KUALA LUMPUR, 9 OGOS 2008 – Jika sudah jodoh tidak akan ke mana – itulah pepatah paling tepat untuk menggambarkan ikatan murni suami isteri yang termeterai antara Fifi dan Feriz, tepat jam 9.30 pagi pada tarikh keramat 08/08/08. Jika dua tahun lalu mereka pernah bertemu atas urusan kerja namun ketika itu tiada magis cinta yang mengalir di hati masing-masing, jodoh antara mereka yang sudah tertulis di Luh Mahfuz menyaksikan pasangan ini kembali bertaut menerusi satu insiden yang tidak terduga. “Satu hari saya dijemput ke majlis amal untuk kanak-kanak miskin. Ketika melewati sebuah kedai, saya terlihat wajah Fifi sebagai penghias kulit depan. Terdetik rasa hati untuk membelinya, tetapi duit pula tidak ada ketika itu. Saya terpaksa melupakan hasrat itu lalu meneruskan langkah ke majlis berkenaan.

[purchase designer handbags or bracelets online - click here]

Satu ketika, sewaktu saya mahu membuat panggilan telefon kepada rakan yang pangkal namanya bermula huruf F, langsung terpandang pula nombor telefon Fifi dalam telefon bimbit. Saya terus menghubunginya dan menjemput Fifi datang ke pejabat saya untuk membantu aktiviti ProWaris. Fifi menjawab panggilan saya dengan baik malah menurutnya, dia selalu melihat saya di kaca TV lalu saya terus mengajaknya keluar bersama petang itu juga,” cerita Feriz sambil menjeling Fifi yang tersipu-sipu di sebelahnya.
Mengimbau lebih jauh kenangan manis yang berlaku penghujung Mac itu, sebelum pertemuan Feriz menghantar mesej kepada Fifi menyatakan kelewatannya lantas dibalas perkara yang sama oleh Fifi. Rupa-rupanya, kelewatan mereka disebabkan oleh sebab yang serupa iaitu masing-masing mahu mengerjakan solat Zuhur terlebih dahulu. Ironinya, mereka bertemu di masjid yang sama! Sudahnya pertemuan mereka petang itu bukan sahaja disulami perbualan perihal diri malah mereka turut mengerjakan solat Asar dan Maghrib di masjid berkenaan. Masjid itu tidak lain dan tidak bukan, masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar di mana mereka diijabkabulkan semalam.
Tambah Feriz, dia yang sekian lama mendambakan pasangan sebaik Saidatina Aisyah r.a berasa cukup gembira apabila Fifi juga pernah meluahkan harapan untuk mencontohi wanita mulia itu sekiranya bergelar isteri satu hari nanti. Sejak itu terdetik di hati Feriz, Fifi mungkin wanita paling cocok untuk dijadikan isteri, sekaligus melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah bagi menyambung perjuangannya untuk agama, bangsa dan negara selama ini. Sekitar bulan Mei, hubungan mereka beranjak lebih jauh apabila Feriz mengajak Fifi bersama keluarganya mengerjakan ibadah umrah di Kota Suci Mekah bersama keluarganya. Di tanah haram itu, hati Feriz yang sedia terpaut pada Fifi tambah yakin betapa wanita yang manis bertahi lalat di dagu itu memang sesuai untuknya. Menurut Feriz, hatinya juga lega ketika itu apabila segala cabaran yang merentangi hubungan mereka terungkai dengan mudah. Lebih dari itu, dia cukup terkesan apabila Fifi menjaga ibunya yang kurang sihat ketika mengerjakan ibadah dengan baik.
Justeru, mereka terus sepakat untuk mengikat tali pertunangan pada 20 Julai lalu sebelum memilih tarikh ‘cantik‘ 08/08/08 untuk disatukan. Ditanya mengapa angka lapan menjadi pilihan, Feriz menyatakan angka itu banyak berlegar dalam hidupnya. Dari lantai pejabat, plat kereta hinggalah nombor telefon, angka itu sering ditakdirkan muncul. Secara kebetulan, angka itu juga jatuh pada hari Jumaat yang sememangnya diidam-idamkan oleh mereka berdua kerana keberkatan penghulu hari.

RESEPSI 17 OGOS INI
Dalam majlis yang dihadiri oleh rakan taulan serta saudara mara terdekat semalam, Fifi yang dinikahkan sendiri oleh bapanya, Saharuddin Othman, 56 menerima mas kahwin RM 1,000 beserta wang hantaran berjumlah RM 50,000. Pihak pengantin lelaki turut membawa bersama tujuh dulang hantaran berona emas yang terdiri daripada sirih junjung, mas kahwin beriringan wang hantaran, cincin berlian habib Jewels bernilai RM 20,000 yang diserikan dengan bunga rampai, jubah muslimah, kek, wangian Bvlgari serta telefon bimbit HTC Diamond. Pihak pengantin perempuan pula membalas dengan sembilan dulang hantaran berona perak berupa sirih junjung, cincin Bvlgari bernilai RM 4,000, bunga rampai, buah-buahan, kek, coklat Patchi, wangian Carolina Herrera, telefon bimbit HTC Diamond dan pencukur elektrik Braun.

fifi-feriz-omar-kahwin

fifi-feriz-nikah

Slide1

fifi-feriz-gambar-nikah-bangsar

Gambar-gambar atas ihsan http://minaq-jinggo.fotopages.com/ feriz omar

[purchase designer handbags or bracelets online - click here]

Kedua-dua mempelai yang setia memilih rekaan khas daripada Calvin Thoo dari majlis pertunangan hinggalah majlis persandingan ini bakal diraikan sekali lagi pada 17 Ogos ini di Sime Darby Convention Centre dalam satu majlis resepsi bertemakan “Perkahwinan Di-Raja”. Artikel : Aida Azura Azemi (Sinar Harian).

Blog Widget by LinkWithin