Nak minta maaf pada semua sekiranya ada komen-komen saudara atau saudari yang dilabelkan sebagai “awaiting moderation”. Jika anda pernah mengendalikan blog wordpress, anda pasti tahu bahawa ini adalah tindakan automatik skrip wordpress. Adakalanya komen-komen yang tidak sepatutnya terlepas dan juga komen-komen yang jujur ditapis. Ini semuanya berlaku secara tidak sengaja. Setiap hari terdapat lebih dari 50 komen ditinggalkan di blog ini. Kadangkala dalam kesibukan mencari bahan untuk blog ini, tidak sempat pula untuk melihat komen-komen yang ditinggalkan.

Sesungguhnya saya amat menghargai sumbangan dan sokongan anda semua. Saya memohon maaf sekiranya ada perkara-perkara yang terlepas pandang atau tidak menarik dipaparkan.

Yang benar,

FayZ

Blog Widget by LinkWithin