Fifi & Feriz - Selamat Diijabkabulkan, Bertemu dan Bernikah di Masjid Yang Sama
Posted on August 9, 2008
Filed Under Syok Personalities, [G] Malaywood, [SKW] Weddings Industry
KUALA LUMPUR, 9 OGOS 2008 - Jika sudah jodoh tidak akan ke mana - itulah pepatah paling tepat untuk menggambarkan ikatan murni suami isteri yang termeterai antara Fifi dan Feriz, tepat jam 9.30 pagi pada tarikh keramat 08/08/08. Jika dua tahun lalu mereka pernah bertemu atas urusan kerja namun ketika itu tiada magis cinta yang mengalir di hati masing-masing, jodoh antara mereka yang sudah tertulis di Luh Mahfuz menyaksikan pasangan ini kembali bertaut menerusi satu insiden yang tidak terduga. “Satu hari saya dijemput ke majlis amal untuk kanak-kanak miskin. Ketika melewati sebuah kedai, saya terlihat wajah Fifi sebagai penghias kulit depan. Terdetik rasa hati untuk membelinya, tetapi duit pula tidak ada ketika itu. Saya terpaksa melupakan hasrat itu lalu meneruskan langkah ke majlis berkenaan.
[purchase designer handbags or bracelets online - click here]
Satu ketika, sewaktu saya mahu membuat panggilan telefon kepada rakan yang pangkal namanya bermula huruf F, langsung terpandang pula nombor telefon Fifi dalam telefon bimbit. Saya terus menghubunginya dan menjemput Fifi datang ke pejabat saya untuk membantu aktiviti ProWaris. Fifi menjawab panggilan saya dengan baik malah menurutnya, dia selalu melihat saya di kaca TV lalu saya terus mengajaknya keluar bersama petang itu juga,” cerita Feriz sambil menjeling Fifi yang tersipu-sipu di sebelahnya.
Mengimbau lebih jauh kenangan manis yang berlaku penghujung Mac itu, sebelum pertemuan Feriz menghantar mesej kepada Fifi menyatakan kelewatannya lantas dibalas perkara yang sama oleh Fifi. Rupa-rupanya, kelewatan mereka disebabkan oleh sebab yang serupa iaitu masing-masing mahu mengerjakan solat Zuhur terlebih dahulu. Ironinya, mereka bertemu di masjid yang sama! Sudahnya pertemuan mereka petang itu bukan sahaja disulami perbualan perihal diri malah mereka turut mengerjakan solat Asar dan Maghrib di masjid berkenaan. Masjid itu tidak lain dan tidak bukan, masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar di mana mereka diijabkabulkan semalam.
Tambah Feriz, dia yang sekian lama mendambakan pasangan sebaik Saidatina Aisyah r.a berasa cukup gembira apabila Fifi juga pernah meluahkan harapan untuk mencontohi wanita mulia itu sekiranya bergelar isteri satu hari nanti. Sejak itu terdetik di hati Feriz, Fifi mungkin wanita paling cocok untuk dijadikan isteri, sekaligus melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah bagi menyambung perjuangannya untuk agama, bangsa dan negara selama ini. Sekitar bulan Mei, hubungan mereka beranjak lebih jauh apabila Feriz mengajak Fifi bersama keluarganya mengerjakan ibadah umrah di Kota Suci Mekah bersama keluarganya. Di tanah haram itu, hati Feriz yang sedia terpaut pada Fifi tambah yakin betapa wanita yang manis bertahi lalat di dagu itu memang sesuai untuknya. Menurut Feriz, hatinya juga lega ketika itu apabila segala cabaran yang merentangi hubungan mereka terungkai dengan mudah. Lebih dari itu, dia cukup terkesan apabila Fifi menjaga ibunya yang kurang sihat ketika mengerjakan ibadah dengan baik.
Justeru, mereka terus sepakat untuk mengikat tali pertunangan pada 20 Julai lalu sebelum memilih tarikh ‘cantik’ 08/08/08 untuk disatukan. Ditanya mengapa angka lapan menjadi pilihan, Feriz menyatakan angka itu banyak berlegar dalam hidupnya. Dari lantai pejabat, plat kereta hinggalah nombor telefon, angka itu sering ditakdirkan muncul. Secara kebetulan, angka itu juga jatuh pada hari Jumaat yang sememangnya diidam-idamkan oleh mereka berdua kerana keberkatan penghulu hari.
