Hubungan cinta penyanyi AF, Asmawi Ani atau Mawi bersama pelakon dan model, Nora’Ashikin Rahmat atau Ekin akan diikati dengan pernikahan yang dijadualkan pada 20 Disember 2008 depan. Hal ini telah diumumkan secara rasmi oleh pasangan tersebut di sidang khas akhbar di Palace of Golden Horses, Seri Kembangan, Kuala Lumpur siang tadi.
Pernikahan pasangan selebriti ini akan berlangsung di salah sebuah masjid di Johor Bahru pada hari tersebut dan akan diikuti dengan persandingan pihak perempuan di Stadium Tertutup Johor Bahru pada sebelah malamnya dengan berkonsepkan moden kontemporari. Majlis resepsi pihak lelaki pula akan diadakan pada 28 Disember di Dewan Felda Taib Andak, Kulai dengan tema Jawa yang akan turut diselitkan elemen kuda kepang yang mana tema tersebut dipilih sendiri oleh jejaka berusia 27 tahun itu. Three television channels will be covering the event, Astro Ria, Prima and Oasis.

Astro Ria will be broadcasting live “majlis akad nikah” on 20 December from 11 am while on 28 December, it is Astro Prima’s turn to broadcast Mawi’s wedding reception at Felda Taib Andak around 7 pm. There will also broadcast for the special wedding reception at Palace of the Golden Horses at 7.30 pm on 11 January 2008.

Pada majlis akad nikah dan persandingan di pihak perempuan, pasangan tersebut akan menggayakan busana rekaan Cosry manakala pelamin akan direka khas oleh Naz Great Idea.

Resepsi di pihak Mawi pada 28 Disember, akan menampilkan Mawi dengan busana dan pelamin yang akan diuruskan oleh Zulfazli yang akan menggunakan baju rekaan Arma Couture. Busana yang bakal dipakai oleh Mawi dan Ekin pada resepsi istimewa di Palace of the Golden Horses pula akan melibatkan beberapa pereka fesyen terkenal seperti Rizalman dan Bon Zainal.

kadkahwin-mawi-ikin

MAWI AND EKIN’S WEDDING CARDS

mawi-ikin-kursus-kahwin


Blog Widget by LinkWithin