Entry oleh wenkt.
Event: Korea Tourism Night, Sarawak Room, Shangri-La Hotel, KL
Date: 6 Nov 2008. 6pm

kenal saper tu? *sajer publish gambar blur. gambar lagi jelas ada kat bawah.*

Bayangkan: kita berada dalam satu majlis yang sangat formal. Siap perlu mendaftarkan diri dengan invitation card. Kemudian ada majlis pre-event, seterusnya cocktail reception sebelum majlis sebenar bermula. Dan anda datang sebagai tetamu jemputan rasmi, dan nama anda akan diumumkan semasa memasuki dewan.

“Mengumumkan ketibaan Ahli Parlimen, Datuk bla bla bla diiringi oleh isteri, Datin bla bla bla ke Sarawak Room. Hadirin diminta berdiri”

Tetapi…

Kalau anda tetamu jemputan dan anda datang dengan seseorang yang tiada kaitan dengan anda, apakah panggilan yang Pengerusi Majlis akan guna untuk peneman anda? Peneman anda itu bukannya isteri anda, bukannya tunang anda, ianya sekadar kekasih anda.

I mean, what the hell? Sabar la. Tunggu sebulan lagi, dah nak kahwin kan? Bertunang pun tidak, sekadar nama ‘kekasih‘. Kita kan berada di majlis rasmi, masuk dewan orang snap gambar, keluar dewan orang snap gambar. Kene berhati – hati. Jadi public figure bukan senang.

Semalam pun, yang meneman wan ialah my personal assistant. Jarang keluar citer pasal dia kat blog Wan. Ikutkan hati, nak je bawak orang yang lebih rapat dengan wan. Tetapi ianya adalah majlis rasmi. Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi. Dalam majlis macam ni, kita saling mengenali. Ramai orang yang kita kenal, eh, ramai orang yang kenal kita. Ops.

Majlis amat sempurna. Tetapi kesian kepada Pengerusi Majlis, kesian kepada Yang Berhormat, kesian kepada Pemberi Ucapan… Semua kaku bila nak sebut nama tetamu jemputan: “… terima kasih kerana sudi datang kepada bla bla bla dan isteri beliau, kepada bla bla bla dan tunang beliau, kepada Duta Pelancongan Korea Selatan, Mr *you-know-who* dan *blur*…

Seriously. Rosak majlis.

Blog Widget by LinkWithin