RESEPSI 17 OGOS INI
Dalam majlis yang dihadiri oleh rakan taulan serta saudara mara terdekat semalam, Fifi yang dinikahkan sendiri oleh bapanya, Saharuddin Othman, 56 menerima mas kahwin RM 1,000 beserta wang hantaran berjumlah RM 50,000. Pihak pengantin lelaki turut membawa bersama tujuh dulang hantaran berona emas yang terdiri daripada sirih junjung, mas kahwin beriringan wang hantaran, cincin berlian habib Jewels bernilai RM 20,000 yang diserikan dengan bunga rampai, jubah muslimah, kek, wangian Bvlgari serta telefon bimbit HTC Diamond. Pihak pengantin perempuan pula membalas dengan sembilan dulang hantaran berona perak berupa sirih junjung, cincin Bvlgari bernilai RM 4,000, bunga rampai, buah-buahan, kek, coklat Patchi, wangian Carolina Herrera, telefon bimbit HTC Diamond dan pencukur elektrik Braun.
Gambar-gambar atas ihsan http://minaq-jinggo.fotopages.com/ feriz omar
[purchase designer handbags or bracelets online - click here]
Kedua-dua mempelai yang setia memilih rekaan khas daripada Calvin Thoo dari majlis pertunangan hinggalah majlis persandingan ini bakal diraikan sekali lagi pada 17 Ogos ini di Sime Darby Convention Centre dalam satu majlis resepsi bertemakan “Perkahwinan Di-Raja”. Artikel : Aida Azura Azemi (Sinar Harian).
Other Hot Posts
All comments are the 100% responsibilities of the commenters. In case of any doubt, kindly refer to DISCLAIMER.
Baca sahaja? Luahkan pendapat anda supaya mereka dengar!!
10 Responses to “Fifi & Feriz - Selamat Diijabkabulkan, Bertemu dan Bernikah di Masjid Yang Sama”
















































brader feriz nie mmg solo molo ato duder arr??? 50hibu tueeeee… tahniah yerr.. smoger brkekalan slamer lamernyerrr… x nak gado2 tawwww….
Kak Fifi & Abang Feriz,
Semuga jodoh berkekalan hingga ke anak cucu dan sentiasa diberkati Allah selalu hendaknya.
Amboi, amboi, amboi …
Mak rasa ramai lah geng kita cemburu buta ler lepas nie.
Tak pe lah Nyah ooi tak dapat si Feriz tu, ramai ler lagi pak we pak we kat luar menunggu kita, Nyah…
Lagi satu seperti biasa yang memaklumkan pada dunia tu hantaran RM50k, pasti kita2 jugak WARTAWAN @ PAPARAZZI yang selalu bersedia nak jaga tepi kain orang.
Mak baca Harian Metro, 4 personaliti kahwin 08-08-08. Kalau bukan paparazzi yang tanya berapa hantaran, kita tak kan tahu berapa hantaran. Tengok ni, Zain Ruffedge beri hanya RM11,883 pada Khazmira; Azzura (WHI) cuma dapat RM12k je; Haizi pulak RM20k, Nyah. Wah Feriz beri RM50k.
Sah ni semua kerja kita Nyah … sebagai Wartawan Kehormat.
Tok sah lah nak menyalah kan pasangan mempelai lah. Kata RIAK ler, TAK LOW PROFILE ler, Nyah … Sebenornya kita yang tak dapat jantan macam si Feriz tuuuu ….!!!
betul . . . betul, aku pun terbaca
08-08-08 - Hari Bahagia 4 Personaliti
Oleh Norhayati Nordin, Ahmad Elrafaei Sapi, Wan Asrudi Wan Hasan dan Rudy Imran Shamsudin
am@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Tarikh 8.8.08 semalam menjadi pilihan empat personaliti mengabadikannya sebagai hari bersejarah mereka.
Bekas pengacara program Bersamamu di TV3, Noor Hafiza Saharuddin atau Fifi, 25, diijab kabul dengan pakar penganalisis politik dan ekonomi merangkap Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris), Feriz Omar, 37.
Majlis akad nikah itu diadakan kira-kira jam 9.30 pagi di Masjid Abu Bakar As Siddiq, Bangsar.
