV Karaoke Inginku Miliki’ akan dijual pada malam itu di Planet Hollywood.
“Dayang ingin sekali untuk peminat-peminat Dayang menjadi sebahagian dari usaha Dayang untuk sama-sama kita menghulurkan bantuan. Dayang ingin juga untuk peminat-peminat Dayang menjadi sebahagian dari album istimewa yang akan direkodkan pada malam 20 Julai ini sebagai tanda terimakasih Dayang untuk sokongan setia yang telah diberikan kepada Dayang selama sembilan tahun dayang berada di persada muzik tanahair. Hari ini merupakan juga titik permulaan bahawasanya peminat-peminat Dayang bukan sekadar peminat sahaja, malah telahpun menjadi kawan Dayang kerana mengharungi pahit manis selama sembilan tahun bersama Dayang.â€
Marilah bersama-sama berparti dengan Dayang Nurfaizah di PARTI DAYANG@ PLANET HOLLYWOOD pada 20 Julai 2008. Persembahan bermula pada pukul 10.30 malam. Bayaran masuk untuk menyaksikan persembahan ini ialah RM50, termasuk satu minuman. Sila telefon Planet Hollywood di talian 03-21446602 untuk keterangan lanjut.














at 8:37 am
harap harap bila kak dayang buat persembahan di planet nanti tuh..jgn ler pakai baju yg BUKAK BUKAK sgt……..kalau untuk persembahan amal…….biar lah pakai yg bersesuaian dgn apa majlis yg nak di persembahkan……bukan apa……..kalau da pakai baju style alaa berkemban…….bayangkan lah..bila menyanyi…dua dua tangan di angkat……dot..dot..dot….maaf yer kak dayang……wada ikhlas beri pandangan…untuk kebaekan bersama……
at 1:37 pm
obviously she is following Beyonce. Duh! Bila interview dia kata kebetulan cara dia sekarang macam begini. Masih tak nak mengaku. Bila dia menyanyi angkat-angkat tangan kan style Beyonce and Mariah Carey tu.
Cuma satu dari Beyonce yang Dayang belum cuba dan harap jangan dicuba. Those erotic gyrating dance. Tak sesuai kat our Malaywood industry.
Tak minat ah kat budak ni sebab tak ORI.
at 8:26 am
memang DN (satu lagi noryn aziz) mempunyai kelas yg tersendiri dlm bidang nyanyian – tak sama dgn artis lain.
- puji pasal dia terhindar dari gosip liar, cuma tak suka dgn penampilan seksinya -
at 8:45 am
Daaayyyaaaannnggg….nape asyik Planet Hollywood je???
at 10:48 am
her favourite place……:)
at 4:14 pm
name pun buat persembahan kat planet hollywood…pakaian masa show nnt jgn ckp la…kita tunggu & lihat jer la WADA..
at 11:08 pm
Awat depa x wat nama ‘MALAYWOOD’ je? Dh x dpt wat show kt Hlywood .. pakat brangan je lah jdi artis ala Hlywd .. tu yg pakaian brkemban ala zaman Flnstone ni.. ish .. gerun nengok ..bkan apa .. takut trlucut je sbb ‘x de sokongan’! Kang depa n kluarga mereka gak yg malu eh ..
at 11:36 am
haah ckp pasal “takut tlucut”…betul ke dgar kata Ogy Ahmad Daud dulu masa mudabuat show kt mana ka dok terloncat2 smpai tak sedar baju terlucut smpai nmpk gunung berahi tu?
aku pn tak tau la..org ckp sb akku pn kecil lg time tu.
at 12:18 pm
wah ERZ .. dgr crita tu dr kecik tpi ingat smpai lani? Ni msti ‘memory card’ 4GB! Hee.. Eden ada dgar hal tu gak msa kocik2 dulu tpi x nk kenang hal yg lepas eh.. chewah!! A few years ago CnC ada trima email – smwhere kat Korea gitu lah .. ada 2 org llaki ni yg ‘gila’ .. sorang jadi tukang rakam n sorang tkang tarik bju kat mana2 pompuan yg pakai bju ala tube gitu!.. hah! msa tu kalut dbuatnya .. nsib baik kt mlysia x de smpai thp camtu lagi!
Back 2 knsert DN ni .. eden pasang je mp3 @ cd .. n minum macam2 air.. milo ais? teh tarik? vanilla coke? cream soda? Siap leh makan nasi lemak lagi.. x sampai RM50 gitu! Jimat duit, jimat masa n selamat ‘mata’! heee …
at 7:37 am
banyak minah bodo di sini!!suka hati lah apa dayang nakbuat.. kalau tak nak nenguk persembahan dayang is ok, jgn kutuk,korang baik sgt ker?..aku peminat dayang..suka tenguk dayang pakai seksi!!
at 6:43 pm
ok nona pet..takut oghang lain seksa melihatnya..
at 7:40 am
aku tak minat artis perempuan melayu sekarang….kalau tak dedah body macham tak sah!!!…dah lah tampal make up 3 kg!! bila buang make up, muka macham pontianak terkezutttt!!!…..suara bukan bagus sangat….aku heran lah..mcm mana mak bapak dayang ni bole diam buat bodo anak perempuan dia yg mase DARAnii..pakai pakaian yg bole buat kaum aku sampai nak terkeluar bijik mater!!!!
at 7:40 pm
KORANG JELESSSSS…I LIKE DAYANG NURFAIZAH…GERENTI BEST…
at 11:39 pm
x de nak jeles apa eh …
at 10:43 pm
harap dayang dpt jaga image…..tak perlu dedah keterlaluan..hanya akan merugikan diri sendiri….sapa tak mau kelihatan anggung,menawan dan sexy..tapi rasa nya biar lah ebrtempat jgn nanti dayang di kata perempuan yg murahan..maap ya dayang man sekadar memberi teguran yg ikhlas………memang betul dont judge people by d cover..tapi orang tak pandang apa yg dayang pakai di dalam….orang hanya nampak di luaran dan itu lah menjadi ukuran keperibadian dayang……