Alhamdulillah, selamat diijabkabulkan oleh bapa mertuannya sendiri, Amy Search di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, di sini, hari ini, setelah lebih enam tahun Zaidy dan Nabila ini berkasih sayang dan bercinta. Pihak lelaki menyediakan maskahwin sebanyak RM80 dan hantaran kahwin sejumlah RM22,222. Majlis bersejarah pasangan mempelai itu turut dihadiri oleh ibu kandung Nabila, Farida Fadzil, ibu tirinya, Norhasniza Hassan, ibubapa pengantin lelaki, Zailani Hassan dan Zainah Kamaruddin serta ahli keluarga lain, saudara-mara dan kenalan rapat kedua-dua belah pihak. Zaidy adalah seorang pegawai syarikat permotoran Naza.

nabila-huda-kahwin-zaidy-zailani

Majlis persandingan akan berlangsung malam ini di Pusat Komuniti Bukit Damansara bertemakan Enchanted Wedding manakala di sebelah pihak lelaki pula, majlis resepsinya akan berlangsung pada 14 Disember ini di Klang, Selangor. Alangkah indah sekiranya anda boleh berkahwin seindah begini bukan? Berkahwin seperti selebriti? Tentunya boleh.