Pengacara Wanita Hari Ini (TV3), Nor Azzura Azizul Azman atau Azzura, 24, dan pasangannya, Zain Azrai Dr Zaaba, 27, dinikahkan di Madrasah Islamiah Cheras Baru selepas solat Asar oleh Ustaz Husnul Yaqin.
Seorang lagi personaliti TV3, Nurhaizi Rani atau Haizi, 29, mengakhiri zaman bujang dengan ahli perniagaan, Ahmad Fazlan Abd Aziz, 42, di kediamannya di Bukit Antarabangsa.
Pasangan itu dinikahkan sendiri bapa Haizi, Mohd Rani Ab Ilah, 55.
Anggota Ruffedge, Mohd Kamarulzaman Zain Abdul Hamid atau Zain, 30, pula selamat disatukan dengan gadis pilihan, Khazmira Anuar, 25, di Taman Desa Kenanga, Semenyih, pada jam 10 malam.
Pasangan merpati dua sejoli itu dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah Qariah Masjid Raja Muda Musa, Semenyih, Ahmad Shuhaimi Md Isa.
Pada majlis itu, Khazmira menerima wang hantaran, RM11,883, mas kahwin (RM80) dan hantaran tujuh berbalas sembilan. Tidak ketinggalan, cincin untuk acara batal air sembahyang.
Mengimbas detik pertemuannya dan suami, Fifi berkata mereka berkenalan pada 2006, namun mula rapat pada Mac lalu selepas bersua di Masjid Abu Bakar As Siddiq.
Justeru, mereka sepakat bernikah di masjid itu dengan hanya dihadiri ahli keluarga serta kenalan.
Di majlis pernikahan itu, Fifi menerima wang hantaran RM50,000 berserta mas kahwin RM1,000, termasuk tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.
Pasangan berkenaan mengikat pertunangan pada 20 Julai lalu.
Fifi yang bersyukur majlis pernikahannya berlangsung lancar, berkata dia dan suami sepakat memilih semalam untuk majlis akad nikah.
Malah, dia menyimpan impian menjadi isteri solehah buat suami tersayang itu.
Azzura pula berkata, perkenalannya dengan suami menerusi rakan kira-kira enam tahun lalu ketika melanjutkan pengajian di universiti.
Ketika itu, dia mengikuti kursus Diploma Seni Persembahan (Perfileman) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam manakala suami dalam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Tenaga Nasional (Uniten).
Pada majlis pernikahan itu, Azzura menerima wang hantaran RM12,000 bersama 13 hantaran berbalas 15.
Katanya, mengikut kepercayaan Cina, tarikh 8.8.08 dianggap membawa tuah kepada pasangan yang mendirikan rumah tangga.
Haizi bersyukur kerana majlis bersejarahnya direstui kedua-dua keluarga dan berlangsung dalam majlis ringkas tetapi meriah.
Dia menerima wang hantaran RM20,000 berserta mas kahwin RM1,000 dan hantaran tujuh berbalas 12 dulang.
Mengikut perancangan, pasangan itu akan mengadakan majlis resepsi di Dewan Tun Rahah pada 17 Ogos ini.
tul tu nyahhh .. kekadang artis kna bgtau bile dh di tanye dgn wrtawan .. x cakap kang.. kate artis sombong lak .. tul x nyahh? bak kat ct.. ‘niat masing2′ nyahh….
[quote comment="91426"]aku MEMANG cemburu….apa lah harta dunia……cuma kasi pendapat..yg ikhlas…mintak maaap lah kalau ada yg marah…
pada aku..kalau kita kaya mcm mana setinggi gunung harta kita..biar laa kita berpada pada….nak bagi hadiah pada isteri rumah banglo 10 tingkat pon tak kisah…biar lah bersikap.. LOW PROFILE…..
apa pon…semuga kedua mempelai bahagia…..salam[/quote]
Ni hah ambik ko nyah pasal si Feriz, memang bukan level Pak We - Pak We kita lah Nyah …
FERIZ OMAR - SINOPSIS
Feriz Omar (37) anak Melayu Bugis yang lahir daripada keluarga yang terlibat dalam bidang politik sekian lama ini mendapat pendidikan awalnya sepertimana anak-anak Johor yang lain di Sekolah Agama Rakyat dan English College Johor Bahru sebelum melanjutkan pengajian beliau dalam bidang perakaunan dan kewangan di United Kingdom.
Beliau kemudiannya diberi latihan intensif serantau dalam bidang ekonomi dan perbankan pelaburan (Investment Banking) sesuai dengan jawatan yang dipegang beliau, Penasihat Khas kepada YBhg Tan Sri Abdul Rashid Hussain, bekas Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Perkumpulan Rashid Hussain Berhad sehingga tahun 2000 sebelum beliau berhijrah ke PriceWaterhouseCoopers, sebuah rangkaian firma perakaunan dan jururunding kewangan terbesar dunia pada ketika itu.
Feriz, seawal umur 33 tahun dilantik menjadi Pengarah Malaysian International Merchant Bankers Berhad (MIMB) dan pernah mengukir sejarah pada tahun 1994 dilantik menjadi Presiden Persatuan Pelajar Antarabangsa De Montfort University dan dipilih khas untuk bertemu HRH Queen Elizabeth di England membincangkan perihal isu-isu semasa antarabangsa.
Bersama beberapa pakar ekonomi, ahli perbankan pelaburan (Investment Bankers) dan seorang bekas Pengarah Urusan sebuah bank terkemuka di Malaysia, Feriz kini menerajui firma Feriz Omar & Partners (Strategist & Advisors), dan memegang jawatan Pengarah Urusan Chenderong Petroleum Sdn Bhd serta Pengerusi Eksekutif Perkumpulan Chenderong Bersekutu.
Sebagai aktivis pula, beliau dilantik menjadi Pengerusi Tabung Omar Al-Warith.
Feriz Omar adalah Pengasas, Peneraju Utama serta Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris) sebuah pertubuhan yang mewakili ribuan ahli-ahli professional Melayu di dalam dan luar negara. Hari ini, ProWaris berdiri megah sebagai salah sebuah pertubuhan paling berpengaruh bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dalam Majlis Permuafakatan NGO-NGO Malaysia (MAPAN) dengan ratus ribuan ahli dari pelbagai persatuan, kelab serta pertubuhan di dalam dan luar Malaysia.
FERIZ OMAR – 100% TEPAT DALAM RAMALAN DAN ANALISA
Feriz Omar terkenal dalam memberikan ramalan dan penganalisaan secara BERANI, RADIKAL dan PRAKTIKAL. Sejauh ini, hujah serta fakta beliau adalah 100% tepat dalam temuramah di pelbagai media massa seperti dalam ulasan PRU Ke-12 di TV3; Hujah TV9; ASTRO Awani dan Radio 24 beberapa bulan yang lalu.
Dalam satu wawancara TV3 yang disiarkan secara langsung, Feriz telah meluahkan pendapatnya bahawa;
1. Barisan Nasional akan kalah teruk dalam PRU Ke-12 akibat protes Rakyat Malaysia terhadap kepimpinan tertinggi negara;
2. Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah merupakan Menteri Kabinet paling layak menggantikan Dato’ Seri Rafidah Aziz, bekas Menteri Perdagangan Antrabangsa dan Industri;
3. Isu kepimpinan Dato’ Seri Samy Vellu perlu ditamatkan segera;
4. Kemungkinan kekalahan Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil kepada Nurul Izzah atas faktor pencalonan dan umur yang tidak sesuai;
telahpun menjadikan Feriz Omar sebagai pakar penganalisis politik dan ekonomi negara yang konsisten dan sangat relevan berbanding dengan kebanyakkan penganalisis lain yang lebih berminat untuk mensensasikan isu-isu politik dan ekonomi semasa demi kepentingan peribadi.
apa-apa ler korang nie. bila nak bertaubat? ke tau buat?
masing masing punya pendapat yg tersendiri…….apa pon.dalam segala pekerjaan biar lah dalam kesederhanaan….ALLAH tdak suka umat nya berlebehan……….
kepada kedua mempelai selamat pengantin baru..muga kekal hingga ke ahir hayat..insyaallah..amin….
HA nak ucapkan selamat pengantin baru buat fifi dan feriz moga bahagia hingga akhir hayat,sabar,tabah dan cekal dalam mengharungi alam perkahwinan dan rumah tangga nanti.
Cozaar side effects….
Cozaar side effects. Cozaar generic name. Cozaar 50mg. Cozaar….